• Tidak ada hasil yang ditemukan

Panduan perlaksanaan pada peringkat kebangsaan

Dalam dokumen Modul Lengkap PDF (Halaman 84-95)

Pendidikan integrasi dan pemulihan berdasarkan komuniti diperlukan sebagai satu pendekatan untuk memberi perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan keperluan khas. Kedua-duanya adalah berdasarkan kepada inklusi, intergrasi dan penyertaan yang mana semua ini telah diamalkan dan memerlukan modal untuk mempromosinya sebagai satu strategi yang digunakan di seluruh dunia. Tujuan utama adalah untuk memberi pendidkan kepada semua. Setiap negara digalakkan untuk mempertimbangkan tindakan-tindakan berikut sebagai polisi:

1. Penggubal undang-undang seharusnya mengamalkan prinsip-prinsip kesamarataan dengan mengambil kira tahap kemampuan kanak-kanak, remaja serta para belia yang kurang upaya dalam setiap tahap pendidikan.

2. Keselarian dan undang-undang yang lengkap diperlukan dalam bidang kesihatan, kebajikan sosial, latihan vokasional dan pekerjaan untuk memberi sokongan dan kesan yang menyeluruh kepada undang-undang pendidikan.

3. Polisi pendidikan pada semua peringkat samada dari peringkat negara ke peringkat setempat menyatakan bahawa polisi ini menggalakkan kanak-kanak istimewa untuk pergi ke sekolah-sekolah biasa. Pengecualian kepada polisi ini patut diberikan berdasarkan kes-kes di mana pendidikan di sekolah khas diperlukan atau kemajuan hanya dapat ditunjukkan oleh kanak-kanak istimewa di sekolah khas.

4. Pelaksanaan aliran utama untuk kanak-kanak istimewa patut dijadikan salah satu rancangan negara untuk mencapai dasar pendidikan untuk semua. Ini juga termasuklah kes-kes yang dikecualikan seperti kanak-kanak yang berada di sekolah khas di mana pendidikan mereka tidak seharusnya diasingkan. Penyertaan pengajar separuh masa di sekolah-sekolah biasa haruslah digalakkan. Pemerhatian diperlukan untuk memastikan penglibatan remaja dan orang dewasa yang istimewa di sekolah menengah ataupun pendidikan yang lebih tinggi dan juga program latihan. Perhatian yang istimewa patut diberikan untuk memastikan kesamarataan hak dan peluang kepada kanak-kanak perempuan dan juga wanita

5. Perhatian yang lebih atau khusus seharusnya diberikan kepada OKU kerana mereka juga mempunyai hak yang sama seperti orang biasa dalam komuniti untuk mencapai tahap pendidikan tertinggi dan seharusnya mereka diberi peluang untuk mengetengahkan serta mempertingkatkan kemampuan yang ada.

6. Polisi pendidikan seharusnya mengenalpasti setiap individu dari sudut yang berbeza dalam situasi berbeza yang bakal ditempuhi oleh OKU. Sebagai contoh, penggunaan bahasa isyarat seharusnya dipertingkatkan lagi bagi memudahkan insan-insan yang tidak mampu mendengar memperluaskan penggunaan bahasa perantaraan mereka. Selain itu melalui penyediaan sekolah- sekolah atau kelas khas untuk memenuhi keperluan individu-individu ini.

7. Pemulihan berdasarkan masyarakat sebagai salah satu strategi global untuk menyokong pendidikan yang berkos dan latihan untuk mereka yang memerlukan pendidikan khas. Pendekatan ini merupakan satu pendekatan khas dalam pembangunan masyarakat yang bertujuan sebagai pemulihan, kesamarataan peluang dan integrasi sosial untuk semua orang yang tidak berupaya. Pendekatan sebegini boleh dilakukan oleh orang kurang berupaya bersama keluarga mereka dan masyarakat wajar diberi pendedahan mengenai pendidikan, kesihatan,vokasional dan kebajikan sosial yang sesuai.

8. Polisi dan pengurusan kewangan menentukan pembangunan program inklusif. Sebarang rintangan yang menghalang perpindahan dari sekolah istimewa ke sekolah biasa patut dielakkan dan pada masa yang sama organisasi terlibat patut disusun atau penjenamaan semula perlu dilakukan. Perkembangan ke arah pencantuman patut diberikan perhatian yang teliti melalui pengumpulan statistik yang dapat mempamerkan bilangan murid istimewa yang mendapat faedah dari sumber-sumber, tenaga pengajar dan kemudahan yang diberikan untuk pendidikan khas dan juga bilangan murid yang mendapat pendidikan di sekolah biasa.

