1. AFV 6192 Projek Awal
Satu peringkat persediaan sebelum melakukan Penilaian Tahun Akhir.
Setiap pelajar dikehendaki menyediakan skrip dan proposal secara individu atau berkumpulan berdasarkan bidang yang akan dilakukan dan dinilai pada Penilaian Tahun Akhir sama ada dari aspek Pengarahan, Sinematografi, Penyuntingan, Penataan Bunyi, Pengurusan Produksi atau Rekaan Produksi. Para pelajar dikehendaki membentangkan skrip dan proposal kepada sebuah panel yang terdiri daripada pihak fakulti, pensyarah dan industry. Setiap pelajar akan diselia oleh seorang penyelia yang akan bertindak sebagai pembimbing dan penasihat pelajar dari peringkat pra-produksi, produksi dan pasca produksi berdasarkan pengkhususan yang akan diambil dan dinilai pada peringkat Penilaian Tahun Akhir.
2. AFV 6203
Teknologi Kesan Khas
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada teknik penggambaran dengan menggunakan teknologi kesan khas. Pembelajaran secara teori dan praktikal akan memuatkan proses penyediaan bahan serta penggunaan teknik konvesional dan terkini dalam penggambaran dan juga pasca penggambaran bagi menghasilkan filem dan video yang bermutu.
3. AFV 6216
Penerbitan Produksi
Kursus Penerbitan Produksi ini akan dijalankan oleh pensyarah atau karyawan tamu dalam pelbagai displin pengkhususan fakulti. Karyawan-karyawan tamu yang dijemput adalah terdiri daripada penggiat industry dari dalam dan luar Negara untuk berkongsi ilmu dan pengalaman pembikinan filem. Pensyarah dan Karyawan-karyawan tamu akan membimbing pelajar selama 16 minggu untuk menerbitkan filem cereka/dokumentari/animasi secara berkumpulan. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada pengalaman, percambahan idea dan gaya bekerja industry, di samping sebagai persediaan pelajar melaksanakan projek akhir pengajiannya.
4. AFV 6224 Latihan Ilmiah
Kursus ini adalah untuk menguji kemampuan pelajar melakukan kajian dan menyediakan satu penulisan ilmiah yang baik dan berkualiti belandaskan teori, kaedah dan teknik penulisan ilmiah yang sesuai dan tepat. Pelajar perlu membentangkan kertas cadangan mereka sebelum melakukan persiapan dalam bentuk penyelidikan dan seterusnya menulis bab demi bab di bawah pemantauan penyelia yang dipilih.
5. AFV 6234
Pengarahan Lanjutan
Kursus ini melatih pelajar mengenai pendekatan-pendekatan terbaik yang digunakan oleh seorang pengarah dalam berhubung serta bekerjasama dengan pelakon. Penekanan kursus terhadap latihan-latihan mencari
‘rentak emosi’ dan ‘objektif watak’ dalam lakon layar bagi memperbaiki persembahan pelakon. Pembelajaran meliputi kaedah pemahaman skrip dan perwatakan; pemilihan pelakon (casting); blocking; lakonan untuk kamera; tradisi dan kaedah lakonan; hubungan pengarah-pelakon serta improvisasi.
6. AFV 6996
Penilaian Tahun Akhir
Kursus ini adalah sebagai bimbingan pelajar dalam membuat Projek Tahun Akhir (PeTA). Kursus ini memastikan idea, skrip dan perancangan produksi dikembangkan sepenuhnya semasa pelajar membuat projek yang telah ditetap dan dipersetuju oleh fakulti.
TAHUN 3 SEMESTER II
1. AFT 6059Latihan Industri
Setiap pelajar wajib menjalani Latihan Industri selama satu semester iaitu minima 4 bulan. Pelajar akan mendapat pendedahan melalui pengalaman bekerja di luar kampus. Secara amnya, pelajar akan didedahkan kepada cara persekitaran bekerja yang sebenar di dalam industri seni. Pelajar perlu mencari sendiri penempatan untuk Latihan Industri. Pihak fakulti akan memantau dengan setiap pelajar akan diselia oleh seorang penyelia.
