Parti-parti di Mesir mengeluarkan programnya yang bersumber dari ajaran-ajaran moden. Ikhwanul Muslimin mengeluarkan programnya yang bersumber dari Islam. Perbezaan antara keduanya jelas sekali. Yang satu program yang lucu bersumber dari luar. Yang satu lagi agung, ikhlas dan murni, menjangka apa yang akan terjadi dan membimbing ummat ke depan.
Sudah lama kita mengatakan kepada manusia: Prinsip-prinsip Islam yang agung, toleran, lurus, jauh lebih maju dari semua prinsip yang pernah dikenal manusia, lebih mampu untuk melaksanakan tugasnya daripada alat kebudayaan moden manapun, dan lebih fleksibel daripada semua konstitusi dan ajaran yang ada.
Kita sudah lama mengatakan kepada manusia: Lelaki yang dididik Islam, lebih lurus jalannya, lebih kuat tekadnya, lebih mampu memikul tanggungjawab, lebih serius dalam mengambil dan melaksanakan segala sesuatunya. Sebabnya kerana mereka mempunyai hati nurani sebagai penjaganya, mereka mempunyai agama sebagai sandarannya, dan mereka mempunyai al-Qur’an sebagai obor petunjuk jalan.
ُ
ﻡَﻮﹾﻗﹶﺃَﻲِﻫﻲِﺘﱠﻠِﻟﻱِﺪْﻬِﻳﹶﻥﺁْﺮﹸﻘﹾﻟﺍﺍﹶﺬَﻫﱠﻥِﺇ
“Sesungguhnya al-Qur’an ini menunjuki kepada jalan yang lebih lurus.”
(Al-Isra’: 9) Sekarang datang kesempatan pertama untuk menjelaskan prinsip- prinsip kemasyarakatan Islam dalam bentuk yang sedikit lebih terperinci, dan program- program parti-parti lain yang juga ingin untuk menyeru kepada dirinya sendiri. Maka terpampanglah hakikat-hakikat yang telah lama kita kemukakan kepada manusia. Orang-orang tidak percaya kepadanya, selain dari orang-orang yang dadanya telah terbuka untuk keimanan, orang-orang yang tidak mempunyai tutup di atas matanya.
Orang-orang yang menyeru kepada Islam tidak bergelimang dosa. Mereka menyerukan untuk diadakan pembersihan total dan menyeluruh, termasuk setiap orang yang telah bekerjasama dengan raja yang telah pergi melarikan diri ke luar negeri, membantunya atau menutup-nutupi dosa- dosanya. Ini benar. Tangan-tangan yang berlumuran kejahatan itu tidak boleh lagi berfungsi setelah lompatan yang kita lakukan ini, sebagaimana mereka telah berfungsi di masa-masa kegelapan dahulu. Parti-parti yang dirinya
bergelimang kekotoran dan parti-parti yang kerdil, semuanya takut terhadap pembersihan, takut kepada pembalasan yang adil, takut kepada kebersihan dan cahaya, takut kepada keadilan yang sesungguhnya yang akan menanggapi setiap orang yang bersalah walaupun di mana juga ia tinggal, walaupun apa juga pangkatnya, walaupun bagaimana hebatnya kekayaannya.
Orang-orang yang menyeru kepada Islam, diri mereka tidak dikotori oleh feudalisme yang bohong, oleh kelas-kelas masyarakat yang dibenci itu. Mereka menyeru kepada suatu persamaan yang mutlak di mana tidak terdapat sama sekali mitos yang mengatakan bahawa para penguasa itu tidak dapat diminta pertanggungan jawabnya, di mana tidak terdapat pengadilan- pengadilan khusus untuk orang-orang bangsawan dan para menteri, berbeza dengan pengadilan rakyat biasa, dan juga tidak terdapat suatu jalur urusan khusus berbeza dengan jalur yang dimiliki rakyat. Tetapi mereka menyeru agar semua orang diadili dalam pengadilan biasa, dan kepada semua orang dilakukan cara berurusan yang sama. Inilah Islam yang tidak menjadikan bagi seorang kepala negara atau bagi salah seorang pembantunya hak istimewa dalam kekayaan, hak istimewa dalam pengadilan, atau dalam suatu hak manapun yang tidak dapat dinikmati oleh seorang rakyat biasa. Inilah yang dituntut oleh juru-juru da’wah Islam atas nama Islam. Tetapi parti-parti lain tidak berani untuk berfikir seperti ini. Jiwa perbudakan masih tersembunyi dalam dada para pentolannya. Mereka telah dididik dengan jiwa perbudakan dan kehinaan, generasi demi generasi.
