• Tidak ada hasil yang ditemukan

WAJIB 28

FAKULTI 82

ELEKTIF 12

122

| 49

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1. ATE 4613

Sejarah dan Falsafah Teater Dunia

Kursus pengenalan terhadap sejarah dan falsafah teater khususnya asal-usul dan evolusi yang berlaku di dalam teater. Meneliti dan meninjau secara ringkas pertumbuhan dan perkembangan teater dunia secara keseluruhan bermula dari teater Yunani.

2. ATE 4623 Analisis Skrip

Menganalisis pelbagai teks/skrip yang berbeza mengikut aliran zaman (latar), genre, plot, tema, watak perwatakan, mesej, struktur, bahasa dan semiotik.

3. ATE 4643 Lakonan

Kursus ini bertujuan untuk memantapkan atau menguatkan kemampuan pelajar dalam lakonan. Fokus pembelajaran adalah ke arah gaya lakon yang lebih kompleks dengan penggunaan teks latihan dari skrip-skrip berat – klasik dan moden. Penekanan pembelajaran tertumpu kepada memahami dan menyebut dengan betul frasa-frasa rumit, lenggok sebutan, pemahaman kepada teks serta gerak dan gaya emosional dan fizikal watak.

4. ATE 4653

Vokal dan Projeksi

Kursus ini diperkenalkan dari kaedah Teknik Alexander. Pelajar akan berlatih melalui pengenalan anatomi tubuh supaya proses penjajaran antara vokal dan tubuh terhasil. Pelajar akan didedahkan tentang penggunaan fizikal, ‘muscular system’ dan bio-mekanik untuk menggabungkan suara dan gerak dalam sesesuatu persembahan supaya projeksi dimantapkan.

5. ATE 4273 Elementri Gerak

Mendedahkan pelajar untuk menyedari dan mengenali anatomi tubuh bagi membina badan yang sihat. Pelajar akan dilatih dan didedahkan ke proses eksplorasi pergerakan dengan menggunakan motivasi yang berbeza seperti emosi dan alam semulajadi sebagai persediaan seorang pelakon. Latihan dan proses gerak ini menggunakan elemen-elemen alam sekitar dan suasana sekeliling seperti relaxation yang akan memberi kesedaran dan keseimbangan struktur badan.

TAHUN 1 SEMESTER II

1. ATE 4674

Sinografi dalam Teater

Kursus ini memperkenalkan kepentingan serta kepelbagaian keperluan asas dalam aspek rekaan. Membantu pelajar dalam merekacipta nilai-nilai artistik di pentas. Pelajar akan meneroka aspek-aspek visual berdasarkan naskhah dan ruang.

2. ATE 4693

Pengurusan Panggung dan Produksi

Kursus ini menekankan pengurusan produksi berdasarkan pembahagian bidang yang terdapat di dalam sesebuah organisasi persembahan. Pelajar dapat mengetahui tugas dan tanggungjawab mengenai pengurusan produksi dan panggung untuk menyokong kepada kesempurnaan projek bukan mencampuri urusan kreatif produksi. Selain itu pelajar juga akan belajar mengenai postmortem (pemurnian produksi).

3. ATE 4714 Produksi

Teater Eksperimen

Kursus ini memberi ruang kepada pelajar untuk bereksperimentasi mengenai lakonan dalam pelbagai gaya dan bentuk. Hasilnya dipersembahkan kepada khalayak.

| 50

4. ATE 4754

Teater Boneka dan Topeng

Pengenalan secara umum tehadap teknikal teater yang merangkumi bentuk dan kemudahan pentas, keperluan persiapan dan persediaan sebuah persembahan teater. Menggunakan teknologi dalam gabungan dengan aspek-aspek teknikal seperti penataan cahaya, bunyi, kesan-kesan khas, kostum, tatarias, props dan latar.

