• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAEDAH MANDATOR

Dalam dokumen Modul GMGM 2023 Pengurusan Sumber Manusi (Halaman 113-117)

DI SEKTOR AWAM

5. Pengasingan perkhidmatan badan berkanun tertentu

6.8 FAEDAH MANDATOR

Sepertimana yang diperkatakan di awal pengenalan tentang pakej pampasan, upah adalah satu komponen sementara faedah adalah

komponen yang lainnya (dalam sistem compensation). Perbincangan

tentang upah telah pun dibuat secara umum dalam seksyen sebelum ini, dan sekarang tumpuan perbincangan adalah pada komponen faedah. Rasional diperkenalkan faedah adalah untuk menarik perhatian pekerja yang berpotensi, cuba mengekalkan pekerja yang sedia ada, dan tentunya

meningkatkan produktiviti pekerja (Maimunah 2000). Sepertimana yangdijerlaskan di awal pengenalan tentang dua bentuk faedah berkanuan atau bukan berkanuan, perbincangan seterusnya akan menjurus kepada peruntukan perundangan negara yang mewajibkan penawaran pakej faedah kepada pekerja serta bentuk-bentuk faedah yang tidak dimestikan undang-undang. Undang-undang yang akan diperbincangkan ialah Akta Pekerjaan, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dan Akta Keselamatan Sosial.

a. Akta Pekerjaan

Akta Kerja 1955 (terdapat pindaan yang dibuat pada tahun 2000 - Akta Kerja (Pindaan) 2000) mensyaratkan majikan supaya menyediakan pakej faedah yang tertentu kepada pekerja. Beberapa kumpulan pekerja dikecualikan dari menerima pakej faedah ini (mereka yang menerima gaji lebih dari RM1,250). Walau bagaimanapun majikan kebanyakannya akan memanjangkan pakej faedah ini kepada semua pekerja tanpa mengambil kira ketetapan tersebut. Syarat pemberian faedah yang ditetapkan perundangan ini kadangkala hanya menjadi asas kepada sesetengah majikan apaila mereka mengambil keputusan untuk menaikkan lagi had faedah yang ditetapkan demi untuk memotivasikan pekerja mereka. Organisasi yang mempunyai kesatuan sekerja juga boleh meningkatkan had pemberian pakej faedah apabila berlakunya proses runding cara antara kesatuan dengan majikan. Contohnya faedah yang boleh dinikmati oleh para pekerja di bawah akta ini ialah cuti bersalin kepada pekerja wanita selama enam puluh hari bagi jumlah lima orang anak. Akta ini juga menyediakan cuti berbayar bagi cuti awam, cuti tahunan, dan cuti sakit. Selain daripada itu akta ini juga telah mewartakan 10 hari cuti am yang berbayar dalam setahun. Empat hari dari keseluruhan sepuluh cuti tersebut adalah hari Kebangsaan, hari keputeraan DYMM Yang di- Pertuan Agong, hari keputeraan DYMM Sultan, dan hari Buruh. Enam hari yang lainnya haruslah dipersetujui bersama oleh majikan dan pekerjanya.

b. Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Akta ini diwujudkan sebagai bantuan para pekerja menabung secukupnya demi untuk menyara kehidupan selepas persaraan. Caruman kepada KWSP dilakukan oleh kedua-dua pihak pekerja dan majikannya. Pekerja akan mencarum sebanyak 10 peratus, dan majikan akan menyumbangkan caruman sebanyak 12 peratus (kini ketetapan terbaru memerlukan hanya 9 peratus caruman dari pekerja dan 11 peratus caruman majikan). Dari tabungan ini pekerja boleh mengeluarkan sejumlah wang yang dibenarkan untuk tujuan membeli rumah, kini peruntukan membeli komputer dan juga untuk tujuan pembayaran perubatan. Tabungan yang selebihnya boleh dikeluarkan apabila bersara nanti.

c. Akta Keselamatan Sosial

Akta keselamatan Sosial Pekerja 1969 diwujudkan sebagai satu jaminan terhadap insiden kemalangan semasa kerja, penyakit berpanjangan, atau pun lumpuh, yang dialami pekerja (Maimunah, 2000). Sepertimana KWSP, caruman di bawah akta ini adalah dari kedua-dua pihak majikan dan pekerja dalam nisbah 1.25% : 0.5%. Caruman ini dipertanggungjawabkan kepada sebuah badan iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Majikan adalah wajib mendaftar dengan PERKESO dan juga wajib mendaftarkan pekerjanya. Dengan pendaftaran ini maka pekerja akan kehilangan haknya menyaman majikan untuk mendapat pampasan kerugian sekiranya kemalangan yang ada kaitan dengan kerja berlaku.

