• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAEDAH PENGAJARAN MURID PERMASALAHAN PENDENGARAN

Dalam dokumen Modul Lengkap PDF (Halaman 40-43)

HASIL PEMBELAJARAN

KAEDAH PENGAJARAN MURID PERMASALAHAN PENDENGARAN

Pendengaran merupakan asas kepada kebolehan manusia berkomunikasi. Keupayaan kanak-kanak membentuk pertuturan dan bahasa terhasil daripada kebolehan mereka mendengar, memahami maksudnya dan seterusnya menuturkan apa yang difahami daripada apa yang didengarnya. Tanggapan dan cara pengurusan kanak-kanak ini harus diubah seiring dengan masa. Anjakan paradigma dalam pengendalian kanak-kanak cacat pendengaran harus disertai dengan perubahan dalam sistem pendidikan yang semakin mencabar agar selari dengan

perubahan dan kebolehan setiap kanak-kanak tersebut.

(http://www.scribd.com/doc/22790516/Asignment-pekak)

Kaedah pembelajaran yang boleh dipraktikkan dalam mengajar pelajar bermasalah pendengaran adalah seperti menggunakan alat bantuan pendengaran, kaedah bahasa isyarat orang pekak serta kaedah komunikasi seluruh kod tangan bahasa melayu yang akan membantu para pelajar terbabit agar lebih yakin untuk berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling. Kebolehan murid bermasalah pendengaran yang mahir dalam menguasai sesuatu bahasa terutamanya bahasa melayu merupakan satu kelebihan dalam pendidikan.

Guru berperanan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan pegadogi iaitu kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru dan pelajar. Konsep pegadogi ini akan

memberi kesan dalam keberkesanan pelajar bermasalah menguasai pengajaran (http://ms.wikipedia.org/wiki/pegadogi).

Komunikasi Seluruh Kod Tangan Bahasa Melayu merupakan salah satu kaedah pengajaran kepada murid bermasalah pendengaran. Kod Tangan Bahasa Melayu merujuk kepada penggunaan kod yang disampaikan melalui isyarat bagi mewakili setiap kosa kata bm. Hal ini memberi keterangan bahawa guru menggunakan pelbagai media seperti isyarat, lakon dan juga lisan semasa berinteraksi dalam pengajaran dan pembelajaran bersama para pelajar yang terlibat untuk disesuaikan dengan kebolehan murid yang pelbagai tahap pendengaran (Abdullah Yussoff,2004).

Komunikasi seluruh juga digunakan oleh tenaga pengajar bagi berinteraksi dan seterusnya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Konsep ini merujuk kepada keadaan di mana guru menggunakan apa sahaja untuk membolehkan murid memahami bahasa atau isyarat yang diberikan. Antara contoh isyarat yang digunakan adalah mimik muka, lakonan serta pertuturan.

Kaedah lain yang digunakan adalah kaedah bahasa isyarat orang pekak. Kaedah ini menggunakan isyarat sebenar orang pekak dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada murid bermasalah pendengaran. Kaedah ini belum dilaksanakan secara rasmi di Malaysia. Bahasa isyarat orang bermasalah pendengaran di Malaysia dikenali sebagai Bahasa isyarat Malaysia (BIM). Kaedah ini menterjemahkan bahasa melalui isyarat sebenar individu bermasalah pendengaran yang membabitkan pergerakan badan seperti tangan, mimik muka dan kepala (Persatuan Orang Pekak Malaysia, 2000).

Kaedah pertuturan juga dijadikan sebagai salah satu kaedah pengajaran murid bermasalah pendengaran. Kaedah ini memerlukan murid-murid bertutur sepertimana murid normal. Lazimnya. Latihan melalui kaedah pertuturan ini diberikan khas kepada murid yang masih mempunyai sisa-sisa pendengaran. Kaedah ini diajar bagi membolehkan mereka sedikit sebanyak membantu dalam memahami pertuturan jika berinteraksi dengan murid normal yang lain. Murid-murid ini juga akan terpaksa menggunakan bahasa lisan jika bertutur dengan orang

yang tidak memahami bahas isyarat mereka.