5. ATE 4813 Lakonan – Teori dan Praktik

Kursus ini memperkenalkan pelajar dengan lakonan yang menggunakan kaedah-kaedah gaya Yunani, Shakespeare, Sistem Stanilavski dan gaya method. Adalah penting pelajar memahami teori-teori lakon klasik dan moden ini, ciri-ciri utama perbezaan di antara mereka, serta latar belakang terciptanya teori-teori itu sebelum mampu berlakon dalam genre dan gaya zaman tersebut.

TAHUN 2 SEMESTER I

1. ATE 5683

Pengurusan Pentas

Pelajar diperkenalkan kepada kerja dan aspek-aspek pengurusan pentas sebelum, semasa dan selepas sesebuah pementasan teater.

Pelajar juga akan diberi pendedahan terhadap teknologi pentas serta aspek pengurusan teknikal persembahan. Pelajar dilatih untuk bekerja secara profesional dengan memberi dedikasi terhadap ketepatan masa, disiplin dan persiapan untuk sebuah pementasan teater yang melibatkan jadual serta senarai gerak kerja.

2. ATE 5703

Penjanaan Vokal

Kursus yang menekankan pengajian dan latihan berkenaan teknik vocal placement, vocal register (head voice, chest voice, throat voice) proses pernafasan inhale dan exhale termasuk latihan penggunaan waist line (diaphragm). Pelajar juga akan dilatih untuk mengaplikasikan teknik ini dalam gaya nyanyian ringkas secara individu. Di samping itu, kursus ini juga menekankan akan pelajar untuk ‘mengenal suara’

sendiri dengan proses analisis ringkas serta penerapan latihan vocal imagery. Kaedah kursus ini bukan sahaja untuk nyanyian tetapi juga untuk pelbagai acara yang melibatkan penggunaan vokal.

3. ATE 5714

Produksi Teater Klasik

Kursus ini akan memberi tumpuan kepada satu genre teater klasik yang dipilih untuk persembahan seperti Yunani, Renaissance, Opera Cina, Sanskrit dan lain-lain. Bidang pembelajaran merangkumi rekaan set, kostum, gaya lakon dan penyampaian dialog klasik. Ianya juga melibatkan latihan dan kerja-kerja produksi.

4. ATE 5724 Pewayangan

Kursus ini memperkenalkan kepada aspek-aspek pendalangan.

Memberi fokus kepada mengenali watak dan perwatakan, memahami, menghayati, dan mengingati cerita-cerita yang menjadi repertoire di dalam persembahan wayang kulit, muzik dan latihan suara di dalam persediaan asas untuk menjadi “Dalang”. Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan teknik-teknik pendalangan secara teori dan praktikal.

TAHUN 2 SEMESTER II

1. ATE 5313

Teori dan Kritikan Seni Persembahan

Kursus ini meneroka perihal kepelbagaian teori teater dan teori kritikan.

Pelajar didedahkan kepada kedua-dua hal tersebut dan bagaimana mengaplikasikannya dalam membuat penilaian terhadap sesuatu karya seni. Pelajar terlebih dahulu mendedahkan mengenai falsafah estetika yang merupakan ciri khas penghasilan sesuatu karya seni (teater) tersebut mengenai konsep keindahan dalam seni.

| 51

2. ATE 5743

Lakonan &Pengarahan Teater Tradisional

Memperkaya perbendaharaan seni lakon dengan melihat persepsi estetika dalam lakonan dan pengarahan tradisional bagi membantu pelajar mengaplikasi kemahiran berlakon dengan ekspresi kreatif berlandaskan elemen lakonan tradisional.

3. ATE 5774 Teater Muzikal

Kursus ini memberikan pendedahan, kemahiran dan konsep teater muzikal. Pelajar berpeluang mempelajari dan mengaplikasi teknik nyanyian, gerak dan lakon. Pelajar juga dilatih untuk bekerjasama dengan koreografer, pelakon dan pengarah muzik.

