Seruan Ikhwan adalah suatu seruan yang sederhana dan jelas. Tidak berbelit-belit dan tidak kabur. Walaupun demikian kita dapat amat sedikit orang yang memahaminya secara benar, di luar kalangan Ikhwan itu sendiri.
Seruan Ikhwan adalah seruan Islam. Seruan untuk mendirikan suatu masyarakat yang berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
Apakah prinsip-prinsip Islam itu?
Islam adalah suatu aqidah. Dan aqidah itu timbul syari’ah. Di atas syari’ah ini berdiri sistem. Tetapi di tanah air Islam itu banyak hidup golongan minoriti yang tidak percaya kepada Islam. Mereka mempunyai aqidah-aqidah lain. Bagaimanakah sikap golongan-golongan minoriti ini terhadap pelaksanaan sistem Islam?
Sistem Islam itu sendiri menjawab pertanyaan ini dengan sederhana sahaja.
Sistem Islam, ini menjamin bagi golongan-golongan minoriti kebebasan penuh dalam soal kepercayaan. Ia tidak akan ikut campur dalam aqidahnya, juga tidak dalam ibadahnya, juga tidak dalam hukum keluarga dan personal statusnya, kawin dan hukum warisannya. Bagi tiap-tiap golongan semuanya akan berjalan sesuai dengan aqidah masing-masing. Negara tidak akan ikut campur dalam urusan ini, kecuali dalam batas-batas menjaga kepentingan-kepentingan semua aqidah. Keadaannya dalam hal ini persis sama dengan aqidah Islamiyah itu sendiri.
Tetapi perundang-undangan yang mengatur masyarakat, dan yang mengatur hubungan-hubungan lain di dalamnya, selain dari hubungan perkawinan dan warisan itu, maka dalam hal ini Islam mewajibkan agar hubungan-hubungan itu diatur menurut syari’at Islam. Keadaan syari’at Islam dalam hubungannya dengan golongan minoriti, sama dengan keadaan perundangan lain yang mengatur masyarakat. Hukum itu ada yang hukum pidana, perdata, perdagangan dan internasional, berdasarkan kaedah-kaedah moral yang disukai oleh semua agama. Dipandang dari satu segi, syari’at Islam lebih dekat kepada jiwa agama Kristian atau jiwa agama Yahudi dan pada kepada hukum Perancis yang menjadi hukum kita sekarang ini. Hukum
Perancis itu adalah berdasarkan perundangan Romawi yang paganis materialistik, lebih daripada berdasarkan jiwa agama Kristian.
Jadi apakah kerugian golongan minoriti, jika sekiranya hukum pidana, perdata, perdagangan dan internasional diambil daripada syari’at Islam, selama kebebasan kepercayaan, kebebasan beribadat dan kebebasan hukum keluarga dijamin dalam sistem Islam, kerana jaminan ini merupakan komponen pokok dalam sistem ini? Selama prinsip-prinsip syari’at Islam mengandüng dasar-dasar pokok dan perundangan moden, di mana para ahli hukum moden itu sendiri mengaku bahawa syari’at Islam itu lebih tinggi dan perundangan perdata yang diambil dari hukum Romawi.
Apakah bezanya bagi seorang Kristian misalnya, kalau negara mengambil perundangannya dari syari’at Islam atau dari perundangan Perancis? Perundangan Perancis tidak memberikan jaminan-jaminan yang diberikan syari’at Islam. Hukum Perancis tidak memberikan hak-hak kepadanya dalam negara lebih besar dan apa yang diberikan hukum Islam. Syariat Islam tidak akan pernah menyentuh perasaan keagamaannya, tidak akan menyinggung ibadat-ibadat pribadinya, tidak menghalangi hukum keluarganya, malah akan memberikan jaminan kepada segalanya dan menjaganya secara sempurna dengan penjagaan yang tidak dapat ditandingi.
Malah juga dalam hukum pidana, perdata dan perniagaan, maka segala sesuatu yang berkenaan dengan kepercayaan agama, atau segala sesuatu yang berdasarkan kepercayaan agama, sistem Islam akan memperhitungkan segalanya itu, sehingga tidak sampai memaksa golongan minoriti untuk mengikuti suatu perundangan yang bertentangan dengan aqidah kepercayaan mereka.
