• Tidak ada hasil yang ditemukan

IJAZAH SARJANA MUDA FILEM DAN TELEVISYEN DENGAN KEPUJIAN

Tahun SEMESTER I SEMESTER II

Kod Kursus Kod Kursus

1

KUR 4011 Kokurikulum I KUR 4021 Kokurikulum II

AWA 4172 Kesenian Tradisional AWA 4222 Sejarah dan Falsafah Seni AWA 4182 Bahasa Inggeris AWA 4232 Pengajian Islam/Moral AWA 4192 Bahasa Melayu Gunaan AWA 4242 Bengkel Teater Tradisional I

AFT 4013 Pengenalan Kepada Filem

dan TV AFT 4043 Penceritaan Sinematik

AFT 4023 Sinematografi AFT 4053 Rekaan Bunyi

AFT 4033 Pengurusan Produksi Filem AFT 4063 Rekaan Produksi AFT 4113 Sejarah Filem Dunia AFT 4073 Sinematografi Lanjutan

19 unit kredit 19 unit kredit

2

AWA 5172 Metodologi Penyelidikan AWA 5212 Hubungan Etnik AWA 5192 Pemikiran Kreatif dan

Kritis AWA 5232 Produksi Teater Tradisional AWA 5222 Bengkel Teater

Tradisional II AFT 5114 Penerbitan Filem Pendek AFT 5003 Asas Pengarahan AFT 5044 Penerbitan Kamera Berbilang AFT 5023 Asas Penerbitan Studio AFT 5063 Pewarnaan Visual

AFT 5033 Penyuntingan Visual AFT 5073 Kraf Pengarahan AFT 5113 Penerbitan Filem

Dokumentari AFT 5083 Projek Awal

18 unit kredit 21 unit kredit

3

AWA 6082 Undang-undang dan

Keusahawan Seni AFT 6059 Latihan Industri AWA 6092 Tamadun Islam dan

Tamadun Asia (TITAS) AFT 6003 Perniagaan Filem AFT 6013 Penulisan Ilmiah AFT 6043 Teknologi Kesan Khas AFT 6283 Analisis dan Apresiasi Filem AFT 6996 Penilaian Tahun Akhir

(PeTA)

22 unit kredit 9 unit kredit

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 28

FAKULTI 80

ELEKTIF 12

120

| 87

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1. AFT 4113

Sejarah Filem Dunia

Kursus ini mengkaji dan menggalur sejarah perkembangan perfileman antarabangsa dan tempatan. Pelajar akan didedahkan dengan filem-filem dari Eropah, Amerika dan Asia dan menganalisis konsep, penceritaan pengarah dan asal usul serta genre filem mengikut perkembangan sejarah dan politik sesuatu negara.

2. AFT 4013

Pengenalan Kepada Filem dan TV

Kursus ini memberi penekanan terhadap dunia Sebaran Am secara keseluruhan. Pelajar akan didedahkan dengan sejarah, latar belakang serta perkembangan dalam bidang penerbitan, khususnya dalam bidang perfileman dan TV. Ini akan memperkukuhkan ilmu pengetahuan pelajar dalam bidang tersebut, sebelum mereka mempertengahkan hasil karya kreatif mereka dan menyediakan para pelajar untuk penglibatan dalam industri seni tanahair.

3. AFT 4023 Sinematografi

Kursus ini memberi pengetahuan asas tentang prinsip dan komponen rekaan visual yang diguna pakai dalam sinematografi untuk tujuan penceritaan dan komunikasi visual. Pelajar akan didedahkan kepada penggunaan dan peranan kamera sebagai alat perakam sinematografi dari aspek teknikal dan kreatif. Tumpuan akan diberi kepada kefahaman tentang kesan dan peranan pencahayaan dalam pembentukan imej serta mengenal pasti akan elemen-elemen yang dijadikan isian sesuatu shot.

4. AFT 4033

Pengurusan Produksi Filem

Kursus ini memberi tumpuan terhadap latihan memupuk kemahiran pengurusan dan perniagaan dalam bidang produksi filem. Pelajar akan lebih memahami peranan dan tanggungjawab penerbit, penerbit eksekutif, line producer, pengurus produksi dan lain-lain. Di samping itu, pelajar juga akan diajar secara lebih tersusun bagaimana menyediakan perancangan dan bajet; proposal projek dan sebagainya. Aspek pengurusan kewangan dan perakaunan lebih diberi penekanan dalam kursus ini.

