• Tidak ada hasil yang ditemukan

Lanjutan kepada Orkestra I, para pelajar orkestra akan meneruskan latihan solo, sectional, ensemble dan orchestration berpandukan kepelbagaian muzik dari genre dan repertoire yang lebih mencabar.

Koir II

Lanjutan kepada Koir I, para pelajar koir akan diajar untuk menghasilkan sebutan yang baik melalui sains fonetik, huruf-huruf vokal, konsonan dan diphtong.

TAHUN 2 SEMESTER I

1. AMZ 51013

Teori Muzik & Aplikasi III

Pra-syarat Lulus AMZ 41073 Teori Muzik & Aplikasi II

Menganalisa teknik dan metod yang digunakan di dalam beberapa karya terpilih abad ke-19 dan abad ke-20 (dari perspektif skala, kord, teknik ritma, tonaliti, set teori dan serialism) selain dari pengenalan kepada principles of modal and harmonic counterpoint.

2. AMZ 51033

Alat Muzik Major III

Pra-syarat Lulus AMZ 41063 Alat Muzik Major II Lanjutan kepada kursus Alat Muzik Major Tahun 1.

Kelas persendirian mingguan bersama pensyarah utama diteruskan.

Matlamat dan objektif kursus ditekankan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dari segi teknik, repertoire dan persembahan.

Seminar Persembahan

Pelajar akan terus mempraktikkan tanggungjawab berkisar kepada proses penyediaan dan pelaksanaan di belakang tabir. Mereka juga diwajibkan untuk membuat satu persembahan secara solo ataupun pemain pemuzik pengiring.

3. AMZ 51063

Orkestra III / Koir III

Pra-syarat Lulus AMZ 41103 Orkestra II / Koir II Orkestra III

Lanjutan kepada Orkestra II, para pelajar orkestra akan meneruskan latihan solo, sectional, ensemble dan orchestration berpandukan kepelbagaian muzik dari genre dan repertoire yang lebih mencabar.

Koir III

Lanjutan kepada Koir II, para pelajar koir akan mengikuti latihan vokal dengan penggunaan repertoire lagu pelbagai gaya dan susunan sama ada dalam bentuk unison, part singing secara a cappella, iringan piano, ensembel atau pita rakaman.

4. AMZ 51083 Harmoni I

Kursus ini mengajar bagaimana untuk menyusun sesuatu rangkaian kord dengan menggunakan prinsip-prinsip teori Harmoni Klasikal.

Fokus utama adalah kepada pembentukkan kord, jenis-jenis dan kepelbagaian progresi kord (chord progression). Selain dari itu, pelajar akan mempelajari Notasi Gregorian, Muzik Organum, Muzik Discant, Basso Ostinato, Muzik Polifoni, Muzik Homofoni, Teori Harmoni Asas (Tritone), Kadensa dan Modulasi.

Kursus ini juga memperkenalkan konsep ‘Counterpoint’ (kepada para pelajar) iaitu sejenis penulisan muzik secara polifonik mengikut pelbagai peraturan yang berkaitan dengan gerakan pic dan jeda pic.

Para pelajar di ajar prinsip-prinsip asas, pembentukkan, perkembangan dan pengaplikasian 'counterpoint' di dalam sesebuah penulisan.

| 34

5. AMZ 51264

Gubahan I

Kursus ini meliputi teknik gubahan untuk ‘Rhythm Section’ bersama

‘Brass Section’ (3 trumpet and 3 trombone) and ‘Saxophone Section’ (2 Alto, 2 Tenor, 1 Baritone). Pelajar diperkenalkan kepada kemampuan, sifat dan fungsi setiap alat muzik dan perangkaan serta analisis dibuat terhadap corak, ritma dan motif di dalam komposisi irama kontemporari/tradisional serta pemahaman lanjutan berkenaan dengan aplikasi terhadap kedua-dua kategori itu dari segi ‘Horizontal and Vertical Harmony’ di dalam pelbagai corak ritma dan genre.

Pemberatan (pada jam kredit) dibuat ke atas kursus ini kerana ianya merupakan kursus dominan pengkhususan modul untuk menghasilkan komposer yang kritis, kreatif, profesional dan berdaya-saing.

TAHUN 2 SEMESTER II

1. AMZ 51143

Teori Muzik & Aplikasi IV

Pra-syarat Lulus AMZ 51013 Teori Muzik & Aplikasi III

Menganalisa struktur dan harmoni yang digunakan (variations, rondo, sonata, and contrapuntal forms) di dalam skala yang lebih besar serta penganalisaan perbezaan yang wujud di dalam aplikasi serta stail muzik yang digunakan di dalam karya-karya terpilih.

