• Tidak ada hasil yang ditemukan

IJAZAH SARJANA MUDA FILEM DAN VIDEO DENGAN KEPUJIAN (PENGARAHAN)

Tahun SEMESTER I SEMESTER II

Kod Kursus Kod Kursus

1

KUR 4011 Kokurikulum I KUR 4021 Kokurikulum II

AWA 4172 Kesenian Tradisional AWA 4222 Sejarah dan Falsafah Seni AWA 4182 Bahasa Inggeris AWA 4232 Pengajian Islam/Moral AWA 4192 Bahasa Melayu Gunaan AWA 4242 Bengkel Teater Tradisional I

AFV 4013 Teori dan Kritikan Filem AFV 4083 Pengurusan Produksi AFV 4023 Sejarah Filem Dunia AFV 4096 Penerbitan Filem Pendek AFV 4033 Sosiologi dan Salasiah

Penceritaan Filem AFV 4104 Kraf Pengarahan AFV 4043 Asas Penerbitan Filem dan

Video AFV 4114 Pengarahan Aktor

19 unit kredit 24 unit kredit

2

AWA 5172 Metodologi Penyelidikan AWA 5212 Hubungan Etnik AWA 5192 Pemikiran Kreatif dan

Kritis AWA 5232 Produksi Teater Tradisional AWA 5222 Bengkel Teater

Tradisional II AFT 5044 Penerbitan Kamera Berbilang AFV 5243 Pengurusan Pemasaran

dan Promosi AFT 5053 Pewarnaan Visual

AFV 5256 Penerbitan Filem

Dokumentari AFT 5064 Produksi Cereka

AFV 5264 Visi Pengarahan AFT 5073 Kraf Pengarahan AFV 5274 Auteur Filem

23 unit kredit 18 unit kredit

3

AWA 6082 Undang-undang dan

Keusahawan Seni AFT 6059 Latihan Industri AWA 6092 Tamadun Islam dan

Tamadun Asia (TITAS) AFV 6192 Projek Awal

AFV 6203 Teknologi Kesan Khas AFV 6216 Penerbitan Produksi AFV 6224 Latihan Ilmiah AFV 6234 Pengarahan Lanjutan AFV 6996 Penilaian Tahun Akhir

(PeTA)

29 unit kredit 9 unit kredit

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 28

FAKULTI 80

ELEKTIF 12

120

| 96

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1. AFV 4013

Teori Dan Kritikan Filem

Kursus ini akan meneliti terhadap teori-teori filem klasik dan kontemporari seperti mengenali genre, auteur dan isu-isu utama dalam perkembangan ilmu teori filem. Pelajar juga didedahkan kepada ilmu kritikan filem yang akan menyentuh perkara seperti prinsip-prinsip dan disiplin kritikan filem.

2. AFV 4023

Sejarah Filem Dunia

Kursus ini mengkaji sejarah filem dunia dari era ‘filem bisu’ Eropah, USA, Rusia dan Sinema Dunia ketiga yang merangkumi aspek-aspek pra-studio dan system studio. Mengkaji kedatangan pengarah-pengarah dari luar Negara ke Malaysia serta peralihan peranan pelakon-pelakon bangsawan ke filem.

3 AFV 4033

Sosiologi dan Salasilah Penceritaan Filem

Kursus ini adalah untuk pelajar memahami dan menganalisis filem sebagai bentuk isu-isu sosial masyarakat. Perbincangan dan penelitian tertumpu kepada filem-filem genre, realisme, neorealisme dan sosialrealisme serta peranan dan kesannya kepada masyarakat. Kursus ini juga akan melihat bagaimana struktur naratif penceritaan mempengaruhi aspek narativiti filem. Pendedahan kursus terhadap karya-karya hikayat, cerita-cerita jenaka dan novel sastera terkemuka tanah air akan menjadi dorongan penghasilan filem-filem bercorak Malaysia.

4 AFV 4043

Asas Penerbitan Filem dan Video

Kursus ini menyediakan pelajar kepada latihan-latihan asa penerbitan filem dan mengasah daya kreatif pelajar dalam mencari cara dan kesesuaian mengutarkan visual sebagai medium untuk bercerita. Kursus ini juga akan menyentuh semua aspek asas penerbitan sebuah produksi filem.

