Orang-orang Amerika dan konco-konconya sekarang ini amat memperhatikan Islam. Mereka memerlukan Islam untuk memerangi komunisme di Timur Tengah, setelah mereka memerangi Islam selama sembilan abad atau lebih, iaitu semenjak perang salib. Mereka sekarang memerlukan Islam, seperti mereka juga memerlukan orang Jepun, Jerman dan Itali yang telah mereka hancurkan dalam perang yang baru lalu. Sekarang orang Amerika mencuba dengan segala cara yang mungkin agar negara itu dapat berdiri di atas kaki sendiri, agar mereka dapat menahan caplokan komunisme. Mungkin besok mereka akan menghancurkan negara- negara itu sekali lagi, kalau mereka, mampu melakukannya.
Islam yang diinginkan orang Amerika dan konco-konconya di Timur Tengah, bukan Islam yang menentang penjajahan, bukan Islam yang menentang kediktatoran, tetapi Islam, yang menentang komunisme saja. Mereka tidak ingin Islam memerintah, mereka tidak tahan kalau Islam memerintah kerana Islam kalau memerintah akan membangkitkan bangsa- bangsa sekali lagi. Ia akan mengajarkan kepada bangsa itu bahawa mempersiapkan kekuatan itu adalah suatu kewajipan, bahawa memburu penjajah itu suatu kewajipan, dan bahawa komunisme itu, seperti juga halnya dengan penjajahan adalah penyakit menular. Keduanya itu musuh. Keduanya itu agresif.
Jadi Amerika dan konco di Timur Tengah menginginkan suatu Islam yang bersifat Amerika. Dan dari sinilah bertolaknya gelombang Islam itu ke segenap penjuru. Pembicaraan tentang Islam dalam surat-surat khabar Mesir dari sana sini. Pembicaran-Pembicaraan tentang agama kadang-kadang memenuhi satu halaman, iaitu dalam surat-kabar surat-kabar yang satu haripun tidak pernah merasa cinta kepada Islam atau mempunyai pengetahuan tentang Islam. Penerbit-penerbit, di antaranya ada yang terkenal ke tiba-tiba saja menyedari bahawa Islam harus menjadi pokok persoalan bagi buku bulan ini. Penu1is yang di masa-masa sebelumnya terkenal sebagai propagandis pihak Sekutu, mulai menulis kembali tentang Islam, setelah mereka memberikan perhatian kepada Islam di zaman perang yang lalu, tetapi setelah pihak Sekutu menang mereka tidak pernah menulis tentang Islam lagi. Pemuka-pemuka agama profesional mulai memperoleh wang yang banyak sekali, memperoleh kehormatan dan kekuasaan, dan perlumbaan antara Islam dan Komunisme diberi hadiah wang yang cukup besar.
(Tulisan ini ditulis di akhir bulan Jun 1952.)
Tetapi Islam yang berjuang menentang penjajahan sebagaimana ia berjuang menentang komunisme, tidak ada orang di antara mereka yang tersebut di atas membicarakannya. Islam yang memerintah kehidupan dan mengendalikannya, tidak pernah dikemukakan oleh orang-orang itu.
Islam harus memberikan fatwanya agar kehamilan dilarang. Islam harus memberikan fatwanya tentang bolehnya wanita masuk Parlimen. Islam dimintakan fatwanya tentang apa saja yang membatalkan wudhu’. Tetapi Islam sama sekali tidak boleh dimintakan fatwanya dalam lain persoalan- persoalan kemasyarakatan kita, atau perekonomian kita atau sistem kewangan kita. Islam tidak boleh dimintakan fatwanya untuk masalah- masalah politik dan nasional kita, atau mengenai hubungan antara kita dengan penjajah.
Demokrasi dalam Islam kebaikan dalam Islam dan keadilan dalam Islam, boleh menjadi topik sebuah buku atau suatu majalah. Tetapi memerintah dengan Islam, perundang-undangan dengan Islam, dan kemenangan dengan Islam, tidak boleh disentuh oleh sebuah penapun, pembicaraan atau suatu fatwa.
