IJAZAH SARJANA MUDA FILEM DAN VIDEO DENGAN KEPUJIAN (SINEMATOGRAFI)
SEMESTER I SEMESTER II
Tahun Kod Kursus Kod Kursus
1
KUR 4011 Kokurikulum I KUR 4021 Kokurikulum II
AWA 4172 Kesenian Tradisional AWA 4222 Sejarah dan Falsafah Seni AWA 4182 Bahasa Inggeris AWA 4232 Pengajian Islam/Moral AWA 4192 Bahasa Melayu Gunaan AWA 4242 Bengkel Teater Tradisional I
AFV 4013 Teori dan Kritikan Filem AFV 4083 Pengurusan Produksi AFV 4023 Sejarah Filem Dunia AFV 4096 Penerbitan Filem Pendek AFV 4033 Sosiologi dan Salasiah
Penceritaan Filem AFV 4124 Fotografi dan Videografi AFV 4043 Asas Penerbitan Filem
dan Video AFV 4134 Tatacahaya Lokasi dan Studio
19 unit kredit 24 unit kredit
2
AWA 5172 Metodologi Penyelidikan AWA 5212 Hubungan Etnik AWA 5192 Pemikiran Kreatif dan
Kritis AWA 5232 Produksi Teater Tradisional AWA 5222 Bengkel Teater
Tradisional II AFT 5044 Penerbitan Kamera Berbilang AFV 5243 Pengurusan Pemasaran
dan Promosi AFT 5053 Pewarnaan Visual
AFV 5256 Penerbitan Filem
Dokumentari AFT 5064 Produksi Cereka
AFV 5284 Sinematografi AFT 5073 Kraf Pengarahan AFV 5294 Gaya Kamera dan
Tatacahaya
23 unit kredit 18 unit kredit
3
AWA 6082 Undang-undang dan
Keusahawan Seni AFT 6059 Latihan Industri AWA 6092 Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS) AFV 6192 Projek Awal
AFV 6203 Teknologi Kesan Khas AFV 6216 Penerbitan Produksi AFV 6224 Latihan Ilmiah
AFV 6244 Sinematografi Lanjutan AFV 6996 Penilaian Tahun Akhir
(PeTA)
29 unit kredit 9 unit kredit
KURSUS JUMLAH KREDIT
WAJIB 28
FAKULTI 80
ELEKTIF 12
120
| 92
RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI
TAHUN 1 SEMESTER I
1. AFV 4013Teori dan Kritikan Filem
Kursus ini akan meneliti terhadap teori-teori filem klasik dan kontemporari seperti mengenali genre, auteur dan isu-isu utama dalam perkembangan ilmu teori filem. Pelajar juga didedahkan kepada ilmu kritikan filem yang akan menyentuh perkara seperti prinsip-prinsip dan disiplin kritikan filem.
2. AFV 4023
Sejarah Filem Dunia
Kursus ini mengkaji sejarah filem dunia dari era ‘filem bisu’ Eropah, USA, Rusia dan Sinema Dunia ketiga yang merangkumi aspek-aspek pra-studio dan system studio. Mengkaji kedatangan pengarah-pengarah dari luar Negara ke Malaysia serta peralihan peranan pelakon-pelakon bangsawan ke filem.
3. AFV 4033
Sosiologi dan Salasilah Penceritaan Filem
Kursus ini adalah untuk pelajar memahami dan menganalisis filem sebagai bentuk isu-isu sosial masyarakat. Perbincangan dan penelitian tertumpu kepada filem-filem genre, realisme, neorealisme dan sosialrealisme serta peranan dan kesannya kepada masyarakat. Kursus ini juga akan melihat bagaimana struktur naratif penceritaan mempengaruhi aspek narativiti filem.
Pendedahan kursus terhadap karya-karya hikayat, cerita-cerita jenaka dan novel sastera terkemuka tanah air akan menjadi dorongan penghasilan filem-filem bercorak Malaysia.
4. AFV 4043
Asas Penerbitan Filem Dan Video
Kursus ini menyediakan pelajar kepada latihan-latihan asa penerbitan filem dan mengasah daya kreatif pelajar dalam mencari cara dan kesesuaian mengutarkan visual sebagai medium untuk bercerita. Kursus ini juga akan menyentuh semua aspek asas penerbitan sebuah produksi filem.
