• Tidak ada hasil yang ditemukan

1. APS 5123

Pengurusan Produksi Muzik

Kursus ini fokus untuk mendedahkan para mahasiswa kepada konsep pelbagai bidang pengurusan perniagaan muzik serta pemikiran strategik dan inovatif, proses berfikir dan membuat keputusan serta proses-proses yang terlibat di dalam industri muzik. Para mahasiswa akan lebih memahami perkembangan trend dalam industri serta struktur dan aspek-aspek dalam industri muzik yang mengalami perubahan dan juga meneroka peluang-peluang yang ada dalam perkembangan industri tersebut. Kursus ini meneliti pelbagai dimensi dan gambaran menyeluruh mengenai perkembangan dan mekanisme industi muzik termasuk dan tidak terhad undang-undang hak milik cipta, kontrak, perlesenan dan merchandising. Para mahasiswa akan memupuk kefahaman serta pengetahuan mengenai pelbagai pihak dan aspek teknologi dan perundangan yang mempengaruhi perniagaan muzik yang menghasilkan peluang-peluang kerjaya.

Penekanan akan diberikan pada aplikasi pengetahuan dan kemahiran pada suasana sebenar industri.

2. APS 5133

Pengurusan Teknikal Dan Pentas

Kursus ini mendedahkan para pelajar kepada pengetahuan teori dan praktikal pengurusan teknikal dan pengurusan pentas. Para pelajar akan meneroka dan mengaplikasikan kaedah dan pendekatan amalan pengurusan pentas dan pengurusan teknikal dalam produksi teater dan acara. Keperluan kursus ini adalah membimbing dan melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan serta kemahiran teori dan pratikal di dalam pengurusan pentas dan Pengurusan Teknikal.

Pengurusan pentas dan Teknikal adalah kepakaran yang amat penting dan utama dalam sesebuah produksi atau pementasan dan juga acara untuk memastikan kelancaran produksi tersebut.

3. APS 5143

Komunikasi Pemasaran Bersepadu

Kursus ini bertujuan untuk menyedia, mempersiap dan meningkatkan kebolehan seseorang pelajar dari segi latar belakang, pengetahuan dan kemahiran dalam Komunikasi Pemasaran Bersepadu di dalam Industri Seni. Ia juga bertujuan untuk menyediakan pelajar dalam penggunaan dan mengaplikasi kemahiran dan teknik yang di pelajari dari Komunikasi Pemasaran Bersepadu dengan menggunakan media tradisional, digital dan media sosial. Pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran menggunakan Komunikasi Pemasaran Bersepadu melalui pengiklanan, pemasaran secara terus, e-dagang, penjualan dan khidmat pelanggan, perhubungan awam, promosi, pameran perdagangan dan falsafah korporat. Tujuan kursus ini adalah untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang Komunikasi Pemasaran Bersepadu yang merupakan suatu pelan menyeluruh yang menilai peranan strategik beberapa bidang komunikasi seperti pengiklanan, perhubungan awam, penjualan perseorangan, promosi penjualan dan peranan media sosial dan digital. Peranan ini adalah untuk memberi kesan yang jelas, konsisten dan maksimum terhadap sesuatu proses pemasaran serta bagi mengukuhkan ciri-ciri tersebut dalam konteks Industri Kreatif.

4. APS 5153

Dana dan Penajaan

Kursus ini fokus untuk mendedahkan para mahasiswa kepada konsep pelbagai bidang pengumpulan dana dan penajaan serta pemikiran strategik dan inovatif, proses berfikir dan membuat keputusan serta proses yang terlibat di dalam industri. Para mahasiswa akan lebih memahami perkembangan trend dalam industri serta struktur dan aspek-aspek dalam industri yang mengalami perubahan dan juga meneroka peluang-peluang yang ada dalam perkembangan industri tersebut. Kursus ini bertujuan untuk membangunkan pengetahuan dan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk mereka, merancang dan melaksanakan strategi untuk menjana pendapatan melalui pengumpulan dana serta penajaan melalui pengurusan acara atau projek khas. Para mahasiswa perlu mempunyai kelengkapan dan persediaan pengetahuan, konsep dan kemahiran penajaan dan proses untuk menguruskan penganjuran serta keperluan penaja.

