• Tidak ada hasil yang ditemukan

1. AMZ 4251

Lyric Diction - Itali

Kursus yang disediakan untuk pelajar vokal di mana pelajar mempunyai kemahiran dalam sebutan melalui nyanyian yang disampaikan. Kursus ini diadakan dapat membantu pelajar dalam pendengaran, sebutan dan penyebutan yang betul berdasarkan simbol dan transkripsi IPA (International Phonetics Alphabets). Ia juga memerlukan pelajar membaca dan menyebut dengan betul setiap perkataan yang terdapat di dalam lirik nyanyian mereka.

2. AMZ 5271

Lyric Diction - Peranchis

Kursus yang disediakan untuk pelajar vokal di mana pelajar mempunyai kemahiran dalam sebutan melalui nyanyian yang disampaikan. Kursus ini diadakan dapat membantu pelajar dalam pendengaran, sebutan dan penyebutan yang betul berdasarkan simbol dan transkripsi IPA (International Phonetics Alphabets). Ia juga memerlukan pelajar membaca dan menyebut dengan betul setiap perkataan yang terdapat di dalam lirik nyanyian mereka.

3. AMZ 4332

Ensembel Major I

Kursus ini memperkenalkan para pelajar kepada teknik bermain muzik secara berkumpulan (ensemble playing) samada menerusi genre muzik klasikal, moden dan tradisional. Pelajar akan didedahkan dengan repertoire tahap sederhana yang bersesuaian mengikut kapasiti kumpulan ensemble masing-masing.

| 43

Antara kumpulan ensemble yang ditawarkan adalah:

Klasikal : Ensemble Piano, String, Brass, Wind dan Voice

Tradisional : Caklempung, Gamelan, Keroncong, Ghazal, Muzik Cina, Muzik Melayu, Dondang Sayang, Muzik India, Muzik Makyung, Muzik Wayang Kulit, Paluan Melayu, Paluan Silat

Moden : Jazz, Pop & Rock, Percussions

4. AMZ 41043

Tinjauan Muzik Malaysia

Kursus ini akan membincangkan jenis-jenis muzik rakyat tradisi yang utama merangkumi aspek persejarahan, perkembangan dan peranannya di dalam masyarakat serta sifat-sifat kebudayaan di mana muzik itu dicipta. Ianya juga membincangkan secara terperinci perihal muzik tradisional yang terdapat di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi penekanan terhadap aspek persejarahan dan sistem muziknya. Ini termasuklah dari aspek peralatan, melodi dan struktur bentuk, elemen komposisi dan improvisasi mengikut pengaruh idiosinkrasi masing-masing untuk tujuan perbandingan dan makna muzikal serta fungsinya dalam masyarakat.

5. AMZ 4072 Koir I

Pelajar terlibat dalam latihan koir selama 2 jam seminggu yang merangkumi semua aspek kemahiran teknikal, interpretasi dan bacaan not. Pelajar akan didedahkan kepada nyanyian secara beramai-ramai menggunakan teknik Soprano, Alto, Teno, Bass. Repertoire koir meliputi muzik klasik barat dan muzik etnik masyarakat di Malaysia.

6. AMZ 4261

Lyric Diction - Jerman

Kursus yang disediakan untuk pelajar vokal di mana pelajar mempunyai kemahiran dalam sebutan melalui nyanyian yang disampaikan. Kursus ini diadakan dapat membantu pelajar dalam pendengaran, sebutan dan penyebutan yang betul berdasarkan simbol dan transkripsi IPA (International Phonetics Alphabets). Ia juga memerlukan pelajar membaca dan menyebut dengan betul setiap perkataan yang terdapat di dalam lirik nyanyian mereka.

7. AMZ 4281 Lyric Diction –

English/Indonesia/Malaysi a

Kursus yang disediakan untuk pelajar vokal di mana pelajar mempunyai kemahiran dalam sebutan melalui nyanyian yang disampaikan. Kursus ini diadakan dapat membantu pelajar dalam pendengaran, sebutan dan penyebutan yang betul berdasarkan simbol dan transkripsi IPA (International Phonetics Alphabets). Ia juga memerlukan pelajar membaca dan menyebut dengan betul setiap perkataan yang terdapat di dalam lirik nyanyian mereka.