4. ATE 5794 Teater dalam Pendidikan

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana pelaku boleh menyumbang kemahirannya dalam bidang pendidikan sebagai seorang actor-teacher (pelaku-cikgu) dengan membantu proses pembelajaran secara interaksi dan penglibatan murid-murid sekolah di dalam persembahan, yang merangkumi isu-isu sekeliling masyarakat dan komuniti murid. Kursus ini akan menerapkan elemen-elemen teori dan praktik luar negara seperti England, Australia, Taiwan, Jepun dan Malaysia. Teknik-teknik tertentu seperti Hot-seating, Forum Theatre, Image Theatre dan lain-lain yang berkenaan.

5. ATE 5833 Projek Awal

Kursus ini merupakan satu peringkat persediaan sebelum melakukan Penilaian Tahun Akhir (PeTA). Setiap pelajar dikehendaki menyediakan skrip dan proposal secara individu atau berkumpulan kepada sebuah panel yang terdiri daripada pihak fakulti dan pensyarah untuk penentuan skrip yang akan diangkat untuk PeTA.

TAHUN 3 SEMESTER I

1. ATE 6333

Penulisan Ilmiah

Kursus ini merupakan persediaan bagi pelajar untuk membuat penyelidikan seni persembahan berdasarkan pendekatan-pendekatan pelbagai displin dalam kaedah penyelidikan. Termasuk teori yang akan diaplikasikan dalam penulisan tesis.

2. ATE 6783 Teater Fizikal

Memperkembangkan daya imaginasi dan kreativiti serta mempertingkatkan pemahaman terhadap konsep komunikatif dan ekspresif melalui fizikal. Latihan-latihan dilakukan ke arah memperkayakan dan memberikan variasi kepada pergerakan seseorang pelakon di ruang lakon yang berbeza di dalam bentuk teater yang berlainan.

3. ATE 6996

Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

Pelajar akan melaksanakan satu projek akhir berdasarkan kertas cadangan yang telah diluluskan dalam Projek Awal. Projek berbentuk produksi ini sama ada melibatkan pelajar sebagai pelakon atau pengarah secara individu atau berkumpulan. Setiap pelajar akan diselia oleh seorang penyelia yang akan bertindak sebagai pembimbing dan penasihat pelajar daripada peringkat pra-produksi hingga ke peringkat penghasilan produksi. Pelajar juga wajib menduduki Seminar Akhir (viva voce) yang akan menilai hasil kerja mereka melalui projek tersebut.

TAHUN 3 SEMESTER II 1. ATE 6336

Latihan Industri

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada institusi pekerjaan dan mengamalkan apa yang telah dipelajari oleh pelajar.

Pelajar akan menjalani latihan ini selama 14 minggu dalam organisasi berkaitan dengan bidang pengajian bagi menambah kemahiran serta menyediakan pelajar setelah tamat proses pembelajaran.

| 52

STRUKTUR KURIKULUM

IJAZAH SARJANA MUDA TEATER DENGAN KEPUJIAN (PENGARAHAN) TAHUN

SEMESTER I SEMESTER II

KOD KURSUS KOD KURSUS

1

KUR 4011 Kokurikulum I KUR 4021 Kokurikulum II

AWA 4172 Kesenian Tradisional AWA 4222 Sejarah dan Falsafah Seni AWA 4182 Bahasa Inggeris AWA 4232 Pengajian Islam/Moral

AWA 4192 Bahasa Melayu Gunaan AWA 4242 Bengkel Teater Tradisional I ATE 4613 Sejarah dan Falsafah

Teater Dunia ATE 4674 Sinografi dalam Teater ATE 4623 Analisis Skrip ATE 4693 Pengurusan Panggung &

Produksi

ATE 4643 Lakonan ATE 4714 Produksi Teater Eksperimen ATE 4663 Prinsip-prinsip Pengarahan ATE 4824 Estetika Pengarahan

19 unit kredit 22 unit kredit

2

AWA 5172 Metodologi

Penyelidikan AWA 5212 Hubungan Etnik AWA 5192 Pemikiran Kreatif dan

Kritis AWA 5232 Produksi Teater Tradisional AWA 5222 Bengkel Teater

Tradisional II ATE 5313 Teori dan Kritikan Seni Persembahan

ATE 5384 Kajian & Interpretasi Teks ATE 5743 Lakonan & Pengarahan Teater Tradisional