Para juru da’wah tidak perlu bertindak agar dilihat orang lain. Mereka tidak menghindarkan diri dari masalah. Mereka sedar bahawa hak-milik peribadi dalam bentuk yang terdapat di Mesir adalah hak milik yang haram. Sistem hak milik ini menjadikan dua pertiga dari tanah yang baik untuk pertanian di Mesir dimiliki oleh raja dan anggota keluarganya. Mereka itu memperoleh tanah ini bukan dari hasil keringat nenek moyang mereka, tetapi mereka rampas dari tangan rakyat Mesir, mereka kuasai dengan cara-cara yang tidak dapat dibenarkan hukum atau undang-undang. Badan-badan pemerintah dan para ilmuan telah mengubah manusia menjadi budak-budak. Para petani tidak mempunyai kesempatan lagi untuk mempunyai hak milik. Kerana itu para juru da’wah berteriak menyuarakan pembatasan hak milik peribadi. Mereka merasa tidak cukup hanya dengan pembatasan ini tetapi juga menjelaskan bentuk hubungan antara pemilik dan penyewa. Mereka berpendapat bahawa sistem bagi hasil (muzara’ah) sajalah yang dapat mewujudkan keadilan dan sesuai dengan prinsip-prinsip dan hukum-hukum Islam. Sewa dengan wang atau dengan barang sudah lama merupakan ketidakadilan bagi yang menyewa, menjadikan pundak mereka penuh dibebani hutang.
Inilah yang diucapkan oleh parti Allah. Apa yang diucapkan orang- orang lain? Mereka bisu tentang hak milik peribadi, kerana mereka sendiri yang terkena olehnya. Mereka sendirilah yang menghisap darah rakyat, kerana mereka sendirilah para tuan tanah, yang telah menyebabkan Mesir
menderita, dan Mesir ingin untuk menyingkirkan mereka agar beban yang menghimpit dadanya dapat hilang. Mereka telah terlalu lama bercokol di sana, sehingga nafas Mesir telah sesak.
Para da’i Islam, setelah semuanya itu menuntut agar diadakan pembatasan pendapatan. Dan memperkecil jarak antara pendapatan yang terbesar dan pendapatan yang terkecil. Antara upah yang terbesar dan upah yang terkecil. Antara gaji yang terbesar dan gaji yang terkecil. Serta juga dibatasi jumlah terkecil yang dapat diterima. Upah minimum itu harus tersimpul dalam: cukup makanan, cukup pakaian, tempat tinggal, perubatan dan pendidikan yang tidak dipungut bayaran. Adanya jaminan sosial untuk menghadapi penyakit, masa tua, masa tidak dapat bekerja, dan masa menganggur. Kalau zakat tidak cukup untuk jaminan ini, maka negara mengambil kelebihan harta orang-orang kaya dan diberikan kepada orang- orang yang miskin. Mereka menuntut agar buruh-buruh pertanian juga boleh mengadakan syarikat buruh dan kepada mereka diperlakukan undang- undang persyarikatan perburuhan, dan boleh mengadakan syarikat buruh.
Parti-parti lain tidak dapat menggerakkan bibirnya mengenai hal ini. Kenapa? Kerana bahkan parti yang menamakan dirinya parti majoriti, maka anggota-anggota parlimen, baik majlis rendah mahupun majlis tinggi, dan parti inilah yang merasa hidung mereka bengkak, kalau-kalau para buruh pertanian itu diperlakukan sebagai buruh biasa, supaya buruh itu tetap menjadi budak untuk diperas oleh tuan-tuannya, supaya budak-budak ini jangan menjadi manusia sesungguhnya yang mempunyai harkat dan martabat sebagai manusia.