8. AMZ 4392

Ensembel Major II

Kursus ini memperkenalkan para pelajar kepada teknik bermain muzik secara berkumpulan (ensemble playing) samada menerusi genre muzik Klasikal, Moden dan Tradisional. Pelajar akan didedahkan dengan repertoire tahap sederhana yang bersesuaian mengikut kapasiti kumpulan ensemble masing-masing.

Antara kumpulan ensemble yang ditawarkan adalah:

Klasikal : Ensemble Piano, String, Brass, Wind dan Voice

Tradisional : Caklempung, Gamelan, Keroncong, Ghazal, Muzik Cina, Muzik Melayu, Muzik India, Muzik Makyung, Muzik Wayang Kulit, Paluan Melayu, Paluan Silat

Moden : Jazz, Pop & Rock, Percussions

9. AMZ 4082 Koir II

Kursus ini lanjutan daripada Koir I. Tumpuan diberikan nyanyian secara beramai-ramai menggunakan teknik Soprano, Alto, Teno, Bass.

Repertoire koir meliputi pelbagai jenis genre lagu moden dan lagu-lagu rakyat pelbagai bahasa.

| 44

10. AMZ 51052

Alat Muzik Minor I

Pelajar diperkenalkan kepada teknik asas permainan alat muzik (bukan Alat Muzik Major) samada instrumen klasikal, moden atau tradisional menerusi pemilihan repertoire dan teknik persembahan yang bersesuaian. Pembelajaran dibuat secara individu atau berkumpulan untuk meningkatkan kemahiran permainan, kesefahaman, interaksi dan penyampaian lagu.

11. AMZ 51073 Solfeggio I

Solfeggio (Solfège) merupakan metodologi pendidikan penting yang digunakan untuk mengasah kemampuan pelajar muzik untuk

mengenali (identify) nota muzik dan menyanyikannya secara semerta (sight-reading, sight-singing). Setiap suku-kata (do-re-mi-fa-sol-la-si/ti) yang digunakan mewakili tangga-nada sesebuah skala muzik.

Terdapat dua sistem yang digunakan:

i) ‘fixed-do’ di mana ‘do’ adalah notasi ‘C’,

ii) ’movable-do’ di mana ‘do’ merupakan nota pertama mana-mana skala yang digunakan.

Latihan Pendengaran

Kursus ini menguji ketajaman pendengaran di dalam menilai dan mengenalpasti not dan ritma yang didengar. Peningkatan di dalam skil sight-reading menggunakan cara perubahan tradisional di dalam ‘do’.

Penekanan kepada ritma, jeda dan nada. Pembelajaran di dalam skala major dan minor.

12. AMZ 51083 Harmoni I

Kursus ini mengajar bagaimana untuk menyusun sesuatu rangkaian kord dengan menggunakan prinsip-prinsip teori Harmoni Klasikal.

Fokus utama adalah kepada pembentukkan kord, jenis-jenis dan kepelbagaian progresi kord (chord progression). Selain dari itu, pelajar akan mempelajari Notasi Gregorian, Muzik Organum, Muzik Discant, Basso Ostinato, Muzik Polifoni, Muzik Homofoni, Teori Harmoni Asas (Tritone), Kadensa dan Modulasi.

Kursus ini juga memperkenalkan konsep ‘Counterpoint’ (kepada para pelajar) iaitu sejenis penulisan muzik secara polifonik mengikut pelbagai peraturan yang berkaitan dengan gerakan pic dan jeda pic. Para pelajar diajar prinsip-prinsip asas, pembentukkan, perkembangan dan pengaplikasian 'counterpoint' di dalam sesebuah penulisan.

13. AMZ 51292 Sejarah dan

Perkembangan Muzik Popular

Kursus ini akan melihat perkembangan muzik popular di Amerika Syarikat dari sekitar Tahun 1950-an dengan lahirnya muzik ‘Rock & Roll’

hinggalah ke masa kini. Pelajar berpeluang mengenali pelbagai genre muzik serta mengenali tokoh-tokoh dan pelopor dalam setiap genre serta elemen-elemen muzik dan lirik yang membezakan genre-genre tersebut. Fungsi muzik dalam masyarakat juga akan dilihat melalui genre-genre tertentu pada dekat dan masa tertentu.