9. Penyelarasan di antara pendidikan autoriti dan juga perkara-perkara yang bertanggungjawab untuk kesihatan, pekerjaan dan khidmat sosial patut diperkuatkan dalam semua peringkat untuk melengkapkan dan memberi penumpuan. Perancangan dan penyelarasan patut mengambil kira potensi sebenar dan peranan agensi-agensi separa awam dan badan-badan bukan kerajaan untuk mengambil bahagian. Usaha tertentu diperlukan untuk mendapat sokongan masyarakat dalam mendapatkan bantuan pendidikan khas.

10. Kerajaan memikul dua tanggungjawab yang besar dalam meneliti sumber-sumber luar serta bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa untuk memastikan keutamaan turut diberikan terhadap sistem pendidikan khas kerana ia sejajar dengan misi kerajaan iaitu memartabatkan sistem pendidikan terhadap setiap individu. Badan-badan serta agensi-agensi yang lain juga seharusnya menitikberatkan polisi kerajaan yang menghormati sistem pendidikan khas dalam merancang serta melaksanakan program-program sama ada melibatkan bidang pendidikan atau bidang-bidang lain.

Faktor Sekolah

Menubuhkan program/sekolah inklusif yang dapat memenuhi keperluan murid-murid di kawasan bandar dan luar bandar memerlukan komitmen yang tinggi, pendedahan yang jelas berkenaan polisi inklusif dan penyediaan sumber kewangan yang mencukupi, maklumat kepada masyarakat awam yang mencukupi untuk menentang prejudis serta membina sifat yang positif, program orientasi dan latihan staf yang meluas serta penyediaan program sokongan yang mencukupi. Perubahan dalam semua aspek persekolahan menyumbang kepada kejayaannya yang meliputi kurikulum, bangunan, organisasi sekolah, pedagogi, penilaian, perjawatan, sekolah serta aktiviti kurikulum tambahan.

Kebanyakan perubahan yang diperlukan tidak merujuk secara khusus kepada golongan kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas. Mereka merupakan sebahagian daripada pembaharuan besar pendidikan yang perlu dilaksanakan untuk memperbaiki kualiti, keberkesanan serta meningkatkan pencapaian murid-murid berkeperluan khas. Deklarasi Education for All sedunia menfokus terhadap keperluan untuk menyekolahkan semua kanak-kanak. Perlaksanaan sistem yang lebih fleksibel serta boleh diubahsuai dapat memenuhi

keperluan semua kanak-kanak dan seterusnya menyumbang kepada kejayaan pendidikan serta program inklusif. Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan dalam mengintegrasi kanak-kanak berkeperluan khas ke dalam sekolah inklusif adalah seperti berikut:

Fleksibiliti Kurikulum

Matapelajaran perlu disesuaikan mengikut keperluan kanak-kanak dan bukannya sebaliknya. Oleh itu, sekolah sepatutnya menyediakan peluang kurikulum yang bersesuaian dengan kepelbagaian kebolehan serta minat pelajar. Murid-murid berkeperluan khas patut menerima sokongan pengajaran tambahan dalam konteks kurikulum biasa dan bukannya mendapat kurikulum yang berbeza. Prinsip bimbingan yang sepatutnya adalah untuk menyediakan kanak dengan pendidikan yang sama, serta menyediakan bantuan serta sokongan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Perolehan ilmu pengetahuan bukanlah satu perkara formal ataupun berdasarkan arahan teoritikal. Isi kandungan pendidikan sepatutnya menghala kepada standard yang tinggi serta keperluan setiap individu berasaskan pandangan bahawa mereka perlu terlibat dalam perkembangan masing-masing. Pengajaran sepatutnya berkaitan dengan pengalaman dan aktiviti praktikal bagi memotivasikan murid-murid. Prosedur penilaian perlu dikaji semula bagi mengikuti perkembangan setiap kanak-kanak. Penilaian formatif patut diaplikasikan dalam proses pendidikan biasa bagi memastikan murid-murid dan guru mendapat kemahiran masteri serta membantu pelajar mengenal pasti kelemahan masing-masing dan seterusnya mendapat bantuan bagi mengatasinya.