Dan menjadi jelaslah keagungan program Ikhwanul Muslimin, di depan kekerdilan parti-parti lain, kalau kita telah melampaui bidang perekonomian dan bidang kemasyarakatan kepada bidang kemanusiaan. Para da’i Islam tidak pernah lupa untuk mengangkat tingkat moraliti bangsa, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan di segala bidang. Sebabnya adalah kerana da’wah mereka itu lebih luas dan lebih mencakup, daripada reformasi ekonomi dan sosial yang hanya berdasarkan pertimbangan keringat nenek moyang mereka, tetapi mereka rampas dari tangan rakyat Mesir, mereka kuasai dengan cara-cara yang tidak dapat dibenarkan hukum atau undang- undang. Badan-badan pemerintah dan para ilmuan telah mengubah manusia menjadi budak-budak. Para petani tidak mempunyai kesempatan lagi untuk mempunyai hak milik. Kerana itu para juru da’wah berteriak menyuarakan pembatasan hak milik peribadi. Mereka merasa tidak cukup hanya dengan pembatasan ini tetapi juga menjelaskan bentuk hubungan antara pemilik dan penyewa. Mereka berpendapat bahawa sistem bagi hasil (muzara’ah) sajalah yang dapat mewujudkan keadilan dan sesuai dengan prinsip-prinsip dan hukum-hukum Islam. Sewa dengan wang atau dengan barang sudah lama merupakan ketidakadilan bagi yang menyewa, menjadikan pundak mereka penuh dibebani hutang.
Inilah yang diucapkan oleh parti Allah. Apa yang diucapkan orang- orang lain? Mereka bisu tentang hak milik peribadi, kerana mereka sendiri
yang terkena olehnya. Mereka sendirilah yang menghisap darah rakyat, kerana mereka sendirilah para tuan tanah, yang telah menyebabkan Mesir menderita, dan Mesir ingin untuk menyingkirkan mereka agar beban yang menghimpit dadanya dapat hilang. Mereka telah terlalu lama bercokol di sana, sehingga nafas Mesir telah sesak.
Para da’i Islam, setelah semuanya itu menuntut agar diadakan pembatasan pendapatan. Dan memperkecil jarak antara pendapatan yang terbesar dan pendapatan yang terkecil. Antara upah yang terbesar dan upah yang terkecil. Antara gaji yang terbesar dan gaji yang terkecil. Serta juga dibatasi jumlah terkecil yang dapat diterima. Upah minimum itu harus tersimpul dalam: cukup makanan, cukup pakaian, tempat tinggal, perubatan dan pendidikan yang tidak dipungut bayaran. Adanya jaminan sosial untuk menghadapi penyakit, masa tua, masa tidak dapat bekerja, dan masa menganggur. Kalau zakat tidak cukup untuk jaminan ini, maka negara mengambil kelebihan harta orang-orang kaya dan diberikan kepada orang- orang yang miskin. Mereka menuntut agar buruh-buruh pertanian juga boleh mengadakan syarikat buruh dan kepada mereka diperlakukan undang- undang persyarikatan perburuhan, dan boleh mengadakan syarikat buruh.
Parti-parti lain tidak dapat menggerakkan bibirnya mengenai hal ini. Kenapa? Kerana bahkan parti yang menamakan dirinya parti majoriti, maka anggota-anggota parlimen, baik majlis rendah mahupun majlis tinggi, dan parti inilah yang merasa hidung mereka bengkak, kalau-kalau para buruh pertanian itu diperlakukan sebagai buruh biasa, supaya buruh itu tetap menjadi budak untuk diperas oleh tuan-tuannya, supaya budak-budak ini jangan menjadi manusia sesungguhnya yang mempunyai harkat dan martabat sebagai manusia.
