1. ATE 5384 Kajian &
Interpretasi Teks
Kajian ini merupakan proses pemindahan dari skrip ke pentas yang melibatkan fahaman struktur, pecahan skrip, aksi dramatik, falsafah dan pemikiran teks. Kajian merupakan persiapan bagi pengarah untuk menterjemahkan skrip ke pentas.
2. ATE 5733 Rekaan Cahaya
Kursus ini menekankan kepada kefahaman teori dan prinsip-prinsip suasana mengikut keperluan naskhah bagi sesebuah produksi teater/
persembahan pentas. Pelajar juga akan menghasilkan konsep yang akan menentukan gaya pementasan yang didasarkan dari keputusan artistik serta mampu menyokong set, kostum dan kesan dramatik yang diperlukan.
3. ATE 5683
Pengurusan Pentas
Pelajar diperkenalkan kepada kerja dan aspek-aspek pengurusan pentas sebelum, semasa dan selepas sesebuah pementasan teater.
Pelajar juga akan diberi pendedahan terhadap teknologi pentas serta aspek pengurusan teknikal persembahan. Pelajar dilatih untuk bekerja secara profesional dengan memberi dedikasi terhadap ketepatan masa, disiplin dan persiapan untuk sebuah pementasan teater yang melibatkan jadual serta senarai gerak kerja.
4. ATE 5714
Produksi Teater Klasik
Kursus ini akan memberi tumpuan kepada satu genre teater klasik yang dipilih untuk persembahan seperti Yunani, Renaissance, Opera Cina, Sanskrit dan lain-lain. Bidang pembelajaran merangkumi rekaan set, kostum, gaya lakon dan penyampaian dialog klasik. Ianya juga melibatkan latihan dan kerja-kerja produksi.
5. ATE 5724 Pewayangan
Kursus ini memperkenalkan kepada aspek-aspek pendalangan.
Memberi fokus kepada mengenali watak dan perwatakan, memahami, menghayati, dan mengingati cerita-cerita yang menjadi repertoire di dalam persembahan wayang kulit, muzik dan latihan suara di dalam persediaan asas untuk menjadi “Dalang”. Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan teknik-teknik pendalangan secara teori dan praktikal.
TAHUN 2 SEMESTER II
1. ATE 5313Teori dan Kritikan Seni Persembahan
Kursus ini meneroka perihal kepelbagaian teori teater dan teori kritikan.
Pelajar didedahkan kepada kedua-dua hal tersebut dan bagaimana mengaplikasikannya dalam membuat penilaian terhadap sesuatu karya seni. Pelajar terlebih dahulu mendedahkan mengenai falsafah estetika yang merupakan ciri khas penghasilan sesuatu karya seni (teater) tersebut mengenai konsep keindahan dalam seni.
2. ATE 5743
Lakonan dan Pengarahan Teater Tradisional
Memperkaya perbendaharaan seni lakon dengan melihat persepsi estetika dalam lakonan dan pengarahan tradisional bagi membantu pelajar mengaplikasi kemahiran berlakon dengan ekspresi kreatif berlandaskan elemen lakonan tradisional.
3. ATE 5774 Teater Muzikal
Kursus ini memberikan pendedahan, kemahiran dan konsep teater muzikal. Pelajar berpeluang mempelajari dan mengaplikasi teknik nyanyian, gerak dan lakon. Pelajar juga dilatih untuk bekerjasama dengan koreografer, pelakon dan pengarah muzik.
| 55
4. ATE 5794Teater dalam Pendidikan
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana pelaku boleh menyumbang kemahirannya dalam bidang pendidikan sebagai seorang actor-teacher (pelaku-cikgu) dengan membantu proses pembelajaran secara interaksi dan penglibatan murid-murid sekolah di dalam persembahan, yang merangkumi isu-isu sekeliling masyarakat dan komuniti murid. Kursus ini akan menerapkan elemen-elemen teori dan praktik luar negara seperti England, Australia, Taiwan, Jepun dan Malaysia. Teknik-teknik tertentu seperti Hot-seating, Forum Theatre, Image Theatre dan lain-lain yang berkenaan.