| 119

5. APS 5163

Pengurusan Pelancongan Budaya

Kursus ini fokus untuk mendedahkan para pelajar kepada konsep pelbagai bidang pelancongan budaya serta pemikiran strategik, inovatif, proses berfikir dan membuat keputusan serta proses yang berkaitan dengan pelancongan budaya. Kursus ini meneliti pelbagai dimensi budaya dalam pelancongan, terutamanya pada dua aspek penting yang berkaitan iaitu, aspek pertama ialah menganalisa hal-hal berkaitan pelancongan dengan produksi dan penyebaran serta promosi bentuk, kegiatan dan amalan budaya. Manakala aspek kedua adalah mengenai impak dan kesan pelancongan ke atas budaya tempatan dan antarabangsa. Kursus ini juga menganalisa implikasi ekonomi dalam pelancongan budaya, peluang-peluang dan perancangan perniagaan untuk memangkin perkembangan sektor berkaitan.

Kursus ini fokus untuk mendedahkan pelajar kepada konsep pelbagai bidang produksi filem serta pemikiran strategik dan inovatif, proses berfikir dan membuat keputusan serta proses yang terlibat di dalam pengurusan produksi dalam industri pengiklanan, memahami bidang penerbitan rancangan televisyen dan berfungsi sebagai Pengurus Produksi untuk penerbitan filem, televisyen, video dan animasi. Kursus ini memberi tumpuan terhadap latihan membina pengetahuan dan kemahiran pengurusan dan perniagaan dalam bidang produksi filem, televisyen dan animasi. Pelajar akan lebih memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang penerbit, penerbit eksekutif, penerbit bersama, pengurus produksi dan lain-lain.

2. APS 5183

Pembangunan Audien

Kursus ini fokus untuk mendedahkan para pelajar kepada konsep pemikiran strategik, inovatif, proses berfikir dan membuat keputusan serta proses-proses yang terlibat di dalam Pembangunan Penonton.

Para pelajar juga berpeluang untuk mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam menguruskan projek dan pelan pembangunan.

Kursus ini penting dalam program pengurusan seni dan budaya kerana ia mempersiapkan pelajar untuk memupuk pengetahuan dan kemahiran dalam strategi pembangunan sumber dan audien dalam organisasi, yang merupakan antara sektor yang sedang berkembang.

Melalui laluan pembelajaran dan projek, pelajar akan diterapkan dengan pengetahuan dalam penyelidikan, teori, kritik, standard industri, dan kemahiran rekaan untuk menguruskan dan menggunakan pendekatan yang meliputi tetapi tidak terhad pada peluang networking, jaringan kerjasama dan juga pengalaman terus dalam industri.

3. APS 5193

Projek Seni Komuniti

Kursus ini memberi penekanan kepada mahasiswa kepada konsep projek seni kemasyarakatan serta pemikiran strategik dan inovatif, proses berfikir dan membuat keputusan serta proses-proses yang terlibat di dalam pentaddiran awam yang berkaitan dengan pengurusan organisasi seni.

4. APS 5203

Pengurusan Warisan

Kursus ini fokus untuk melahirkan tenaga kerja pengurusan hal berkaitan dengan produk warisan secara sistematik dan berkesan.

Pengajaran-pembelajaran bermula dengan mengenali dan memahami produk warisan serta jenis atau kategori produk warisan yang telah dimaktubkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Seterusnya, mahasiswa di ajar ilmu pengurusan warisan secara mendalam bagi melengkapkan diri sebagai seorang pengurus produk warisan yang berkualiti.

| 120

5. APS 5212

Projek Awal

Kursus ini menyediakan pengetahuan asas dan pendedahan tentang pengurusan projek dalam Industri Kreatif. Projek yang akan dilaksanakan akan menjalani proses persediaan, perlaksanaan dan juga selepas selesai projek. Selain itu, pelajar juga akan dapat memahami isu-isu semasa dan cabaran pengurusan di dalam Industri Kreatif sebelum melaksanakan PeTA. Kursus ini amat penting bagi pelajar dalam melaksanakan projek PeTA yang merupakan projek akhir yang akan dinilai sebelum pelajar menceburi alam pekerjaan di dalam industri. Selain itu, kursus ini juga akan membekalkan pelajar dengan pemahaman tentang menghadapi isu dan cabaran di dalam melaksanakan projek PeTA.

