PENDEKATAN BERASASKAN PROSES
7.3.4 Model Pengukuhan
Menurut Rue et al. (2000), perkembangan model pengukuhan telah dipelopori oleh B. F. Skinner. Terdapat dua andaian bagi teori ini iaitu tingkah laku manusia ditentukan oleh persekitarannya, dan dikaitkan dengan undang-undang yang berkaitan yang boleh dijangka dan diubah. Idea asas yang membentuk teras teori ini adalah andaian bahawa hasil atau akibat tingkah laku seseorang pada masa ini akan mempengaruhi tingkah lakunya pada masa akan datang. Tingkah laku yang membawa kepada hasil-hasil positif akan diulangi manakala tingkah laku yang membawa kepada hasil-hasil negatif biasanya tidak akan diulangi. Hasil-hasil atau akibat-akibat tingkah laku individu disebut sebagai pengukuhan. Secara asasnya, terdapat empat jenis pengukuhan ă pengukuhan positif, pengukuhan negatif atau pengelakan, hukuman dan penyingkiran. Rajah 7.5 menggambarkan bagaimana tingkah laku boleh memberi kesan kepada hasil.
Rajah 7.5: Kesan-kesan daripada tindakan tingkah laku
Sumber: Bateman, T. S., & Snell, S. A. (1999). Management: Building competitive advantage (4th ed.). Boston: Irwin-Mc-Graw Hill
(a) Pengukuhan Positif
Pengukuhan positif adalah sumbangan dari hasil positif atau akibat yang berdasarkan tingkah laku yang diingini. Sebagai contoh, organisasi yang membayar bonus tunai kepada jurujual yang melebihi kuota jualannya akan menggalakkan mereka untuk bekerja dengan lebih tekun pada masa akan datang.
(b) Pengukuhan Negatif
Pengukuhan negatif bermakna memberi satu peluang kepada seseorang untuk mengelakkan hasil atau akibat yang negatif melalui tingkah laku yang diingini. Kedua-dua pengukuhan iaitu pengukuhan negatif dan positif boleh digunakan untuk meningkatkan kekerapan tingkah laku yang diingini. Sebagai contoh, membuat pembayaran cukai sebelum bulan Mei akan dapat mengelakkan seseorang dikenakan denda.
(c) Penyingkiran
Penyingkiran melibatkan ketiadaan hasil atau kesan yang positif, atau menarik balik hasil positif yang digunakan untuk memberi kesan daripada tingkah laku yang diingini.
(d) Hukuman
Hukuman adalah kesan negatif akibat berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Sebagai contoh, seorang pekerja yang selalu lewat masuk kerja boleh digantung kerja atau gajinya mungkin ditahan. Kedua-dua bentuk pengukuhan penyingkiran dan hukuman ini boleh digunakan untuk mengurangkan kekerapan tingkah laku yang tidak diingini. Terdapat banyak kajian dijalankan yang menunjukkan bahawa ganjaran boleh meningkatkan tahap kepuasan dan motivasi seseorang itu berbanding dengan hukuman.
Rajah 7.6 berikut menggambarkan ringkasan teori pengukuhan yang dibincangkan di atas.
Rajah 7.6: Ringkasan teori pengukuhan
Sumber: Rue, L. W., & Byars, L. L. (2000). Management: Skills and application (9th ed.). Boston: Irwin-McGraw-Hill
Soalan Esei
Sebagai seorang pengurus, anda telah membuat keputusan untuk mengurangkan tingkah laku seorang pekerja yang tertentu. Apakah teknik-teknik pengukuhan yang sesuai digunakan dan mengapa?
Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)
1. Pendekatan pengurusan saintifik mengandaikan bahawa wang sebagai penggalak utama ke arah motivasi.
2. Pengalaman seorang pekerja adalah contoh hasil yang diperoleh dalam model ekuiti.
3. Dalam model dua faktor, faktor-faktor kebersihan perlu wujud agar motivasi yang sebenar boleh tercapai, namun faktor-faktor motivasi pula tidak perlu wujud bagi motivasi sebenar untuk berlaku.
