• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERJANJIAN SALAMANCA

Dalam dokumen Modul Lengkap PDF (Halaman 79-84)

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit pembelajaran ini, pelajar dapat:

1. mengetahui tentang isi kandungan dalam perjanjian Salamanca.

2. mengenal pasti secara lebih jelas tentang prinsip, polisi dan amalan dalam memenuhi keperluan pendidikan khas.

PENGENALAN

Bab ini membincangkan tentang prinsip, polisi dan amalan dalam memenuhi keperluan pendidikan khas serta rangka kerja tindakan yang terdiri daripada beberapa seksyen, iaitu pemikiran baru di dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas dan petunjuk bagi tindakan berdasarkan aras kawasan dan antarabangsa

ISI KANDUNGAN

KETERANGAN MENGENAI SALAMANCA DAN TINDAKAN RANGKA KERJA KE ATAS KEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS

Lebih dari 300 penglibatan yang mewakili 92 kerajaan dan 25 organisasi antarabangsa bertemu di Salamanca, Sepanyol dari 7hb hingga 10hb Jun 1994 bagi membincangkan mengenai pendidikan untuk semua dengan menimbangkan berkenaan perubahan polisi bagi mencapai pendidikan inklusif, menyenaraikan sekolah yang menempatkan semua kanak-kanak, khususnya mereka yang bekeperluan khas. Penganjur Perjanjian Salamanca ialah kerajaan Sepanyol dengan kerjasama UNESCO dan dihadiri bersama pegawai pendidikan, pentadbir, pakar dan penggubal polisi sebagai pewakilan dari United Nation dan agensi pakar orang pekak, organisasi antarabangsa, organisasi swasta dan agensi penyumbang dana. Persidangan ini menerima Perjanjian Salamanca berdasarkan dasar, polisi dan amalan di dalam keperluan pendidikan khas serta tindakan rangka kerja. Dokumen ini dimaklumkan melalui prinsip penyertaan, pengiktirafan kepada keperluan ke arah sekolah untuk semua, institusi yang menerima semua orang, memuliakan perbezaan, memberi sokongan, dan prihatin kepada keperluan individu. Misalnya, mereka menjadikan kepentingan sumbangan kepada agenda pencapaian pendidikan untuk semua dan menjadikan pendidikan di sekolah lebih berkesan. Isu kesamaan keperluan pendidikan khas melibatkan negara dari utara dan selatan, tidak boleh dipisahkan dan perlu membentuk keseluruhan strategi pendidikan termasuk polisi sosial dan ekonomi yang baru. Perkara ini juga dipanggil nilai pembaharuan sekolah biasa.

Keterangan Salamanca berdasarkan prinsip, polisi dan amalan di dalam keperluan pendidikan khas

Pendidikan untuk setiap individu bermula pada tahun 1948 melalui pengisytiharaan sejagat Hak Asasi Manusia dan mula diperbaharui pada tahun 1990 di Persidangan Dunia Pendidikan Untuk

Semua (World Conference on Education For All) bagi memastikan tidak wujud perbezaan antara setiap individu. Perjumpaan semula beberapa United Nation bagi kemuncak persidangan dalam tahun 1993 mengenai United Nation Standard Rules terhadap penyamaan peluang untuk mereka yang mengalami kecacatan, dengan mendesak negara bagi memastikan pendidikan terhadap golongan ini perlu dimasukkan ke dalam sistem pendidikan. Beberapa perkara diberi tumpuan, iaitu:

1. Setiap kanak-kanak berhak mendapatkan pendidikan dan mereka mesti diberi peluang bagi membolehkan kanak-kanak ini mencapai ilmu pengetahuan yang tinggi.

2. Setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang unik, minat, kebolehan dan keperluan ilmu pengetahuan.

3. Sistem pendidikan perlu diubah dan melaksanakan program pendidikan untuk memberi faedah sepenuhnya kepada kepelbagaian ciri dan keperluan ini.

4. Pendidikan khas perlu dimasukkan ke sekolah biasa dan memberi tumpuan ke dalam kaedah mengajar yang khusus kepada keperluan mereka.

5. Orientasi inklusif di sekolah biasa cara paling berkesan bagi memerangi sikap berdiskriminasi, melahirkan masyarakat yang menyambut dengan mesra kanak-kanak ini, membangunkan persatuan inklusif dan mencapai pendidikan untuk semua.