6. APS 5223

Pengurusan Kewangan

Kursus ini fokus untuk mendedahkan para mahasiswa kepada konsep pemikiran strategik dan inovatif, proses berfikir dan membuat keputusan serta proses-proses yang terlibat di dalam Pengurusan Kewangan. Para mahasiswa juga berpeluang untuk mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam Pengurusan Kewangan untuk industri kreatif. Kursus ini penting dalam industri kreatif untuk para mahasiswa memahami teori dan aplikasi amalan dalam pengurusan kewangan. Para mahasiswa akan memperoleh pengetahuan mengenai asas prinsip kewangan dan perspektif ekonomi mengenai keperluan dan peranan penting pengurusan kewangan dalam pembangunan, perkembangan dan kemajuan projek serta usaha perniagaan dan keusahawanan.

TAHUN 3 SEMESTER I

1. APS 6113

Penulisan Ilmiah

Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar tentang teknik penulisan wacana akademik dengan berkesan. Mereka akan didedahkan dengan kaedah penulisan ilmiah berdasarkan penyelidikan sama ada kajian lapangan, sumber perpustaakan (analisis kandungan), reka bentuk kajian dan penelitian melalui kaedah kualitatif serta kuantitatif.

Seterusnya pelajar diberi kemahiran untuk menulis sebuah kajian ilmiah berdasarkan data, fakta serta statistik yang diperolehi daripada penyelidikan yang dijalankan. Secara keseluruhan, kursus ini akan membina kemahiran kepada pelajar tentang aspek teori, kerja-kerja penyelidikan lapangan dan keperpustakaan, sebagai persiapan untuk pelajar pada peringkat Ijazah Sarjana Muda melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Kursus ini merupakan pengajian asas untuk memberi pengetahuan, bimbingan dan kemahiran serta panduan-panduan penting dalam penulisan karya-karya ilmiah berasaskan metodologi, kaedah serta pendekatan yang tepat. Pelajar juga diberi kemahiran untuk menggunakan fakta, data dan statistik yang diperolehi daripada penyelidikan kualitatif dan kuantitatif untuk menghasilkan satu tulisan yang efektif, bersistemetik dan memenuhi tuntutan penulisan ilmiah. Kursus ini secara proaktif akan menyediakan peluang-peluang untuk para pelajar mencapai kecemerlangan di dalam bidang pengajian masing-masing dan memangkin perkembangan mereka sebagai tenaga mahir yang berpengetahuan tinggi.

2. APS 6123

Inovasi dan Pemikiran Cipta Reka

Pemikiran reka cipta merupakan cara pemikiran baru yang popular di dalam dunia perniagaan. Berbagai organisasi dari usahawan kecil, syarikat terkemuka serta jabatan kerajaan sedang meneroka pengetahuan mengenai pemikiran reka cipta sebagai kaedah alternatif untuk menyelesaikan masalah. Idea ini menawarkan pilihan kepada organisasi untuk menerapkan kaedah baru bagi menangani perubahan dan persaingan dengan menggalakkan inovasi dan pembangunan organisasi.

| 121

3. APS 6133

Seminar Industri Kreatif

Kursus ini membuka pemikiran pelajar dalam memahami perkembangan industri kreatif yang semakin cepat seiring globalisasi.

Pelajar harus bijak dalam membuat keputusan apabila teori yang dipelajari tidak seiring praktikal. Menerusi kursus ini, panel yang dijemput akan berkongsi pengalaman mereka didalam industri kreatif dan ia akan membantu pelajar dalam membuat keputusan yang tepat, kaedah praktikal yang betul dan terkini. Kursus ini penting kepada pelajar sebagai platform untuk berhujah atau bertukar pendapat bersama golongan yang profesional yang terlibat di dalam industri kreatif. Melalui kursus ini juga, pelajar dapat mempraktikkan latihan praktikal dalam penganjuran sesebuah seminar.

4. APS 6996

Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

Kursus ini adalah berbentuk projek di mana pelajar secara individu atau berkumpulan akan berkolabrasi dalam menghasilkan satu projek seni.

