Seperti yang diterangkan dalam Unit Pelajaran 3, khidmat sokongan dalam pendidikan khas menjadi sebahagian besar kepentingan dalam pengendalian dan pengurusan kanak-kanak ini ialah:
1. Unit Perancangan dan Penyelidikan Dasar 2. Unit Latihan dan Khidmat Bantuan 3. Jabatan Kebajikan Masyarakat 4. Badan-badan bukan kerjaan (NGO) 5. Suakarelawan
6. Lain-lain
Selain daripada yang dinyatakan di atas, program berbentuk khidmat dalam komuniti sering dilaksanakan terutama bagi keperluan mereka yang berada di kawasan luar bandar. Jika sebelum ini, penglibatan terdiri daripad professional dari badan-badan tertentu, kini ia menampilkan penglibatan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi terutamanya menghulurkan sumbangan dalam bentuk sukarelawan dibawah bimbingan pensyarah. Menjadikan program sukarelawan sebagai tugasan untuk memenuhi keperluan kursus yang diikuti, penglibatan pelajar memberi lebih keprihatinan kepada mereka yang memerlukan.
KEPENTINGAN SOKONGAN KAUNSELING
Di peringkat keluarga, ibu bapa murid-murid dengan keperluan khas terutamanya sentiasa berhasrat untuk mendapatkan maklumat tentang masalah atau penyakit yang berkaitan anak mereka selain memerlukan strategi untuk menentukan langkah ke arah perkembangannya. Sokongan kepada keluarga dari peringkat awal pengesanan membantu ibu bapa ke arah pembelaan bagi pihak anak mereka. Ada kalanya, sesetengah keluarga melalui kesukaran untuk menerima kecacatan atau mana-mana kategori kurang upaya yang dialami anak mereka. Ahli keluarga akan mengalami suatu perasaan aneh dengan situasi yang dihadapi. Kebanyakkan keluarga menyatakan bahawa mereka mengalami tahap perubahan emosi yang pelbagai termasuk kesedihan, risau, keliru dan sehingga membawa kepada tekanan. Namun, sehingga kini tiada formula khusus yang dapat menerangkan pengendalian emosi ini.
Terdapat tiga tahap kedukaan yang dinyatakan oleh Adams, (1988). Pertama peringkat rasa kehilangan seorang anak seperti yang diharapkan lahir sebagai anak yang normal. Perasaan
marah, tidak percaya, bersalah yang akhirnya membawa kepada penolakan akan wujud dalam diri ibu bapa si anak. Di peringkat kedua, ibu bapa masih lagi dikatakan dalam fasa pengiktirafan atau perakuan yang mana perasaan hiba dan bersalah masih dialami dan secara perlahan-lahan akan mengakhiri. Ibu bapa pada ketika ini, memerlukan sokongan yang tinggi untuk meyakinkan diri mereka untuk menerima ketidaksempurnaan anak mereka seadanya. Apabila sampai di tahap ketiga, dikatakan penyembuhan perasaan dan pemikiran untuk menerima sepenuhnya keadaan anak mereka. Kebanyakan keluaga melalui proses ini dengan perlahan, dan akibatnya tindakan susulan terhadap intervensi anak mereka juga kelewatan.
Melalui program intervensi awal, sokongan keluarga dirangka bagi mendidik ibu bapa untuk memahami keperluan khas anak mereka, mendapatkan maklumat berkenaan pengendalian tingkah laku, mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan sokongan, berkongsi kajian kes dan mengambil pengajaran, memberi nasihat dan panduan tentang mod pembelajaran yang sesuai, dan membantu keperluan-keperluan khusus lain menepati ciri dan keupayaan anak mereka. Penglibatan ahli keluarga yang aktif menunjukkan keberkesanan program intervensi awal. Kanak-kanak merupakan sebahagian dari unit keluarga dan kekuatan sokongan yang diperolehi oleh kanak-kanak tersebut akan menjadi lebih berkesan sekiranya seluruh keluarga bertindak sebagai satu unit.