Sebagai contoh dapat dikemukakan bahawa minuman keras adalah suatu minuman yang diharamkan untuk kaum Muslimin, sehingga kalau mereka meminumnya, mereka akan mendapat hukuman. Tetapi kalau terdapat dalam negara golongan-golongan minoriti yang kepercayaannya agama memperbolehkannya meminum minuman keras, maka hukum Islam tidak akan menghukum orang-orang yang minum minuman keras dan golongan minoriti itu.
Sebuah contoh lagi, Islam tidak memandang minuman keras dan bagi sebagai benda-benda yang bernilai. Kalau seorang Muslim mempunyai minuman keras atau daging babi, lalu dihilang atau dihancurkan oleh orang lain, maka orang yang menghancurkan atau menghilangkan itu tidak berkewajipan untuk menggantinya. Tetapi kalau kedua benda itu milik orang yang bukan Islam yang agamanya membolehkannya untuk memperdagangkan beñda-benda itu, maka orang yang menghilangkannya atau menghancurkannya, diwajibkan membayar ganti kerugian.
Demikian pula keadaannya zakat. Dalam Islam, zakat dianggap sebagai suatu bentuk pajak dan ibadat sekaligus. Kerana itu orang-orang yang tidak beragama Islam tidak diharuskan membayar zakat, jika mereka tidak mahu melakukannya, tetapi sebagai gantinya mereka membayar pajak
yang tidak mengandungi pengertian ibadat. Dengan demikian mereka tidak melakukan sesuatu yang menurut pandangan Islam adalah suatu tindakan ibadat. Dalam waktu yang sama mereka juga berkewajipan untuk ikut serta dalam jaminan sosial bangsa, kerana mereka juga ikut menikmati jaminan sosial itu, yang menjadi sebab dan diwajibkannya zakat, dan mereka juga ikut menikmati jaminan-jaminan kemasyarakatan dengan perantaraan jaminan sosial itu.
Dengan demikian kita dapati bahawa sistem Islam itu memperhatikan perasaan-perasaan yang terhalus yang dipunyai oleh pemeluk-pemeluk agama lain, bukan sahaja dalam hal-hal yang berkenaan dengan hukum keluarga, tetapi juga tentang apa yang termasuk dalam hukum bidang pidana, perdata dan hukum dagang. Sistem Islam itu adalah suatu puncak yang belum pernah dicapai oleh perundangan bumi manapun dan perundangan moden sekarang ini.
Memang kita dapati bahawa di sekeliling sistem Islam itu terdapat kabut-kabut yang menyesatkan. Umpamanya yang berkenaan dengan hukum pencuri, di mana tangan si pencuri itu dipotong, maka dalam hal ini telah banyak dikarang gambaran-gambaran yang salah dan menyesatkan yang amat menghairankan kita.
Banyak orang yang membayangkan bahawa kalau syari’at Islam itu dilaksanakan maka akan terdapat puluhan ribu orang-orang yang tangannya telah dipotong kerana telah melakukan pencurian. Ini adalah suatu dongeng yang anih.
Islam akan memotong tangan pencuri kalau semua anggota masyarakat telah diberi jaminan yang cukup untuk keperluan hidupnya yang bersifat material. Mereka telah mendapatkan jaminan yang cukup dalam hal makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan keperluan lain. Baru setelah ini, dan bukan sebelumnya, tangan para pencuri dipotong. Dalam keadaan demikian orang-orang mencuri bukan kerana keperluan dan bukan kerana terpaksa. Kalau masih terdapat keraguan tentang motivasi pencurian ini, maka pelaksanaan hukum harus ditangguhkan. Dalam keadaan itu, hukuman yang dijatuhkan bukan potong tangan, tetapi hukuman-hukuman bentuk lain, seperti umpamanya dimasukkan ke dalam penjara.
Maka apakah kerugian yang akan diderita orang Islam, atau orang yang bukán Islam, dalam melaksanakan suatu sistem seperti ini? Kekuatiran apakah yang mungkin timbul dalam hati nurani manusia? Suatu syari’at yang seperti ini bentuknya hanya akan menimbulkan perundangan yang mengukuhkan kehidupan.