Sokongan berterusan patut disediakan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dari aspek yang sekecil-kecilnya di dalam bilik darjah sehinggalah program bantuan sokongan tambahan di dalam atau di luar sekolah (apabila diperlukan). Penyediaan bantuan daripada guru pakar serta staf sokongan tambahan dari pihak luar juga perlu direncana dan dilaksanakan dengan mengambil kira teknologi yang bersesuaian bagi meningkatkan pencapaian kanak-kanak dalam kurikulum, mobiliti serta pembelajaran. Bantuan teknikal boleh ditawarkan dalam bentuk yang lebih menjimatan serta efektif jika disediakan secara berpusat di mana terdapat kepakaran yang bersesuaian dengan keperluan individu serta penyelenggaraan dapat disediakan dari semasa ke semasa.

Kemahiran patut dibina dan kajian perlu dijalankan di peringat kebangsaan serta kawasan bagi membina sistem sokongan yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan khas. Negara yang telah menandatangani Florence Agreement sepatutnya menggalakkan penggunaan instrumen ini bagi menyediakan bahan serta peralatan yang diperlukan oleh individu yang mempunyai ketidakupayaan. Pada masa ini, negara yang tidak terikat kepada perjanjian tersebut adalah digalakkan untuk menyediakan perkhidmatan serta peralatan yang percuma untuk pendidikan.

Pengurusan Sekolah

Pihak pengurusan dan pemimpin sekolah boleh memainkan peranan yang besar dalam memastikan sekolah lebih prihatin terhadap kanak-kanak berkeperluan khas jika diberikan kuasa

yang sepatutnya dan latihan yang mencukupi untuk berbuat sedemikian. Pihak ini sepatutnya dijemput untuk membina prosedur pengurusan yang lebih fleksibel, mengatur sumber pengajaran, mempelbagaikan pilihan pembelajaran, menggerakkan bantuan kepada kanak-kanak, menyokong pelajar-pelajar yang mengalami kesukaran dan memupuk hubungan yang rapat dengan ibu bapa serta komuniti luar. Pengurusan sekolah yang berjaya bergantung kepada penyertaan aktif serta kreatif guru-guru serta staf, dan perkembangan kerjasama yang efektif antara ahli kumpulan bagi memenuhi keperluan pelajar.

Pemimpin sekolah mempunyai tanggungjawab istimewa untuk membina sikap positif antara komuniti dalam sekolah dan dalam menggalakkan kerjasama yang efektif antara guru kelas dan staf sokongan. Perancangan yang teratur bagi sokongan serta peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak dalam proses pembelajaran perlu diputuskan melalui perbincangan serta perundingan.

Setiap sekolah perlu bertindak sebagai komuniti yang bertanggungjawab untuk menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar. Mereka ini sepatutnya bertindak sebagai sebuah pasukan pendidik dan bukannya sebagai guru yang bertindak seorang diri. Oleh itu, tanggungjawab untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas mestilah dikongsi bersama-sama. Pihak ibu bapa dan sukarelawan juga patut dijemput untuk membantu secara aktif dalam tugasan di sekolah. Walaubagaimanapun, guru memainkan peranan sebagai pengurus kepada proses pembelajaran, yang berfungsi untuk menyokong murid dari aspek sumber yang boleh diperolehi di dalam dan luar di bilik darjah.

Maklumat dan kajian

Bagi tujuan memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran, maklumat berkenaan hasil kajian yang berkaitan juga adalah amat berguna. Pengumpulan pengalaman dan perkembangan pusat dokumentasi sepatutnya mendapat sokongan dari peringkat kebangsaan dan hak untuk mendapat maklumat ini patut diperluaskan. Pendidikan khas sepatutnya diintegrasikan ke dalam kajian dan program perkembangan di institusi-institusi perkembangan kurikulum. Perhatian yang sewajarnya harus diberikan terhadap kajian tindakan yang menfokus kepada pengajaran inovatif dan strategi pembelajaran. Guru sepatutnya terlibat secara aktif dalam tindakan serta refleksi yang berkaitan dengan kajian seumpama ini. Pilot experiments dan kajian yang mendalam patut dijalankan bagi membantu proses membuat keputusan dan panduan bagi tindakan di masa depan. Eksperimen dan kajian ini boleh dijalankan berasaskan kerjasama antara beberapa negara.

