• Tidak ada hasil yang ditemukan

Lama saya merasa ragu-ragu, sebelum saya mempergunakan majalah

Da‘wah ini, sebelum saya menggunakan waktu dan pena saya, untuk membicarakan pokok masalah yang saya bicarakan hari ini. Pokok masalah ini adalah pokok masalah sejumlah kecil wanita yang merupakan warisan yang kosong.

Di Mesir banyak terdapat malapetaka, krisis, dan kesengsaraan yang harus diperhatikan oleh setiap penulis yang bersungguh-sungguh, sehingga ia tidak perlu memperhatikan omong kosong yang hanya tidak lebih dari pemuasan naluri dan memenuhi waktu pemuda dan wanita yang tidak ada kesibukannya.

Persoalan wanita dan parlimen di masa sekarang ini adalah masalah yang baik dibicarakan dalam salon-salon dan tempat-tempat tertentu, tetapi bukan dalam sebuah majalah yang terhormat, dalam suatu masyarakat terhormat, dan juga bukan di kalangan orang-orang yang mempunyai kesibukan, sehingga tidak memerlukan cara pemenuhan naluri mereka dijalan-jalan umum.

Masalah ini tidak pernah diperhatikan oleh seorang wanitapun di Mesir, tidak pernah difikirkannya, tidak pernah diperhatikannya dan tidak difahaminya sedikit pun. Walaupun ia tahu, maka setiap wanita yang terhormat melarikan diri daripadanya dan dari setiap orang yang mendukungnya, dan dari cara mengemukakannya.

Lama saya merasa ragu-ragu, kerana saya mengetahui rahsia arak- arakan kekosongan ini. Saya tahu bahawa orang-orang yang mengemukakannya adalah beberapa orang sahaja yang tidak besar jumlahnya. Saya tahu bagaimana caranya orang yang sedikit ini sampai mendapat pemberitaan besar di koran-koran. Saya tahu caranya dan saya tahu pajak yang dibayarnya. Saya tahu bahawa tidak setiap wanita di Mesir dapat menerima cara ini, atau mahu mémbayarkan pajak itu.

Sayang sekali dalam persurat-khabaran Mesir terdapat pemilik- pemilik surat kabar, redaksi dan korespondennya yang mahu menjual Mesir, menjual segala yang suci dalam kehidupan, kalau mereka memang berpendapat ada yang suci dalam hidup ini, demi untuk memperoleh pajak itu, yang satu tahu bagaimana arak-arakan kekosongan itu membayarnya, untuk mendapatkan tempat lowong dalam harian itu, sehingga mereka mendapat kesempatan untuk membuat keributan, yang tidak mendapat

perhatian dari sesiapäpun sekarang ini, dan tidak mendapat tanggapan dari seorang wanita yang terhormat di Mesir.

Kerana semua inilah saya merasa ragu-ragu, kerana arak-arakan kekosongan itu tidak dapat menipu saya, dan tidak menimbulkan kesan dalam diri saya bahawa ia merupakan suatu gerakan yang penting yang pantas diperhatikan.

Tetapi saya menyesal sekali melihat bahawa banyak tokoh-tokoh yang mempunyai posisi penting dalam masyarakat, dihormati oleh masyarakat dan bernilai, telah tertipu oleh keributan yang palsu itu. Mereka mengira bahawa gerakan ini penting, sehingga perlu ditanggapi dan diperhatikan. Mereka mengira bahawa pendukung gerakan itu cukup banyak, dan bahawa gerakan itu kuat, dan kenyataan bahawa ada beberapa suratkhabar yang mengikuti perkembangannya membuktikan bahawa ia itu penting. Tetapi sayang sekali mereka tidak tahu apa yang terjadi di antara dinding-dinding suratkhabar-suratkhabar yang besar-besar itu.

Mungkin suratkabar itu besar dan mempunyai nama yang gemilang. Tetapi orang-orang yang mengetahui apa yang terdapat di belakang tirai, akan mengerti apa yang terdapat di belakang kebesaran itu dan di belakang kegemilangan itu.

Tetapi bagaimanapun juga, saya telah memperhatikan tokoh-tokoh seperti Yang Mulia Mufti sekarang ini, dan juga Yang Mulia Mufti yang lalu, pada pemuka di bidang fatwa, sejumlah para ulama yang besar, besar, dan terakhir ini juga persatuan organisasi-organisasi Islam. Saya melihat bahawa pemuka-pemuka yang terhormat ini telah tertipu. Mereka telah membesar- besarkan arak-arakan kekosongan itu. Mereka telah bertemu dan mengeluarkan fatwa-fatwa dan putusan-putusan.

Sayang sekali. Pemuka-pemuka yang besar-besar itu telah kena tipu. Tidak ada yang lebih menggembirakan manusia-manusia yang kosong itu selain dan mendapat perhatian dari tokoh-tokoh terkemuka masyarakat ini. Sejumlah kecil manusia ini tidak pernah ingin, malah juga tidak pernah memimpikan, untuk memperoleh kesuksesan yang demikian hebatnya yang telah dipersiapkan bagi mereka oleh tokoh-tokoh yang demikian besar yang semestinya tidak harus memberikan perhatiannya sedikitpun kepada gerakan seperti ini, suatu gerakan yang tujuannya tidak lebih dari penyaluran naluri manusia dan pemuasan nafsu-nafsu yang menyeleweng dari orang-orang yang tertentu sahaja.

