• Tidak ada hasil yang ditemukan

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS SDT 6

Dalam dokumen Modul GMGM 2023 Pengurusan Sumber Manusi (Halaman 117-120)

1. Pembayaran in-kind adalah satu bentuk bayaran dalam sistem

compensation yang berbentuk bukan kewangan. Ia adalah lebih kepada penawaran khidmat atau barangan sebagai ganti kepada wang. Jumlah barangan atau perkhidmatan (selaku gantian

pembayaran in-kind) perlulah menepati jumlah tertentu dari

keseluruhan nilai kewangan ataupun gaji pekerja tersebut.

2. Pembayaran in-kind selalunya selalunya dilakukan oleh majikan

sekiranya pekerja telah mendapat bentuk perkhidmatan dan barangan (yang sama dengan apa yang ditawarkan oleh majikan) yang diperlukannya dari satu sumber yang lain.

3. Sistem compensation adalah satu sistem pembayaran kewangan

sama ada ianya adalah secara langsung, seperti pambayaran upah dalam bentuk wang, atau pun tidak langsung, seperti faedah sampingan yang diberikan kepada pekerja sebagai pampasan

kepada usaha kerja mereka. Sistem noncompensation pula adalah

merujuk kepada apa juga elemen yang tidak termaktub dalam

sistem compensation, dan secara khususnya ia merujuk kepada

semua komponen yang mempunyai kaitan dengan situasi kerja dan kesejahteraan fizikal, intelek, atau pun psikologi pekerja. Contohnya adalah seperti persekitaran kerja yang memberansangkan, atau pun kuasa autonomi yang diberikan kepada pekerja untuk menentukan sebahagian dari jalan kerjanya.

SDT 6.2

1. Bayaran untuk masa tidak bekerja adalah satu bentuk bayaran

kepada beberapa jenis pelepasan yang khusus dianugerahkan oleh majikan kepada pekerjanya. Dalam erti kata lain, ada ketikanya, masa yang sepatutnya diperuntukkan oleh pekerja untuk bekerja, dipenuhi dengan lain-lain aktiviti yang terpaksa dilakukan, atau pun disebabkan oleh faktor kesihatan yang tidak mengizinkan, pekerja tidak mampu melaksanakan kerjanya pada masa-masa tersebut. Pelepasan begini dirasakan perlu oleh majikan kerana ia

boleh membantu peningkatan keberkesanan serta kesinambungan produktiviti pekerja.contohnya adalah seperti cuti sakit, cuti maternal, cuti rehat, masa untuk keluar mengundi dan sebagainya.

2. Perks atau faedah istimewa ini adalah satu bentuk pemberian majikan kepada pekerja (seringkali pekerja yang terlibat adalah pekerja dari peringkat pengurusan atasan) sebagai menghargai sumbangannya kepada organisasi. Contohnya adalah seperti kereta syarikat, telefon bimbit syarikat, kad kredit dan sebagainya. Ada sesetengah komponen perks ini tidak akan dikecualikan cukai kepada penggunanya, dan ramai majikan yang mengambil kesempatan tersebut.

SDT 6.3

1. Kebanyakan majikan akan memberikan peluang kepada para

pekerja untuk membuat keputusan berkenaan dengan perkara- perkara yang relevan dengan tatacara serta perjalanan kerja mereka seperti bagaimana menetapkan masa bagi aktiviti kerja, memilih lokasi untuk tugasan tertentu, juga aspek lain seperti perkongsian kerja di kalangan sesama rakan sekerja.

2. Untuk mengurangkan kebosanan dan ketidakpuasan hati pekerja,

majikan seringkali melakukan aktiviti seperti penstrukturan kerja, peluang memilih kerja, autonomi untuk menetapkan bagaimana

cara kerja harus dilaksanakan, job rotation, dan sebagainya. Majikan

juga harus memastikan bahawa penyeliaan yang diberikan kepada pekerja haruslah pada aspek-aspek tertentu sahaja. Penyeliaaan haruslah bersifat mengajar, dan pekerja haruslah diberikan peluang untuk mengaplikasikan sendiri pembelajarannya.

3. Contoh kepimpinan dan pengurusan yang bersifta menyokong

adalah dengan adanya elemen kesediaan untuk memberi tunjuk ajar atau menyelia pekerja, berminat dengan prestasi yang dipamerkan pekerja, mampu memberikan kaunseling kepada pekerja, memberikan pengiktirafan serta penghargaan atas pencapaian dan produktiviti yang ditunjukkan pekerja, serta memberi maklum balas yang bersifat konstruktif dan membina.

4. Untuk meningkatkan kesihatan emosi dan pertumbuhan intelek

pekerja, satu usaha menyeluruh yang mencakupi elemen yang menyumbang kepada pertumbuhan keduanya harus dikenal pasti. Dari segi peningkatan kesihatan emosi, majikan haruslah memberi ruang kepada pekerja supaya mampu fleksibel dalam menjalankan kerjanya kerana pengkhususan kerja yang keterlaluan akan mewujudkan ketegangan di kalangan pekerja.

Majikan juga harus melihat kepada aspek mewujudkan prosedur kaunseling atau pun bentuk bantuan yang relevan dengan permasalahan pekerja. Dari segi peningkatan intelek, majikan harus peka dengan perubahan persekitaran yang memerlukan pekerja juga turut berubah. Contohnya seperti perkembangan teknologi yang memerlukan pekerja dilengkapi dengan ilmu terkini. Jika tidak dibuka peluang mereka mendalami ilmu teknologi yang diperlukan, akan timbullah masalah yang akan menghamparkan pencapaian mereka.

SDT 6.4

1. Kesatuan sekerja mampu mendatangkan kesan kepada proses

pemabayaran pampasan kerana mereka berupaya melakukan perundingan tentang kadar bayaran pampasan menerusi prosedur

collective bargaining. Menerusi prosedur ini akan berlaku rundingan di antara pihak majikan dan kesatuan sekerja, yang membolehkan kesatuan sekerja menyatakan permintaan mereka.

2. Job evaluation atau penilaian kerja adalah satu proses di mana semua jenis kerja dalam organisasi dibezakan, dibanding, serta disusun mengikut kategori yang berbeza. Pengelompokan kerja kepada kategori berbeza ini berkait dengan proses bayaranpampasan kerana ia menandakan bahawa perbezaan pampasan harus diberikan kepada setiap kategori yang berbeza.

SDT 6.5

1. Payment for time worked adalah bayaran yang diperuntukkan kepada masa yang digunakan untuk bekerja, tidak kiralah sama ada ia dikira berdasarkan jam, bulanan, atau pun tahunan. Penyelarasan bayaran jenis ini akan dilakukan pada satu tahap tertentu dalam

jangka masa setahun (contohnya ialah increment atau kenaikan bagi

pekerja setiap tahun). Bayaran bentuk ini seringkali dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Jika persekitaran ekonomi, contohnya, adalah memberansangkan, kemungkinan pekerja akan menikmati kenaikan atau bonus yang tinggi. Sekiranya tidak, pekerja mungkin tidak akan diberi bonus atau tingkat kenaikan adalah rendah.

2. Base pay adalah asas bagi variable pay dan jumlahnya ditentukan oleh kemampuan organisasi membayar dan juga ketetapan pasaran tentang tahap gaji yang dianggap kompetitif bagi kerja

tersebut. Indirect pay pula adalah bentuk bayaran tambahan

disebabkan oleh kejayaan mencapai ketetapan organisasi atau pun sebagai kos perkongsian keuntungan.

B A B 7

Dalam dokumen Modul GMGM 2023 Pengurusan Sumber Manusi (Halaman 117-120)