• Tidak ada hasil yang ditemukan

SOALAN DALAM TEKS 9

Dalam dokumen Modul GMGM 2023 Pengurusan Sumber Manusi (Halaman 153-157)

1. Nyatakan definisi etika.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan kod etika dalam

pekerjaan?

9.3 ORGANISASI DAN TINDAKAN DISIPLIN

Tindakan disiplin dan hukuman masih digunakan dalam organisasi sebagai alat untuk mengawal dan memantau tingkahlaku pekerja yang devian. Namun demikian, ramai yang masih menganggap penggunaan disiplin hanyalah bertujuan untuk menghukum salahlaku pekerja, pada hal ianya bukan sahaja dikhaskan untuk mereka yang melakukan kesalahan tetapi juga untuk semua orang dalam sesebuah organisasi. Sebaliknya, proses disiplin bertindak sebagai satu mekanisma untuk mengembalikan atau membaik pulih tingkah laku yang tersasar kepada yang tingkah laku yang stabil dan produktif untuk organisasi beroperasi secara efisien.

Belohrav (1985) dalam bukunya, The Art of Disciplining Your Employees

menyatakan kepentingan hubungan disiplin dalam organisasi sebagai: “ The link between individuals (and their needs) and the organization (and its needs) is employee discipline. In spite of its importance, employee discipline has received relatively little recognition as a part of a managerial repertoire. As a consequence, many managers have only a partial and incomplete knowledge of the disciplinary process.”

Organisasi amnya, dan jabatan personelia khususnya harus menyediakan langkah-langkah tindakan disiplin yang boleh diambil terhadap seseorang pekerja yang didapati melanggar peraturan atau polisi yang telah ditetapkan. Namun demikian, organisasi tidak boleh mengambil tindakan atau mengenakan hukuman yang bercanggah dengan undang-undang buruh dan akta-akta yang sedia ada atau pun yang tidak termaktub dalam kontrak pekerjaan.

Lazimnya, pekerja akan cenderung untuk menyalahi peraturan bila mereka tidak faham atau tidak memandang berat tentang sesuatu peraturan itu. Sekarang ini pelbagai masalah di tempat kerja sebahagiannya berpunca daripada individu itu sendiri dan sebahagian lagi pula adalah hasil daripada kepincangan organisasi untuk ‘berkomunikasi’ dengan para pekerja tentang apa yang diperlukan oleh organisasi terhadap pekerja. Ekoran daripada masalah ini pekerja akan berasa tidak mendapat kepuasan kerja yang sewajarnya, kurang motivasi untuk bekerja dan lain-lain masalah lagi.

Dengan ini, sebelum organisasi memilih untuk menggunakan tindakan disiplin terhadap pekerja, organisasi terlebih dahulu perlu memberitahu dan menekankan standard kerja yang diinginkan beserta prosedur-

prosedur kerja yang dibolehkan. Hanya bila kedua-dua pihak saling memahami keperluan tersebut barulah tindakan disiplin boleh dikenakan jika salah laku masih berterusan.

Kebanyakkan organisasi sekarang ini menggunakan konsep Disiplin

Progresif (Progressive Disciplines). Menurut Sylvia (1994):

Progressive disciplines systems prescribes that manager’s first try to correct the behavior of errant employees and apply sanctions only when it appears that the employee has not improved his or her performance.”

Dengan lebih ringkas, konsep disiplin progresif bermaksud sebarang tindakan atau hukuman yang hendak diambil oleh organisasi sewajarnya bermula dengan hukuman yang paling minima dahulu dan kemudiannya boleh diikuti dengan tahap yang lebih tinggi. Contohnya, jika majikan mendapati pekerjanya melakukan sesuatu kesalahan, dan kesalahan tersebut adalah yang pertama, majikan boleh memberikan teguran atau amaran secara lisan sebagai tindakan awal. Jika pekerja tersebut masih mengulangi kesalahan tersebut, sebagai tindakan susulan, majikan boleh mengeluarkan amaran secara bertulis pula. Jika pekerja tidak mengendahkan amaran-amaran yang telah diberikan, majikan mungkin akan meminta pekerja memberikan surat tunjuk sebab sebagai amaran terakhir. Langkah seterusnya mungkin boleh dikenakan denda, penalti, penangguhan kenaikan pangkat, sehinggalah tindakan lain yang lebih keras atau yang maksima adalah pemberhentian kerja.