Selain dari faedah yang diwajibkan kepada pekerja, ada juga bentuk- bentuk faedah yang tidak diwajibkan (juga dikenali dengan faedah bukan berkanun). Faedah dalam bentuk bukan berkanun ini tidak dimestikan perlaksanaannya ke atas majikan. Tujuan diberikan faedah dalam bentuk ini adalah berdasarkan objektif serta matlamat yang ditetapkan organisasi (secara umumnya bertujuan untuk menarik minat pekerja serta mengikatkan pemberian faedah dengan pulangan produktiviti). Contohnya adalah seperti insurans nyawa serta insurans kemalangan secara berkelompok boleh disediakan oleh majikan kepada para pekerjanya. Begitu juga dengan insurans kesihatan. Jenis insurans yang berbeza ini boleh disediakanoleh majikan dengan syarat pekerja akan turut memberi sumbangan premium dalam jumlah yang telah ditetapkan dengan persetujuan bersama. Bayaran bagi masa lepasan yang tertentu seperti hari berkahwin serta belajar adalah contoh lain bagi faedah dalam pakej bukan berkanun ini. Ada juga majikan yang menyediakan perutukan pinjaman komputer kepada pekerjanya dengan kadar faedah yang agak rendah dari apa yang ditawarkan oleh bank komersil. Bagi organisasi yang mengeluarkan produk atau menawarkan perkhidmatan tertentu, para pekerjanya mungkin akan mendapat diskaun sekiranya mereka berkehendakkan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan organisasi di mana mereka bekerja. Sesetengah organisasi ada memperuntukkan tabung dana pinjaman pelajaran untuk kakitangannya atau pun tanggungan mereka. Dana bersara khas selain dari caruman yang dibuat kepada KWSP juga ada dilaksanakan oleh sesetengah organisasi demi untuk memastikan bahawa tabungan itu akan menjadi tabungan sampingan kepada KWSP. Organisasi juga ada yang mewujudkan projek perumahan kepada kakitangannya. Jika dilihat kepada organisasi kilang, mereka menyewa flat ataupun rumah untuk tujuan penginapan pekerja mereka. Ada pula yang memberikan faedah keahlian pelbagai jenis kelab kepada kakitangannya. Pendek kata senarai bentuk faedah bukan berkanun ini adalah hampir-hampir infiniti. Ianya

secara umum, bergantung kepada kemampuan serta matlamat organisasi dalam mewujudkannya.

6.9 RUMUSAN

Program atau pakej pampasan secara umumnya perlulah mempunyai satu sistem perancangan dan pentadbiran yang sistematik untuk meningkatkan keberkesan penawarannya. Pakej pampasan inilah secara umumnya akan menjadi faktor penting bagi para pekerja dalam menentukan sama ada mereka akan menerima tawaran kerja, terus kekal, dan bermotivasi dalam meningkatkan produktiviti dengan organisasi tertentu. Pakej ini juga haruslah komprehensif atau cukup untuk memenuhi keperluan mereka dari segi fizikal mahupun sosial.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah yang dimaksudkan dengan elemen fleksibiliti dalam SSB?

2. Senaraikan secara umum, kriteria sistem saraan sektor awam

terdahulu (JKK 1976).

3. Jelaskan ‘komponen berubah’ sebagai salah satu komponen

dalam SSB.

4. Jelaskan tentang ‘keperluan kerja yang khusus’ sebagai syarat

kepada bayaran kerja untuk prestasi dan berikan contoh yang betepatan dengannya.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan tertunda sebagai

salah satu dari dimensi compensation dan nyatakan contoh yang

bertepatan dengannya.

6. Bincangkan bagaimana faktor kepentingan kerja kepada

organisasi dapat memberi kesan kepada kadar pampasan.

7. Apakah aktiviti pertama yang harus dilakukan oleh pentadbir

organisasi dalam usaha mewujudkan sistem pampasan yang komprehensif dan berkesan

8. Apakah yang dimaksudkan dengan kadar flat rate dan dalam organisasi bagaimanakah ia sering digunakan ?

9. Bezakan antara wage dan salary.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

Dalam dokumen Modul GMGM 2023 Pengurusan Sumber Manusi (Halaman 113-117)