• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEMAK KENDIRI 1.4

Dalam dokumen BBPP1103 Prinsip Pengurusan (Halaman 27-41)

1.4

Berdasarkan apa yang anda telah pelajari, kenal pasti perbezaan antara ketiga-tiga peringkat pengurusan dan berikan jawapan anda dalam bentuk jadual.

SEMAK KENDIRI 1.4

Terangkan setiap fungsi pengurusan yang telah anda pelajari.

Rajah 1.3: Evolusi teori pengurusan

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa penting atau perlunya untuk mempelajari sejarah pembangunan atau evolusi pemikiran pengurusan. Pengajian sejarah membolehkan kita belajar daripada kesilapan lampau, agar ia dapat dielakkan pada masa akan datang. Sejarah juga membolehkan kita belajar daripada kejayaan mereka yang terdahulu agar kejayaan tersebut boleh diulangi pada masa hadapan. Paling penting sekali, kita seharusnya memahami mengapa peristiwa-peristiwa itu berlaku demi memperbaiki keadaan organisasi kita pada masa hadapan.

1.4.1 Perspektif Klasikal

Perspektif ini mula diperkenalkan pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Ia tertumpu kepada pendekatan rasional dan saintifik dalam pengajian pengurusan serta mencari beberapa jalan penyelesaian untuk membentuk organisasi yang lebih cekap. Terdapat tiga kelas kecil di bawah perspektif ini iaitu pengurusan saintifik, pengurusan birokratik dan pengurusan pentadbiran.

(a) Pengurusan Saintifik

Pendekatan ini wujud sewaktu produktiviti dianggap kritikal oleh golongan perniagaan. Perniagaan pada ketika itu sedang melalui perkembangan yang pesat tetapi para peniaga menghadapi masalah kekurangan pekerja yang ketara. Oleh itu, pihak pengurusan berusaha untuk mencari cara-cara untuk memperbaiki prestasi pekerja secara berterusan. Tumpuan kepada peningkatan kecekapan pekerja dikenali sebagai pendekatan pengurusan saintifik. Beberapa penyelidik telah menyumbang ke arah pengurusan saintifik termasuk Frederick Winslow Taylor, Frank dan Lilian Gilbreth dan Henry Gantt.

Frederick Taylor (1856ă1915), seorang jurutera mekanik, berpendapat bahawa kebanyakan masalah timbul akibat daripada amalan pengurusan yang buruk dan juga berpunca daripada masalah pekerja. Beliau menyarankan agar pihak pengurusan berubah dan kaedah transformasi ini hanya boleh dicapai menerusi penyelidikan saintifik. Beliau mengesyorkan keputusan yang dibuat berasaskan peraturan ikut kebiasaan digantikan dengan prosedur yang ditetapkan selepas setiap keadaan telah dianalisa. Beliau telah diberi gelaran „Bapa Pengurusan Saintifik‰ hasil daripada teorinya yang menyatakan bahawa produktiviti pekerja boleh diperbaiki melalui amalan pengurusan berdasarkan penyelidikan saintifik. Untuk meningkatkan prestasi pekerja, Taylor menjalankan penyelidikan bertajuk Kajian Masa dan Pergerakan.

Hasil dari kajian tersebut, Taylor telah mengenal pasti lima prinsip pengurusan yang mampu meningkatkan kecekapan pengeluaran seperti berikut:

(i) Menggunakan pendekatan saintifik dalam menentukan amalan terbaik dan bukan bergantung kepada peraturan ikut kebiasaan;

(ii) Memilih pekerja yang sesuai dalam melaksanakan tugas tertentu. Sesuai di sini merangkumi aspek-aspek mental dan juga fizikal;

(iii) Melatih dan meningkatkan tahap pekerja agar mereka dapat melaksanakan tugas yang diberi selaras dengan prosedur-prosedur yang ditetapkan;

(iv) Memberi insentif kewangan demi memastikan pekerja melaksanakan tugas dengan sewajarnya; dan

(v) Memindahkan kesemua tanggungjawab perancangan dan pengorganisasian daripada pekerja kepada pengurus.

Taylor bukan berseorangan dalam penyelidikan ini. Rakannya yang bernama Henry Gantt (1861ă1919) telah menumpukan perhatian kepada sistem kawalan dalam penjadualan pengeluaran. Carta Gantt masih digunakan sehingga ke hari ini dalam merancang jadual projek dan juga disesuaikan dalam aplikasi penjadualan berkomputer.

