• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepimpinan Berwawasan

Dalam dokumen BBPP1103 Prinsip Pengurusan (Halaman 182-188)

SEMAK KENDIRI 8.1

8.2.1 Kepimpinan Berwawasan

Kepimpinan berwawasan merupakan satu gaya kepimpinan yang mampu untuk mewujudkan satu imej positif bagi masa depan organisasi dengan memotivasikan pekerja dan dapat menggambarkan arah organisasi berdasarkan perancangan dan matlamat yang telah ditetapkan.

8.2.2 Kepimpinan Karismatik

Kepimpinan karismatik merujuk kepada ciri-ciri pemimpin dalam mewujudkan hubungan yang kuat antara diri mereka dengan subordinat. Seorang pemimpin yang berkarisma mempunyai tahap daya rujukan yang tinggi. Separuh daripada daya ini datang dari keperluannya untuk mempengaruhi orang lain. Pemimpin jenis ini mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi, dominan dan percaya kepada kebenaran dalam semua perkara yang dilakukan. Dia mampu meyakinkan pengikutnya bahawa dia adalah betul. Selain itu, pemimpin jenis ini juga mampu menyalurkan wawasan mereka untuk dikongsi bersama dengan subordinat.

8.2.3 Kepimpinan Transaksi

Pemimpin transaksi akan menentukan apa yang patut dilakukan oleh pekerja-pekerja untuk mencapai objektif mereka sendiri dan objektif organisasi. Mereka juga mengelaskan dan membantu pekerja-pekerja untuk menjadi yakin supaya mereka dapat mencapai objektif melalui usaha-usaha tertentu. Kepimpinan jenis ini adalah berdasarkan proses pertukaran, di mana subordinat diberi ganjaran untuk pencapaian yang baik dan dihukum kerana pencapaian yang tidak memuaskan.

8.2.4 Kepimpinan Transformasi

Pemimpin transformasi mampu menyedarkan dan menerima cadangan dan visi kumpulan dan mampu menggalakkan pekerja-pekerja untuk melihat lebih dari keperluan dan kepentingan mereka sendiri untuk kesejahteraan kumpulan. Pemimpin transformasi akan memberi motivasi kepada pekerja-pekerja mereka untuk melakukan lebih daripada yang dijangkakan dengan mencetuskan perasaan tentang kepentingan dan nilai tugas dalam setiap individu. Ini boleh dilakukan dengan mewujudkan minat dalam pekerja-pekerja untuk melaksanakan kerja demi kumpulan dan organisasi selain memenuhi keperluan

Soalan Esei

Bagaimanakah seorang pemimpin transaksi berbeza daripada pemimpin transformasi?

Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)

1. Pemimpin memberi lebih penekanan kepada cara sesuatu tugas itu dilaksanakan dengan cekap.

2. Kajian yang dijalankan di Ohio State University dan Michigan University adalah hampir sama berdasarkan dimensi-dimensi tugas dan perhubungan.

3. Model laluan-matlamat mengandaikan bahawa stail kepimpinan adalah stabil dan tidak boleh diubah.

4. Model kontingensi Fiedler menyatakan stail kepimpinan adalah stabil dan tetap.

5. Kepimpinan transaksi adalah berdasarkan proses pertukaran. Soalan-soalan Aneka Pilihan

1. Model kepimpinan yang manakah yang menyatakan pemimpin yang berkesan memiliki satu set ciri-ciri yang tertentu?

A. Kontingensi B. Tingkah laku C. Personaliti D. Matlamat

2. Menurut Blake dan Mouton, apakah gabungan gaya kepimpinan yang terbaik?

A. Pertimbangan yang sederhana terhadap manusia dan pengeluaran

B. Pertimbangan yang tinggi terhadap manusia C. Pertimbangan yang tinggi terhadap pengeluaran

D. Pertimbangan yang tinggi terhadap manusia dan pengeluaran

3. Menurut Fiedler, bilakah pemimpin-pemimpin itu menjadi pemimpin yang berkesan?

A. Mempunyai pertimbangan yang tinggi terhadap manusia dan pengeluaran

B. Menerangkan LPC dalam cara yang positif C. Mendapati situasi itu memuaskan

D. Mempunyai gaya kepimpinan yang sesuai dengan situasi

4. Gaya kepimpinan yang manakah yang sesuai untuk pekerja yang berkeyakinan, komited dan berkebolehan dalam menerima tanggungjawab?

