• Tidak ada hasil yang ditemukan

SOALAN DALAM TEKS 6

Dalam dokumen Modul GMGM 2023 Pengurusan Sumber Manusi (Halaman 90-95)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan bentuk

pembayaran in-kind?

2. Bilakah pembayaran in-kind biasanya dilakukan oleh

majikan?

3. Bezakan antara sistem compensation dan

noncompensation.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

6.2 KOMPONEN DAN DIMENSI SISTEM

COMPENSATION

Sistem compensation adalah terhasil dari alokasi, penukaran, serta

pemindahan sebahagian dari pendapatan organisasi kepada pekerjanya

dalam bentuk tuntutan kewangan (monetary claim) serta tuntutan in-kind

atas barangan dan perkhidmatan (Henderson 2000: 17). Daripada definisi ini jelas wujudnya dua komponen kewangan dan bukan kewangan sebagai elemen utama dalam pakej pampasan. Jika dilihat dari deskripsi

serta gambaran beberapa penulis tentang konsep faedah sampingan (fringe benefit), bolehlah kita rumuskan di sini bahawa pembayaran in-kind adalah merujuk kepada konsep faedah sampingan tersebut. Perbincangan

seterusnya akan menjurus kepada komponen serta dimensi compensation

berdasarkan Rajah 6.1.

Rajah 6.1 Dimensi Sistem Compensation

Sistem compensation Bayaran untuk kerja dan Prestasi Penerusan Pendapatan Ketidakupayaan Pendapatan Tertunda Perlindungan Kesihatan, Liabiliti, dan Kemalangan Bayaran untuk Masa Tidak Bekerja Penerusan Pendapatan Kehilangan Pekerjaan Penerusan Pendapatan Pasangan (Keluarga) Pembayaran yang Menepati / Bersamaan Pendapatan

Sumber: Henderson, R.I. (2000), ms. 18.

Jika dilihat kepada rajah tentang dimensi compensation, para pelajar harus

faham dan sedar bahawa dimensi ini tidak semestinya merangkumi lapan yang akan diperbincangkan sepertimana dalam rajah yang diketengahkan oleh Henderson. Pakar dalam bidang ini yang lainnya mungkin mengutarakan dimensi yang berbeza. Perbincangan bagi setiap dimensi akan menyatakan sekali apakah contoh komponen di bawahnya.

1. Bayaran untuk Kerja dan Prestasi

Bayaran dalam bentuk ini adalah bayaran yang dilakukan dalam jangka masa pendek (setiap minggu, bulanan, atau pun bonus tahunan). Bayaran ini memungkinkan para pekerja memenuhi keperluan mereka dengan membeli barangan atau pun perkhidmatan. Jumlah wang yang dibayar kepada pekerja adalah bergantung kepada keperluan kerja yang khusus. Contohnya produktiviti pekerja yang memenuhi ketetapan organisasi, inovasi yang membawa kepada produktiviti, atau pun ketaatan pekerja kepada organisasi. Komponen yang lazim dalam dimensi ini adalah

seperti gaji asas (base pay), gaji / bayaran untuk pencapaian profesional

(professional achievement pay), atau pun perbelanjaan perjalanan (travel expenses) seperti pembayaran balik makanan, tol, letak kereta dan sebagainya.

2. Penerusan Pendapatan Ketidakupayaan

Kadang kala pekerja akan telibat dalam kemalangan atau pun ditimpa penyakit yang membuatkan mereka beroleh ketidakupayaan. Disebabkan oleh ketidakupayaan ini pekerja tidak mampu meneruskan atau menyempurnakan tugasan mereka seperti biasa. Kehidupan mereka, walau bagaimanapun, perlu diteruskan dan mereka perlu terus menanggung bayaran bil dan juga saraaan kehidupan seharian. Contoh komponen di bawah dimensi ini adalah seperti pampasan pekerja ketika berlakunya kemalangan, plan perancangan ketidakupayaan yang diperuntukkan oleh organisasi, atau pun KWSP.

3. Pendapatan Tertunda

Pendapatan tertunda merujuk kepada penerusan pendapatan (penerusan pendapatan membawa maksud pendapatan terus dibayar – walau pun dalam jumlah yang berkurang dari apa yang lazim diperolehi sebelum persaraan) selepas persaraan. Kebanyakan pekerja akan bergantung kepada majikan untuk menyediakan atau mewajibkan satu perancangan penerusan pendapatan selepas mereka bersara. Selepas persaraan, sekiranya mereka tidak mendapat penerusan pendapatan, kehidupan mereka akan susah. Kebanyakan majikan seperti yang kita ketahui memang akan menganjurkan program atau plan sebegini. Contoh komponen yang boleh diletakkan di bawah dimensi ini ialah seperti KWSP, plan perancangan persaraan, plan perancangan penabungan, anuiti yang berasaskan insuran, anugerah yang diberikan untuk prestasi kerja jangka panjang yang dipamerkan pekerja, dan sebagainya.

4. Perlindungan Kesihatan, Liabiliti, dan Kemalangan

Sekiranya ditimpa penyakit, pekerja, walaupun tidak mampu meneruskan apa yang selalu dilakukannya ketika bekerja, masih perlu memikirkan tentang pembayaran bil serta keperluan kesihatan mereka. Oleh itu, kebanyakan majikan menyediakan pelbagai bentuk perancangan untuk menampung permasalahan kesihatan pekerja mereka. Pelan perancangan ini biasanya akan merangkumi aspek kemalangan tertentu dan juga merangkumi pelbagai bentuk liabiliti pekerja. Contohnya adalah seperti insuran perubatan, program pergigian pekerja, insuran hospital, insuran pembedahan, dan sebagainya. Pada masa sekarang, pihak insuran banyak menawarkan bentuk insuran kelompok yang boleh dibeli oleh majikan, maka komponen insuran perubatan kelompok (contohnya Sihat Malaysia), insuran kereta kelompok, dan sebagainya adalah juga relevan dengan dimensi ini.