(http://www.scribd.com/doc/22790516/Asignment-pekak) PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Program pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PKBP) merupakan satu program yang disediakan untuk kanak-kanak yang terdiri daripada golongan yang bermasalah pembelajaran seperti sindrom down, hiperaktif, terencat akal minima, kurang upaya dalam pembelajaran dan kurang upaya dalam pelajaran khusus seperti disleksia. Berdasarkan kepada falsafah pendidikan negara, semua kanak-kanak berhak untuk mendapat pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, mereka juga tidak terkecuali untuk mendapat pendidikan yang sebaik mungkin melalui program pendidikan khas yang disediakan untuk mereka.

Masalah pembelajaran adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai tahap fungsi intelek yang terhad di samping menghadapi kesulitan dalam interaksi dengan persekitaran. Mereka di tempatkan di dalam program pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PKBP) yang diintegrasikan dengan sekolah-sekolah harian biasa. Program pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah untuk melatih mereka daripada segi kognitif, efektif dan psikomotor dengan menerapkan kemahiran pengetahuan, nilai, sikap dan amalan yang diperlukan sesuai dengan kemampuan masing-masing. Inisiatif daripada program ini supaya kanak-kanak tersebut dapat memajukan diri sendiri apabila masuk ke alam dewasa nanti. Hal ini juga selaras dengan falsafah Pendidikan Khas di Malaysia iaitu satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, berkemampuan merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran menunjukkan perkembangan yang sungguh pesat. Data pada setiap tahun yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Khas bagi negara ini telah menunjukkan peningkatan bagi program pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PKBP) ini. Program pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PKBP) telah ditubuhkan pada tahun 1988 yang mana Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mula menubuhkan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala Lumpur dan sebanyak dua kelas dengan bilangan 20 orang murid dan tiga orang guru terlatih. Pada tahun yang sama juga Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua buah kelas di SRK Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor.

Pada tahun 1990, Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang melibatkan dua ratus orang murid dari kelas-kelas percantuman telah diuji dan satu mesyuarat telah diadakan bagi menganalisis data dari ujian percubaan di Universiti Malaya. Manakala pada tahun 1991, kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur. Program ini bertambah lagi, apabila seluruh negara membuka program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) secara berperingkat pada tahun 1992.

Pada tahun 1993 pula, telah diwujudkan Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia yang mana program ini merupakan program gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan Khas. Manakala pada tahun 1995, bermulanya pendidikan inklusif yang mana program ini menggabungkan kanak-kanak bermasalah pembelajaran dengan kanak-kanak biasa.

Pembukaan Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran printis peringkat sekolah menengah di SMK Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada tahun 1996. Sehingga tahun 2006, statistik Jabatan Pendidikan Khas menunjukkan pertambahan ketara bilangan program masalah pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006. Manakala bilangan program di sekolah menengah sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah pada tahun 2006.

Jadual 4.5: Perkembangan program pendidikan khas bermasalah pembelajaran Tahun Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

1988 SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala Lumpur (dua kelas dengan 20 orang murid dan tiga orang guru terlatih).

Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor.

1990 Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang melibatkan dua ratus orang murid dari kelas-kelas percantuman telah diuji.

Mesyuarat menganalisis data dari ujian percubaan di Universiti Malaya. 1991 Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di Maktab Perguruan

Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.

1992 Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di seluruh negara secara berperingkat.

1993 Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini merupakan program gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan Khas.

1995 Pendidikan Inklusif bermula.

1996 Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Printis peringkat sekolah menengah di SMK Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

2006 Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan pertambahan ketara bilangan program masalah pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006. Manakala bilangan program di sekolah menengah sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah pada tahun 2006.

(Sumber : Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran)

Berdasarkan kepada Jadual 4.5, jelas menunjukkan perkembangan yang membangun bagi program pendidikan khas bermasalah pembelalajaran. Rentetan daripada perkembangan dan jumlah program pendidikan khas bermasalah pembelajaran, dapat disimpulkan bahawa pihak kerajaan dan masyarakat begitu prihatin terhadap masalah kanak-kanak berkeperluan khas terutamanya dalam masalah pembelajaran. Hal ini dapat dibuktikan melalui perkembangan Program Pendidikan Bermasalah Pembelajaran (PKBP) daripada tahun ke tahun.

Dalam dokumen Modul Lengkap PDF (Halaman 40-43)