Dalam masyarakat banyak sahaja terdapat pemuda dan wanita yang tidak sihat. Di sana-sini terdapat orang orang aneh yang mempunyai selera menyeleweng. Mesir juga tidak salah kalau terdapat sejumlah orang seperti itu. Tetapi orang-orang seperti itu seharusnya mendapat perhatian dan klinik-klinik jiwa. Tetapi kalau yang menghadapinya adalah pemuka-pemuka yang mempunyai tempat tersendiri dalam masyarakat, mempunyai tempat terhormat dan mempunyai tugas terhomat, hanya kerana ada beberapa

koran, atau beberapa orang yang bekerja di koran itu, memberikan beberapa halaman atau kolom kepada kelompok manusia yang kosong ini. Hal ini seharusnya tidak mesti terjadi.

Kelompok ularna-ulama kita yang besar-besar telah berpengalaman secara khusus, kalau mereka memberikan perhatian kepada pekerjaan suatu kelompok kosong yang tidak rnempunyai erti apa-apa, maka usaha yang tidak berharga itu berubah menjadi mempunyai nilai yang tadinya tidak dipunyainya, dan ia langsung mendapat perhatian yang besar, dan sudah pasti menimbulkan suatu reaksi yang amat bertentangan dengan maksud semula. Berapa banyaknya gerakan, berapa banyak buku dan tokoh yang demikian sepele dan menyesatkannya sehingga tidak patut mendapat perhatian sedikitpun. Kalau ia dibiarkan demikian sahaja, ia akan mati sendiri, akan lebur demikian sahaja tanpa ada satu orangpun yang mengetahuinya. Tetapi sekelompok orang-orang yang terhormat telah memberikan kehidupan kepadanya, telah memberikan perhatian kepadanya. Kalau orang-orang yang terhormat dan terpandang itu tidak lagi memberikan perhatian kepadanya dan tidak meribut-ributkannya sekali lagi, maka jua ia akan mati dengan sendirinya dan akan dilupakan orang, kerana ia tidak mengandung suatu unsurpun yang dapat menjadikannya dapat tetap bertahan.

Jadi apakah yang mendorong kelompok manusia yang terpandang ini, dan organisasi lainnya, untuk terus mengulang pengalaman yang sama untuk serta tokoh-tokoh lainnya, untuk terus mengulang pengalaman yang sama untuk sampai kepada hasil yang sama? Kalau gerakan-gerakan yang dibuat- buat itu, kalau buku-buku yang tidak ada nilainya itu, kalau tokoh-tokoh kerdil itu, dibiarkan begitu saja dan tidak diberikan perhatian apa-apa,maka ini adalah satu-satunva tindakan yang harus diambil sebagai reaksi terhadap percubaan-percubaan itu.

Saya tahu sebuah kejadian tertentu tentang sebuah buku, di mana di belakangnya bersembunyi sekelompok orang-orang missi, yang dikepalai oleh seseorang yang amat terkenal rasa permusuhannya kepada Islam. Ia menyembunyikan rasa permusuhannya kepada Islam di bawah selimut pura- pura membenci semua agama, walaupun dalam kenyataannya ia bekerja untuk sebuah organisasi missi yang terkenal, yang tentu saja mempunyai ciri keagamaan, dan mempunyai kegiatan keagamaan yang khas.

Saya tahu bahawa kelompok ini selalu mengadakan rapat-rapat rahsia, untuk mencari jalan yang sebaik-baiknya bagaimana mengadakan suatu kejutan sehingga perhatian dapat dipusatkan kepada buku ini, yang isinya dapat merealisasikan suatu tujuan penting dan kelompok itu, iaitu menghentam gagasan-gagasan pokok pemikiran Islam. Sampai pada suatu kali kelompok itu dapat menjadikan seseorang yang mempunyai hati yang baik dan semangat yang baik untuk mempertahankan Islam, sehingga ía memberikan reaksi terhadap buku ini, dan ía minta perhatian para ulama yang terkemuka.

Kelompok dan kepalanya yang membuat rencana itu selalu menunggu bagaimana reaksi kaum ulama yang akan mereka anggap sebagai suatu pemberian, dan akhirnya para ulama itu terjatuh ke dalam perangkap, dan terjadilah apa yang kita ketahui bersama.

Berdasarkan pengalaman ini dan pengalaman-pengalaman lain yang serupalah, arak-arakan dan kelompok-kelompok kekosongan itu mendasarkan hidupnya. Para pemuka yang besar-besar itu juga selalu mengulang sejarahnya dan terjatuh kembali ke dalam perangkap itu. Mereka telah memberi jalan kepada keributan yang dibuat-buat itu, suatu keributan yang sama sekali tidak menggambarkan wanita-wanita Mesir, dan hanya menggambarkan sekelompok kecil manusia yang menyeleweng.