Dan menjadi jelaslah keagungan program Ikhwanul Muslimin, di depan kekerdilan parti-parti lain, kalau kita telah melampaui bidang perekonomian dan bidang kemasyarakatan kepada bidang kemanusiaan. Para da’i Islam tidak pernah lupa untuk mengangkat tingkat moraliti bangsa, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan di segala bidang. Sebabnya adalah kerana da’wah mereka itu lebih luas dan lebih mencakup, daripada reformasi ekonomi dan sosial yang hanya berdasarkan pertimbangan ekonomi saja. Mereka lebih maju, dan lebih jauh jangkauannya dalam bidang reformasi sosial. Tetapi walaupun demikian mempunyai dada yang lebih lapang, mempunyai kesedaran yang lebih mencakup, mencakup segala segi manusia. Mereka mengambil ilham dari al-Qur’an yang mengatakan:
َ
ﻡَﺩﺁﻲِﻨَﺑﺎَﻨﻣْﱠﺮﹶﻛْﺪﹶﻘﹶﻟَﻭ
“Sesungguhnya telah kami muliakan anak cucu Adam”
(Al-Isra’: 70) Kemuliaan ini tidak akan dapat disempurnakan selain dengan mewujudkan kemanusiaan dalam segala bidang, dan agar budi pekertinya dan dambaannya, lebih tinggi daripada binatang. Kerana itulah mereka
melawan kejahatan, kebinasaan dan kekejian dalam semua tempat persembunyiannya. Mereka menuntut pembersihan, bukan saja di bidang politik, bukan saja di bidang konstitusi dan bukan hanya di bidang ekonomi. Mereka juga menuntut pembersihan yang sempurna dan menyeluruh, dalam jiwa manusia dan dalam hati nurani manusia.
Lalu, banyak orang yang datang kepada saya, di waktu terjadinya kampanye pembersihan yang dilakukan dunia persuratkhabaran tahun yang lalu, pada waktu mereka melihat saya menulis dalam majalah Da’wah, majalah Ikhwanul Muslimin, dan dalam majalah Sosialis, majalah orang- orang sosialis, dan dalam Liwa’ al-Jihad, organ orang-orang nasionalis.
Saya berkata kepada semua orang itu: Saya melakukan perjuangan dalam semua media massa itu di bawah satu bendera, iaitu bendera Islam.
Islam berjuang di bidang keadilan sosial di mana orang-orang sosialis berjuang. Di bidang keadilan nasional dan politik, di mana orang-orang nasionalis berjuang, dan di bidang keadilan kemanusiaan di mana orang- orang Ikhwan berjuang. Majalah dan surat khabar itu bagi saya hanyalah alat untuk berjuang. Kalau ada yang lain yang juga berjuang tentulah saya akan ikut serta sekuat tenaga saya.
Di bawah bendera yang besar inilah, saya ingin memainkan peranan saya yang tidak seberapa, saya lakukan dengan satu perasaan, dinaungi oleh satu bendera, iaitu bendera perjuangan untuk keadilan. Bidangnya mungkin bermacam-macam, caranya mungkin berbeza-beza. Tetapi jiwa saya berada di bawah sebuah naungan, iaitu naungan Islam yang dapat mengemban semua gerakan pembebasan, dan dapat memberikan berkatnya kepada setiap medan perjuangan, dan mencakup setiap seruan yang menyeru kepada diangkatnya kehormatan dan kemuliaan manusia. Islam menambahkan kepada segala seruan lain : perspektif yang lebih luas, tujuan yang lebih terarah dan keimanan yang lebih hangat.
Sekarang ini, kebenaran kata-kata ini telah dibuktikan oleh sejarah. Semua orang telah melihat bagaimana Islam mengemban semua tujuan ini. Ia menuntut agar tanah air dibebaskan dari para diktator dan orang-orang yang tangannya berlumuran kesalahan para penjilat dan kaum oportunis, para pencoleng dan kaum penjajah. Orang melihat bagaimana Islam menuntut keadilan sosial, kebebasan yang sesungguhnya untuk seluruh warganegara. Kemudian orang melihat bagaimana Islam menuntut kemuliaan manusia di bidang moral, dalam waktu yang sama.
Da’wah Islam adalah da’wah masa depan. Kalau kiranya Tuhan memberikan petunjuk yang benar kepada parti-parti, kalau parti itu membersihkan dirinya sedikit, dan kalau ia membukakan matanya kepada cahaya, tentulah semuanya akan kembali kepada da’wah itu, tentulah semuanya akan menggabungkan diri ke bawah bendera Allah.