A. Mengarah B. Menjual C. Penyertaan D. Penyerahan tugas

5. Peneutralan kepimpinan adalah salah satu pemboleh ubah yang berhubung kait dengan gaya kepimpinan

A. Kontingensi B. Diri

C. Berwawasan D. Tingkah laku Soalan Kes Kepimpinan

1. Nilaikan senario di atas menurut teori-teori kepimpinan yang telah anda pelajari dalam topik ini.

 Pemimpin adalah berbeza daripada pengurus. Perbezaan utama adalah pemimpin memberikan lebih penekanan sewaktu menjalankan tugas dengan berkesan, manakala pengurus pula menitikberat pelaksanaan tugas dengan cekap atau betul.

 Pendekatan berpusatkan pemimpin menumpukan kepada ciri-ciri personaliti pemimpin, tingkah laku pemimpin dan gaya kepimpinan.

 Hasil utama daripada kajian ke atas ciri-ciri personaliti seorang pemimpin mendapati bahawa pemimpin yang berjaya biasanya mempunyai ciri-ciri peribadi tertentu yang lebih baik berbanding pengikut.

 Dari segi tingkah laku kepimpinan, tiga kajian penting telah dibincangkan, iaitu kajian yang dijalankan oleh Universiti Ohio State, Michigan University dan Grid Pengurusan.

 Ketiga-tiga kajian ini menggariskan dua dimensi utama tingkah laku pemimpin, iaitu dimensi tugas dan dimensi hubungan.

 Selain itu, gaya kepimpinan yang berkaitan dengan pembuatan keputusan membentuk tiga bentuk gaya kepimpinan yang terkenal: gaya autokratik,

laissez-faire dan gaya demokratik.

 Pendekatan berpusatkan pengikut dirujuk juga sebagai kepimpinan kendiri adalah satu paradigma yang berdasarkan kehadiran pemimpin-pemimpin dalam organisasi yang bersedia untuk memimpin diri mereka sendiri.

 Sementara itu, pendekatan interaktif adalah berkaitan dengan kajian-kajian antara tingkah laku pemimpin dengan situasi dan sama ada situasi itu adalah memuaskan kepada pengikut.

 Dalam pendekatan ini, empat model utama seperti model kepimpinan situasi, model laluan-matlamat, model kontingensi Fiedler dan model kontinum tingkah laku pemimpin telah dibincangkan.

 Akhir sekali, beberapa gaya kepimpinan kontemporari, iaitu kepimpinan strategik yang melibatkan kepimpinan berwawasan, kepimpinan berkarisma, kepimpinan transaksi dan kepimpinan transformasi juga telah dibincangkan secara terperinci.

Autokratik Demokratik Kepimpinan berwawasan Laissez-faire Transaksi Transformasi

PENGENALAN

Kawalan merupakan salah satu daripada empat fungsi utama dalam pengurusan. Adalah penting kepada pengurus untuk memastikan kesemua perancangan, penyusunan dan kepimpinan berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan oleh organisasi. Kawalan tidak diperlukan sekiranya pengurus boleh memastikan setiap rancangan yang dibuat dan setiap tugas yang diberikan kepada pekerja dapat dilaksanakan dengan sempurna dan hasilnya adalah seperti yang dirancangkan. Malangnya, pengurus tidak dapat memastikan keadaan ini akan berjalan dengan lancar tanpa berlakunya sebarang masalah memandangkan kebanyakan perancangan dibuat oleh manusia dan manusia dikenali dengan kebolehan dan motivasi yang pelbagai. Dalam persekitaran perniagaan yang berkembang pesat, bukan sahaja hasil yang dijangkakan mesti dikawal, malah perancangan itu sendiri mesti dipantau dan dikawal.

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya;

2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan bentuk-bentuk kawalan; dan

4. Menganalisa beberapa perspektif dan aktiviti yang perlu dikawal.

HASIL PEMBELAJARAN

T

Tooppiikk

9

9

 Kawalan

Dalam dokumen BBPP1103 Prinsip Pengurusan (Halaman 182-188)