| 99
KURSUS ELEKTIF
KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER
PENAWARAN KLASIFIKASI
APN 4213 Karya Agung Melyu Tahun 1, Semester I Kreatif
APN 4223 Pembangunan Idea Tahun 1, Semester I Kreatif
APN 4233 Cereka Melayu Moden Tahun 1, Semester I Kreatif
APN 4243 Drama Melayu Moden Tahun 1, Semester I Kreatif
APN 4253 Teori Penulisan Filem dan
TV Tahun 1, Semester I Kreatif
AFT 4023 Sinematografi Tahun 1, Semester I Kursus Elektif bagi pelajar
dari lain-lain fakulti
APN 4263 Psikologi Watak Tahun 1, Semester II Psikologi
APN 4303 Penulisan Drama
Televisyen Tahun 1, Semester II Layar
APN 4313 Penulisan Filem Pendek Tahun 1, Semester II Layar
AFT 4063 Rekaan Produksi Tahun 1, Semester II Kursus Elektif bagi pelajar
dari lain-lain fakulti
APN 5273 Penulisan Lakon Layar Tahun 2, Semester I Kursus Elektif bagi
pelajar program Filem
APN 5443 Penulisan Puisi dan Lirik Tahun 2, Semester I Kreatif
APN 5413 Desktop Publishing Tahun 2, Semester II Teknologi Komputer
AFT 6003 Perniagaan Filem Tahun 3, Semester I Kursus Elektif bagi pelajar
dari lain-lain fakulti
RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF
1. APN 4213
Karya Agung Melayu
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada karya-karya agung Melayu yang pernah diterbitkan, bagi memberikan gambaran menyeluruh kepada mereka tentang sejarah dan tamadun bangsa Melayu pada zaman silam. Di samping itu, nilai keintelektualan serta kearifan bangsa Melayu juga dapat dilihat serta dianalisis melalui karya-karya berkenaan, membuktikan ketinggian budaya serta peradaban Melayu sejak dahulu kala lagi. Naskhah-naskhah seperti Sulalatus As-Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa dan sebagainya itu jelas memperlihatkan kekayaan khazanah kesusasteraan Melayu sebagai warisan mutlak yang tidak ternilai harganya.
2. APN 4223
Pembangunan Idea
Melalui kursus ini pelajar terlebih dahulu didedahkan kepada seaneka idea, sebelum idea-idea itu disaring bagi mendapatkan idea terbaik bagi karya kreatifnya (cereka, drama dan lakon layar). Selepas itu pelajar didedahkan pula kepada teknik pembangunan idea. Gabungan idea yang baik dengan teknik yang sesuai akan dapat melahirkan karya yang bermutu dan berkesan.
3. APN 4233
Cereka Melayu Moden
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada genre cereka Melayu moden, sejak zaman awal pertumbuhannya sehinggalah sejarah perkembangannya yang telah merentasi beberapa dekad. Pelajar juga akan didedahkan kepada contoh-contoh cerpen (cerita pendek) dan novel terbaik yang pernah tercipta pada dekad tertentu, termasuk mengenali tokoh-tokoh penulisnya. Penelitian terhadap karya terpilih akan tertumpu kepada aspek struktur, tema, watak, gaya bahasa dan pemikiran.
| 100
4. APN 4243Drama Melayu Moden
Sejarah perkembangan drama Melayu moden dikatakan bermula pada tahun 1951 apabila skrip Megat Terawis diterbitkan. Sejak itu petumbuhannya berlaku dengan kadar yang agak perlahan, namun tidak kurang menariknya untuk diperhatikan. Melalui kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada sejarah genre drama Melayu melalui penelitian tehadap karya-karya terbaik pilihan yang mewakili dekad dan tokoh-tokoh yang terlibat. Drama-drama karya Shaharom Husain, Usman Awang dan Kala Dewata antaranya sangat dominan pada era masing-masing dan menjadi tumpuan kajian dalam kursus ini. Demikian seterusnya perkembangan pada dekad-dekad berikut hinggalah ke penghujug abad ke-20.
5. APN 4253
Teori Penulisan Filem dan Televisyen
Kursus ini memperkenalkan genre penulisan lakon televisyen atau lakon layar untuk medium televisyen dan filem (untuk pawagam).
Pelajar antara lainnya akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai kedua-dua medium tersebut sebagai wahana hiburan yang terpenting. Seterusnya kursus ini akan memperkenalkan asas-asas penulisan lakon televisyen/lakon layar (filem cereka), termasuk kaedah, teknik, pendekatan dan format penulisan. Selain itu, kursus ini juga memperkenalkan beberapa jenis atau genre lain yang biasa disiarkan melalui medium televisyen, seperti dokumentari, majalah dan seumpamanya.
6. APN 4263 Psikologi Watak
Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada ilmu dan teori psikologi dalam hubungannya dengan watak manusia yang menjadi bahan utama dalam setiap genre penulisan kreatif (naratif dan dramatik). Manusia sebagai watak dalam penulisan akan dikaji dan difahami sifat-sifat serta masalahnya serta dikaitkan dengan tindak-tanduk yang dilakukannya. Aspek kejiwaan manusia diteliti dengan lebih mendalam bagi memberikan kefahaman kepada pelajar akan faktor-faktor yang mendorong ke arah timbulnya masalah yang berkaitan itu. Watak-watak manusia terpilih, sama ada daripada karya kreatif (cereka, drama pentas, televisyen dan filem) atau daripada kehidupan seharian akan dijadikan kes kajian dalam membantu memperjelaskan aspek psikologi yang berkenaan.