Pengambilan dan Latihan Kakitangan Pendidikan

Persediaan yang mencukupi oleh semua kakitangan pendidikan merupakan faktor penting dalam membentuk program/sekolah inklusif. Seterusnya, pengambilan guru yang mempunyai ketidakupayaan sebagai role model kepada kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan adalah diiktiraf. Tindakan-tindakan seperti berikut boleh diambil:

1. Program latihan awal patut disediakan kepada semua guru tidak kira di sekolah rendah mahupun sekolah menengah adalah perlu bagi membentuk orientasi positif terhadap ketidakupayaan dan seterusnya membina persefahaman berkenaan apa yang boleh dicapai di sekolah dengan perkhidmatan sokongan yang ada. Pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan antaranya adalah pengajaran yang baik termasuk menilai keperluan-keperluan khas, mengadaptasi kandungan kurikulum, penggunaan bantuan teknologi, prosedur pengajaran individu yang dapat memenuhi kepelbagaian ketidakupayaan dan sebagainya. Di institusi latihan guru, mereka sepatutnya dilatih untuk menggunaan kuasa autonomi serta mengaplikasikan kemahiran yang ada bagi mengadaptasi pelbagai kurikulum yang ada serta pengajaran bagi memenuhi keperluan murid-murid ini di samping membolehkan mereka bekerjasama dengan pakar serta pihak ibu bapa.

2. Kemahiran yang diperlukan untuk memberi tindak balas terhadap keperluan pendidikan khas patut diambilkira semasa membuat penilaian pembelajaran dan persijilan seseorang guru.

3. Satu lagi perkara yang menjadi keutamaan adalah, perlunya penulisan bahan serta penganjuran seminar kepada pihak pengurusan, penyelia, guru besar dan guru-guru yang telah berkhidmat lebih lama bagi membina kepimpinan mereka dalam bidang ini di samping memberi sokongan kepada guru-guru yang kurang berpengalaman.

4. Cabaran utama adalah untuk menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada semua guru-guru memandangkan kepelbagaian keadaan dalam tugasan mereka. Latihan dalam perkhidmatan sepatutnya dijalankan di peringkat sekolah yang melibatkan interaksi dengan pelatih-pelatih dan disokong oleh pusat yang berhampiran dan teknik pengajaran yang lain.

5. Latihan khas dalam pendidikan khas bagi memperoleh kelayakan yang lebih tinggi sepatutnya turut mengambil kira latihan serta pengalaman sebagai seorang guru biasa bagi memastikan adanya mobiliti.

6. Latihan bagi guru-guru pendidikan khas patut dipertimbangkan dengan tujuan untuk membolehkan mereka bekerja dalam pelbagai persekitaran dan mampu untuk memainan peranan dalam program pendidikan khas. Pendekatan yang dapat diaplikasikan kepada semua kategori ketidakupayaan patut dibina sebagai satu teras utama sebelum memberi fokus terhadap satu atau lebih bidang ketidakupayaan.

7. Universiti memainkan peranan penting sebagai penasihat dalam proses membangunkan pendidikan khas, terutamanya berkaitan dengan kajian, penilaian, persediaan guru-guru pelatih dan dalam membina bahan-bahan serta program latihan. Rangkaian antara universiti dan institusi pengajian tinggi dalam membina negara patut ditingkatkan. Kajian serta latihan antara rangkaian yang dibentuk ini adalah amat penting untuk melibatkan individu yang mempunyai ketidakupayaan dalam kajian dan latihan bagi memastikan perspektif mereka diambil kira.

8. Perulangan masalah yang berlaku dalam sistem pendidikan, termasuklah sistem yang menyediakan perkhidmatan terbaik bagi murid-murid yang mempunyai ketidakupayaan adalah kekurangan role model bagi murid-murid ini. Murid berkeperluan khas memerlukan peluang untuk berinteraksi dengan golongan dewasa yang mempunyai ketidakupayaan yang telah mencapai kejayaan supaya mereka boleh mencorakkan cara dan aspirasi hidup berdasarkan jangkaan yang realistik. Di samping itu, mereka patut diberi latihan dan disediakan dengan contoh-contoh empowerment serta kepimpinan agar

mereka mampu untuk membantu dalam membentuk polisi yang akan mempengaruhi kehidupan mereka kelak. Sehubungan itu, sistem pendidikan sepatutnya member peluang kepada guru-guru dan kakitangan yang yang mempunyai ketidakupayaan tetapi berkelayakan serta melibatkan individu yang berjaya walaupun mempunyai ketidakupayaan bagi pendidikan khas.