Setelah itu, pernah terjadi bahawa Islam Amerika ini pernah mengenal sesuatu dalam Islam yang bernama “zakat”. Ia mengetahui bahawa zakat ini mungkin dapat membendung aliran komunisme, kalau Timur sekali lagi melaksanakannya. Kerana ini maka Pusat Studi Kemasyarakatan yang diadakan di Mesir tahun yang lalu mulai memperhatikan cerita “zakat” ini, atau mempelajari masalah “perpaduan sosial dalam Islam.”
Kerana Amerika yang berdiri di belakang Pusat Studi Kemasyarakatan ini, maka pihak yang berwajib di Mesir menganggap tidak perlu menghentikan cerita zakat ini, sebagaimana mereka menghentikan Abul Hamid Abdul Hak ketika ia mempunyai gagasan ke arah ini, pada hal ia adalah Menteri Urusan Sosial. Pihak yang berwenang dapat menghentikan masalah zakat ini kalau yang menyuruhnya adalah Allah. Tetapi kalau yang memberikan perintah itu orang-orang Amerika, maka apa yang dapat mereka lakukan adalah patuh dan melaksanakan segala perintah.
Walaupun demikian, di Mesir telah tersusun sebuah panitia yang terdiri dari guru-guru besar hukum Islam di universiti, sebahagian pemuka al-Azhar, beberapa orang Pasha, untuk mempelajari masalah “Perpaduan Sosial dalam Islam”, terutama masalah zakat, bukan untuk mencari keredhaan Allah, bukan untuk kepentingan tanah air, tetapi untuk mencari keredhaan orang orang Amerika, dan untuk kepentingan Pusat Studi Kemasyarakatan.
Di sinilah mulai tampak bahayanya. Orang-orang Amerika kalau mereka benar-benar mengetahui hakikat perpaduan sosial dalam Islam tentulah mereka akan memaksakannya untuk seluruh Timur Tengah, kerana mereka tidak akan menemui suatu penghalang yang lebih kuat dari itu dalam
menghadapi komunisme. Perpaduan dalam Islam mewajibkan kewajipan- kewajipan tertentu terhadap harta benda. Ada hak-hak yang harus dilaksanakannya. Dan ia mengakui hak hidup untuk jutaan orang. Tanpa ini maka leher akan putus-putus. Kerana itu harus segala sesuatunya digerakkan untuk kepentingan Amerika. Teks-teks harus di putar-putar. Kewajipan yang dibebankan Islam atas harta benda harus diringankan. Kerana itu Panitia itu harus mengeluarkan keputusannya tentang zakat dengan warna yang pucat yang hanya menyinggung masalah-masalah yang tidak pokok. Ia hanya boleh menyentuh harta benda dengan tangan yang dibalut sutera.
Kalau persoalannya adalah persoalan Allah dan agama, maka itu akan mudah sekali, tetapi persoalannya sekarang adalah persoalan orang Amerika. Apa yang di tetapkan hukum Islam berbeza dengan apa yang ditetapkan Pusat Studi Kemasyarakatan Pusat itu tidak harus mengetahui rahsia Islam yang tidak diketahuinya. Kalau memang begitu tentulah akan diwajibkannya kepada pemeluk agama Islam.
Tetapi beberapa orang anggota Panitia yang keras kepala dan sombong, yang tidak tahu bagaimana menyembunyikan teks-teks agama, dan tidak tahu bagaimana caranya percaya kepada sebahagian al-Qur’an dan tidak percaya kepada sebahagian yang lain, dan tidak tahu pula bagaimana caranya untuk menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit, maka mereka ini masih saja bersikap keras untuk memperlihatkan kepada orang- orang Amerika rahsia yang penting ini, sedangkan anggota-anggota yang lain menolak dengan keras pula pendapat yang pertama itu. Hanya Tuhanlah yang tahu bagaimana masalah ini nantinya.