TAHUN 1 SEMESTER II
1. AFV 4083Pengurusan Produksi
Kursus ini memberi tumpuan terhadap latihan membina skil pengurusan dan perniagaan dalam bidang produksi filem. Pelajar akan lebih memahami peranan dan tanggungjawab penerbit, pernibt eksekutif, line-producer, pengurus produksi dan lain-lain. Pelajar juga akan diajar secara lebih tersusun bagimana menyediakan perancangan dan bajet; proposal projek dan sebagainya. Aspek pengurusan kewangan dan perakaunan lebih diberi penekanan dalam kursus ini. Para pelajar akan didedahkan dengan Kunci kira-kira (Kedudukan kewangan); Analisa ratio (untuk mengukur prestasi kewangan tahunan); Pakej perakaunan (MYOB); Bajet produksi; Punca dan sumber kewangan; Insetif dan galakan.
2. AFV 4096 Penerbitan Filem Pendek
Kursus ini adalah sebagai bimbingan pelajar dalam membuat Projek Tahun Akhir (PeTA). Kursus ini memastikan idea, skrip dan perancangan produksi dikembangkan sepenuhnya semasa pelajar membuat projek yang telah ditetap dan dipersetuju oleh fakulti.
3. AFV 4124 Fotografi dan Videografi
Kursus ini melatih pelajar dengan seni imej bergerak menggunakan film dan video yang memerlukan pengetahuan dan penguasaan teknik yang tersendiri.
Pelajar akan didedahkan dengan bidang senimatografi yang merangkumi sejarah, seni, bahasa, teknologi, objektif konseptual, analisis dan estetik serta profil senimatografer terkenal dunia. Pelajar juga akan mempelajari aspek kamera dan penataan cahaya untuk filem dan video serta bagimana mengaplikasikannya ke dalam karya yang berbentuk naratif dan dokumentari.
Kursus ini melatih bakal senimarografer agar menguasai teknik dan ilmu seni serta mencerna komponen imaginasi yang kukuh dengan bimbingan pensyarah yang profesional.
| 93
4. AFV 4134Tatacahaya Lokasi dan Studio
Kursus ini merupakan pembelajaran mengenai tatacahaya dalam disiplin sinematografi. Penekanan kursus adalah mengenal pendekatan tatacahaya studio dan lokasi dari peringkat asa sehingga peringkat lebih kompleks. Topik-topik pembelajaran merangkumi kaedah menterjemah skrip kepada bahasa dan nahu tatacahaya serta penggunaan tatacahaya untuk mencipta persekitaran untuk bercerita, dan mencapai kesan dramatic dan ekspresionistik yang sesuai untuk genre-genre filem yang tertentu.
Penggendalian dan penjagaan peralatan pencahayaan juga diutamakan.
TAHUN 2 SEMESTER I
1. AFV 5243Pengurusan Pemasaran Dan Promosi
Kursus ini akan memberikan pelajar pemahaman pengurusan makro, pemasaran dan promosi dan kegunaanya untu pengeluar kandungan Filem &
Video. Kursus ini akan membimbing pelajar dalam aspek pemasaran pengeluaran kandungan, kesedaran dari pelbagai daerah, bagaimana mereka bekerja, implikasi mereka dan bagaimana cara terbaik untuk memaksimumkan usaha-usaha kreatif mereka.
2. AFV 5256 Penerbitan Filem Dokumentari
Kursus ini dijalankan sepenuhnya dalam bentuk bengkel penerbitan dan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam penerbitan filem dokumentari. Kursus ini akan membimbing pelajar menerbitkan filem pendek dokumentari tidak lebih 20 minit dari peringkat mencari idea, penyelidikan, pra-produksi dan pasca pra-produksi. Topik-topik bengkel merangkumi pengenalan, sejarah dan perkembangun dokumentari, asas penerbitan dokumentari, kertas cadangan dan pembangunan idea, penyelidikan, pembentangan idea, struktur dan pendekatan, treatment, pengurusan produksi, produksi, penyuntingan visual dan bunyi serta tayangan.
3. AFV 5284 Sinematografi
Kursus ini akan memberi penekanan terhadap penggunaan kamera filem16/
35mm dan pencahayaan untuk filem. Tumpuan yang sama akan diberi kepada aspek-aspek teknikal dan kreatif di mana pendedahan secara teori akan disusuli dengan praktis. Ini untuk menentukan supaya para pelajar akan mahir dengan pengedalian kamera dan dapat mengaplikasikan dan melihat hasil teori dan teknik. Fahaman tentang kamera sebagai alat perakam imej bergerak dan penggunaan lensa secara betul, berkesan dan kreatif akan menjadi asas.
Penggunaan filter dan alat-alat pencahayaan yang akan menentukan rupa bentuk imej juga akan diutamakan. Pelajar juga akan didedahkan kepada teknik-teknik kawalan kontras semasa penggambaran dan pada peringkat proses filem di makmal/post production.
