RINGKASAN KURSUS-KURSUS WAJIB FAKULTI
TAHUN 4 SEMESTER I 1. ARV 7016
Latihan Industri
Pelajar akan mendapat pendedahan melalui bekerja di luar kampus.
Secara amnya, pelajar didedahkan kepada cara persekitaran bekerja yang sebenar di dalam industri seni kreatif. Setiap pelajar wajib mengikuti Latihan Industri ini selama satu semester (4 bulan). Pelajar dikehendaki menyediakan laporan tugas harian sepanjang mereka mengikuti Latihan Industri. Prestasi semasa latihan akan dinilai oleh seorang penyelia dari industri dan seorang penyelia dari fakulti. Markah penilaian latihan industri akan terdiri daripada markah penilaian daripada penyelia industri, penyelia akademik dan juga laporan buku log yang dihantar selepas tamat tempoh latihan.
| 134
KURSUS ELEKTIF
KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER
PENAWARAN
ARV 4053 Lukisan Anatomi Tahun 1 Semester I
ARV 4063 Teori Rekaan Tahun 1 Semester I
ARV 4073 Rekaan Set dan Prop Tahun 1 Semester I
ARV 4123 Kajian Bentuk Tahun 1 Semester II
ARV 4133 Reka Grafik 3D Tahun 1 Semester II
ARV 4143 Teknologi Bunyi dan Kesan Khas Tahun 1 Semester II
ARV 5193 Teknologi Cetakan Tahun 2 Semester I
ARV 5203 Rekabentuk Pembungkusan dan Pengiklanan Tahun 2 Semester I
ARV 5213 Rekaan Cahaya Tahun 2 Semester I
ARV 5273 Ruang Perspektif Tahun 2 Semester II
ARV 5283 Rekabentuk Identiti Korprat Tahun 2 Semester II
ARV 5293 Rekaan Kostum dan Solekan Tahun 2 Semester II
RINGKASAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF
1. ARV 4053
Lukisan Anatomi
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar untuk memahami struktur, kadar banding, pergerakan dan pengompotan dalam lukisan figura. Pelajar juga diberi pendedahan tentang penggunaan garisan, tona, bentuk dan ruang dengan menggunakan pelbagai alat dan bahan bagi menghasilkan figura dari pelbagai komposisi dan sudut pandang. Sesi kritik diadakan secara berterusan bagi meningkatkan kefahaman pelajar tentang lukisan figura.
2. ARV 4063 Teori Rekaan
Kursus ini memberi penekanan kepada pelajar berkaitan teori-teori dalam seni rekaan grafik. Pelajar akan didedahkan dengan beberapa konsep seperti teori pemahaman warna, falsafah serta elemen dan prinsip dalam rekaan.
3. ARV 4073
Rekaan Set dan Prop
Kursus yang menjurus kepada pengenalan dan pendedahan berkenaan dengan rekaan set dan prop secara teori dan praktikal merangkumi segala aspek pemikiran idea dalam menjayakan sesebuah produksi.
Kursus ni juga merangkumi lakaran teknikal 2D, lakaran melalui perisian komputer 3D dan kerja pertukangan di dalam bengkel yang mengambil kira aspek keselamatan serta teknik kemahiran menggunakan peralatan pertukangan.
4. ARV 4123 Kajian Bentuk
Kursus yang menjurus kepada pengenalan dan pendedahan berkenaan dengan bentuk sesuatu objek. Pelajar akan didedahkan kepada peranan cahaya dan bayang, proses melukis, baik secara teori dan praktikal bagi menghasilkan lukisan terutamanya dalam bentuk lukisan hitam dan putih.
5. ARV 4133 Reka Grafik 3d
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar kepada pemodelan 3D.
