GldocTocnN3G2N
Mata Pelajaran Matematik
Tingkatan 2
Kategori Soalan TIMSS Konstruk Aplikasi
Aras sederhana
Jenis Soalan MCQ (Soalan pelbagai pilihan- Objektif)
Bidang Nombor
Tajuk Nombor Berarah
Objektif Pembelajaran
Melaksanakan pengiraan yang melibatkan operasi bergabung bagi penambahan,penolakan,pendaraban dan pembahagian integer untuk menyelesaikan masalah
Hasil Pembelajaran Melaksanakan pengiraan yang melibatkan operasi
bergabung bagi penambahan,penolakan ,pendaraban dan pembahagian integer.
Pengetahuan Sedia Ada
Mempunyai pengetahuan asas operasi
penambahan,penolakan ,pendaraban dan pembahagian integer.
Catatan =
Soalan/Masalah
Sebuah tangki berisi 30 000 ℓ dan 1 000 ℓ dikeluarkan setiap hari. Nyatakan isi kandungan air dalam tangki tersebut pada tiga hari yang lalu?
A 24 000 ℓ
B 27 000 ℓ
C 33 000 ℓ
D 36 000 ℓ
Respon Di Jangka:
1. Pelajar akan menjawab 30 000 ℓ – 3 000 liter ℓ =27 000 ℓ
GldocTocnN3G2N
Panduan Jawapan:
Di ketahui bahawa jumlah air berkurang (-1 000) setiap hari. Ini bermakna pada 3 hari lalu mewakili proses penolakan sebanyak 3 kali (-3)
Maka perubahan jumlah air : -3 x -1 000 = +3 000
Kaedah pengiraan adalah =30 000 + (-3 x-1 000) =30 000 + 3 000
=33 000
Oleh itu, jumlah air dalam tangki pada 3 hari yang lalu adalah 33 000 ℓ