Pihak kerajaan perlulah memberi belanjawan dan kepentingan polisi bagi penambahbaikan sistem pendidikan untuk membolehkan kemasukkan semua kanak-kanak tanpa mempedulikan perbezaan atau kesukaran individu tersebut. Malah kerajaan perlu menerima dasar pendidikan inklusif di dalam undang-undang atau polisi dan mendaftarkan semua kanak-kanak ini ke sekolah biasa kecuali terdapat sebab-sebab tertentu. Pihak kerajaan juga perlulah membangunkan dan menggalakkan rancangan perkongsian pengalaman dengan negara yang mempunyai pengalaman berkaitan sekolah inklusif. Seterusnya, membentuk pengagihan kuasa pusat bagi merancang, pengawalan, dan penilaian kepada penyediaan pendidikan untuk keperluan pendidikan khas kanak-kanak dan orang dewasa. Menggalakkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan organisasi yang terlibat dengan mereka yang mengalami kecacatan dalam proses merancang dan membuat keputusan keperluan pendidikan khas ini. Pihak kerajaan perlu berusaha dalam mengenal pasti strategi penilaian pendidikan inklusif terutamanya dari aspek vokasiaonal.

Selain itu, UNESCO berperanan bagi:

1. Memastikan keperluan pendidikan khas menjadi sebahagian daripada agenda di dalam forum berkaitan pendidikan untuk semua

2. Menggerakkan sokongan kepada organisasi professional perguruan dengan menambah nilai pendidikan guru sebagai perhargaan untuk persediaan keperluan pendidikan khas, 3. Menggerakkan dana melalui pembentukan Medium-Term Plan (1996-2002)

4. Memperkembangkan program inklusif dan program sokongan komuniti.

5. Menggiatkan komuniti akademik bagi menguatkan rangkaian dan penyelidikan. RANGKA KERJA PERJANJIAN SALAMANCA

Berdasarkan keterangan dari proposal, petunjuk dan cadangan yang diterima daripada lima seminar yang diadakan bagi persediaan untuk persidangan dunia, maka rangka kerja berikut dimeterai:

1. Hak semua kanak-kanak untuk mendapat pendidikan telah termaktub di dalam Universal Declaration of Human Right dan telah disokong oleh World Declaration on Education for All. Dinyatakan di dalam United Nation Standard Rules on the Equalization of Opportunities, A/RES/48/96, resolusi Amarika Syarikat pada sesi ke 48 pada 20hb Disember 1993 menyatakan semua orang kurang upaya (OKU) berhak untuk mendapatkan pendidikan. Ibubapa juga mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna, yang diperlukan dan menjadi aspirasi kepada anak mereka.

2. Panduan utama untuk menyatakan mengenai rangka kerja ini, sekolah perlu menampung semua kanak-kanak tanpa memperhatikan keadaan fizikal, intelektual, sosial, emosi, bahasa dan lain-lain keadaan. Ini termasuklah kanak-kanak kurang upaya, berbakat, kanak-kanak jalanan dan yang bekerja, tinggal di pendalaman dan berpindah randah, kanak-kanak yang mempunyai bahasa, etnik dan budaya yang berbeza dan kanak-kanak yang tidak mempunyai kelebihan atau disisih dari kumpulannya. Keadaan ini akan menjadikan cabaran yang berbeza di setiap sekolah. Di dalam konteks rangka kerja ini, pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas dirujuk kepada semua kanak-kanak dan remaja yang memerlukan pendidikan akibat ketidakupayaan dan masalah pembelajaran. Pihak bertanggungjawab di sekolah perlu mencari jalan bagi menyediakan pendidikan yang sempurna untuk kanak-kanak termasuklah kepada mereka yang tidak mempunyai kelebihan dan ketidaksempurnaan. Selain itu sekolah juga boleh mengadakan program inklusif bagi membolehkan kanak-kanak berpendidikan khas untuk belajar bersama dengan kanak-kanak normal. Sesungguhnya kebolehan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada kualiti proses pengajaran sahaja, tetapi juga di dalam merubah sikap diskriminasi, mewujudkan komuniti yang menerima sesiapa sahaja dan membangunkan masyarakat yang inklusif. Untuk mengubah perspektif sosial bukan perkara yang sukar dan mengambil masa yang lama untuk diubah kerana masyarakat lebih memandang kekurangan seseorang dari kelebihan yang ada pada mereka.

3. Pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas telah bergabung dengan prinsip pedagogi dan didapati proses pembelajaran haruslah berdasarkan keperluan kanak-kanak itu. Pedagogi yang selaras akan memberikan faedah kepada kanak-kanak khususnya dan kepada masyarakat amnya.