5. Bayaran untuk Masa Tidak Bekerja

Jika diteliti, masa bekerja bagi para pekerja sememangnya kian berkurangan dengan adanya pelbagai bentuk pelepasan yang diberikan. Walau pun masa tersebut tidak diperuntukkan untuk bekerja, bayaran masih lagi dipanjangkan. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan majikan merasakan bahawa pelepasan sebegini (walaupun ia sebenarnya

meningkatkan kos buruh – labor cost) boleh menyumbang kepada

keberkesanan dan kesinambungan produktiviti pekerja. Komponen seperti cuti sakit, cuti maternal, masa rehat untuk makan tengahari, cuti personal/rehat, masa yang diperuntukkan untuk mengundi, dan sebagainya boleh diletakkan di bawah dimensi ini.

6. Penerusan Pendapatan Kehilangan Pekerjaan

Keselamatan kerja (job security) adalah satu perkara yang amat

dipentingkan oleh para pekerja. Mereka sebolehnya mahukan satu jaminan bahawa mereka akan kekal dengan pekerjaan sehinggalah menghampiri tempoh persaraan. Perkara jaminan keselamatan kerja ini amatlah subjektif kerana pekerja berkemungkinan berhadapan dengan pelbagai perkara yang tidak memungkinkan mereka meneruskan kerja seperti kemalangan atau pun ditimpa penyakit. Melihat kepada keadaan ekonomi semasa, kadang kala pekerja harus bersedia dengan permintaan penamatan kerja atau pun pemberhentian kerja sementara. Komponen seperti insuran pengangguran, faedah pengangguran, pampasan jangka masa pendek, serta kontrak kerja adalah bersesuaian di bawah dimensi ini.

7. Penerusan Pendapatan Pasangan (Keluarga)

Bagi para pekerja yang terpaksa menanggung keluarga semestinya akan memikirkan tentang permasalahan yang mungkin timbul sekiranya mereka tidak mampu lagi menampung keluarga mereka. Perkara sebegini mungkin terjadi sekiranya mereka mengalami ketidakupayaan, penyakit atau pun meninggal dunia. KWSP, sebahagian dari ciri insuran hayat yang disediakan majikan untuk pekerjanya, plan perancangan persaraan adalah antara komponen yang mampu menampung kehidupan serta tanggungan pekerja sekiranya mereka bermasalah.

8. Pembayaran yang Menepati/Bersamaan Pendapatan

Kebanyakan komponen ini adalah merujuk kepada faedah istimewa (perquisites atau pun perks) yang dibayar majikan untuk pekerjanya. Faedah istimewa ini mempunyai kebaikan dari segi pembayaran cukai kepada kedua-dua pekerja dan majikan. Ada kalanya komponen ini adalah bebas dari dikenakan cukai sama ada kepada pekerja atau majikan. Sebahagian

dari komponen ini walau bagaimanapun akan dikenakan cukai. Contoh faedah istimewa ini adalah seperti kereta syarikat, kad kredit syarikat, bayaran perbelanjaan mesyuarat profesional, khidmat jagaan anak-anak pekerja, perkhidmatan makanan subsidi, telefon bimbit syarikat dan sebagainya.

Begitulah perbincangan tentang aspek komponen dan dimensi

compensation. Para pelajar adalah diharapkan dapat memahami tentang

betapa kompleksnya proses penetapan sistem compensation. Adalah

dimaklumkan juga bahawa sesetengah contoh yang dinyatakan adalah gambaran prosedur yang diguna pakai di sesetengah negara barat dan tidak dalam konteks negara kita.

SOALAN DALAM TEKS 6.2

1. Bincangkan tentang ‘bayaran untuk masa tidak

bekerja’ dan nyatakan contoh yang bersesuaian dengannya.

2. Bincangkan tentang faedah istimewa (perks) dan

apakah sebab majikan seringkali menggunakannya?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

6.3 KOMPONEN DAN DIMENSI SISTEM

NONCOMPENSATION

Sistem noncompensation pula seperti mana yang dinyatakan di atas adalah

menjurus kepada apa juga aktiviti yang meninggalkan kesan atas kesejahteraan intelek, emosi, serta fizikal pekerja. Yang paling penting ialah komponennya haruslah tidak terangkum dalam komponen

compensation. Perbincangan dimensi serta komponen sistem ini akan

berlandaskan Rajah 6.2.

1. Peningkatan Martabat dan Kepuasan dari Kerja yang Dilakukan

Anugerah yang paling sedikit kosnya tetapi paling berharga mampu ditawarkan organisasi kepada pekerjanya ialah pengiktirafan bahawa pekerja tersebut merupakan penyumbang yang amat berharga dan berguna terhadap peningkatan organisasi. Pengiktirafan sebegini mampu

bangga pekerja dalam melakukan sumbangan. Pengiktirafan ini juga seolah-olah mengkhabarkan kepada para pekerja bahawa mereka memang layak menerimanya disebabkan oleh hasil usaha serta kerja keras mereka.

Rajah 6.2

Dimensi Sistem Nonsompensation

Dalam dokumen Modul GMGM 2023 Pengurusan Sumber Manusi (Halaman 90-95)