5. ATE 5833 Projek Awal
Kursus ini merupakan satu peringkat persediaan sebelum melakukan Penilaian Tahun Akhir (PeTA). Setiap pelajar dikehendaki menyediakan skrip dan proposal secara individu atau berkumpulan kepada sebuah panel yang terdiri daripada pihak fakulti dan pensyarah untuk penentuan skrip yang akan diangkat untuk PeTA.
TAHUN 3 SEMESTER I
1. ATE 6333Penulisan Ilmiah
Kursus ini merupakan persediaan bagi pelajar untuk membuat penyelidikan seni persembahan berdasarkan pendekatan-pendekatan pelbagai displin dalam kaedah penyelidikan. Termasuk teori yang akan diaplikasikan dalam penulisan tesis.
2. ATE 6783
Teater Fizikal
Memperkembangkan daya imaginasi dan kreativiti serta mempertingkatkan pemahaman terhadap konsep komunikatif dan ekspresif melalui fizikal. Latihan-latihan dilakukan ke arah memperkayakan dan memberikan variasi kepada pergerakan seseorang pelakon di ruang lakon yang berbeza di dalam bentuk teater yang berlainan.
3. ATE 6784
Devised Theatre
Kursus ini memberi pendedahan teori dan praktikal serta cara bekerja di dalam devised theatre. Ia merangkumi pemerhatian dan analisis terhadap kaedah kerja yang digunakan dalam membentuk sebuah persembahan devised. Pelajar akan bereksplorasi dengan pendekatan non-kovensional dalam menghasilkan naskhah dalam pendekatan kolaborasi dan mencipta bahasa teaterikal yang baru.
4. ATE 6996
Penilaian Tahun Akhir (PeTA)
Pelajar akan melaksanakan satu projek akhir berdasarkan kertas cadangan yang telah diluluskan dalam Projek Awal. Projek berbentuk produksi ini sama ada melibatkan pelajar sebagai pelakon atau pengarah secara individu atau berkumpulan. Setiap pelajar akan diselia oleh seorang penyelia yang akan bertindak sebagai pembimbing dan penasihat pelajar daripada peringkat pra-produksi hingga ke peringkat penghasilan produksi. Pelajar juga wajib menduduki Seminar Akhir (viva voce) yang akan menilai hasil kerja mereka melalui projek
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada institusi pekerjaan dan mengamalkan apa yang telah dipelajari oleh pelajar.
Pelajar akan menjalani latihan ini selama 14 minggu dalam organisasi berkaitan dengan bidang pengajian bagi menambah kemahiran serta menyediakan pelajar setelah tamat proses pembelajaran.
| 56
STRUKTUR KURIKULUM
IJAZAH SARJANA MUDA TEATER DENGAN KEPUJIAN (SINOGRAFI)
TAHUN
SEMESTER I SEMESTER II
KOD KURSUS KOD KURSUS
1
KUR 4011 Kokurikulum I KUR 4021 Kokurikulum II
AWA 4172 Kesenian Tradisional AWA 4222 Sejarah dan Falsafah Seni AWA 4182 Bahasa Inggeris AWA 4232 Pengajian Islam/Moral AWA 4192 Bahasa Melayu Gunaan AWA 4242 Bengkel Teater Tradisional
I
ATE 4303 Lukisan ATE 4364 Rekaan Kostum dan Solekan
ATE 4473 Lukisan Teknikal ATE 4674 Sinografi dalam Teater ATE 4593 Rekaan Set & Prop ATE 4714 Produksi Teater Eksperimen ATE 4613 Sejarah dan Falsafah
Teater Dunia ATE 4754 Teater Boneka & Topeng
19 unit kredit 23 unit kredit
2
AWA 5172 Metodologi
Penyelidikan AWA 5212 Hubungan Etnik AWA 5192 Pemikiran Kreatif dan
Kritis AWA 5232 Produksi Teater
Tradisional AWA 5222 Bengkel Teater
Tradisional II ATE 5313 Teori dan Kritikan Seni Persembahan
