• Tidak ada hasil yang ditemukan

IMPLIKASI BIWAKO

Dalam dokumen Modul Lengkap PDF (Halaman 103-109)

BIWAKO MILLENNIUM FRAMEWORK 2002

IMPLIKASI BIWAKO

Biwako Millenium Framework 2002 telah memberi banyak kesan yang positif kepada semua negara khususnya Malaysia. Pembukaan bengkel Audit Akses untuk orang kurang upaya merupakan salah satu implikasi Biwako kepada Malaysia. Hal ini kerana capaian maklumat dan komunikasi dapat membantu orang kurang upaya untuk lebih lebih berdikari, berdaya saing dan mendapat hak-hak yang sewajarnya dalam kehidupan mereka. Selain itu ia juga menggalakkan kepada penggunaan teknologi maklumat dan akses serta menggalakkan persekitaran tanpa halangan dan perundangan yang saksama bagi orang kurang upaya.

Implikasi yang seterusnya ialah subjek kemahiran hidup diberi tumpuan. Orang kurang upaya dapat mengasah bakat yang ada pada diri mereka untuk hidup yang lebih maju dan mendapat peluang pekerjaan dalam bidang kemahiran seperti kraftangan, lukisan, dan sebagainya. Biwako Millenium Framework 2002 juga bukan untuk program pendidikan sahaja tetapi untuk bidang sosial, ekonomi, politik dan budaya. Hal ini berkait rapat dengan mempertingkatkan kemudahan untuk orang kurang upaya. Contohnya ialah kemudahan awam sepeti tandas, telefon, pengangkutan, telekomunikasi dan sebagainya yang mesra OKU. Selain itu, dana dapat diwujudkan untuk mengukuhkan usaha membina keupayaan orang kurang upaya bagi membolehkan mereka mencapai potensi untuk melibatkan diri dalam masyarakat dan membebaskan diri daripada kitaran kemiskinan yang dikaitkan dengan ketidakupayaan dan untuk membantu mencegah benteng sosial dan fizikal.

Forum 9:

Bincangkan bagaimana anda memainkan peranan dalam melaksanakan Agenda 4, iaitu Latihan dan Pekerjaan Termasuk Bekerja Sendiri di sekolah dan komuniti.

Tugasan 9:

Huraikan bagaimana Agenda 6, iaitu Akses Kepada Maklumat dan Komunikasi, Termasuk Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Alat Sokong Bantu boleh diperkasakan bagi membantu murid-murid berpendidikan khas dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

RUMUSAN

Pihak kerajaan di setiap negara dan kawasan haruslah sentiasa bermesyuarat untuk membincangkan pencapaian dan tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk memastikan dasar Biwako ini betul-betul dilaksanakan dan bukan hanya sekadar satu dasar yang hanya bertulis di atas kertas semata-mata. Hal ini kerana dengan adanya dasar-dasar seperti inilah hak-hak dan kepentingan orang kurang upaya boleh ditegakkan dan diambil berat oleh seluruh masyarakat dunia.

KATA KUNCI

1. Organisasi pertolongan diri 2. Wanita kurang upaya

3. Pengesanan awal dan intervensi

4. Latihan dan pekerjaan termasuk bekerja sendiri

5. Akses kepada persekitaran terbina dan pengangkutan awam 6. Akses kepada maklumat dan komunikasi

7. Pengurangan kemiskinan

PENILAIAN KENDIRI

1. Senaraikan prinsip dan halatuju BIWAKO.

2. Bagi memastikan matlamat kesamarataan serta hak keistimewaan orang kurang upaya di Asia dan Pasifik, nyatakan peraturan-peraturan dan terma-terma untuk dijadikan sebagai penanda aras dalam BIWAKO.

PETA KONSEP

RUJUKAN

Biwako Millennium Framework (2003). Diperoleh pada Februari 15, 2011 daripada

http://www8.cao.go.jp/shougai/english/biwako/1.html.

Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (2002). Diperoleh pada Februari 15, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/29076017/Biwako-Framework.