Gandingan suami isteri Frank (1868ă1924) dan Lillian Gilbreth (1878ă1972) juga telah berusaha untuk mengembangkan pendekatan pengurusan saintifik ini. Lillian merupakan perintis dalam bidang psikologi industri dan telah memberikan banyak sumbangan terhadap bidang pengurusan sumber manusia. Beliau yakin sekiranya pengurusan

saintifik digunakan secara meluas, keupayaan setiap pekerja dapat dipertingkatkan dengan ketara.

(b) Pengurusan Birokratik

Pengurusan birokratik merupakan pendekatan pengurusan berlandaskan garis panduan, hierarki, pembahagian kerja yang jelas dan juga peraturan dan prosedur. Max Weber (1864ă1920), seorang ahli teori sosial berbangsa Jerman, telah memperkenalkan beberapa konsep birokratik. Antara komponen birokrasi termasuklah:

(i) Autoriti dan tanggungjawab yang dinyatakan dengan jelas;

(ii) Kedudukan dalam sebuah organsasi yang distrukturkan menurut hierarki;

(iii) Kenaikan pangkat berdasarkan kelayakan;

(iv) Merekodkan semua tindakan dan keputusan pentadbiran demi memastikan kesinambungan peraturan organisasi;

(v) Pengasingan pemilikan dan pengurusan; dan

(vi) Semua pekerja tertakluk kepada garis panduan secara sama rata tanpa bias.

Pendekatan birokratik ini berusaha ke arah peningkatan kecekapan dan memastikan kesinambungan bagi semua operasi dalam sebuah organisasi. Pendekatan ini berlainan daripada pengurusan saintifik yang hanya memfokuskan pekerja sebagai seorang individu. Namun demikian, prinsip yang pada asalnya digunakan untuk meningkatkan kecekapan ini boleh juga mengakibatkan ketidakcekapan berlaku. Garis panduan yang ketat akan melambatkan proses pembuatan keputusan. Ini mengakibatkan organisasi tidak mampu untuk bertindak balas dengan pantas kepada keperluan persekitaran dan kadangkala boleh mencetuskan konflik dalam melakukan tugas secara profesional.

(c) Pengurusan Tadbir

Pendekatan pengurusan tadbir tertumpu kepada organisasi secara keseluruhannya. Antara penyumbang kepada pendekatan ini termasuklah Henri Fayol, Mary Parker Follett dan Chester I. Barnard.

Henri Fayol (1841ă1925), seorang Perancis, dianggap sebagai pelopor teori pentadbiran setelah memperkenalkan prinsip-prinsip organisasi dan beberapa fungsi pentadbiran. Sumbangannya yang paling relevan adalah

Fayol mentakrifkan pentadbiran dan pengurusan sebagai perancangan, pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan dan kawalan. Beliau telah mengenal pasti 14 prinsip pengurusan iaitu:

(i) Pembahagian Kerja

Konsep ini bersangkutan dengan pengkhususan kerja, berdasarkan andaian-andaian berikut:

 Tiada orang yang boleh melakukan semua kerja;

 Setiap kerja memerlukan kemahiran yang berlainan; dan  Pengulangan kerja dapat meningkatkan kecekapan. (ii) Autoriti

Hak untuk mengarah dan berkuasa untuk dipatuhi. Di sini, autoriti di pejabat perlulah dibezakan dengan autoriti peribadi.

(iii) Disiplin

Berdasarkan penghormatan dan pematuhan. (iv) Paduan Arahan

Seorang pekerja sepatutnya menerima arahan daripada seorang ketua sahaja.

(v) Kesatuan Arah

Seorang ketua dan satu arah tujuan bagi satu aktiviti yang mempunyai objektif yang sama.

(vi) Kepentingan Umum Perlu Mengatasi Kepentingan Peribadi

Kepentingan individu tidak sepatutnya mengatasi kepentingan organisasi.

(vii) Imbuhan

Pembayaran gaji berasaskan pelbagai faktor. (viii) Pemusatan

Pemusatan kerja bergantung kepada situasi dan saluran komunikasi yang formal.

(ix) Rantaian Skalar

(x) Teratur

Semua sumber diperuntukkan pada tempat dan masa yang betul. Pekerja yang terlibat dalam melakukan kerja yang khusus juga harus ditugaskan di lokasi yang sama sekiranya boleh.