Ikhwan Muslimin menyeru kepada suatu keadaan di mana manusia dilatih untuk hidup dengan moraliti yang tinggi, sehingga mereka dapat melaksanakan perundangan dengan ikhlas. Mereka memperhatikan Kebesaran Tuhan baik di depan orang lain mahupun dalam keadaan sendirian. Dan dengan amal perbuatan yang mereka lakukan, mereka mengikuti tujuan yang tinggi di atas dunia ini. Kerugian apakah yang
mungkin ditimbulkan seruan ini terhadap golongan minoriti? Padahal agama yang mereka peluk juga melakukan seruan sebagaimana yang dilakukan Islam sendiri. Agama-agama itu bersama-sama dengan Islam mendidik jiwa manusia dan mengangkatnya ke suatu tingkat yang pantas untuk suatu alam yang timbul dari Allah.
Ikhwan menyeru agar tanah air Islam ini semuanya dibersihkan dari penjajahan. Pertama-tama setiap daerah diberi kewajipán untuk membersihkan daerahnya, dan agar mereka bekerjasama dengan orang-orang lain. Kerugian apakah yang akan ditimbulkan seruan ini terhadap orang- orang yang menghimbau kepada nasionalisme, padahal Islam merealisasikan tujuan-tujuan nasional itu, dan malah jauh lebih banyak lagi dan itu? Kerugian apakah yang ditimbulkan Islam terhadap golongan minoriti atau golongan yang bukañ minoriti dipandang dari segi nasionalisme atau bukan nasionalisme, kalau Islam berjuang untuk membebaskan semua orang dari segala bentuk penjajahan ?
Yang lebih menghairankan lagi adalah bahawa banyak orang yang berfikir bahawa kalau dakwah Islam itu berhasil maka mereka akan menuntut untuk didirikan suatu pemerintahan agama, di mana syeikh-syeikh yang berserban itu akan memerintah dalam segala masalah kehidupan. Ikhwan Muslimin tidak pernah mengemukakan pendapat seperti ini. Apa yang mereka tuntut adalah pemerintahan Islam, ertinya melaksanakan syari’at Islam. Syari’at Islam itu tidak menghendaki sorban dan syekh, kerana Islam tidak mengakui adanya suatu badan keagamaan tertentu yang mengendalikan kekuasaan. Apabila syari’at Islam telah dilaksanakan, maka hukum Islami itu telah berwujud.
Badan yang diadakan Ikhwan itu sendiri menolak pemikiran adanya suatu pemerintahan yang diläkukan oleh para pemuka agama, dalam bentuk yang sering difikirkan sebahagian orang. Badan itu terdiri dari bermacam- macam jenis manusia dan berbagai-bagai tingkat, dan segala macam tingkat pendidikan. Mereka itu bukan suatu badan agama sebagaimana yang difahami orang sekarang ini baik di Eropah mahupun di tempat-tempat lain. Pendapat yang mengatakan bahawa pemerintahan Islami itu bererti pemerintahan orang-orang agama, tidaklah hanya suatu usaha untuk menyesatkan dan mengaburkan masalah, yang sebenarnya tidak mempunyai dasar fakta apapun.
Seruan Ikhwan adalah seruan yang sederhana dan jelas terang, tidak ada kemusykilannya dan tidak ada kekaburannya. Tetapi ketidak-tahuan orang akan hakikat Islam, itulah yang telah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang mempunyai maksud-maksud tertentu dan orang-orang yang fanatik, untuk menyebarluaskan pendapat-pendapat yang salah itu.
Dan terdapat pula orang-orang yang mahu membenarkan pendapat- pendapat yang salah itu, kerana kebodohan yang masih tersebar luas di kalangan kaum Muslimin sendiri di negeri ini.
Seruan yang dilakukan Ikhwan adalah seruan yang tidak mempunyai rasa kefanatikan. Orang-orang yang menentang seruan itulah orang-orang yang fanatik. Atau mereka itu orang-orang bodoh yang tidak tahu apa yang mereka ucapkan.