Thomas, Maya & Thomas, Joseph, M. (2007) Global trends in disability rehabilitation and their implications for leprosy programmes. Diperoleh pada Februari 15, 2011 daripada http://digitalcommons.ilr.cornell.edu.gladnetcollect/456.

membantu organisasi diri orang kurang upaya dan keluarga yang berkaitan dan persatuan ibu bapa

wanita kurang upaya

akses kepada alam bina dan pengangkutan awam pengesanan awal, intervensi

awal dan pendidikan

pembasmian kemiskinan melalui pembangunan kapasiti,

keselamatan sosial dan program kehidupan mampan

akses kepada maklumat dan komunikasi termasuk maklumat, komunikasi dan teknologi bantuan

latihan dan pekerjaan, termasuk pekerjaan sendiri

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

1. Prinsip dan halatuju BIWAKO ialah:

a. Menggubal atau menguat kuasakan undang-undang dan dasar yang berkaitan kesamarataan peluang, hak dan layanan terhadap orang kurang upaya

b. Memasukkan dimensi orang kurang upaya ke dalam semua undang-undang baru dan lama, perancangan dasar, program dan skim yang berkaitan

c. Mengukuh atau menguat kuasakan jawatankuasa pertubuhan kebangsaan berkaitan orang kurang upaya

d. Menyokong pembangunan orang kurang upaya dan organisasi mereka bagi melibatkan mereka dalam proses membuat keputusan dasar kerajaan serta memastikan orang kurang upaya menjadi sebahagian daripada usaha bagi mencapai pembangunan millennium

e. Menguatkan kapasiti negara dengan pengumpulan data dan analisis untuk menyokong polisi dan pengaplikasian program serta mengambil dasar campur tangan awal, iaitu intervensi awal dalam semua bidang kepada kanak-kanak kurang upaya dari lahir sehingga empat tahun

f. Menguatkan pendekatan dasar komuniti dalam pencegahan berlakunya kecacatan, hilang upaya, pemulihan serta penyamaan peluang bagi orang kurang upaya

g. Mengambil konsep universal termasuklah merancang untuk semua warga orang kurang upaya

2. Bagi memastikan matlamat kesamarataan serta hak keistimewaan orang kurang upaya di Asia dan Pasifik, BIWAKO telah mewujudkan peraturan-peraturan dan terma-terma untuk dijadikan sebagai penanda aras, iaitu:

a. Menetapkan undang-undang dan polisi bertepatan dengan hak kesamarataan bagi orang kurang upaya dengan orang upaya dari segi pendidikan, kesihatan, mengakses maklumat, peluang pekerjaan dan sebagainya. Undang-undang sebegini tidak terhad kepada mana-mana warga kurang upaya sama ada lelaki atau wanita, tinggal di kawasan bandar mahu pun di luar bandar.

b. Memasukkan dimensi kecacatan dalam semua rancangan baru dan dasar undang-undang yang sedia ada, program dan skim.

c. Menubuhkan atau mengukuhkan jawatankuasa penyelarasan kebangsaan mengenai kecacatan yang akan membangunkan dan menyelaras pelaksanaan dan pemantauan polisi mengenai ketidakupayaan, dengan penyertaan berkesan daripada organisasi dan untuk orang kurang upaya

d. Menyokong pembangunan orang kurang upaya dan pertubuhan mereka dan memasukkan mereka dalam keputusan dasar negara membuat proses pada upaya, dengan tumpuan khas kepada pembangunan wanita kurang upaya dan penyertaan mereka dalam organisasi membantu diri orang kurang upaya serta dalam inisiatif jantina arus perdana

e. Memastikan bahawa orang kurang upaya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencapai matlamat pembangunan mellennium, terutamanya dalam bidang pembasmian kemiskinan, pendidikan rendah, jantina dan pekerjaan belia

f. Mengukuhkan kapasiti negara dalam pengumpulan data dan analisis statistik mengenai ketidakupayaan untuk menyokong penggubalan dasar dan pelaksanaan program

g. Mengamalkan dasar campur tangan awal dalam semua bidang sektor pelbagai, termasuk pendidikan, kesihatan dan pemulihan, dan perkhidmatan sosial bagi kanak-kanak kurang upaya dari lahir hingga empat tahun.

h. Mengukuhkan pendekatan berasaskan komuniti dalam pencegahan punca pemulihan kecacatan, dan penyamaan peluang bagi orang kurang upaya.

i. Mengamalkan konsep reka bentuk universal dan inklusif untuk semua warganegara, yang kos efektif, dalam pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan dalam bidang, antara lain bandar dan luar bandar pembangunan, perumahan, pengangkutan dan telekomunikasi

3. Tujuh agenda dan sasaran yang diperjuangkan dalam BIWAKO ialah:

a. Organisasi pertolongan diri bagi orang kurang upaya serta persatuan yang berkaitan dengan keluarga dan ibu bapa

b. Wwanita kurang upaya

c. Pengesanan awal dan intervensi

d. Latihan dan pekerjaan termasuk bekerja sendiri

e. Akses kepada persekitaran terbina dan pengangkutan awam

f. Akses kepada maklumat dan komunikasi termasuk teknologi maklumat, komunikasi dan alat sokong bantu

g. Pengurangan kemiskinan melalui program keselamatan sosial dan program sara hidup.

UNIT 10

Dalam dokumen Modul Lengkap PDF (Halaman 103-109)