ATE 5394 Senireka Produksi ATE 5663 Teknologi Bunyi Dan Kesan Khas
ATE 5384 Kajian & Interpretasi Teks ATE 5774 Teater Muzikal
ATE 5524 Rekaan Eksperimental ATE 5794 Teater Dalam Pendidikan ATE 5714 Produksi Teater Klasik ATE 5833 Projek Awal
ATE 5733 Rekaan Cahaya
25 unit kredit 21 unit kredit
3
AWA 6082 Undang-undang dan
Keusahawan Seni ATE 6336 Latihan Industri AWA 6092 Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS) ATE 6223 Bengkel Kraf Teater ATE 6333 Penulisan Ilmiah ATE 6996 Penilaian Tahun Akhir
(PeTA)
16 unit kredit 06 unit kredit
KURSUS JUMLAH KREDIT
WAJIB 28
FAKULTI 82
ELEKTIF 12
122
| 57
RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI
TAHUN 1 SEMESTER I
1. ATE 4613Sejarah dan Falsafah Teater Dunia
Kursus pengenalan terhadap sejarah dan falsafah teater khususnya asal-usul dan evolusi yang berlaku di dalam teater. Meneliti dan meninjau secara ringkas pertumbuhan dan perkembangan teater dunia secara keseluruhan bermula dari teater Yunani.
2. ATE 4303 Lukisan
Memberi penekanan kepada pelajar tentang pengenalan kepada seni lukis, termasuk elemen lukisan, garisan, bentuk dan ulangan.
Pengetahuan tentang “human figure”, warna dan bahan menjadi asas kepada penghasilan lukisan.
3. ATE 4475
Lukisan Teknikal
Kefahaman tentang teori serta prinsip-prinsip lukisan teknikal dalam seni bina yang digunakan untuk struktur pembinaan set serta pencahayaan di atas pentas. Keperluan penggunaan media yang sesuai serta teknik lukisan daripada 2D ke 3D Pelajar juga akan diberi satu plan berskala ‘teater’ sebagai asas rujukan produksi.
4. ATE 4593
Rekaan Set dan Prop
Pelajar akan diberikan pendedahan tentang teori dan prinsip-prinsip rekaan set dan keperluan props (properties) untuk produksi teater yang berdasarkan keperluan teks dan sub teks sesebuah naskhah. Pelajar juga diberikan pendedahan kepada teknik lukisan menggunakan ICT yang terkini bagi menghasilkan rekaan set yang sesuai dengan ruang dan kemudahan terkini
TAHUN 1 SEMESTER II
1. ATE 4674Sinografi dalam Teater
Kursus ini memperkenalkan kepentingan serta kepelbagaian keperluan asas dalam aspek rekaan.
Membantu pelajar dalam merekacipta nilai-nilai artistik dipentas. Pelajar akan meneroka aspek-aspek visual berdasarkan naskhah dan ruang.
2. ATE 4754
Teater Boneka dan Topeng
Pengenalan secara umum tehadap teknikal teater yang merangkumi bentuk dan kemudahan pentas, keperluan persiapan dan persediaan sebuah persembahan teater. Menggunakan teknologi dalam gabungan dengan aspek-aspek teknikal seperti penataan cahaya, bunyi, kesan-kesan khas, kostum, tatarias, props dan latar.
3. ATE 4714 Produksi Teater Eksperimen
Kursus ini memberi ruang kepada pelajar untuk bereksperimentasi mengenai lakonan dalam pelbagai gaya dan bentuk. Hasilnya dipersembahkan kepada khalayak.
4. ATE 4364
Rekaan Kostum dan Solekan
Pelajar akan mempelajari teori dan prinsip-prinsip rekaan kostum dan solekan yang berdasarkan keperluan naskhah dalam produksi. Pelajar juga akan dilatih membuat penyelidikan perwatakan yang berdasarkan faktor persekitaran dan status yang merangkumi kehidupan berpandukan dari naskhah produksi.