Tetapi terdapat ribuan wanita Mesir yang berpendidikan, mereka yang mempunyai budi pekerti, yang mempunyai agama dan mempunyai harga dirinya. Tidak seorangpun dan mereka ini yang ikut serta dalam arak-arakan kekosongan itu dan tidak mengesankan pajak-pajak yang dibayar agar diri mereka tersiar di dalam surat-surat khabar. Wanita-wanita Mesir yang berpendidikan itu melihat kepada arak-arakan kekosongan yang dibuat-buat itu dengan pandangan kehinaan dan kebencian.

Hal ini harus diketahui oleh orang yang memberikan perhatian dan reaksi kepada masalah-masalah sepele itu.

Atau apakah mereka ini merasa takut terhadap Islam?

Tidak mungkin. Kerana terdapat banyak bahaya-bahaya lain yang dihadapkan sungguh kepada Islam ini. Banyak masalah-masalah lain yang harus benar-benar dihadapi Islam. Iaitu masalah yang dihadapi jutaan manusia yang hidup di lembah Nil ini, di seluruh dunia Islam, dan terutama sekali di dunia Arab. Kehidupan yang dijalani jutaan manusia ini tidak disenangi Islam. Kehidupan mereka dipenuhi oleh kemiskinan, kesukaran, kerendahan dan kehinaan. Suatu bentuk kehidupan yang tidak pantas untuk manusia yang telah dikatakan al-Qur’an

َ

ﻡَﺩﺁﻲِﻨَﺑﺎَﻨﻣْﱠﺮﹶﻛْﺪﹶﻘﹶﻟَﻭ

“Sesungguhnya telah Kami muliakan Anak Cucu Adam.”

(Al-Isra’: 70)

Manusia-manusia ini masih sahaja tidak mulia di atas tanah yang telah mereka airi dengan darah dan keringat, dan apa yang mereka terima hanyalah kemiskinan. Untuk menghadapi hal ini, Islam harus mengeluarkan pendapatnya. Juga terdapat persoalan penjajahan yang telah menghalangi kaum Muslimin untuk memperoleh kemuliaan orang-orang yang bebas dan memberikan kepada mereka kehinaan budak, padahal Allah Yang Maha Tinggi berkata:

َ

“Kemuliaan itu adalah milik Allah, milik RasulNya, dan milik seluruh kaum Muslimin.”

(Al-Munafiquun: 8)

Penjajahan ini menjumpai di kalangan kita orang-orang yang mahu mengorbankan kepentingan kita untuk kepentingan penjajah, mengikatkan harga diri kita dengan roda penjajah. Mereka berusaha untuk memadamkan rasa marah kita kepada penjajah, mereka ingin agar kita berdamai dengan penjajah dan merasa tenteram dengan penjajah itu. Islam harus mengeluarkan pendapat dalam menghadapi masalah ini.

Banyak lagi masalah-masalah lain yang jauh lebih berbahaya untuk Islam dan kaum Muslimin, dan pada apa yang dilakukan oleh sekelompok kecil manusia yang terdiri dan orañg-orang yang aneh, sakit dan mempunyai kelainan jiwa. Mereka mengadakan arak-arakan kekosongan, tidak didukung oleh sesiapapun, tidak mewakili pendapat sesiapapun, dan tidak ada orang yang takut kepadanya kalau ia dibiarkan begitu saja, kerana ia akan menjadi kerdil, menjadi hampa dan mati dengan sendirinya sesuai dengan watak segala yang ada.

Memang saya tahu bahawa di belakan sebahagian gerakan-gerakan ini terdapat organisasi-organisasi missi, dan di belakang beberapa di antaranya terdapat intel-intel pihak luar, dan bahawa kekuatan kewangan badan-badan intel mendukung sebahágian dari gerakan ini, dan kalangan-kalangan intel inilah yang memberikan kesempatan bagi mereka untuk masuk ke dalam beberapa koran yang juga bekerja untuk kepentingan intel-intel itu.

Saya tahu semua ini. Tetapi di samping itu saya juga tahu, bahawa semuanya ini adalah gerakan sampingan, yang dimaksudkan agar pendangan kita jangan tertuju kepada front-front perjuangan kita yang sesungguhnya. Kalau kita telah menyibukkan diri dengan perjuangan- perjuangan sampingan ini maka bererti kita telah memberikan kesempatan agar komplotan itu berhasil. Kita telah menjadi orang yang bodoh dan lalai kerana telah menghabiskan waktu dan tenaga kita di tempat-tempat yang telah ditentukan pusat-pusat missi, dan sesuai dengan rencana yang telah digariskan pihak intel.

Kerana itu marilah kita biarkan arak-arakan kekosongan itu mati dengan sendirinya dengan jalan tidak memberikan perhatian kepadanya. Marilah kita menghadapi masalah-masalah kita yang sesungguhnya, masalah yang amat penting bagi Islam, masalah yang amat penting bagi kehidupan, dan masalah yang amat penting bagi manusia yang hidup di negeri ini.