Di dalam kursus ini, pelajar akan menerapkan pembelajaran teori dan praktikal yang telah mereka pelajari di dalam program ini meliputi pengurusan organisasi dan masa, pemilihan projek seni yang baik, pencarian dana, promosi dan publisiti serta nilai-nilai keusahawanan dan perniagaan melalui penjualan tiket (jika ada). Kursus ini akan menyediakan pelajar dengan pengalaman dalam bentuk praktikal sebagai persediaan apabila pelajar bergraduan nanti. Kursus ini adalah platform penting untuk menilai tahap pencapaian mahasiswa sekaligus proses penyediaan untuk mencebur industri kreatif. Ini merupakan sebahagian dari susunan kegiatan pembelajaran terancang untuk mahasiwa meneliti, memilih serta memindahkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang pembelajaran untuk diaplikasikan pada satu projek terpilih. Proses dan pelaksanaan pemindahan tersebut secara praktikal menjurus kepada kemampuan Mahasiswa mengaplikasikan setiap proses pembelajaran kepada bentuk penghasilan kerja atau projek berkualiti dalam sesebuah acara, projek dan/atau produksi.

TAHUN 3 SEMESTER II

1. APS 6146

Latihan Industri

Pelajar akan mendapat pendedahan melalui bekerja di luar kampus.

Secara amnya, pelajar didedahkan kepada cara persekitaran bekerja yang sebenar di dalam industri seni kreatif. Setiap pelajar wajib mengikuti Latihan Industri ini selama satu semester (4 bulan). Pelajar dikehendaki menyediakan laporan tugas harian sepanjang mereka mengikuti Latihan Industri. Prestasi semasa latihan akan dinilai oleh seorang penyelia dari industri dan seorang penyelia dari fakulti. Markah penilaian latihan industri akan terdiri daripada markah penilaian daripada penyelia industri, penyelia akademik dan juga laporan buku log yang dihantar selepas tamat tempoh latihan.

| 122

KURSUS ELEKTIF

KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER

PENAWARAN AWA 4123 Bahasa Mandarin

Setiap Semester AWA 4133 Bahasa Jepun

AWA 4143 Bahasa Korea

APS 4103 Pengenalan Industri Kreatif

Tahun 1 / Semester I APS 4113 Prinsip Ekonomi

APS 4123 Prinsip Pengurusan APS 4133 Pengurusan Ruang Seni APS 4143 Komunikasi Media

APS 4153 Pengurusan Sumber Manusia

Tahun 1 / Semester II APS 4163 Pemasaran dan Penjenamaan

APS 4173 Perhubungan Awam dan Publisiti APS 4183 Pengurusan Produksi Teater & Tari APS 5123 Pengurusan Produksi dan Muzik

Tahun 2 / Semester I APS 5133 Pengurusan Teknikal dan Pentas

APS 5153 Dana dan Penajaan

APS 5163 Pengurusan Pelancongan Budaya

APS 5173 Pengurusan Produksi Filem,Televisyen dan Animasi

Tahun 2 / Semester II APS 5203 Pengurusan Warisan

APS 5223 Pengurusan Kewangan

APS 6123 Inovasi dan Pemikiran Cipta Reka Tahun 3 / Semester I

RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF

TAHUN 1 SEMESTER I

1. AWA 4123 Bahasa Mandarin

Kursus ini merupakan kursus elektif yang ditawarkan di bawah Fakulti Pengurusan Seni Budaya dan Warisan. Kepentingan bertutur dalam bahasa pertuturan kedua terbesar di dunia, kursus bahasa Mandarin ini sangat bermanfaat kepada para pelajar dan sering mendapat sambutan. Kelebihan berbahasa Mandarin membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan di serata dunia. Kursus ini menawarkan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bertutur serta menulis dalam bahasa Mandarin. Kursus ini akan diajar oleh pensyarah yang bertauliah dan berpengalaman dengan menggunakan kaedah kuliah, perbincangan, dan menggunakan slides multimedia serta modul latihan

2. AWA 4133 Bahasa Jepun

Kursus ini merupakan kursus elektif yang ditawarkan di bawah Fakulti Pengurusan Seni Budaya dan Warisan. Kursus ini akan memperkenalkan kepada para pelajar penulisan asas dan cara pertuturan asas bahasa Jepun seperti memperkenalkan diri, berkomunikasi atau perbualan dalam konteks kehidupan seharian serta memahami budaya Jepun seperti makanan, cara hidup dan lain-lain.

Kursus ini akan diajar oleh pensyarah yang bertauliah dan berpengalaman dengan menggunakan kaedah kuliah, perbincangan, dan menggunakan slides multimedia serta modul latihan. Di akhir kursus ini para pelajar akan mempunyai pengetahuan asas tentang bahasa dan budaya Jepun dari pelbagai sudut.