ATE 5683 Pengurusan Pentas ATE 5774 Teater Muzikal

ATE 5714 Produksi Teater Klasik ATE 5794 Teater dalam Pendidikan ATE 5724 Pewayangan ATE 5833 Projek Awal

ATE 5733 Rekaan Cahaya

24 unit kredit 21 unit kredit

3

AWA 6082 Undang-undang dan

Keusahawan Seni ATE 6336 Latihan Industri AWA 6092 Tamadun Islam dan

Tamadun Asia (TITAS) ATE 6333 Penulisan Ilmiah ATE 6783 Teater Fizikal ATE 6784 Devised Theatre ATE 6996 Penilaian Tahun Akhir

(PeTA)

20 unit kredit 06 unit kredit

KURSUS JUMLAH UNIT KREDIT

WAJIB 28

FAKULTI 84

ELEKTIF 12

124

| 53

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1. ATE 4613

Sejarah dan Falsafah Teater Dunia

Kursus pengenalan terhadap sejarah dan falsafah teater khususnya asal-usul dan evolusi yang berlaku di dalam teater. Meneliti dan meninjau secara ringkas pertumbuhan dan perkembangan teater dunia secara keseluruhan bermula dari teater Yunani.

2. ATE 4623 Analisis Skrip

Menganalisis pelbagai teks/skrip yang berbeza mengikut aliran zaman (latar), genre, plot, tema, watak perwatakan, mesej, struktur, bahasa dan semiotik.

3. ATE 4643 Lakonan

Kursus ini bertujuan untuk memantapkan atau menguatkan kemampuan pelajar dalam lakonan. Fokus pembelajaran adalah ke arah gaya lakon yang lebih kompleks dengan penggunaan teks latihan dari skrip-skrip berat – klasik dan moden. Penekanan pembelajaran tertumpu kepada memahami dan menyebut dengan betul frasa-frasa rumit, lenggok sebutan, pemahaman kepada teks serta gerak dan gaya emosional dan fizikal watak.

4. ATE 4663

Prinsip-Prinsip Pengarahan

Kursus ini akan membentangkan prinsip-prinsip pengarahan yang memberi fokus kepada fungsi seorang pengarah dan elemen-elemen yang diperlukan dalam persiapan sesuatu pementasan. Pelajar juga akan didedahkan dengan latihan langsung (hands-on) supaya lebih memahami tanggungjawab seorang pengarah.

TAHUN 1 SEMESTER II

1. ATE 4674

Sinografi dalam Teater

Kursus ini memperkenalkan kepentingan serta kepelbagaian keperluan asas dalam aspek rekaan. Membantu pelajar dalam merekacipta nilai-nilai artistik di pentas. Pelajar akan meneroka aspek-aspek visual berdasarkan naskhah dan ruang.

2. ATE 4693

Pengurusan Panggung dan Produksi

Kursus ini menekankan pengurusan produksi berdasarkan pembahagian bidang yang terdapat di dalam sesebuah organisasi persembahan. Pelajar dapat mengetahui tugas dan tanggungjawab mengenai pengurusan produksi dan panggung untuk menyokong kepada kesempurnaan projek bukan mencampuri urusan kreatif produksi. Selain itu pelajar juga akan belajar mengenai postmortem (pemurnian produksi).

3. ATE 4714 Produksi Teater Eksperimen

Kursus ini memberi ruang kepada pelajar untuk bereksperimentasi mengenai lakonan dalam pelbagai gaya dan bentuk. Hasilnya dipersembahkan kepada khalayak.

4. ATE 4824

Estetika Pengarahan

Kursus ini memberi pemahaman kepada pelajar untuk mendalami estetika naskhah dan penulisan naskhah. Hasil penulisan mengikut struktur yang ditentukan oleh pensyarah dengan mengaplikasi sejarah, kebudayaan, estetika dan fahaman penilaian naskhah di dalam persembahan teater. Sehubungan dengan itu pelajar dapat mengadaptasikan konsep dari teks ke pentas.

| 54