7. APN 4303
Penulisan Drama Televisyen
Lanjutan daripada kursus APN4122 Teori Penulisan Filem dan Televisyen. Melalui kursus ini, pelajar akan diperkenalkan dengan lebih lanjut mengenai bentuk-bentuk atau jenis/genre drama televisyen yang utama, iaitu drama bersiri (serial), komedi situasi (situational comedy) dan cereka televisyen (telemovie / made for tv movie). Pelajar turut meneliti beberapa skrip/lakon televisyen atau video contoh sebagai bahan perbincangan dan perbandingan. Akhirnya pelajar akan didedahkan dengan teori, kaedah, pendekatan, teknik dan format penulisan lakon televisyen/lakon layar drama televisyen yang betul bagi menghasilkan karya sendiri.
8. APN 4313
Penulisan Filem Pendek
Lanjutan daripada kursus APN 4253 Teori Penulisan Filem dan Televisyen. Kursus ini akan memperkenalkan satu lagi bentuk penulisan lakon layar untuk medium filem, iaitu filem pendek. Berbeza dengan filem cereka yang durasinya antara 90 - 120 minit, filem pendek hanya di sekitar 1 - 30 minit. Pelajar akan dibimbing khusus untuk memahami dan memahirkan diri dalam penulisan genre ini meskipun mereka juga mengikuti kursus penulisan lakon layar (filem cereka).
Filem pendek dikenali sebagai genre yang mempunyai hanya satu plot, dengan watak yang terhad dan konsep ‘akhiran terbuka’. Genre ini dapat diklasifikasikan kepada empat bentuk, iaitu realis, formalis, klasisis dan eksperimental.
| 101
9. APN 5443Penulisan Puisi Dan Lirik
Tradisi penciptaan puisi sudah berakar umbi dalam sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu sejak dahulu kala lagi. Puisi tradisional Melayu seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan teromba telah tercipta dan berkembang secara lisan dalam kalangan orang Melayu terutamanya, sehingga dianggap sebagai genre sastera Melayu terawal, di samping sastera hikayat (cerita lipur lara). Melalui kursus ini, setelah diperkenalkan dengan puisi tradisional, pelajar akan didedahkan pula kepada puisi moden (sajak) Melayu dari aspek sejarah pertumbuhan dan perkembangan, sebelum mereka diajar mengenai teori, kaedah, teknik serta pendekatan penulisan puisi.
10. APN 5413
Desktop Publishing
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada dunia penerbitan dan percetakan pada peringkat asas melalui teknologi komputer. Melalui kursus ini, antara lain pelajar akan didedahkan kepada pengaplikasian perisian (software, antaranya InDesign, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator) yang berkaitan dengan penerbitan dan percetakan, rekaan grafik dan ilustrasi serta rekaletak untuk buku, majalah dan akhbar serta bahan-bahan bercetak lain, termasuk brosur, poster, buku program dan sebagainya. Kursus ini penting untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai asas dunia penerbitan dan keusahawanan buku.
11. AFT 4023 Sinematografi
Kursus ini memberi pengetahuan asas tentang prinsip dan komponen rekaan visual yang diguna pakai dalam sinematografi untuk tujuan penceritaan dan komunikasi visual. Pelajar akan didedahkan kepada penggunaan dan peranan kamera sebagai alat perakam sinematografi dari aspek teknikal dan kreatif. Tumpuan akan diberi kepada kefahaman tentang kesan dan peranan pencahayaan dalam pembentukan imej serta mengenal pasti akan elemen-elemen yang dijadikan isian sesuatu shot.
12. AFT 4063
Rekaan Produksi
Kursus rekaan produksi ini menekankan asas pemahaman dan tanggungjawab bahagian seni (art department) dan implimentasi teknik-teknik dalam rekaan produksi. Kursus ini menekankan keseimbangan pembelajaran di antara konsep dan praktis serta peringkat asas membentuk dan melatih pelajar sebagai Pereka Produksi untuk filem-filem cereka dan animasi. Topik-topik pembelajaran merangkumi asas-asas rekaan produksi; penceritaan sinema; teori warna; lukisan untuk rekaan produksi; pemecahan skrip (script breakdown), rekaan di lokasi;
proses penyelidikan dan persembahan, pembentangan dan pengurusan bahagian seni.
13. AFT 6003
Perniagaan Filem
Para pelajar akan diajar, dibimbing dan dilatih secara teori dan praktikal mengenai aspek-aspek asas pengendalian dan perniagaan filem.
Mereka juga akan dilatih tentang hal ehwal pengurusan kewangan dalam produksi, pengurusan syarikat produksi, proses dokumentasi dengan pihak yang berkaitan dengan produksi dan pemasaran dan promosi. Dengan kemahiran asas dalam bidang ini, para pelajar akan dapat mentadbir sesebuah produksi dengan lebih tersusun dan cekap.
Pendedahan ini sangat penting supaya mereka berupaya mengendalikan sesebuah penerbitan dengan sempurna dan teratur apabila mereka mula berkecimpung dalam dunia penerbitan sebenar.