14. AMZ 51303

Audio System Equipment and Design

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada konsep asas bunyi dan komponen-komponen sesebuah sistem audio serta prinsip yang terlibat di dalam rekaan komponen tersebut. Pelajar akan mempelajari fungsi serta cara-cara pengendalian komponen ini disamping mempelajari teknik mereka-cipta sebuah sistem audio bagi kegunaan tertentu dengan penekanan kepada sistem bunyi langsung dan sistem bagi studio rakaman.

15. AMZ 51172

Alat Muzik Minor II

Pelajar diperkenalkan kepada teknik asas permainan alat muzik (bukan Alat Muzik Major) samada instrumen klasikal, moden atau tradisional menerusi pemilihan repertoire dan teknik persembahan yang bersesuaian. Pembelajaran dibuat secara individu atau berkumpulan untuk meningkatkan kemahiran permainan, kesefahaman, interaksi dan penyampaian lagu. Repertoire persembahan merupakan lagu-lagu yang asas kepada alat muzik tersebut.

| 45

16. AMZ 51203

Solfeggio II

Lanjutan kepada kursus Solfeggio I. Penekanan dibuat terutamanya terhadap tahap kesukaran latihan di mana kepelbagaian nota, skala dan ritma diterapkan.

Latihan Pendengaran.

Pengenalan skala ‘modes’ iaitu Lydian, Mixolyidian dan Locrian di dalam skil nyanyian semerta. Peningkatan kefahaman terhadap nilai ritma, jeda dan nada serta kod-kod major dan minor yang mengandungi tambahan ‘tension 9th and 11th’.

17. AMZ 51213 Harmoni II

Lanjutan kepada kursus AMZ 51083 Harmoni I dengan lebih terperinci dan mendalam terhadap teori, teknik dan konsep yang digunakan.

18. AMZ 51313

Teori Midi dan Sekuen

Dalam kursus ini, pelajar-pelajar akan diperkenalkan kapada asas sistem MIDI yang merangkumi peralatan dan perisian serta protocol MIDI itu sendiri. Pelajar-pelajar juga akan didedahkan kapada teknik-teknik sekuen, suntingan serta penggunaan bunyi maya menerusi perisian Cubase dan Pro Tools demi meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan muzik dan gubahan untuk rakaman.

19. AMZ 51342 Prinsip Akustik

Pelajar akan diperkenalkan kepada prinsip asas akustik termasuk faktor-faktor yang mempengaruhi persekitaran akustik dan pendengaran termasuk di dalam studio rakaman, dewan tertutup dan terbuka selain daripada terma-terma yang digunakan di dalam prinsip akustik. Juga pelajar-pelajar akan dapat memahami ciri-ciri akustik sesuatu ruang terutama dewan-dewan persembahan berasaskan saiz dan bahan disekelilingnya, serta dapat mengatasi dan menganalisa fenomena akustik dengan menggunakan perkiraan secara saintifik dan sistematik.

20. AMZ 51353

Live Sound Production

Kursus yang direka untuk mempelajari asas penataan bunyi secara terus menerus. Penekanan diberikan kepada aplikasi penataan bunyi bagi lokasi di dalam dan di luar bangunan; di mana komponen-komponen sistem bunyi akan dikaji secara terperinci.

21. AMZ 61072

History of Experimental and Electronic Music

Kursus ini menerangkan latar belakang istilah “Muzik Eksperimental”

yang menggambarkan muzik dalam genre tertentu yang digubah tanpa menggunakan prinsip-prinsip teori dan harmoni tradisional. Pelajar juga diajar perihal “Muzik Elektronik” iaitu muzik yang dihasilkan melalui penggunaan alat-alat (muzik elektronik), teknologi (muzik) elektronik secara kendiri atau gabungan. Selain daripada itu, penekanan dibuat tentang hubungkait yang wujud di antara kedua-dua jenis muzik ini.

| 46

FAKULTI TEATER