Salah satu tanda dan kefanatikan mereka adalah penindasan- penindasan kejam yang telah mereka derita di segala penjuru dunia, dan yang telah kita cuba melukiskannya dengan ringkas dalam tiga bab yang lalu. Salah satu tanda dan kefanatikan mereka adalah penganiayaan yang demikian kejam yang mereka derita di Ethiopia yang Kristian, di Yugoslavia yang komunis yang bermusuhan dengan Rusia dan di Rusia itu sendiri, juga di Cina baik dahulu maupun sekarang, dan penderitaan yang mereka derita dari tangan para penjajah Barat di setiap tempat.
Dalam makalah yang baru lalu kita telah menggambarkan sebahagian dari penderitaan yang mereka terima dari Krim, yang kita kutipkan dari buku Bencana Umat Islam di Krim, Soviet Union yang ditulis oleh Tuan Yusuf Wali Syah Uralkiri, demikian pula di Turkistan Barat di Rusia dan di Turkistan Timur yang dipermtah oleh Cina, yang kita kutipkan dan bukü Kaum Muslimin di Belakang Tirai Besi tulisan Tuan Isa Yusuf Alb Takin. Kedua saudara itu adalah sisa-sisa dan penindasan ke jam komunis yang dilakukan terhadap Islam dan kaum Muslimin.
Sekarang marilah kita lanjutkan mengemukakan penderitaan pedih ini, kita terus mengikuti kepedihan-kepedihan yang diderita kaum Muslimin di atas dunia ini. Kita lanjutkan, agar kaum Muslimin mengetahui sampai ke mana mereka memerlukan pembentukan suatu blok Islam yang benar yang akan dapat menjaga mereka dan siksaan itu, dan yang akan dapat mengembalikan kepada mereka kehormatan, kemuliaan dan tanah air mereka. Kita lanjutkan walaupun terdapat “burung-burung beo” yang menganggap bahawa dalam seruan untuk mengadakan blok Islam itu terdapat suatu kefanatikan yang tidak pantas dalam abad ke-XX ini. Mereka itu takut kalau-kalau dunia “yang beradab” itu nanti mengatakan bahawa kaum Muslimin itu fanatik.
Terdapat suatu operasi penghancuran yang terror ganas yang dilakukan oleh negara Rusia untuk menghancurkan unsur Islami di negara itu. Tingkat kehancuran di beberapa daerah telah mencapai 45%, suatu hal yang diakui sendiri oleh harian rasmi Pravda, walaupun dikatakan bahawa yang menjadi sebab sesungguhnya dan kejaian ini adalah kelaparan yang terjadi di semenanjung Krim. Tetapi kelaparan ini tidak menimbulkan apa- apa di kota-kota bukan Islam yang berdampingan dengannya. Seakan-akan bahaya kelaparan itu hanya memilih kaum Muslimin sahaja, sehingga mereka berguguran. Hal yang seperti ini dapat sahaja terjadi di Soviet Union.
Kalau kita teruskan menelusuri sejarah, kita dapati bahawa penduduk Krim yang beragama Islam itu mengandung dendam yang pahit terhadap Soviet dan menunggu-nunggu kesempatan untuk membalas dendam. Ketika terjadi Perang Dunia ke-II dan tentera Jerman yang tidak terbilang banyaknya itu telah masuk ke tanah Rusia, maka kaum Muslimin mendapat gagasan bahawa permusuhan yang berlarut-larut antara Rusia dan Jerman akan dapat memberikan kepada mereka suatu kesempatan untuk hidup kembali. Mereka lupa bahawa jiwa crusade masih tetap menguasasi baik orang Rusia mahupun orang Jerman dalam menghadapi kaum Muslimin. Orang-orang Eropah walaupun saling bermusuhan, atau saling berbunuhan, walaupun mereka saling terbagi-bagi ke dalam kubu-kubu yang bermacam-macam, tetapi semua mereka itu sama sahaja kalau berhadapan dengan kaum Muslimin.
Maka marilah sekarang kita dengarkan Tuan Yusuf Wali Syah menceritakan kepada kita tragedi kaum Muslimin yang dilakukan oleh orang-orang Jerman di Krim, agar jangan ada orang yang berkata: Orang Rusia itu hanya memperlakukan kaum Muslimin seperti itu kerana mereka memusuhi komunisme. Sekarang dapat kita lihat bahawa orang Jerman, musuh Rusia, hanya memberikan ganjaran penindasan dan kejahatan terhadap kaum Mushimin kerana mereka memusuhi komunisme, sedangkan sebabnya yang sesungguhnya adalah kerana mereka itu adalah orang Islam.
“Ribuan kaum Muslimin yang telah dengan suka rela meletakkan senjata, dengan meninggalkan barisan tentera Merah dan menjadikan nasib kaum keluarga mereka dalam bahaya. Mereka itu digiring ke belakang front beratus-ratus kilometer jauhnya, seakan-akan mereka sekumpulan binatang ternak. Mereka tidak mempunyai alas kaki. Tubuh dan kepala tidak ditutupi. Mereka tidak diberi minuman, makanan atau pakaian. Kalau ada di antara mereka yang beberapa langkah tertinggal di belakang, walaupun disebabkan kerana suatu sebab yang di luar kekuasaan mereka, seperti kelaparan dan keletihan, maka nasibnya adalah ditembak di tempat tanpa ditanya terlebih dahulu. Kalau ada protes atau keluhan sedikit sahaja terhadap perlakuan Jerman ini, maka ini telah cukup bagi tentera itu untuk meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya.”
