• Tidak ada hasil yang ditemukan

Islam dan penjajahan

Di Aljazair, mempelajari bahasa Arab dan agama diãnggap sebagai tindakan kriminal. Orang yang melakukannya ditangkap sebagaimana halnya dengan pencuri dan perompak. Dalam pengadilan mereka itu sama- sama dipanggil dan juga ditempatkan dalam satu penjara.

Dan Perancis, sebagaimana dikatakan oleh para penulis kita yang plin- plan, adalah ibu kemerdekaan. Ialah yang telah mengajarkan kepada seluruh dunia prinsip-prinsip kemerdekaàn, persaudaraan dan persamaan.

Di Sudan bahagian selatan, adanya satu orang Islam sahaja, walaupun ia pergi ke sana untuk tujuan perdagangan, dianggap sebagai suatu bahaya besar, untuk mana Inggeris memobilisir seluruh tenaganya. Segenap kegiatan orang itu diperhatikan oleh kantor pemerintahan di Sudan, dan akhirnya ia ditangkap untuk dikembalikan ke Utara, supaya jangan para penduduk yang suka damai itu menjadi korban Islam. Hal ini terjadi di saat di mana setiap kekuatan pentadbiran pemerintahan di kerahkan untuk menjaga missionarisme dan para anggota missi itu. Kepada mereka itu diberikan kelengkapan-kelengkapan dalam segala bentuknya. Inggeris, sebagaimana dikatakan oleh para penulis kita yang pengkhianat itu, adalah suatu negara yang tidak pernah campur-tangan dalam masalah kebebasan beragama.

Di belakang penjajah Perancis dan Inggeris itu berdirilah Amerika dengan dollarnya, dengan pesawat-pesawat tempurnya, dengan tank wajanya dan dengan bom nuklearnya. Ia menjaga penjajah di segala tempat, mengembalikan kebesarannya yang telah mulai hilang dengan membunuh pejuang-pejuang kemerdekaan yang mempertahankan tanah air mereka, dan mengesampingkan masalah-masalah kemerdekaan di Persekutuan Bangsa- Bangsa Bersatu dan di Dewan Keamanan.

Amerika, menurut para periulis kita yang bangsa upahan itu, adalah yang menjaga kemerdekaan di Dunia Bebas yang mereka sebut-sebut itu walaupun dunia tidak mengetahui adanya.

Penjajahan mempersiapkan segala kekuatannya untuk bangsa-bangsa yang menuntut kemerdekaannya, tetapi khusus untuk Islam dan negara- negara Islam mereka telah memperhatikan dengan bentuk yang amat luar biasa semenjak dan waktu yang lama. Mereka telah memberikan perhatian yang amat besar kepada Islam, jauh sebelum bangsa—bangsa Islam bangkit menuntut kemerdekaannya yang telah dirampas orang lain. Sebabnya adalah kerana penjajahan tidak pernah lupa barang sesaatpun tentang kekuatan

yang tersembunyi dalam aqidah kepercayaan Islam, dan bahaya yang ditimbulkan kekuatan ini terhadap setiap penjajahan asing.

Bahaya kekuatan yang tersembunyi dalam aqidah itu terhadap penjajahan, pertama-tama timbul kerana Islam itu adalah suatu kekuatan pembebasan yang luar biasa hebatnya. Jiwa Islam itu menentang setiap agresi terhadap kemerdekaan. Dan perlawanan ini terhadap setiap agresi itu dilakukan dengan penuh ketekunan. Ia melakukan perlawanan aktif di mana faktor jiwa tidak mènjadi pertimbangan lagi. Segala bentuk pengorbanan dan kerugian dianggap wajar. Kalau jiwa Islam ini terbangun pada suatu bangsa Islam, maka mustahil ia akan mahu menyerahkan kemerdekaannya. Tidak mungkin sama sekali ia akan diam dalam hal perjuangan positif. Perjuangan seperti ini dapat menghancurkan penjajahan semenjak dari akar-akarnya.