2. AMZ 51163

Alat Muzik Major IV

Pra-syarat Lulus AMZ 51033 Alat Muzik Major III

Kelas persendirian mingguan bersama pensyarah diteruskan dengan berfokuskan penyediaan pelajar ke arah peperiksaan tahun akhir.

Matlamat dan objektif kursus diteruskan untuk memperkukuhkan lagi kemahiran pelajar di dalam permainan alat muzik utama pilihan mereka dari segi teknik, repertoire dan persembahan.

Seminar Persembahan

Pelajar perlu membuat satu persembahan selama 9 minit iaitu satu Lagu dan satu E’tude samada sebagai pemain solo ataupun pemain pemuzik pengiring dan membuat dua laporan tugasan. Penekanan adalah terhadap skil dan mutu persembahan yang menjurus kepada persediaan projek PeTA.

3. AMZ 51193 Orkestra/Koir IV

Pra-syarat Lulus AMZ 51063 Orkestra / Koir III Orkestra IV

Menerusi pelbagai persembahan yang dibuat, para pelajar orkestra akan dinilai bukan sahaja menerusi skil dan kemahiran bermain alat muzik tetapi terhadap sikap, peranan, cara berkomunikasi dan tanggungjawab sebagai seorang pemuzik di dalam menyumbangkan idea kepada peningkatan kualiti persembahan solo, sectional, ensemble dan orchestration.

Koir IV

Para pelajar koir pula akan dinilai menerusi keupayaan untuk mempraktikkan teknik vokal, mampu membezakan tingkat suara (Bass, Tenor, Alto dan Soprano), menyanyi secara solfege dan rote, mengawal dinamik dan ekspresi mengikut arahan konduktor - menerusi repertoire yang lebih kompleks dari segi ritma, notasi dan penghayatan.

4. AMZ 51093 Orchestration I

Kursus ini mengajar pelajar kepelbagaian teknik ‘orchestration’ untuk kombinasi ensemble muzik. Pelajar di latih bagaimana untuk menghasilkan skor untuk alat-alat muzik barat termasuk strings, brass, woodwind, percussion dan alat muzik tradisional Malaysia termasuk gamelan, guzheng dan sitar.

5. AMZ 51213 Harmoni II

Pra-syarat Lulus AMZ 51083 Harmoni I

Lanjutan kepada kursus AMZ 51083 Harmoni I dengan lebih terperinci dan mendalam terhadap teori, teknik dan konsep yang digunakan.

| 35

6. AMZ 51274

Gubahan II

Pra-syarat Lulus AMZ 51264 Gubahan I

Kursus ‘Full Orchestration’ ini adalah lanjutan dari Gubahan I. Alat-alat dari ‘Woodwind Section’ (Oboe, Flute dan Clarinet) serta alat-alat ‘String Section’ (Violin, Viola, Cello dan Contrabass) akan diperkenalkan.

Pengenalan serta kefahaman mendalam dibuat terhadap kemampuan gabungan, sifat dan fungsi serta analisis terhadap corak ritma dan motif di dalam bentuk kontemporari dan tradisional. Matlamat utama pada masa ini berfokuskan kepada penyediaan pelajar ke arah projek Peperiksaan Tahun Akhir (PeTA).

TAHUN 3 SEMESTER I

1. AMZ 61053

Penulisan Ilmiah

Kursus ini membolehkan para pelajar menggunakan kefahaman kelas metodologi di dalam penghasilan sesuatu penyelidikan secara teratur dan terancang bermula dari awal. Penumpuan dibuat kepada kemahiran menulis, menyelidik dan menyampaikan cadangan dan laporan ilmiah di dalam bidang muzik. Pelajar akan mempelajari kaedah dan prinsip-prinsip penulisan, laporan karya seni, metodologi penyelidikan dan kegunaan teknologi untuk penyampaian laporan akademik dan hasil-hasil kreatif.

Selain itu, pelajar juga dapat memperkembangkan potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu (intelek, rohani, Emosi dan jasmani) kerana ketelusan penyelidik, keaslian dan kekritisan pengolahan data dititikberatkan.

2. AMZ 61063 Orchestration II

Pra-syarat Lulus AMZ 51093 Orchestration I

Lanjutan kepada kursus AMZ 51093 Orchestration I dengan lebih

Pra-syarat Lulus semua kursus (Wajib Akademi dan Teras Fakulti) Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3, Sem 1

Pelajar perlu mengembangkan proses penghasilan projek tersebut secara mendalam dan seterusnya menghasilkan sebuah Buku Laporan PeTA yang akan digunakan sebagai bahan rujukan semasa persembahan PeTA dibuat.