TAHUN 1 SEMESTER II

1. AFV 4083

Pengurusan Produksi

Kursus ini memberi tumpuan terhadap latihan membina skil pengurusan dan perniagaan dalam bidang produksi filem. Pelajar akan lebih memahami peranan dan tanggungjawab penerbit, pernibt eksekutif, line-producer, pengurus produksi dan lain-lain. Pelajar juga akan diajar secara lebih tersusun bagimana menyediakan perancangan dan bajet; proposal projek dan sebagainya. Aspek pengurusan kewangan dan perakaunan lebih diberi penekanan dalam kursus ini. Para pelajar akan didedahkan dengan Kunci kira-kira (Kedudukan kewangan); Analisa ratio (untuk mengukur prestasi kewangan tahunan); Pakej perakaunan (MYOB); Bajet produksi;

Punca dan sumber kewangan; Insetif dan galakan

2. AFV 4096

Penerbitan Filem Pendek

Kursus ini adalah sebagai bimbingan pelajar dalam membuat Projek Tahun Akhir (PeTA). Kursus ini memastikan idea, skrip dan perancangan produksi dikembangkan sepenuhnya semasa pelajar membuat projek yang telah ditetap dan dipersetuju oleh fakulti

3. AFV 4104 Kraf Pengarahan

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada persediaan-persediaan seorang pengarah yang diibaratkan sebagai “penukang” untuk membentuk karya filem & video. Kursus ini meliputi pembelajaran mengenai asas-asas penceritaan visual; pengarahan kamera dari sudut mise-en-scene;

mengedalikan tugas-tugas pra-produksi; kesinambungan (continuity); dan bagaimana mengarah karya berbentuk fiksyen dan bukan fiksyen

| 97

4. AFV 4114 Pengarahan Aktor

Kursus ini melatih pelajar mengenai pendekatan-pendekatan terbaik yang digunakan oleh seorang pengarah dalam berhubung serta bekerjasama dengan pelakon. Penekanan kursus terhadap latihan-latihan mencari

‘rentak emosi’ dan ‘objektif watak’ dalam lakon layar bagi memperbaiki persembahan pelakon. Pembelajaran meliputi kaedah pemahaman skrip dan perwatakan; pemilihan pelakon (casting); blocking; lakonan untuk kamera; tradisi dan kaedah lakonan; hubungan pengarah-pelakon serta improviasi.

TAHUN 2 SEMESTER I

1. AFV 5243

Pengurusan Pemasaran dan Promosi

Kursus ini akan memberikan pelajar pemahaman pengurusan makro, pemasaran dan promosi dan kegunaanya untu pengeluar kandungan Filem

& Video. Kursus ini akan membimbing pelajar dalam aspek pemasaran pengeluaran kandungan, kesedaran dari pelbagai daerah, bagaimana mereka bekerja, implikasi mereka dan bagaimana cara terbaik untuk memaksimumkan usaha-usaha kreatif mereka.

2. AFV 5256 Penerbitan Filem Dokumentari

Kursus ini dijalankan sepenuhnya dalam bentuk bengkel penerbitan dan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam penerbitan filem dokumentari. Kursus ini akan membimbing pelajar menerbitkan filem pendek dokumentari tidak lebih 20 minit dari peringkat mencari idea, penyelidikan, pra-produksi dan pasca produksi. Topik-topik bengkel merangkumi pengenalan, sejarah dan perkembangun dokumentari, asas penerbitan dokumentari, kertas cadangan dan pembangunan idea, penyelidikan, pembentangan idea, struktur dan pendekatan, treatment, pengurusan produksi, produksi, penyuntingan visual dan bunyi serta tayangan.

3. AFV 5264 Visi Pengarahan

Kursus ini mendedahkan pelajar terhadap gaya pengarah-pengarah filem terkemuka membina penceritaan visual ( visual storytelling) dan bagaimana mereka menggunakan mise-en-scene sebagai kaedah berkesan menyampaikan cerita. Kursus akan melihat bagaimana seseorang pengarah itu adalah author pada setiap sekuen. Pelajar akan dilatih memahami kaedah bagaimana filem-filem bisu membina konflik dan menerapkan kaedah ini di dalam filem moden terutamanya pada sekuen yang melibatkan ketegangan atau suspen. Matlamat kursus adalah untuk membina kekuatan seseorang pengarah berdepan dengan cabaran visual, dramatik dan teknikal, selain perlu memiliki kekuatan gaya seni bercerita.

4. AFV 5274 Auteur Filem

Kursus ini akan memperkenalkan para pelajar kepada karyawan-karyawan dan pengarah-pengarah filem terkenal di arena filem antarabangsa yang bergelar ‘auteur’ – antaranya ialah Rosellini, Federico Fellini, Vittorio de Sica, Ingmar Bergman, Francoise Trauffaut, Alfred Hitchcock, John Ford, David Lean, Bernando Bertolucci, Guisseppe Tornatore dan lain-lain.

Kursus memberi tumpuan terhadap idea filem, aliran pemikiran, gaya sinema (cinematic style) yang dipelopori dan diketengahkan oleh karyawan-karyawan filem mini.

| 98