Demikian pula bahaya yang ditimbulkan aqidah Islam terhadap penjajahan ini juga timbul dari kenyataan bahawa aqidah Islam itu adalah aqidah yang meninggikan diri, merasa besar dan mulia. Seorang Islam, kalau dalam jiwanya telah terbangun jiwa Islam itu, ia tidak akan dapat dianggap rendah oleh orang lain. Ia tidak bisa merendahkan diri kepada siapapun. Kerana itu ía memandang kepada penjajahan asing dengan pandangan tidak senang sedemikian rupa sehingga hal itu harus dihilangkan. Ia merasa berkewajipan memeranginya, demi untuk memewujudkan kemuliaan Islam, memelihara kemanusia dan untuk mencari keredhaan Allah.

Di samping itu, terdapat pula sumber ketiga dan bahaya yang ditimbulkan aqidah Islam terhadap penjajahan. Ia adalah suatu aqidah yang menjadikan seluruh tanah air Islam suatu kesatuan. Siapa yang melakukan agresi terhadap sejengkal tanah daripadanya bererti melakukan agresi terhadap semua tanah air Islam itu. Di waktu itu setiap orang Islam di seluruh penjuru dunia menasa berkewajipan untuk menyatakan jihad demi untuk menghilangkan bahaya dari sejengkal tanah yang merupakan bahagian dari Dunia Islam yang terbentang luas itu.

Tidak seorang Islampun dan penjuru dunia manapun juga, kalau ia benar-benar seorang Islam, yang mendengar atau mengetahui bahawa ada musuh yang telah menginjak-nginjak sejengkal tanah Islam, yang tidak tergerak hatinya untuk mempertahankan tanah kaum Muslimin itu dan mempertahankan kemuliaan Islam.

Di sinilah tersembunyinya bahaya yang paling besar terhadap penjajahan, iaitu bahaya yang dapat mengumpulkan orang dan mempersatukannya di bawah sebuah bendera untuk mengadakan perlawanan dan berjuang dipenuhi dengan jiwa pengorbanan dan mengorbankan diri.

Inilah sebabnya kenapa kaum penjajah, baik dahulu mahupun sekarang selalu memberikan perhatian khusus kepada Dunia Islam, dan kenapa negara-negara penjajah itu seluruhnya berdampingan bahu dan saling tolong menolong dalam memerangi setiap gerakan pembebasan yang terdapat di Dunia Islam. Dari sinilah kenapa Soviet Rusia dan negara-negara

satelitnya bergabung kepada negara-negara penjajahan Barat, setiap kali terjadi suatu masalah yang menyangkut dengan dunia Islam, walaupun di antara kubu Rusia dan kubu Barat itu terdapat perpecahan dan permusuhan.

Soviet Rusia dengan blok komunisnya telah mencuri sebahagian dari Dunia Islam di Turkistan, di Krim, di Yugoslavia dan lain-lainnya. Keadaannya persis sama dengan apa yang dilakukan Blok Barat di Afrika Utara dan Lembah Nil. Kerana itu kepentingan para pencuri itu selalu bertemu setiap kali timbul persoalan yang menyangkut salah satu bahagian Dunia Islam. Setelah itu mereka berpecah-pecah kembali, sampai mencapai tingkat perang dingin atau perang panas sesuai dengan permintaan situasi.

Walaupun Blok Komunis menyimpan rasa permusuhan terhadap kaum Muslimin, sama keadaannya dengan Blok Barat, tetapi semua tanah air Islam, disebabkan oleh jiwa kebebasan yang tersembunyj dalam Islam, merasa cinta kepada setiap gerakan kemerdekaan, walaupun yang bersifat komunis, seperti yang terjadi di Vietnam dan di Korea, dan ingin agar gerakan ini dapat menang dalam menghadapi penjajahan Barat yang dibenci itu. Ia ingin agar bayang-bayang penjajahan yang gelap itu dapat dihilangkan dan seluruh penjuru dunia, kerana Islam adalah suatu kekuatan revolusi kemerdekaan yang terbesar.