Di dalam projek akhir ini, pelajar akan dinilai oleh penal penilai dalaman dan luaran secara holistik iaitu menerusi

i. Persembahan Projek Akhir ii. Penulisan Buku Laporan iii. Viva Voce (Ujian Lisan)

Penekanan dibuat terutamanya pada pengaplikasian:

• Skil dan Teknik

• Kreativiti dan Berfikiran Kritis

• Penelitian (dan Penganalisaan)

• Stail Mengurus dan Memimpin

• Keterampilan Diri

TAHUN 3 SEMESTER II

1. AMZ 61046

Latihan Industri

Setiap pelajar wajib menjalani Latihan Industri selama satu semester iaitu minima 4 bulan. Pelajar akan mendapat pendedahan melalui pengalaman bekerja di luar kampus. Secara amnya, pelajar akan didedahkan kepada cara persekitaran bekerja yang sebenar di dalam industri seni. Pelajar perlu mencari sendiri penempatan untuk Latihan Industri. Pihak fakulti akan memantau dengan setiap pelajar akan diselia oleh seorang penyelia.

| 36

STRUKTUR KURIKULUM

IJAZAH SARJANA MUDA MUZIK DENGAN KEPUJIAN (PRODUKSI AUDIO)

TAHUN SEMESTER I SEMESTER II

KOD KURSUS KOD KURSUS

1

KUR 4011 Kokurikulum I KUR 4021 Kokurikulum II

AWA 4172 Kesenian Tradisional AWA 4222 Sejarah dan Falsafah Seni AWA 4182 Bahasa Inggeris AWA 4232 Pengajian Islam/Moral AWA 4192 Bahasa Melayu

Gunaan AWA 4242 Bengkel Teater Tradisional I AMZ 41013 Alat Muzik Major I AMZ 41063 Alat Muzik Major II

AMZ 41023 Teori Muzik & Aplikasi I AMZ 41073 Teori Muzik & Aplikasi II

AMZ 41033 Ensembel Major I AMZ 41083 Sejarah Muzik

AMZ 41053 Orkestra / Koir I AMZ 41093 Ensembel Major II

AMZ 41103 Orkestra / Koir II

19 unit kredit 22 unit kredit

2

AWA 5172 Metodologi

Penyelidikan AWA 5212 Hubungan Etnik AWA 5192 Pemikiran Kreatif dan

Kritis AWA 5232 Produksi Teater Tradisional AWA 5222 Bengkel Teater

Tradisional II AMZ 51143 Teori Muzik & Aplikasi IV AMZ 51013 Teori Muzik & Aplikasi

III AMZ 51163 Alat Muzik Major IV

AMZ 51033 Alat Muzik Major III AMZ 51313 Teori MIDI dan Sekuen AMZ 51283 Teknik Rakaman

AMZ 51322 Sound Synthesis and Sampling

AMZ 51292

Sejarah dan

Perkembangan Muzik Popular

AMZ 51333 Teknik Adunan dan Suntingan AMZ 51342 Prinsip Akustik

AMZ 51303 Audio System

Equipment and Design AMZ 51353 Live Sound Production

20 unit kredit 23 unit kredit

3

AWA 6082 Undang-undang dan

Keusahawan Seni AMZ 61046 Latihan Industri AWA 6092 Tamadun Islam dan

Tamadun Asia (TITAS)

AMZ 61033 Teknik Mastering AMZ 61053 Penulisan Ilmiah AMZ 61072 History of Experimental

and Electronic Music AMZ 6996 Penilaian Tahun Akhir

(PeTA)

18 unit kredit 6 unit kredit

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 28

FAKULTI 80

ELEKTIF 12

120

| 37

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1. AMZ 41013

Alat Muzik Major I

Kelas individu mingguan bersama pensyarah Alat Muzik Major.

Matlamat kursus adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar di dalam permainan alat muzik utama pilihan mereka dari segi teknik, repertoire dan persembahan. Pelajar akan bertemu dengan pensyarah secara perseorangan (1 jam seminggu). Selain dari kerja kursus, pelajar juga diwajibkan mengambil bahagian di dalam resital, konsert muzik, bengkel atau Masterclass. Pelajar juga dikehendaki menduduki peperiksaan ber-panel pada akhir semester.