9.4 PENDEKATAN-PENDEKATAN ALTERNATIF

Selain daripada pendekatan-pendekatan tradisional seperti pemakaian kod etika dan penggunaan sistem disiplin, organisasi juga boleh beralih pandangan kepada penggunaan pendekatan-pendekatan lain untuk

mendapatkan satu organisasi yang efisien dan produktif. Dick Grote

(1995) dalam bukunya, Discipline Without Punishment, berpendapat:

Yesterday’s punitive discipline system no longer fits the culture of today’s organizations.”

Beliau memandang tindakan disiplin sebagi sesuatu yang tidak relevan lagi dalam organisasi sekarang.

Menurutnya lagi, organisasi tidak perlu terlalu menumpukan perhatian kepada menangani masalah disiplin sebaliknya harus lebih komited terhadap nilai dan kualiti yang hendak dipupuk dalam organisasi tersebut. Dengan secara tidak langsung pendekatan ini akan mengurangkan

masalah disiplin di kalangan pekerja. Kaedah-kaedah dalam sistem disiplin tradisional terdapat banyak kelemahan katanya. Langkah disiplin progresif adalah baik, tetapi ianya perlu disasarkan kepada membetulkan kesalahan dan bukan sekadar menghukum pekerja. Sebaik-baiknya sesuatu tindakan disiplin itu akan dapat diukur hasilnya melalui prestasi kerja seseorang pekerja secara berkala.

Antara masalah-masalah utama dalam mengaplikasikan sesuatu tindakan hukuman adalah proses pelaksanaannya. Contohnya, majikan mungkin tidak dapat melakukan hukuman secara konsisten terhadap semua kesalahan dan semua pekerja yang telah melanggar peraturan. Sesetengah majikan mungkin juga keberatan untuk menghukum pekerjanya. Akibatnya, pekerja kurang yakin dengan sistem disiplin tersebut atau ianya tidak akan memberi kesan yang positif kepada kedua-dua pihak pekerja dan majikan.

Pendekatan-pendekatan lain yang boleh digunakan ialah kaedah

mencegah lebih baik daripada merawat (preventive measures). Organisasi

boleh menggunakan pendekatan kaunseling, mentor-mentee, coaching,

teamwork dan sebagainya untuk merangsang dan memotivasikan pekerja di mana secara tidak langsung ianya akan mengurangkan masalah- masalah yang akan membawa kepada tingkah laku devian (Grote, 1995). Sesetengah organisasi sekarang ini telah mempunyai kaunselor kerja yang tetap untuk memastikan pekerja ada ruang untuk menyuarakan masalah dan memperbaiki kelemahannya jika wujud keperluan tersebut.

SOALAN DALAM TEKS 9.2

1. Apakah konsep disiplin progresif.

2. Nyatakan dua contoh pendekatan alternatif kepada

tindakan disiplin.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.5 RUMUSAN

Kewujudan akta-akta dan undang-undang buruh adalah penting dan berperanan untuk memantau hubungan pekerja dan majikan di dalam sesebuah organisasi agar tidak berlaku sebarang penindasan atau penipuan antara kedua-dua pihak. Walau bagaimanapun, untuk jangka panjang, organisasi wajar memfokus kepada proses menerapkan nilai-

nilai dan budaya kerja yang positif di kalangan pekerja. Antaranya, dengan menekankan dan melatih penggunaan etika kerja dan profesionalisma dalam pekerjaan. Organisasi yang berjaya menjaga dan mengekalkan etika kerja yang baik akan mampu bertahan lama dan mempamerkan imej yang disegani.

Di samping, itu, sistem disiplin masih lagi diperlukan bersama-sama dengan penggunaan etika dan peraturan-peraturan dalam organisasi. Ini kerana organisasi tidak boleh lari daripada berhadapan dengan masalah- masalah pekerja yang kadang kala perlu ditangani dengan tindakan disiplin dan hukuman. Akan tetapi, dalam masa yang sama, organisasi mungkin boleh memikirkan pendekatan-pendekatan alternatif yang positif yang secara tidak langsung mempunyai kelebihan untuk mendorong pekerja ke arah memotivasikan diri dan mendapat kepuasan kerja. Dengan sendirinya, pendekatan ini dijangka mampu menghindari masalah salahlaku di tempat kerja, yang sekaligus akan memberi kesan kepada kejayaan organisasi.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan kepentingan menjaga etika kerja dan profesionalisma

dalam organisasi.

2. Bincangkan peranan disiplin di tempat kerja.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

Dalam dokumen Modul GMGM 2023 Pengurusan Sumber Manusi (Halaman 153-157)