Perkhidmatan Sokongan Luar

Pembekalan perkhidmatan sokongan adalah amat penting untuk kejayaan polisi pendidikan inklusif. Untuk memastikan itu, semua peringkat, perkhidmatan luar adalah boleh didapati untuk kanak-kanak berkeperluan khas, pihak berkuasa pendidikan patut mempertimbangkan yang berikut. Sokongan kepada sekolah biasa boleh didapati daripada institusi pendidikan guru dan staf sekolah pendidikan khas. Institusi latihan dan sekolah pendidikan khas boleh menyediakan kemudahan dan bahan mahupun latihan dalam strategi pengajaran. Sokongan luar dari sumber tenaga dari pelbagai agensi, jabatan dan institusi, seperti guru penasihat, ahli psikologi pendidikan, jurupulih cara kerja dan pertuturan dan sebagainya patut diselaraskan di peringkat tempatan. Sekolah kluster telah membuktikan satu strategi yang berguna dalam permindahan sumber pendidikan terutama penglihatan komuniti. Sekolah kluster boleh dibahagikan tanggungjawab bersama untuk memenuhi keperluan pendidikan khas murid di kawasan mereka dan skop untuk peruntukan sumber diberikan. Pengaturan tersebut boleh melibatkan perkhidmatan bukan pendidikan juga. Sebenarnya, perkhidmatan pendidikan dapat manfaat besar sekiranya usaha banyak telah dilakukan untuk memastikan penggunaan optimum kepada kepakaran dan sumber.

Kawasan keutamaan

Integrasi kanak-kanak dan orang muda dengan pendidikan khas akan menjadi lebih efektif dan berjaya sekiranya mempertimbangkan aspek pendidikan awal kanak-kanak supaya peluang pendidikan semua kanak-kanak, pendidikan perempuan dan peralihan dari pendidikan kepada kehidupan pekerjaan mempunyai halatuju.

Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kejayaan program/sekolah inklusif bergantung kepada identifikasi awal, penilaian dan stimulasi kanak-kanak muda dengan keperluan pendidikan khas. Penjagaan kanak-kanak dan program pendidikan untuk kanak-kanak dari umur enam tahun perlu di perkembangkan dan atau disusun untuk mempromosikan perkembangan fizikal, intelek, dan sosial serta persediaan untuk sekolah. Program-program ini memiliki nilai ekonomi yang tinggi untuk individu, keluarga dan masyarakat untuk mengelakkan penyukaran keadaan ketidakupayaan. Program pada peringkat ini patut mengiktiraf prinsip inklusif dan boleh diperkembangkan dengan lengkap melalui gabungan aktiviti-aktiviti pra sekolah dan penjagaan kesihatan awal kanak-kanak. Banyak negara telah menggunakan polisi yang menyokong pendidikan awal kanak-kanak, sama ada dengan menyokong perkembangan tadika, pusat pengasuhan harian atau mengorganisasikan maklumat keluarga dan aktiviti kesedaran bersempena dengan perkhidmatan komuniti (kesihatan, penjagaan ibu dan kanak-kanak), sekolah dan keluarga tempatan ataupun persatuan wanita.

Pendidikan Kanak-kanak Perempuan

Anak perempuan yang memiliki ketidakupayaan adalah suatu kesukaran. Usaha yang gigih amat diperlukan demi menyediakan latihan dan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan yang berkeperluan pendidikan khas. Selain akses kepada sekolah, kanak-kanak perempuan patut memiliki informasi dan bimbingan mahupun contoh teladan yang mampu membantu mereka untuk melakukan pilihan dan persediaan untuk memainkan peranan sebagai wanita pada masa depan.

Persediaan untuk Kehidupan Orang Dewasa

Remaja berkependidikan khas perlu dibantu untuk menghadapi proses peralihan yang efektif dari kehidupan sekolah ke arah kehidupan alam pekerjaan orang dewasa. Pihak sekolah perlu membantu mereka menjadi ekonomi aktif dan memberi mereka kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan harian. Seruan ini adalah untuk teknologi latihan yang bersesuaian, termasuk pengalaman terus dalam kehidupan sebenar di luar sekolah. Kurikulum untuk murid pendidikan berkeperluan khas perlu memasukkan program peralihan spesifik, sokongan untuk pendidikan lebih tinggi pada bila-bila masa dan latihan vokasional yang kemudiannya menyediakan mereka ke arah berdikari serta memberi sumbangan kepada masyarakat selepas meninggalkan sekolah. Aktiviti-aktiviti ini patut dilaksanakan dengan penglibatan yang aktif oleh kaunselor bimbingan vokasional, pegawai penempatan, gabungan perdagangan, pihak berkuasa tempatan dan perkhidmatan yang berlainan serta agensi yang berkaitan.

