RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DSV TAHUN 3
Pada akhir pembelajaran murid dapat: (Rujuk 2 standard kandungan mengikut tajuk)
1. Memahami dan menyatakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam membuat model parang.
2. Mengetahui dan mengenal jenis-jenis media, serta proses dan teknik dalam penghasilan model parang.
Aktiviti P&P
1. Guru memaparkan contoh karya.
2. Guru meminta murid memaparkan gambar parang menggunakan komputer guru.
3. Guru bersoal jawab mengenai bahasa seni visual dalam membuat model parang
4. Guru menunjuk cara menghasilkan model parang
5. Murid meneroka media, proses dan teknik membuat model parang dengan betul.
6. Murid melakukan proses awal dalam penghasilan model parang.
Penilaian P&P
Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat model parang berdasarkan dua Standard Kandungan.
Catatan:
Proses pembelajaran disambung pada minggu akan datang.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DSV TAHUN 3