4. Valens dalam model harapan merujuk kepada kepercayaan pekerja berkenaan nilai suatu hasil atau akibat.
5. Kunci kejayaan bagi pengukuhan positif ialah ganjaran mestilah hasil daripada prestasi.
Soalan-soalan Aneka Pilihan
1. „Model ini mengandaikan orang bersemangat untuk mencapai keperluan di tahap rendah yang masih belum dipenuhi.‰
Kenyataan di atas merujuk kepada model motivasi: A. Matlamat
B. Pengukuhan C. Hierarki keperluan D. Dua faktor
2. Model motivasi yang manakah menyatakan keperluan dianggap sebagai sesuatu yang boleh dipelajari dan bukannya diwarisi?
A. Teori dua faktor
B. Hierarki keperluan Maslow C. Model pencapaian keperluan D. Model jangkaan
3. Yang manakah antara berikut BUKAN komponen di dalam model jangkaan?
A. Valens B. Pertautan C. Ramalan D. Jangkaan
4. Apakah kesan negatif akibat berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini di bawah model pengukuhan tingkah laku?
A. Penyingkiran B. Pengukuhan positif C. Pengukuhan negatif D. Hukuman
5. Menurut pandangan penyelidik model dua faktor, apakah faktor yang boleh menghalang motivasi daripada berlaku tetapi tidak menghasilkan motivasi?
A. Faktor-faktor kebersihan B. Faktor-faktor motivasi C. Faktor-faktor ekuiti D. Faktor-faktor jangkaan
Terdapat dua pendekatan utama untuk menerangkan aspek motivasi.
Pendekatan berasaskan keperluan menjelaskan tentang motivasi yang wujud dan berlaku secara dalaman atau menerangkan tentang apa yang sebenarnya memotivasikan seseorang.
Pendekatan berasaskan proses menerangkan proses kognitif yang mempengaruhi tingkah laku manusia.
Ketiga-tiga model berasaskan keperluan yang dibincangkan adalah model hierarki keperluan, model dua faktor dan model perolehan keperluan.
Dalam pendekatan berasaskan proses, terdapat empat model utama yang dibincangkan iaitu teori jangkaan, teori ekuiti, model penetapan matlamat dan model pengukuhan tingkah laku.
Kes Motivasi
1. Apakah yang anda faham dengan terma motivasi? 2. Bezakan antara motivasi dalaman dengan luaran. 3. Pada pendapat anda, yang manakah lebih penting?
Jangkaan Model ekuiti
Model hierarki keperluan Model penetapan matlamat
Model pengukuhan Pertautan
PENGENALAN
Kepimpinan adalah satu proses dalam mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat sesebuah kumpulan atau organisasi. Pemimpin adalah berbeza dengan pengurus. Menurut Williams (2000), antara perbezaan yang utama adalah pemimpin menitikberatkan kualiti kerja di mana layanan yang diberikan adalah adil, mempunyai matlamat jangka panjang, cenderung ke arah perubahan serta memberi inspirasi dan motivasi kepada orang lain dalam menyelesaikan masalah mereka. Sebaliknya, pengurus menekankan agar kerja dibuat dengan cara yang betul, mempunyai matlamat jangka pendek, mengekalkan status sebagaimana biasa (status quo) dan bertindak untuk menyelesaikan masalah orang lain. Rajah 8.1 menunjukkan perbandingan antara seorang pengurus dengan seorang pemimpin.
T
Tooppiikk
8
8
Kepimpinan
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan terma kepimpinan;
2. Membezakan antara peranan seorang pengurus dengan seorang pemimpin;
3. Membandingkan antara ketiga-tiga pendekatan berpusatkan pemimpin;
4. Menjelaskan maksud kepimpinan berpusatkan pengikut;
5. Menerangkan pendekatan dan model yang berkaitan dengan kepimpinan interaktif; dan
6. Membincangkan gaya-gaya kepimpinan kontemporari.
Rajah 8.1: Perbezaan antara seorang pengurus dengan seorang pemimpin Sumber: Williams, C. (2000). Management. Ohio: SouthWestern-Thomson Learning