5. APN 4223

Pembangunan Idea

Melalui kursus ini pelajar terlebih dahulu didedahkan kepada aneka idea, sebelum idea-idea itu disaring bagi mendapatkan idea terbaik bagi karya kreatifnya (careka, drama dan lakon layar). Selepas itu pelajar didedahkan pula kepada teknik pembangunan idea. Gabungan idea yang baik dengan teknik yang sesuai akan dapat melahirkan karya yang bermutu dan berkesan.

TAHUN 1 SEMESTER II

1. AFT 4043

Penceritaan Sinematik

Kursus ini memberikan kefahaman kepada pelajar bagi menganalisis filem yang dihubungkaitkan dengan isu-isu sosial masyarakat.

Perbincangan dan penelitian tertumpu kepada filem-filem genre, realisme, neorealisme dan sosialrealisme filem-filem serta peranan dan kesannya kepada masyarakat. Kursus ini juga akan melihat bagaimana struktur naratif penceritaan mempengaruhi aspek narativiti filem.

Pendedahan kursus terhadap karya-karya hikayat, cerita-cerita jenaka dan novel sastera terkemuka tanah air akan menjadi dorongan penghasilan filem-filem bercorak Malaysia.

2. AFT 4053 Rekaan Bunyi

Pelajar akan diajar tentang proses seni rakaman rekaan bunyi yang meliputi tentang bunyi persekitaran, kesan khas bunyi, foley, dan bunyi eksperimental. Mereka juga akan didedahkan kepada pasca-produksi bunyi seperti aliran kerja, nilai estatik dan aplikasi yang diperlukan untuk membantu mereka mendapatkan kesan bunyi khas tertentu yang akan digunakan didalam skrin atau produksi multimedia.

| 88

3. AFT 4063

Rekaan Produksi

Kursus rekaan produksi ini menekankan asas pemahaman dan tanggungjawab bahagian seni (art department) dan implimentasi teknik-teknik dalam rekaan produksi. Kursus ini menekankan keseimbangan pembelajaran di antara konsep dan praktis serta peringkat asas membentuk dan melatih pelajar sebagai Pereka Produksi untuk filem-filem cereka dan animasi. Topik-topik pembelajaran merangkumi asas-asas rekaan produksi; penceritaan sinema; teori warna; lukisan untuk rekaan produksi; pemecahan skrip (script breakdown), rekaan di lokasi;

proses penyelidikan dan persembahan, pembentangan dan pengurusan bahagian seni.

4. AFT 4073

Sinematografi Lanjutan

Lanjutan daripada kursus AFT 4023 (Sinematografi) modul ini memberi penekanan kepada tatcahaya, kawalan imej serta gaya gerak kamera.

Pelajar akan didedahkan kepada gaya pencahayaan dan rekaan visual pelukis zaman renaissance yang telah diadaptasi oleh tokoh sinematografi dan mempelajari proses rakaman, kawalan dan teknik pembentukan serta ubahsuai imej. Kefahaman tentang fungsi dan kesan gaya gerak kamera yang sesuai untuk naratif akan membolehkan pelajar menghasilkan visual yang berkesan dan kreatif seperti yang dituntut oleh skrip.

TAHUN 2 SEMESTER I

1. AFT 5003

Asas Pengarahan

Kursus ini memberi penerangan tentang tugas dan tanggungjawab seorang Pengarah Filem, teknik pengarahan, genre dan gaya pengarahan yang pelbagai. Kursus ini juga turut mengasah daya pemikiran pelajar dalam mencari teknik dan kesesuaian mengutarakan visual sebagai medium untuk bercerita.

2. AFT 5113

Penerbitan Filem Dokumentari

Pelajar akan mempraktikkan penghasilan dokumentari antara 15-20 minit dalam bengkel penerbitan penuh. Para pelajar akan melalui proses Pra-Penerbitan, Penerbitan dan Pasca Penerbitan, yang merangkumi proses Pembangunan Idea, Penyelidikan, hingga siap sesebuah dokumentari tersebut. Projek berkumpulan ini akan menumpukan kepada jenis-jenis dokumentari expository, observational, reflexive, participatory dan sebagainya.

3. AFT 5023

Asas Penerbitan Studio

Pelajar akan didedahkan dengan penerbitan filem dan TV menggunakan studio. Pengenalan, penggunaan peralatan dan aliran kerja (workflow) dalam studio akan didedahkan sepenuhnya.