(xi) Ekuiti

Semua pekerja mendapat layanan yang adil dan saksama seberapa mungkin.

(xii) Kestabilan dari Segi Tempoh Kerja

Pengurusan sepatutnya menjadikan pengekalan pekerja yang produktif sebagai satu keutamaan.

(xiii) Inisiatif

Pengurusan harus menggalakkan inisiatif pekerja dalam aktiviti baru/tambahan.

(xiv) Esprit de corps

Satu terma yang dipinjam daripada bahasa Perancis, yang membawa maksud sifat setia kawan di kalangan kumpulan. Ia menekankan kepada suasana harmoni dan penyatuan dalam sesebuah organsiasi. Mary Parker Follet (1868ă1933) merupakan seorang yang terlatih dalam bidang falsafah dan sains politik. Pendekatan beliau tertumpu kepada penglibatan pekerja dan perkongsian maklumat di kalangan para pengurus. Dia menitikberatkan kepentingan matlamat bersama di kalangan orang bawahan demi mengurangkan konflik di kalangan individu. Idea Follet bertentangan dengan idea yang diketengahkan oleh pengurusan saintifik tetapi selari dengan pengurusan moden. Pendekatannya tertumpu kepada individu dan bukan teknik kejuruteraan. Follet menekankan beberapa isu yang relevan bagi tahun 1990an seperti kemanusiaan, etika, autoriti dan kepimpinan untuk memberi inspirasi kepada golongan pekerja agar mereka cemerlang dalam pekerjaan mereka. Antara konsepnya yang utama termasuklah agihan kuasa, memimpin pekerja dan bukan mengarah mereka serta membenarkan pekerja untuk bertindak mengikut keadaan.

Chester I. Barnard (1886ă1961) pula memperkenalkan konsep organisasi tidak formal. Beliau percaya organisasi bukan sekadar mesin dan perhubungan tidak formal boleh dijadikan „alat‰ yang mantap dan aset kepada organisasi sekiranya ia diuruskan dengan betul. Beliau juga memperkenalkan Teori Penerimaan Autoriti yang menyatakan bahawa pekerja mempunyai pilihan dalam menuruti arahan daripada pihak pengurusan. Pengurus sepatutnya melayan pekerjanya

dengan baik sebab penerimaan pihak berkuasa di kalangan orang bawahannya adalah kritikal dalam menjayakan sebuah organisasi.

Secara keseluruhannya, perspektif klasik terhadap pengurusan adalah sangat penting dan memberi organisasi kemahiran asas untuk meningkatkan produktiviti dan meraih sokongan padu daripada golongan pekerja.

1.4.2 Perspektif Kemanusiaan

Mary Parker Follet dan Chester Barnard merupakan pengasas utama pendekatan kemanusiaan dalam pengurusan. Pendekatan ini memberi penekanan terhadap pentingnya pemahaman gelagat manusia, keperluan pekerja, sikap pekerja dalam persekitaran kerja dan juga proses-proses interaksi sosial dan berkumpulan. Antara kategori dalam pendekatan kemanusiaan adalah ă pergerakan perhubungan manusia, pandangan sumber manusia dan pendekatan sains kelakuan.

(a) Pergerakan Hubungan Manusia

Pendekatan ini berdasarkan premis bahawa kawalan berkesan datang daripada pekerja individu dan bukannya daripada kawalan ketat pihak berkuasa. Pendekatan ini berasal daripada penyelidikan yang dijalankan di Western Electric CompanyÊs Hawthorne Works di Chicago di antara 1927 dan 1932. Penyelidikan itu dipantau oleh Elton Mayo dan Fritz Roethlisberger, dua ahli psikologi dari Universiti Harvard. Pada asalnya, penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji perhubungan antara keadaan fizikal dan pengeluaran. Cahaya penyinaran suhu dan faktor-faktor lain berkaitan persekitaran kerja dipilih sebagai keadaan fizikal. Kesimpulan asal yang diperoleh oleh para penyelidik bercanggah dengan keputusan yang mereka jangkakan.

Tiga siri eksperimen telah dilaksanakan dan hasil kesemua ujian didapati bercanggah dengan apa yang dijangkakan. Dalam ujian pertama, radiasi cahaya dijadikan sebagai situasi fizikal. Andaian yang dibuat adalah tahap keterangan cahaya mampu meningkatkan pengeluaran pekerja. Namun demikian, didapati bahawa output pengeluaran semakin bertambah, sama ada cahaya diterangkan atau dimalapkan. Ini bermakna bahawa terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan peningkatan produktiviti. Perkara yang sama terjadi dalam eksperimen kedua dan ketiga di mana keadaan fizikal lain telah dipilih. Keputusan ini tidak dapat menerangkan dengan jelas sebab-sebab peningkatan dalam pengeluaran.