4. AFV 5294
Gaya Kamera dan Tatacahaya
Kursus ini menekankan kefahaman tentang teknologi ekspresif (the technology of expression) dan konsep sinematik pada bahasa dan nahu filem berhubung dengan aliran pemikiran falsafah, teori dan makna.
TAHUN 3 SEMESTER I
1. AFV 6192Projek Awal
Satu peringkat persediaan sebelum melakukan Penilaian Tahun Akhir. Setiap pelajar dikehendaki menyediakan skrip dan proposal secara individu atau berkumpulan berdasarkan bidang yang akan dilakukan dan dinilai pada Penilaian Tahun Akhir sama ada dari aspek Pengarahan, Sinematografi, Penyuntingan, Penataan Bunyi, Pengurusan Produksi atau Rekaan Produksi.
Para pelajar dikehendaki membentangkan skrip dan proposal kepada sebuah panel yang terdiri daripada pihak fakulti, pensyarah dan industry. Setiap pelajar akan diselia oleh seorang penyelia yang akan bertindak sebagai pembimbing dan penasihat pelajar dari peringkat pra-produksi, produksi dan pasca produksi berdasarkan pengkhususan yang akan diambil dan dinilai pada peringkat Penilaian Tahun Akhir.
| 94
2. AFV 6203Teknologi Kesan Khas
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada teknik penggambaran dengan menggunakan teknologi kesan khas. Pembelajaran secara teori dan praktikal akan memuatkan proses penyediaan bahan serta penggunaan teknik konvesional dan terkini dalam penggambaran dan juga pasca penggambaran bagi menghasilkan filem dan video yang bermutu.
3. AFV 6216
Penerbitan Produksi
Kursus Penerbitan Produksi ini akan dijalankan oleh pensyarah atau karyawan tamu dalam pelbagai displin pengkhususan fakulti. Karyawan-karyawan tamu yang dijemput adalah terdiri daripada penggiat industry dari dalam dan luar Negara untuk berkongsi ilmu dan pengalaman pembikinan filem. Pensyarah dan Karyawan-karyawan tamu akan membimbing pelajar selama 16 minggu untuk menerbitkan filem cereka/dokumentari/animasi secara berkumpulan.
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada pengalaman, percambahan idea dan gaya bekerja industry, di samping sebagai persediaan pelajar melaksanakan projek akhir pengajiannya.
4. AFV 6224 Latihan Ilmiah
Kursus ini adalah untuk menguji kemampuan pelajar melakukan kajian dan menyediakan satu penulisan ilmiah yang baik dan berkualiti belandaskan teori, kaedah dan teknik penulisan ilmiah yang sesuai dan tepat. Pelajar perlu membentangkan kertas cadangan mereka sebelum melakukan persiapan dalam bentuk penyelidikan dan seterusnya menulis bab demi bab di bawah pemantauan penyelia yang dipilih.
5. AFV 6244
Sinematografi Lanjutan
Kursus ini memberikan pengetahuan pragmatic dan teknik dengan sandaran ilmu estetik seluruh jangkauan profesional tentang sinematografi. Pelajar akan dipimpin untuk mendapatkan pengetahuan dan amalan profesional, teori di belakang praktik, mendedahkan perkongsian ilmu di antara Pengarah dan Pengarah Fotografi, menjelajah tahap tertinggi dalam sinematografi, idea-idea berhubungan dengan eksperimentasi pada fotografi, dan mengenal teknologi sinematografi secara kreatif. Pada tahap ini, pelajar akan didedahkan dengan penggunaan peralatan kamera filem dan High-Definition/Sinematografi Digital sepenuhnya secara berkesan.
7. AFV 6996
Penilaian Tahun Akhir
Kursus ini adalah sebagai bimbingan pelajar dalam membuat Projek Tahun Akhir (PeTA). Kursus ini memastikan idea, skrip dan perancangan produksi dikembangkan sepenuhnya semasa pelajar membuat projek yang telah ditetap dan dipersetuju oleh fakulti.
TAHUN 3 SEMESTER II
1. AFT 6059Latihan Industri
Setiap pelajar wajib menjalani Latihan Industri selama satu semester iaitu minima 4 bulan. Pelajar akan mendapat pendedahan melalui pengalaman bekerja di luar kampus. Secara amnya, pelajar akan didedahkan kepada cara persekitaran bekerja yang sebenar di dalam industri seni. Pelajar perlu mencari sendiri penempatan untuk Latihan Industri. Pihak fakulti akan memantau dengan setiap pelajar akan diselia oleh seorang penyelia.