Pengendalian Kamera Berbilang (MCP) / CCU / switcher,peralatan / grid lampu, peralatan rakaman Video / Audio serta Bilik Kawalan Utama, adalah antara komponen utama dalam penggunaan studio yang perlu dipelajari dan dialami oleh semua pelajar. Karyawan dan pengamal industri akan dijemput dari masa ke semasa untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pengendalian dan penggunaan studio dalam pelbagai situasi.

4. AFT 5033

Penyuntingan Visual

Kursus ini memperkenalkan aspek penyuntingan visual dalam karya-karya filem/video/televisyen. Penekanan kursus terhadap sejarah, teori, bahasa, prinsip-prinsip, tujuan, peranan dan kaedah penyuntingan visual dalam menghasilkan sebuah cerita yang berkesan. Kursus ini akan melatih pelajar sebagai penyunting yang mempunyai segala skil bercerita (storyteller). Para pelajar akan didedah dan dilatih menggunakan peralatan penyuntingan visual digital non-linear.

| 89

5. APN 5273

Penulisan Lakon Layar

Lanjutan daripada kursus APN 4253 Teori Penulisan Filem dan Televisyen, tetapi tumpuan kepada filem cereka. Pada tahap ini pelajar akan dibimbing untuk mencetus dan melontarkan idea (pitching ideas), mengembangkan idea, cerita serta watak dan perwatakan (termasuk menyediakan biografi atau latar watak). Bedasarkan teori asas penulisan lakon layar yang telah dipelajari sebelum ini, pelajar akhirnya akan dilatih untuk menulis satu sinopsis dan treatment lengkap, sebelum menghasilkan beberapa scene lakon layar sebenar. Dari semasa ke semasa pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa

Pelajar akan didedahkan dengan penggunaan/ pengendalian Kamera Berbilang (MCP) dalam penerbitan TV dalam studio dan luar studio.

Kelas dijalankan secara bengkel/penerbitan penuh dan pendedahan dalam penerbitan berita, sukan, muzik, drama dan sebagainya akan diberikan pada pelajar. Pelajar akan dibawa melalui proses pra-penerbitan, penerbitan dan pasca penerbitan dalam penghasilan bahan-bahan tersebut yang merupakan hasil pembelajaran kursus ini.

2. AFT 5063

Pewarnaan Visual

Kursus ini menumpukan kepada kerja-kerja Pembetulan Warna (Colour Correction) dan juga Pengredan Warna (Colour Grading) terhadap bahan-bahan filem/HD yang telah dihasilkan oleh pelajar. Pelajar akan dibimbing untuk mengendalikan peralatan penggredan tersebut untuk menghasilkan ‘look’ dan kualiti yang dikehendaki setiap bahan/cerita yang dihasilkan. Proses berkaitan seperti processing, telecine, scanning, VFX dan sebagainya akan diterapkan bagi memastikan penghasilan warna yang bermutu.

3. AFT 5114

Penerbitan Filem Pendek

Kursus ini melatih pelajar untuk menghasilkan filem pendek/fiction, 8-10 minit dan kaedah pembelajaran mereka adalah dalam bentuk bengkel penerbitan penuh. Mereka akan dibimbing dari Pra-Penerbitan, Penerbitan dan Pasca Penerbitan, yang merangkumi penyediaan dan pembangunan idea/cerita hingga sesuatu filem pendek itu siap untuk ditayangkan. Segala pengetahuan dalam bidang Pengarahan, Sinematografi, Rakaman Bunyi, Rekaan Produksi, Penyuntingan Visual/Bunyi, Pengurusan dan sebagainya, akan dipratikkan dalam kursus ini.

4. AFT 5073

Kraf Pengarahan

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada persediaan seorang pengarah yang diibaratkan sebagai “penukang” untuk membentuk karya filem & video. Kursus ini meliputi pembelajaran mengenai asas-asas penceritaan visual; pengarahan kamera dari sudut mise-en-scene;

mengendalikan tugas-tugas pra-produksi; kesinambungan (continuity);

dan bagaimana mengarah karya berbentuk fiksyen dan bukan fiksyen.

5. AFT 5083 Projek Awal

Kursus ini merupakan satu peringkat persediaan sebelum melakukan Penilaian Tahun Akhir (PeTA). Setiap pelajar dikehendaki menyediakan skrip dan proposal secara individu atau berkumpulan kepada sebuah panel yang terdiri daripada pihak fakulti, pensyarah dan industri. Setiap pelajar akan diselia oleh seorang penyelia yang akan bertindak sebagai pembimbing dan penasihat pelajar dari peringkat praproduksi, produksi dan pasca produksi.

| 90