Seminar Persembahan

Pelajar diajar cara mempraktikkan teknik persembahan yang professional menerusi tahap permainan alat muzik, pilihan repertoire yang sesuai dan disiplin persembahan yang mantap. Pelajar wajib membuat persembahan terbuka, secara solo atau berkumpulan dengan penilaian oleh pensyarah alat muzik masing-masing.

Lyric Diction – Itali. Pelajar Vokal sahaja

Kursus ini memberi penekanan kepada aspek pendengaran, tugasan, ucapan dan penglibatan nyanyian di mana memerlukan pelajar menulis kembali simbol dan transkripsi dalam IPA. Ia juga memerlukan pelajar membaca dan menyebut dengan betul setiap perkataan yang terdapat di dalam lirik nyanyian mereka.

2. AMZ 41023

Teori Muzik & Aplikasi I

Pembelajaran teori muzik merupakan elemen terpenting di dalam pengaplikasian dan pembentukan muzik asas yang kukuh. Di dalam kursus ini pelajar akan mengkaji secara mendalam di dalam pembentukan asas sistem tonal, prinsip dan pengaplikasian harmoni serta counterpoint di dalam komposisi.

3. AMZ 41033 Ensembel Major I

Kursus ini memperkenalkan para pelajar kepada teknik bermain muzik secara berkumpulan (ensemble playing) samada menerusi genre muzik Klasikal, Moden dan Tradisional. Pelajar akan didedahkan dengan repertoire tahap sederhana yang bersesuaian mengikut kapasiti kumpulan ensemble masing-masing.

Antara kumpulan ensemble yang ditawarkan adalah:

Klasikal

Ensemble String, Brass, Wind dan Voice Tradisional

Caklempung, Gamelan, Keroncong, Ghazal, Muzik Cina, Muzik Melayu, Dondang Sayang, Muzik India, Muzik Makyung, Muzik Wayang Kulit, Paluan Melayu, Paluan Silat

Moden

Jazz, Pop & Rock, Percussions

4. AMZ 41053 Orkestra / Koir I

Syarat Wajib untuk SEMUA Pelajar Muzik Orkestra I

Para pelajar orkestra akan diperkenalkan kepada jenis-jenis orkestra dan cara pengaplikasian pengajaran muzik secara teori dan praktikal ke dalam pelbagai jenis genre muzik. Secara langsung ianya juga menyumbang kepada peningkatan pengalaman, kemahiran dan bakat di dalam alat muzik menerusi latihan secara solo, sectional, ensemble dan orchestration. Pembentukan sikap, peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pemuzik akan terserlah, membolehkan berlakunya proses komunikasi di dalam melahirkan idea ke dalam persembahan secara berkumpulan.

| 38

Koir I

Para pelajar koir di ajar untuk memahami teknik asas pernafasan, suara, posisi badan yang betul untuk menghasilkan bunyi ton yang baik, mengawal dinamik dan ekspresi mengikut arahan konduktor. Selain dari tu mereka akan mempraktikkan suara berpadu dengan membezakan empat tingkat suara iaitu suara Bass, Tenor, Alto dan Soprano secara solfege dan rote.

TAHUN 1 SEMESTER II

1. AMZ 41063

Alat Muzik Major II Pra-syarat Lulus AMZ 41013 Alat Muzik Major I Lanjutan kepada kursus Alat Muzik Major I.

Peningkatan dari satu tahap ke tahap yang lain bergantung kepada pra-syarat lulus yang telah ditetapkan bersesuaian dengan perkembangan dan peningkatan pengajaran per semester.

Seminar Persembahan.

Pelajar akan terus mempraktikkan tanggungjawab berkisar kepada proses penyediaan dan pelaksanaan di belakang tabir. Mereka juga diwajibkan untuk membuat satu persembahan selama 9 minit (iaitu satu Lagu dan satu E’tude) secara soloist ataupun pemain pemuzik pengiring dan menghasilkan dua (2) laporan tugasan

Lyric Diction – German. Pelajar Vokal sahaja.

Kursus ini memberi penekanan kepada aspek pendengaran, tugasan, ucapan dan penglibatan nyanyian di mana memerlukan pelajar menulis kembali simbol dan transkripsi dalam IPA. Ia juga memerlukan pelajar membaca dan menyebut dengan betul setiap perkataan yang terdapat di dalam lirik nyanyian mereka.

2. AMZ 41073

Teori Muzik & Aplikasi II Pra-syarat Lulus AMZ 41023 Teori Muzik & Aplikasi I

Lanjutan kepada prinsip Teori Muzik & Aplikasi I. Pelajar di ajar untuk mengenali skala major, non-chord tones, 2:1 counterpoint, diatonic and chromatic intervals, triad, 7th chord arpeggios (major / minor), intermediate rhythmic and transposing.