Secara kesimpulannya, penyelidikan Hawthorne menunjukkan bahawa produktiviti pekerja bertambah kerana mereka menerima layanan istimewa daripada pihak pengurusan. Perhubungan manusia berkait rapat dengan peningkatan dalam pengeluaran. Tekanan kumpulan juga mampu memberi kesan kepada perlakuan seseorang. Kualiti kumpulan sangat berkesan dalam menentukan output seorang pekerja. Imbuhan wang pula tidak memberi kesan yang banyak berbanding kualiti, sentimen dan jaminan kumpulan. Pada kesimpulannya, penyelidikan Hawthorne telah memulakan satu era baru; di mana pengurusan mula sedar bahawa manusia ini sememangnya kompleks dan merupakan input berpengaruh dalam menentukan prestasi sesebuah organisasi.

(b) Pendekatan Sumber Manusia

Pendekatan ini menekankan bahawa poduktiviti pekerja akan bertambah apabila kepuasan pekerja dari segi keperluan asas dipenuhi. Pergerakan ini bolehlah disamakan dengan ladang tenusu di mana lembu-lembu yang selesa akan menghasilkan susu yang lebih banyak. Dari kaca mata pengurusan pula, pekerja yang puas hati akan meningkatkan prestasi kerja mereka. Pendekatan ini menggabungkan struktur kerja dengan beberapa teori motivasi.

Antara pakar motivasi utama bagi pendekatan ini adalah Abraham Maslow dan Douglas McGregor (sila rujuk Topik 7 di bawah tajuk Motivasi).

(c) Pendekatan Sains Sosial

Pendekatan sains sosial telah membangunkan teori perlakuan manusia berdasarkan kaedah-kaedah saintifik dan pembelajaran. Ia berpunca dari beberapa bidang seperti sosiologi, psikologi, antropologi, ekonomi dan bidang-bidang lain dalam memahami gelagat pekerja dan interaksi dalam sesebuah organisasi.

Pendekatan ini boleh dilihat dalam kebanyakan syarikat. Sektor-sektor ekonomi serta sosiologi telah banyak mempengaruhi bagaimana pengurus mendalami strategi dan struktur sesebuah organisasi. Psikologi juga telah mempengaruhi pendekatan pengurusan melalui motivasi, komunikasi, kepimpinan dan pengurusan staf.

1.4.3 Pendekatan Pengurusan Kuantitatif

Pendekatan ini bermula sewaktu era Perang Dunia Kedua, di mana teknik kuantitatif digunakan dalam perang untuk mengendali kapal dan bom bagi

(a) Pengurusan Sains

Pendekatan ini dikemukakan untuk mengatasi pelbagai masalah yang timbul semasa Perang Dunia Kedua. Sekumpulan ahli matematik, fizik dan sains telah dibentuk untuk mengatasi isu-isu militari tersebut. Oleh sebab ia melibatkan isu-isu berulang dalam pemindahan peralatan dan manusia secara pantas dan berkesan, teknik-teknik tersebut telah digunakan oleh beberapa firma yang besar.

(b) Pengurusan Operasi

Pendekatan ini merujuk kepada sektor pengurusan yang tertumpu kepada pengeluaran produk dan perkhidmatan. Mereka yang terlibat dengan pengurusan operasi menggunakan beberapa teknik kuantitatif dalam mengatasi isu-isu berkaitan pembuatan. Antara kaedah yang biasa digunakan termasuk ramalan, pemodelan inventori, pemprograman linear dan bukan linear dan teori-teori pusingan, penjadualan, simulasi dan analisis pulangan modal.

(c) Pengurusan Sistem Maklumat

Pendekatan ini merupakan subsektor baru dalam pendekatan pengurusan kuantitatif. Beberapa sistem telah direka bentuk untuk menyediakan maklumat yang relevan kepada pengurus pada masa dan kos yang sewajarnya. Dengan terciptanya komputer digital berkelajuan tinggi, ia membuka peluang kepada pengurusan untuk mengguna pakai peralatan tersebut. Sistem-sistem komputer ini mengumpul maklumat untuk membantu pihak pengurusan membuat keputusan.