3. AWA 4143 Bahasa Korea

Kursus ini merupakan kursus elektif yang ditawarkan di bawah Fakulti Pengurusan Seni Budaya dan Warisan. Kursus ini meliputi kemahiran seperti membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Pensyarah kursus ini merupakan seorang warganegara Korea yang merupakan seorang pensyarah yang mahir menggunakan pelbagai pendekatan untuk para pelajar mempelajari bahasa Korea dengan mudah dan cepat seperti latihan dari modul yang terkini serta kaedah bermain peranan. Kursus ini akan menyediakan para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam perbualan setiap hari.

| 123

4. APS 4103

Pengenalan Industri Kreatif

Kursus ini memberi penekanan kepada mahasiswa mengenai dunia Industri Kreatif dari pelbagai sudut meliputi bidang perniagaan, pentadbiran, peluang pekerjaan, aspek perundangan: polisi, dasar dan undang-undang. Kursus ini memberi pengenalan kepada pelajar mengenai industri kreatif meliputi polisi, undang-undang, perbandingan diantara industri kreatif dalam dan luar negara. Turut disentuh adalah aspek pemasaran meliputi perdagangan seni kreatif.

5. APS 4113 Prinsip Ekonomi

Kursus ini menyediakan pengetahuan asas serta bimbingan di dalam konsep dan teori makroekonomi dan mikroekonomi. Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar tentang konsep, teori dan amalan makroekonomi dan mikroekonomi bagi tujuan memahami kursus-kursus relevan seterusnya. Pelajar juga akan didedahkan dengan isu dan cabaran dalam ekonomi negara dan global bagi membentuk pelajar yang berdaya saing di pasaran industri antarabangsa.

6. APS 4123

Prinsip Pengurusan

Kursus ini menyediakan pengetahuan asas tentang peranan dan tanggungjawab pengurusan berkaitan dengan fungsi-fungsi perancangan, pengelolalaan, kepimpinan, kawalan, komunikasi dan motivasi di dalam sesuatu organisasi. Subjek ini akan menerokai isu-isu pengurusan agar mencapai tahap efisien yang tinggi dan keberkesanan pengurusan. Kursus ini ditawarkan sejajar dengan kehendak dan keperluan industri akan elemen terpenting di dalam bidang pengurusan iaitu pengetahuan dan kemahiran di dalam prinsip pengurusan bagi memahami bagaimana sesuatu organisasi diuruskan.

7. APS 4133

Pengurusan Ruang Seni

Kursus ini fokus untuk membimbing dan melatih para mahasiswa menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan ruang seni persembahan dan ruang pameran secara berkesan. Pengajaran-pembelajaran bermula dengan mengenali sesuatu ruang, kebaikan dan kelemahannya dan strategi pengurusan khususnya hal berkaitan dengan penggunaan sesuatu ruang, aspek keselamatan, kakitangan dan penyelenggaraan ruang. Melalui kursus ini para mahasiswa akan dapat mengenali pelbagai jenis ruang seni persembahan pentas dan pameran seperti ruang Proscenium, Thrust, Arena, Amphitheatre, Blackbox dan seterusnya menguasai teknik-teknik pengurusan sesuatu ruang samada auditorium seni pementasan mahupun ruang seni biasa (arts space) dalam menjayakan sesebuah produksi seni persembahan atau pameran.

8. APS 4143

Komunikasi Dan Media

Melalui kursus ini, para pelajar akan memperoleh perspektif menyeluruh mengenai Komunikasi dan Media, meliputi dan tidak terhad semua destinasi acara, fasiliti dan operasi. Fokus akan diberikan pada analisa, pengurusan dan pemantauan faedah ekonomi dan pelancongan melalui sektor acara. Kursus ini penting dalam program pengurusan seni dan budaya kerana memperkenalkan pelajar kepada asas dan teori komunikasi sebagai landasan kepada pengurusan yang efektif. Pelajar diperkenalkan kepada media konvensional dan media baru berserta cabaran-cabarannya. Pelajar akan mempraktikkan kemudahan Internet sebagai alat utama komunikasi dan pemasaran antara organisasi seni dan audien. Fokus diberikan kepada strategi pemasaran menggunakan media sosial.

| 124