Apa yang diinginkan oleh Islam di atas dunia ini adalah agar manusia juga dapat bebas merdeka dari segi kebebasan da’wah dan kebebasan beraqidah. Kerana itulah Islam tidak dapat berdamai dengan sistem komunis yang ada, di mana manusia dilucuti dari kebebasan berfikir, kebebasan beraqidah dan kebebasan berda’wah kepada aqidah yang diingininya. Dengan demikian ia telah melucuti manusia dari ciri-ciri khas kemanusiaan yang Islam berusaha keras untuk mewujudkannya, iaitu ciri-ciri kemanusiaan yang telah dihancurkan secara total oleh sistem komunis yang ada sekarang.

Bagaimanapun juga, kita kembali kepada penjajahan. Ia adalah musuh kita yang pertama, musuh kita yang benar-benar yang harus kita hadapi dengan segala rasa kebencian suci yang kita miliki. Kita akan berjuang tanpa takut, kerana ia juga memerangi kita tanpa takut. Ia mempersiapkan segala kekuatan yang dimilikinya, dalam bentuk yang tidak dilakukan oleh komunisme sendiri yang menjadi musuhnya yang jelas. Ia mempersiapkan untuk menghadapi kita tidak hanya kekuatan besi dan api, tetapi juga memasangkan untuk kita perangkap-perangkap ekonomi, sebagaimana yang dilakukan Amerika dewasa ini dengan mengadakan perjanjian-perjanjian perdagangan yang menakutkan, yang telah ditawarkannya kepada rejim yang lama, dan sekarang di cubanya menawarkannya sekali lagi.

Perjanjian ini mengharuskan kita untuk menerima barang-barang apapun juga dan dari negeri manapun juga di dunia selama ia mempunyai cap Amerika. Ertinya fabrik-fabrik Amerika yang terdapat di Israel boleh kita menyerang di dalam rumah tangga kita sendiri dan kita tidak boleh membalas dalam bentuk apapun juga. Demikian pula tangan kita dibelenggu, kerana kita tidak boleh menyimpan mata wang asing yang kita ingin

menyimpannya, kerana perjanjian itu membolehkan perusahaan-perusahaan Amerika dan orang-orang Amerika di Mesir untuk mengeluarkan wang mereka dengan mata wang apapun juga.

Semuanya itu dengan imbalan bahawa kita orang orang Mesir ini juga mempunyai hak-hak yang serupa di negeri Amerika sendiri.

Ya, demi Tuhanku! Hal ini tentu sahaja baik kalau kita juga mempunyai perusahaan, fabrik, pegawai dan modal di Amerika. Hanya dalam keadaan itu kita dapat menikmati kebebasan dan jaminan, sama dengan apa yang dinikmati rakyat Amerika di negara kita. Persis sebagaimana dahulunya kita juga berhak malah untuk menggunakan pelabuhan laut, udara dan jalan-jalan yang terdapat di jantung negeri Inggeris, sesuai dengan perjanjian kehormatan dan kemerdekaan yang dahulu pernah diadakan. Tetapi malang sekali kita telah membatalkan perjanjian ini. Semenjak dan saat itu, armada- armada laut kita dan squadron- squadron udara kita tidak mempunyai pelabuhan lagi di Eropah, kerana kita telah kehilangan hak untuk menggunakan pelabuhan-pelabuhan laut dan udara di Inggeris.

Kita yakin sekali bahawa rejim yang baru ini tidak akan masuk perangkap Amerika yang menakutkan ini, kerana rejim yang lama, walaupun telah penuh dosa sedemikian rupa, tidak sanggup memikul beban yang demikian berat. Tetapi keyakinan kita ini tidak boleh menjadikan kita lalai dalam memberikan peringatan kepada bahaya ini, terutama kerana kita selalu menyedari bahawa pihak penjajah selalu mempergunakan mekanisme- mekanisme dalam negeri, yang terdiri dari organisasi-organisasi dan orang- orang yang biasanya dari luarnya kelihatannya tidak berdosa.

Sebelumnya kita telah mengenal contoh-contoh organisasi seperti Perkumpulan Saudara-Saudara Kemerdekaan dan Perkumpulan Anglo Mesir, Perkumpulan Kelab Dua Dunia dan Perkumpulan Kelab Algezira. Adalah kewajipan kita sekarang untuk mengetahui bahawa Perkumpulan al- Falah hanyalah merupakan salah satu dari organisasi-organisasi yang kelihatannya tidak berdosa ini.