Pelajar akan mempelajari konsep dan aplikasi 3D. Pelajar akan juga mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan 3D model dan integrasi tekstur, pencahayaan, dan rendering dalam menghasilkan satu rekaan.
| 135
6. ARV 4143
Teknologi Bunyi dan Kesan Khas
Subjek ini akan meneroka, memberi latihan serta pengalaman kepada pelajar mengenai teknologi bunyi dan kesan khas yang digunakan dalam produksi. Pelajar akan diperkenalkan kepada asas prinsip rekaan audio dan kesan khas untuk persembahan. Subjek ini juga akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan kerja teknikal iaitu kaedah dan peralatan yang digunakan. Pelajar juga akan didedahkan kepada teknologi terkini yang digunakan dipasaran. Penekanan akan diberi kepada kerja praktik didalam sesi yang diaturkan didalam kelas.
7. ARV 5193
Teknologi Cetakan
Dengan menggunakan prinsip-prinsip dan teknik-teknik penyelidikan, kursus ini memperkenalkan, membincangkan isu-isu teknologi cetakan yang bertemakan Seni dan Gaya. Pelajar akan digalakkan untuk membangunkan dan mencadangkan isu berdasarkan tema yang diberikan dengan menggunakan mana-mana medium seni teknologi cetakkan seperti Intaglio, silkscreen, woodcut, linocut, mix-media.
8. ARV 5203 Rekabentuk
Pembungkusan dan Pengiklanan
Kursus ini menerangkan fungsi asas pembungkusan dan pengiklanan serta peranannya sebagai alat pemasaran. Di sini pelajar didedahkan kepada pembentukan mereka ‘bentuk dan rupa’ dan peranan industri pembungkusan dalam kehidupan seharian. Disamping itu pelajar akan diperkenalkan dengan enam kunci asas dalam pengiklanan. Modul ini akan mendedahkan pelajar kepada kaedah konvensional dan digital dalam penghasilan rekabentuk pembungkusan dan pengiklanan.
9. ARV 5213 Rekaan Cahaya
Pelajar akan diperkenalkan kepada asas prinsip rekaan cahaya untuk persembahan. Subjek ini juga akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan kerja teknikal dalam bidang tatacahaya iaitu kaedah dan peralatan yang digunakan dan juga mengenai elemen yang boleh dikawal dan fungsi cahaya dalam tatacahaya. Pelajar juga akan didedahkan kepada teknologi yang terkini yang digunakan di pasaran.
Subjek ini juga akan menyentuh mengenai elemen kesenian, pemikiran dan gabungan kerja kraf rekaan tatacahaya. Penekanan akan diberi kepada kerja praktik didalam sesi yang diaturkan didalam kelas.
10. ARV 5273
Ruang Perspektif
Kursus ini memberi penekanan kemahiran terhadap ruang perspektif yang merangkumi lukisan perspektif, perspektif rekaan dalaman dan juga perspektif senibina. Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran proses, konsep, medium dan teknik yang digunakan untuk menghasilkan lukisan perspektif di atas permukaan dua dimensi.
11. ARV 5283
Rekabentuk Identiti Korporat
Kursus ini memberi latihan bagaimana proses penjenamaan sesebuah syarikat itu berlaku samada organisasi baru ataupun lama. Pelajar akan didedahkan dengan proses penjenamaan semula sesuatu syarikat bagi meningkatkan kepekaan dalam kreativiti terhadap situasi visual industri sesebuah organisasi berjenama. Pelajar akan diberi latihan dalam melakukan kerja-kerja grafik bagaimana untuk merancang dan mereka sesebuah rekaan identiti syarikat bergantung kepada pemilihan media yang sesuai dalam mempromosikannya.
12. ARV 5293
Rekaan Kostum dan Solekan
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mempelajari kerja-kerja merekabentuk kostum dan solekan serta juga kemahiran yang berkaitan dengan pembuatan kostum penggunaan material yang seduai bagi solekan. Pelajar akan diajar untuk membuat rekaan, lakaran dan membuat kostum dan solekan melalui proses penganalisaan karektor berdasarkan skrip dan konsep. Proses pembelajaran ini dilakukan melalui latihan kerja praktikal. Pembelajaran dan pengajaran ini juga akan menyentuh perkara-perkara seperti teknik, prosedur dan tatacara kerja dalam industri.