1.4.4 Pendekatan Kontemporari

Pengurusan secara semulajadi adalah kompleks dan dinamik. Unsur-unsur bagi setiap pendekatan yang telah dibincangkan masih digunakan sehingga ke hari ini. Pendekatan kemanusiaan merupakan pendekatan yang paling menonjol tetapi akhir-akhir ini, terdapat beberapa perubahan dalam pendekatan tersebut. Dua teori utama di bawah perspektif ini adalah teori-teori sistem dan kontingensi.

(a) Teori Sistem

Satu sistem merangkumi beberapa bahagian berkait rapat yang pada amnya berfungsi untuk mencapai objektif yang sama. Fungsi sistem adalah untuk mengubah input yang terdapat dari persekitaran luaran kepada output. Lima komponen sistem ini adalah seperti berikut:

(i) Input

Peralatan, orang, kewangan atau sumber maklumat yang digunakan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan.

(ii) Proses Transformasi

Penggunaan teknologi pengeluaran untuk mengubah input kepada output.

(iii) Pengeluaran

Terdiri daripada beberapa produk dan perkhidmatan sebuah organisasi.

(iv) Maklum Balas

Keputusan yang akan mempengaruhi proses kitaran berikutnya. (v) Persekitaran

Termasuk pengaruh sosial, politik dan ekonomi.

Idea-idea untuk sistem yang mempengaruhi tetapan minda pengurusan merangkumi:

(i) Sistem Terbuka

Satu sistem yang berinteraksi dengan persekitaran luaran untuk terus bertahan.

(ii) Sistem Tertutup

Satu sistem yang tidak berinteraksi dengan persekitaran luaran untuk terus bertahan akan menemui kegagalan.

(iii) Entropi

Kecenderungan satu sistem untuk menjadi lupus. (iv) Sinergi

Individu, kumpulan dan organisasi yang boleh mencapai kejayaan yang lebih seandainya mereka bekerjasama berbanding dengan bekerja secara bersendirian.

(v) Subsistem

(b) Pendekatan Kontingensi

Pendekatan pengurusan klasikal diandaikan sebagai pandangan universal. Konsep pengurusan dianggap universal di mana amalan pengurusan ialah sama untuk semua keadaan. Dalam pengajian perniagaan, pandangan alternatif telah timbul.

Seorang itu mempelajari pengurusan dengan melalui masalah-masalah yang diutarakan dalam kajian kes. Pendekatan kontingensi menggabungkan pemerhatian universal dengan pemerhatian kes. Dalam pendekatan ini, tindakan pengurus bergantung kepada beberapa kontingensi yang berlaku dalam organisasi.

Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)

1. Seorang pengurus berfikiran moden tidak akan melaksanakan fungsi-fungsi pengurusan yang klasik.

2. Kemahiran konseptual merupakan kemahiran paling penting bagi pengurus di peringkat bawahan.

3. Kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh para pengurus sehingga mereka tidak diberikan peluang untuk kenaikan pangkat adalah disebabkan mereka tidak peka terhadap orang lain.

4. Bagi kebanyakan pengurus, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang mendatangkan kejayaan semasa kerjaya awal mereka tidak semestinya akan membantu mereka berjaya sebagai seorang pengurus.

5. Pengurusan saintifik memberi tumpuan kepada produktiviti seorang pekerja.

Soalan-soalan Aneka Pilihan

1. Fungsi pengurusan manakah yang melibatkan pemantauan pembaikan dan mengambil tindakan pembetulan sekiranya perlu?

A. Perancangan B. Penyusunan C. Kepimpinan D. Pengawalan

2. Apakah perbezaan antara pengurus tradisional dengan pengurus masa kini?

A. Pengalaman penuh yang diperoleh pengurus.

B. Cara pengurus melaksanakan fungsi-fungsi pengurusan tradisional. C. Jumlah bilangan fungsi pengurusan tradisional yang dilaksanakan. D. Hanya pengurus tradisional akan melaksanakan fungsi pengurusan

tradisional.

3. Apakah unsur-unsur baru dalam fungsi-fungsi pengurusan semasa yang tidak menjelaskan fungsi-fungsi pengurusan secara tradisional? A. Realisasi kerja

B. Menghadapi saingan

C. Mengurus beberapa individu, projek dan proses

D. Memimpin

4. Antara berikut yang manakah BUKAN langkah yang terlibat dalam merealisasikan kerja?

A. Menentukan objektif-objektif yang perlu dicapai.

B. Merancang bagaimana untuk mencapai objektif yang ditetapkan. C. Mengumpul dan mengurus maklumat yang diperlukan demi

membuat keputusan terbaik. D. Menilai tahap saingan di pasaran.