Hal ini adalah suatu hal yang menggelikan, malah suatu tragedi. Tetapi yang baik tentang hal ini adalah bahawa Islam itu mempunyai penolong iaitu orang-orang yang hanya berusaha sendirian untuknya, dan dengan itu pula mereka menghadapi penjajahan, kediktatoran dan komunisme. Para pendukung Islam yang mengetahui bahawa Islam itu harus memerintah dahulu sebelum dapat memberikan buahnya secara sempuma. Para pendukungnya ini tidak dapat ditipu oleh persahabatan kaum salib yang dimasukkan ke dalam Islam, pada hal mereka telah memerangi Islam itu semenjak sembilan ratus tahun.
Para pendukung Islam ini tidak menuntut atas nama Islam itu kerana keinginan berbuat baik dan amal santunan. Tetapi mereka menuntutnya atas nama keadilan sosial yang lengkap dan menyeluruh. Mereka tidak menjadikan Islam itu sebagal alat untuk memberikan jasa kepada penjajahan dan kediktatoran. Dengan Islam itu mereka ingin untuk menciptakan keadilan, kemuliaan dan ketinggian martabat. Mereka tidak menjadikan Islam itu sebagai tutup tirai bagi suatu propaganda, tetapi mereka menjadikannya sebagai tameng dalam berjuang untuk menegakkan kebenaran dan mencari ketinggian.
Tetapi peranan media yang mengiklankan Islam dewasa ini, orang- orang yang memperjual-belikan agama di segenap penjuru Timur Tengah,
orang-orang yang mencari keuntungan dengan jalan mempermain-mainkan Islam, seperti yang dilakukan pawang ular, maka semua mereka ini adalah ibarat buih yang akan hilang sirna dengan sendirinya, kalau masa pasang naik itu telah datang. Pasang naik itu akan datang jauh lebih cepat dari yang diperkirakan kebanyakan orang. Mereka memandangnya sebagai suatu hal yang jauh sekali, sedangkan kita melihatnya sebagai suatu hal yang dekat sekali.
ﺎَﻤﹶﻛِﺽْﺭﹶﺄﹾﻟﺍﻲِﻓﻢُﻬﱠﻨﹶﻔِﻠْﺨَﺘْﺴَﻴﹶﻟِﺕﺎَﺤِﻟﺎﱠﺼﻟﺍﺍﻮﹸﻠِﻤَﻋَﻭْﻢﹸﻜﻨِﻣﺍﻮُﻨﻣَﺁَﻦﻳِﺬﱠﻟﺍُﻪﱠﻠﻟﺍَﺪَﻋَﻭ
ْ
ﺳﺍ
ﻦﱢﻣﻢُﻬﱠﻨﹶﻟﱢﺪَﺒُﻴﹶﻟَﻭْﻢُﻬﹶﻟﻰَﻀَﺗْﺭﺍﻱِﺬﱠﻟﺍُﻢُﻬَﻨﻳِﺩْﻢُﻬﹶﻟﱠﻦَﻨﱢﻜَﻤُﻴﹶﻟَﻭْﻢِﻬِﻠْﺒﹶﻗﻦِﻣَﻦﻳِﺬﱠﻟﺍَﻒﹶﻠْﺨَﺘ
ﺎﹰﺌْﻴَﺷﻲِﺑﹶﻥﻮﹸﻛِﺮﺸُْﻳﺎﹶﻟﻲِﻨَﻧﻭُﺪُﺒْﻌَﻳﺎًﻨْﻣﹶﺃﻢِْﻬِﻓْﻮَﺧِﺪْﻌَﺑ
“Allah telah menjanjikan kepada orang-orang beriman di antara kamu dan melakukan amal-amal yang baik, sungguh Tuhan akan memberikan warisan kekuasaan kepada mereka, sebagaimana telah diwariskannya kepada orang sebelum mereka. Dan agama yang telah dipilihkan Tuhan bagi mereka itu akan mempunyai ketetapan di atas bumi, dan sungguh-sungguh Tuhan akan menukar rasa takut mereka dengan rasa keamanan. Mereka itu akan menyembah Aku dan tidak mempersekutukan Aku dengan suatu apa.”
(An-Nur: 55) Maha Benarlah Allah.