Pemerintahan Jerman melakukan tindakan seperti ini terhadap para tawanan kaum Muslimin yang tidak berdosa, setelah mereka dipisahkan dan para tawanan yang lain.
Apa yang diminta para penduduk dan para tawanan itu dan Jerman hanyalah tidak lebih daripada pengakuan terhadap kemerdekaan mereka, walaupun dalam prinsipnya sahaja. Agar mereka itu diberi kebebasan untuk menyusun tentera yang akan mereka gunakan untuk memerangi orang-orang komunis, sehingga dengan mempergunakan senjata-senjata Moskow itu sendiri, dan tidak perlu diberi pérlengkapan senjata oleh Jerman, mereka ingin untuk memburu orang-orang komunis itu. Para pemimpin mereka yang berunding dengan orang-orang Jerman, menjelaskan lebih lanjut: “Kalau kiranya komando tentera Jerman merasa sangsi terhadap mereka, atau takut
kalau mereka itu mungkin menimbulkan kegaduhan di garis belakang, maka tentera Jerman dapat selalu bersiap-siap untuk menghadapi mereka, dan menempatkan tentera-tentera Jerman itu di titik-titik dan benteng-benteng yang menurut pendapatnya sebaiknya untuk diduduki agar mereka merasa tenteram. Dengan demikian tentera Jerman dapat meyakinkan apakah para penduduk mempunyai iktikad baik, dan bahawa apa yang mereka ingini adalah mengoyak-ngoyak Moskow yang komunis itu. Tetapi jawapan yang dapat diberikan oleh pihak Jerman adalah: “Jerman akan mengalahkan Soviet Union dengan darah Jerman yang bersih dan murni.”
Barangkali para pembaca ingat apa yang telah kami sebutkan sebelumnya, tentang sikap pihak Sekutu dalam menghadapi gerombolan- gerombolan bersenjata Albania di Yugoslavia. Mereka itu minta persenjataan agar dapat memerangi orang Jerman dan mengusir mereka, tetapi pihak Sekutu juga mempunyai sikap seperti itu pula. Mereka tidak percaya kepada kaum Muslimin, dan tidak mahu memberikan senjata kepada mereka. Sedangkan pihak Sekutu itu memberikan senjata kepada orang orang Masehi untuk dapat melakukan tindakan yang sama di belakang garis-garis Jerman.
Dengan demikian terdapat kesatuan sikap tentera Jerman di Rusia dan pihak Sekutu di Yugoslavia. Keduanya memberikan perlakuan khusus kepada unsur-unsur Islam dengan tindakan-tindakan penindasan dan kekerasan. Kedua pihak ini tidak mau menolong unsur Islam, atau meminta bantuan dan mereka walaupun situasi yang tergawat sekalipun.
Kenapa?
Kerana darah perang salib masih tetap mengalir di tuhuh semuanya. Dalam hal ini sama sahaja keadaannya pihak Sekutu yang memakai semboyan agama Kristian, pada hal agama Kristian tidak ada huhungannya sama sekali dengan hal ini, dengan orang-orang komunis yang menolak semua agama, dan orang-orang Nazi yang telah memaklumkan meninggalnya Tuhan yang lama, dan mereka menyorakkan : Hiduplah Fuehrer!
Di antara sesama mereka, mereka berselisih dan bermusuhan. Tetapi jika mereka menghadapi kaum Muslimin, jika mereka menghadapi Islam, maka mereka menghadapinya dengan satu barisan dan satu kepercayaan, baik di Timur maupun di Barat.
Kalau kita mengatakan: Kaum Muslimin wajib saling bersatu untuk menghadapi taufan yang dihadapkan kepada mereka oleh dunia Kristian, dan dunia komunis, dan dunia pagan, maka kepala orang-orang pada tertunduk, dan mereka berkata: Seruan seperti ini ada lah seruan kefanatikan yang tidak zamannya lagi sekarang ini.
Ini adalah seruan kefanatikan, kerana Dunia Islam adalah satu-satunya dalam seluruh sejarah kemanusiaan yang memberikan kesempatan kepada
orang-orang yang tidak seaqidah dengannya untuk hidup di bawah lindungannya, dengan dapat menikmati segala hak dan jaminan. Kerana Islam adalah satu-satunya agama yang memberikan kewajipan kepada para pemeluknya untuk menjaga kebebasan beribadat bagi orang-orang yang tidak seagama dengan mereka, sebelum mereka menjaga kebebasan beribadat untuk teman-temannya seagama sendiri. Al-Qur-an yang mulia, setelah memberi izin kepada kaum Muslimin untuk melakukan peperangan demi untuk mempertahankan kebebasan beragama, berkata:
“Jikalau tidaklah kerana Tuhan mempertahankan manusia yang sebahagiannya dengan sebahagian yang lain, tentulah akan hancur gereja- gereja, kuil-kuil, tempat tempat beribadat dan masjid-masjid di mana banyak disebut nama Tuhan”
Dalam ayat ini sebutan masjid itu datang di tempat terakhir, setelah lebih dahulu disebutkan tempat-tempat peribadatan kaum Yahudi, Kristian dan lain-lain, dan setelah itu baru disebutkan masjid-masjid yang menjadi tempat peribadatan kaum Muslimin.