3. AMZ 41083

Sejarah Muzik Kursus ini mendidik pelajar untuk mengenal sejarah muzik Barat yang merupakan satu aspek yang penting dalam sejarah perkembangan muzik dunia. Pelajar akan diperkenalkan kepada muzik Zaman Pertengahan (476-1450), Renaissance (1450-1600), Barok (1600-1750), Klasikal (1740-1830), Romantik (1840-1910) dan seterusnya muzik abad ke 20.

Karya muzik terpilih dari beberapa komposer terkenal akan dikaji dalam konteks muzikologi, sosiologi dan sejarah supaya pelajar dapat meningkatkan pengetahuan dan membezakan ciri-ciri muzikal yang membezakan zaman-zaman tersebut.

4. AMZ 41093

Ensembel Major II Pra-syarat Lulus AMZ 41033 Ensembel Major I

Lanjutan kepada kursus Ensembel Major I dan ianya diteruskan mengikut objektif pencapaian yang telah ditetapkan. Perubahan dilakukan ke atas tahap kesukaran repertoire, skil yang diperlukan dan mutu persembahan - bersesuaian dengan perkembangan/peningkatan pengajaran per semester.

| 39

5. AMZ 41103 Orkestra / Koir II

Pra-syarat Lulus AMZ 41053 Orkestra / Koir I Orkestra II

Lanjutan kepada Orkestra I, para pelajar orkestra akan meneruskan latihan solo, sectional, ensemble dan orchestration berpandukan kepelbagaian muzik dari genre dan repertoire yang lebih mencabar.

Koir II

Lanjutan kepada Koir I, para pelajar koir akan di ajar untuk menghasilkan sebutan yang baik melalui sains fonetik, huruf-huruf vokal, konsonan dan diphtong.

TAHUN 2 SEMESTER I

1. AMZ 51013

Teori Muzik & Aplikasi III

Pra-syarat Lulus AMZ 41073 Teori Muzik & Aplikasi II

Menganalisa teknik dan metod yang digunakan di dalam beberapa karya terpilih abad ke-19 dan abad ke-20 (dari perspektif skala, kord, teknik ritma, tonaliti, set teori dan serialism) selain dari pengenalan kepada principles of modal and harmonic counterpoint.

2. AMZ 51033

Alat Muzik Major III

Pra-syarat Lulus AMZ 41063 Alat Muzik Major II Lanjutan kepada kursus Alat Muzik Major Tahun 1.

Kelas persendirian mingguan bersama pensyarah utama diteruskan.

Matlamat dan objektif kursus ditekankan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dari segi teknik, repertoire dan persembahan.

Seminar Persembahan.

Pelajar diberi pendedahan kepada tanggungjawab untuk membantu merancang dan melaksanakan seminar persembahan setiap minggu, selain daripada membuat satu persembahan selama 9 minit (iaitu satu Lagu dan satu E’tude) secara soloist ataupun pemain pemuzik pengiring dan menghasilkan dua (2) laporan tugasan per semester.

3. AMZ 51283 Teknik Rakaman

Pelajar akan mempelajari asas-asas sistem rakaman audio digital dalam persekitaran komputer dan perisian yang digunakan. Mereka akan mempelajari cara-cara bagaimana mengaplikasikan asas-asas rakaman analog kapada sistem digital. Mereka juga akan diajar teknik-teknik penyediaan rakaman dan mengenali ciri-ciri alat alat muzik dan bunyi yang akan dirakam. Pengetahuan ini akan diaplikasikan untuk menghasilkan pelajar yang bertaraf profesional menggunakan perisian rakaman pelbagai trek.

Roll’ hinggalah ke masa kini. Pelajar berpeluang mengenali pelbagai genre muzik serta mengenali tokoh-tokoh dan pelopor dalam setiap genre serta elemen-elemen muzik dan lirik yang membezakan genre-genre tersebut. Fungsi muzik dalam masyarakat juga akan dilihat melalui genre-genre tertentu pada dekat dan masa tertentu.

5. AMZ 51303

Audio System Equipment Dan Design

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada konsep asas bunyi dan komponen-komponen sesebuah sistem audio serta prinsip yang terlibat di dalam rekaan komponen tersebut. Pelajar akan mempelajari fungsi serta cara-cara pengendalian komponen ini disamping mempelajari teknik mereka-cipta sebuah sistem audio bagi kegunaan tertentu dengan penekanan kepada sistem bunyi langsung dan sistem bagi studio rakaman.

| 40