5. Siapakah yang bertanggungjawab untuk menetapkan objektif yang selaras dengan objektif organisasi, perancangan dan juga pelaksanaannya?

A. Pengurusan tinggi

B. Pengurusan pertengahan C. Pengurusan rendah/bahagian D. Ketua pasukan

 Pengurusan adalah satu seni mengarah orang lain melaksanakan kerja dengan mengutamakan aspek keberkesanan dan kecekapan pelaksanaannya.  Keberkesanan adalah pencapaian matlamat yang membolehkan objektif

organisasi menjadi kenyataan atau secara ringkasnya „melakukan sesuatu yang betul‰.

 Kecekapan pula adalah melaksanakan kerja dengan usaha, kos dan pembaziran yang minimum atau dengan kata lain „melakukan sesuatu dengan betul‰.

 Fungsi pengurusan boleh dibahagikan kepada perancangan, penyusunan, kepimpinan dan pengawalan. Pengurus memainkan berbagai jenis peranan dalam sebuah organisasi.

 Peranan-peranannya termasuk sebagai tunggak, ketua, pegawai perhubungan, jurucakap, perunding, pencetus idea, pembangunan keupayaan dan penggalak transformasi.

 Kemahiran pengurusan adalah penting untuk memastikan kejayaan seorang pengurus. Ia merangkumi kemahiran-kemahiran konseptual, interpersonal dan teknikal.

 Pengurus pula boleh dibahagikan kepada tiga jenis: pengurusan atasan, pengurusan pertengahan dan pengurusan bawahan.

 Evolusi pengurusan berkembang seiring dengan tamadun awal manusia di Mesir, China dan Babylon.

 Kaedah pengurusan pada waktu itu berlainan dengan kaedah pengurusan pada hari ini.

 Pengurusan moden berkembang dengan pesatnya selepas kemunculan Revolusi Perindustrian di Eropah.

 Pada amnya, terdapat dua sistem yang terkenal dalam perbincangan berkaitan dengan trend atau pengurusan tetapan minda, iaitu sistem rasional dan sistem sosial.

Antara tokoh terkenal dalam sistem rasional termasuk Henri Fayol, Max Weber dan Frederick Taylor, manakala dalam sistem sosial pula adalah Elton Mayo, William Ouchi dan Henry Mintzberg.

Keberkesanan Kecekapan Kemahiran interpersonal/antara perorangan Kemahiran konseptual Kemahiran teknikal Kepimpinan Pengawalan Penyusunan Pengurusan saintifik Perancangan

PENGENALAN

Perancangan adalah salah satu daripada fungsi pengurusan, di samping penyusunan, pengawalan dan kepimpinan. Bagi membolehkan sesebuah organisasi berfungsi dengan berkesan maka perancangan yang baik amatlah penting.

Menurut C. W. Roney (Certo, 2000), secara amnya perancangan dibuat bagi dua tujuan. Pertama, ia dibuat adalah sebagai suatu perlindungan kepada sesebuah organisasi. Ini bermakna apabila perancangan dibuat, seorang pengurus boleh meramal kesan-kesan daripada setiap cadangan atau tindakan alternatif yang akan dilaksanakan. Dalam situasi ini, pengurus akan memilih tindakan alternatif yang memberi hasil terbaik kepada organisasi dan melindunginya daripada sebarang keputusan yang merugikan.

Kedua, perancangan dibuat untuk meningkatkan tahap keyakinan sesebuah organisasi. Sebagai contoh, apabila sesebuah organisasi membuka satu cawangan baru, ia bukanlah suatu kebetulan tetapi hasil daripada perancangan yang teliti. Dengan perancangan yang betul, pengurus-pengurus boleh memastikan apa yang perlu dilakukan, bagaimana untuk melaksanakan tindakan-tindakan

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan maksud perancangan;

2. Mengaplikasikan proses-proses yang terlibat dalam perancangan yang berkesan;

3. Mengenal pasti jenis-jenis perancangan; dan

4. Membandingkan kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan perancangan.

Dalam dokumen BBPP1103 Prinsip Pengurusan (Halaman 27-41)