4. Rangka kerja tindakan ini terdiri daripada beberapa seksyen, iaitu: i. Pemikiran baru di dalam pendidikan berkeperluan khas

ii. Petunjuk bagi tindakan berdasarkan aras nasional/panduan pelaksanaan di peringkat kebangsaan

a. Polisi dan organisasi b. Faktor sekolah

c. Pengambilan dan latihan untuk pengetahuan kakitangan d. Perkhidmatan sokongan lahiriah

e. Kawasan utama

f. Pandangan masyarakat g. Keperluan sumber

iii. Petunjuk bagi tindakan berdasarkan aras kawasan dan antarabangsa Pemikiran baru di dalam pendidikan berkeperluan khas

Aliran di dalam polisi sosial sejak dua dekad yang lalu telah mempromosikan integrasi dan penyertaan untuk mengelakkan pengasingan. Percantuman dan penyertaan amat penting bagi menjaga maruah dan hak manusia. Dalam lingkungan pendidikan, pemikiran ini memberi kesan dalam membangunkan strategi bagi menyamakan peluang semua pihak. Pengalaman di banyak negara menunjukkan integrasi kanak-kanak dan remaja dengan berpendidikan khas adalah yang terbaik di dalam lingkungan program/sekolah inklusif yang akan menyediakan mereka kepada masyarakat. Ini adalah kerana kanak-kanak istimewa memerlukan pendidikan khas bagi mencapai pendidikan yang sempurna di samping integrasi sosial. Sekiranya sekolah bersedia menyokong program inklusif, kejayaan akan dikecapi semua pihak seperti guru, murid, pihak sekolah, kelurga dan masyarakat.

Prinsip penting di dalam program inklusif adalah murid harus belajar bersama di mana sahaja, walaupun di dalam kesukaran atau perbezaan. Maklum balas terhadap pelbagai keperluan murid serta tempat tinggal perlu dikumpul bagi memastikan kualiti pendidikan berteraskan kurikulum, pengurusan organisasi, pendekatan pengajaran, sumber yang digunakan dan hubungan dengan masyarakat dapat dilaksanakan. Pihak sekolah harus memberikan perkhidmatan dan sokongan yang berterusan supaya sekolah pendidikan khas dapat bersaing dengan sekolah biasa.

Di dalam program inklusif, kanak-kanak berkeperluan khas harus menerima sokongan yang lebih supaya mereka mendapat pendidikan yang efektif. Sekolah inklusif bermakna kanak-kanak belajar di dalam sekolah yang sama bersama dengan rakan sebaya mereka yang normal. Senario pendidikan khas berbeza dari satu negara ke satu negara, contohnya, negara yang mempunyai sistem sekolah pendidikan khas yang stabil bagi kecacatan yang khas akan menjadi sumber bagi membangunkan program inklusif. Kakitangan pendidikan khas juga perlu melakukan penyaringan bagi mengenali kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan dan boleh menyediakan latihan kepada kakitangan di sekolah biasa. Dengan cara ini maka sekolah pendidikan khas atau program inklusif boleh menyediakan perkhidmatan pendidikan yang bersesuaian kepada kanak-kanak yang kecil bilangannya ini.

Negara yang mempunyai sedikit atau tidak mempunyai langsung sekolah khas harus secara umumnya dinasihat untuk menumpukan perhatian bagi membangunkan program inklusif dan perkhidmatan istimewa kepada kanak-kanak ini. Perkhidmatan ini termasuklah guru-guru pendidikan khas dan kakitangan yang mempunyai kelayakan dan pastinya pengalaman merupakan antara perkara terpenting di dalam usaha untuk merealisasikan sekolah pendidikan khas.

Perancangan pendidikan oleh pihak kerajaan perlu bertumpu kepada pendidikan untuk semua, di semua daerah dalam negara dan suasana ekonomi melalui sekolah awam atau swasta. Kanak-kanak kurang upaya biasanya mengetahui adanya pendidikan selepas adanya saudara yang juga kurang upaya mendapat pendidikan asas. Tumpuan di dalam pendidikan asas ialah literasi, nombor dan asas pembelajaran kanak-kanak pendidikan khas berdasarkan program pendidikan orang dewasa.

Kebanyakan wanita yang dilahirkan dengan ketidakupayaan sering kali tidak diberi kelebihan. Lelaki dan wanita seharusnya diberikan program pendidikan yang sama dan peluang yang sama. Rangka kerja ini bermaksud untuk menjadi panduan penuh untuk menjalankan tindakan di dalam pendidikan khas bagi mencapai pendidikan untuk semua.

Dalam dokumen Modul Lengkap PDF (Halaman 79-84)