Orang Dewasa dan Pendidikan Berterusan

Orang kurang kemampuan patut diberi perhatian khas dan melaksanakan program pendidikan orang dewasa berterusan. Kursus khas patut direkabentuk untuk memenuhi keperluan dan keadaan pelbagai kumpulan orang ketidakupayaan.

Perspektif Komuniti

Menyedari matlamat untuk pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas yang berjaya bukan tugas pihak Kementerian Pendidikan sahaja. Usaha ini turut melibatkan kerjasama keluarga dan mobiliti komuniti serta organisasi sukarela mahupun sokongan orang awam. Pengalaman dari negara atau kawasan yang telah melihat perkembangan peluang pendidikan yang sama untuk kanak-kanak dan remaja pendidikan berkeperluan khas memerlukan cadangan beberapa latihan yang berguna.

Sokongan Ibu Bapa

Pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan perkongsian dan sokongan ibu bapa dengan pihak profesional. Ibu bapa memerlukan sokongan demi menjawat peranan sebagai ibu bapa kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Peranan ibu bapa dan keluarga boleh ditambahkan dengan dengan perolehan maklumat yang diperlukan dalam bahasa yang ringkas dan jelas. Ibu bapa dan guru memerlukan sokongan dan dorongan dalam belajar untuk bekerja

bersama-sama seperti ibu bapa. Ibu bapa merupakan rakan sekerja yang berhubung dalam pendidikan berkeperluan khas untuk kanak-kanak mereka, dan setakat persetujuan mereka dalam pilihan jenis perolehan pendidikan yang diingini oleh mereka untuk anak mereka. Hubungan bekerjasama dan sokongan antara pentadbir-pentadbir sekolah, guru-guru dan ibu bapa perlu diperkembangkan lagi dan ibu bapa dianggap sebagai rakan sekerja yang aktif dalam membuat keputusan. Ibu bapa patut didorong untuk menyertai aktiviti pendidikan di rumah dan di sekolah (di mana mereka dapat memerhati teknik efektif dan belajar bagaimana mengorganisasi aktiviti kurikulum), mahupun dalam aspek penyeliaan dan sokongan dalam pembelajaran kanak-kanak.

Pihak kerajaan patut mengambil langkah pimpinan dalam mempromosikan jalinan hubungan dengan ibu bapa, melalui pernyataan dalam polisi dan peraturan mengenai hak ibu bapa. Perkembangan persatuan ibu bapa patut dipromosikan dan penglibatan mereka dalam merekabentuk dan melaksanakan program berniat untuk menambahbaik pendidikan untuk anak mereka. Pihak berkuasa persatuan tersebut turut perlu diberi nasihat mengenai merekabentuk dan melaksanakan program-program.

Penglibatan Komuniti

Pemberian kuasa, penglibatan komuniti dalam pendidikan dan melatih individu pendidikan berkeperluan khas wajar dilakukan oleh pihak pentadbiran tempatan begai mendorong penyertaan komuniti dengan memberi sokongan dalam persatuan perwakilan dan menjemput mereka untuk melibatkan diri dalam membuat keputusan. Mekanisme pelancaran dan pemantauan yang terkandung pentadbiran sivil tempatan, pendidikan, kesihatan dan pembangunan pihak berkuasa, pemimpin komuniti dan organisasi voluntari patut dibentuk dalam kawasan geografi cukup untuk memastikan penyertaan komuniti yang bermakna.

Penglibatan komuniti boleh menggiatkan aktiviti-aktiviti sekolah seperti memberi bantuan dalam melakukan kerja rumah dan menggantikan kekurangan dari sokongan keluarga. Peranan persatuan-persatuan berhampiran dalam komuniti, persatuan-persatuan keluarga, kelab remaja dan pergerakan untuk orang lebih tua dan sukarekawan lain, termasuk orang kurang upaya boleh digembeling bagi menjayakan agenda ini. Tindakan pemulihan dalam komuniti seharusnya bermula apabila komuniti memutuskan sama ada program itu akan dijadikan sebahagian daripada perjalanan aktiviti-aktiviti pembangunan komuniti. Pelbagai rakan sejawat dalam komuniti , termasuk organisasi untuk orang kurang upaya dan organisasi bukan kerajaan yang lain patut diberi kuasa untuk mengambil tanggungjawab dalam program yang dicadangkan.

Dalam dokumen Modul Lengkap PDF (Halaman 84-95)