Ibu bapa meluahkan pelbagai reaksi emosi apabila mengendalikan seorang kanak-kanak dengan keperluan khas. Kebanyakan mereka menyatakan bahawa pengalaman melibatkan penyesuaian dan kekuatan untuk menghadapi perubahan dalam kehidupan yang dilalui. Kesukaran yang dihadapai tidak akan dapat diatasi sendirian melainkan bantuan dan sokongan professional yang berkenaan.
RUMUSAN
1. Model pasukan pelbagai disiplin memerlukan setiap disiplin dalam pasukan ini fokus dengan matlamat dan objektif perkhidmatan yang tersendiri terhadap murid tanpa mengambil kira keperluan dari perspektif disiplin yang lain.
2. Model pasukan antara disiplin memberi peluang kepada setiap ahli menyuarakan pendapat untuk mengenal pasti isu-isu berkaitan masalah dihadapi murid dan sama-sama merancang aktiviti untuk memenuhi.
3. Setiap ahli dalam model pasukan rentas disiplin perlu memperkembangkan kemahiran mereka melangkaui sempadan disiplin mereka.
4. Model pasukan kolaborasi membentuk hubungan interpersonal dalam kalangan disiplin yang terlibat ke arah pencapaian matlamat.
Forum 7:
Pernahkah anda terlibat dalam sebarang khudmat sokongan dan sukarelawan? Nyatakan pengalaman anda untuk dikongsi bersama pelajar lain.
Tugasan individu 7:
Rancangkan sebuah program khidmat komuniti untuk dilaksanakan bagi inidividu dengan keperluan khas. Untuk tujuan ini, rangka kertas kerja lengkap bagi mengadakan program yang dicadangkan.
PENILAIAN KENDIRI
1. Bandingkan ketiga-tiga model pasukan dalam pendidikan Khas dari segi kekuatan dan kelemahannya.
2. Selain disiplin pendidikan, kumpulan disiplin apakah yang terlibat dalam pengendalian kanak-kanak dengan keperluan khas?
3. Huraikan peringkat penerimaan kedukaan sperti yang dinyatakan oleh Adams, 1988. 4. Apakah peranan psikologis di peringkat sekolah secara umumnya?
PETA KONSEP
JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS
1. Perbandingan
Model pasukan Kekuatan Kelemahan
Pelbagai Disiplin Setiap disiplin dalam pasukan ini fokus dengan matlamat dan objektif
Ahli-ahli pasukan pelbagai disiplin tidak bertemu serentak untuk
perkhidmatan yang tersendiri.
membincangkan
perkembangan murid dari setiap aspek.
Antara Disiplin Berfokus kuat pada integrasi aktiviti-aktiviti untuk memenuhi matlamat dikongsi bersama
Memerlukan persiapan yang besar sekurang-kurangnya pengetahuan asas dalam pendidikan dari setiap disiplin
Rentas Disiplin Kerjasama yang sangat kuat dan di mana peranan dan kemahiran setiap disiplin dipindahkan merentasi sempadan profesional Ahli perlu memperkembangkan kemahiran mereka melangkaui sempadan disiplin mereka
Kolaborasi Membentuk hubungan
interpersonal dalam kalangan disiplin yang terlibat ke arah pencapaian matlamat
Murid bergantung kepada peruntukan masa dan jadual bidang masing-masing.
2. - Disiplin perubatan kesihatan
- Kumpulan perkhidmatan sokongan dan sukarelwan - Sokongan Kaunseling
3. Peringkat 1: Penafian
Peringkat 2: Pengiktirafan dan perakuan Peringkat 3: Penyembuhan dan penerimaan
4. Psikologi sekolah terutamanya menjalankan ujian kecerdasan, kebolehan dan psikologi. IQ ujian dan inventori personaliti biasa digunakan untuk menentukan sama ada kecacatan pembelajaran atau emosi wujud
RUJUKAN
Adams, J. (1988). You and your hearing impaired child. Washington: Galladet University Press. Buku panduan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hardman, L. D., Drew C. J., & Egan, M.W. (2005). Human Exceptionality: School, community and family. New York. Allyn and Bacon.
http://apps2.emoe.gov.my/jpkhas/index.php
Lutterman, D. (1979). Counseling parents of Hearing Impaired Children. Boston: Brown & Co.