1. AMZ 51013
Teori Muzik & Aplikasi III
Pra-syarat Lulus AMZ 41073 Teori Muzik & Aplikasi II
Menganalisa teknik dan metod yang digunakan di dalam beberapa karya terpilih abad ke-19 dan abad ke-20 (dari perspektif skala, kord, teknik ritma, tonaliti, set teori dan serialism) selain dari pengenalan kepada principles of modal and harmonic counterpoint.
2. AMZ 51024
Alat Muzik Utama I
Pra-syarat Lulus AMZ 41063 Alat Muzik Major II dan AMZ 4261 Lyric Diction - Jerman (major vokal klasikal dan vokal moden sahaja)
Lanjutan kepada kursus Alat Muzik Major ll.
Kelas individu mingguan bersama pensyarah alat utama diteruskan.
Matlamat dan objektif kursus ditekankan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dari segi teknik, pemainan dan persembahan dan juga peningkatan tahap repertoire yang dipelajari. Pemberatan (pada jam kredit) dibuat ke atas kursus ini kerana pengkhususan modul adalah untuk menghasilkan pemuzik/penyanyi yang berkualiti tinggi, fleksibel dan profesional.
Seminar Persembahan / Resital ( Alat Muzik Klasikal )
Pelajar diwajibkan menganjur dan memberi satu persembahan secara solo dengan iringan atau secara berkumpulan. Persembahan ini akan dinilai oleh pensyarah alat muzik masing-masing.
Teknik Improvisasi
SEMUA Pelajar Instrumen sahaja. Kursus ini memperkenalkan para pelajar kepada teknik-teknik improvisasi yang diperlukan oleh pemuzik di mana teknik ini akan diaplikasikan ke atas setiap alat muzik major individu di dalam permainan sesebuah repertoire samada ianya berbentuk komposisi, idea atau gubahan semula. Ianya akan fokus kepada pemahaman tentang teknik-teknik improvisasi dari sudut teori dan praktikal.
3. AMZ 51042
Ensembel Major III
Pra-syarat Lulus AMZ 41093 Ensembel Major II
Lanjutan dari kursus Ensembel Major ll, kursus ini diteruskan mengikut objektif pencapaian yang telah gariskan. Perubahan kepada tahap kesukaran repertoire dilakukan untuk mempertingkatkan tahap persembahan pelajar bersesuaian dengan peningkatan pembelajaran setiap semester.
4. AMZ 51052 Alat Muzik Minor I
Pelajar diperkenalkan kepada teknik asas permainan alat muzik (bukan Alat Muzik Major) samada instrumen klasikal, moden atau tradisional menerusi pemilihan repertoire dan teknik persembahan yang bersesuaian. Pembelajaran dibuat secara berkumpulan untuk meningkatkan kemahiran permainan, kesefahaman, interaksi dan penyampaian lagu.
5. AMZ 51063 Orkestra / Koir III
Pra-syarat Lulus AMZ 41103 Orkestra / Koir II Orkestra III
Lanjutan kepada Orkestra II, pelajar akan meneruskan pembelajaran alat muzik mereka kepada memainkan repertoire yang terdapat peningkatan tahap dan juga dari era yang berbeza.
Koir III
Lanjutan kepada Koir II, para pelajar koir akan mengikuti latihan vokal dengan penggunaan repertoire lagu pelbagai gaya dan susunan sama ada dalam bentuk unison, part singing secara a cappella, iringan piano, ensembel atau pita rakaman.
| 27
6. AMZ 51073Solfeggio I
Solfeggio (Solfège) merupakan metadologi pendidikan penting yang digunakan untuk mengasah kemampuan pelajar muzik untuk mengenali (identify) nota muzik dan menyanyikannya secara semerta (sight-reading, sight-singing). Setiap suku-kata (do-re-mi-fa-sol-la-si/ti) yang digunakan mewakili tangga-nada sesebuah skala muzik.
Terdapat dua (2) sistem yang digunakan:
i) ‘fixed-do’ di mana ‘do’ adalah notasi ‘C’
ii) ’movable-do’ di mana ‘do’ merupakan nota pertama mana-mana skala yang digunakan.
Latihan Pendengaran
Kursus ini menguji ketajaman pendengaran di dalam menilai dan mengenalpasti not dan ritma yang didengar. Peningkatan di dalam skil sight-reading menggunakan cara perubahan tradisional di dalam ‘do’.
Penekanan kepada ritma, jeda dan nada. Pembelajaran di dalam skala major dan minor.
TAHUN 2 SEMESTER II
1. AMZ 51143Teori Muzik & Aplikasi IV
Pra-syarat Lulus AMZ 51013 Teori Muzik & Aplikasi III
Menganalisa struktur dan harmoni yang digunakan (variations, rondo, sonata, and contrapuntal forms) di dalam skala yang lebih besar serta penganalisaan perbezaan yang wujud di dalam aplikasi serta stail muzik yang digunakan di dalam karya-karya terpilih.
2. AMZ 51154
Alat Muzik Utama II
Pra-syarat Lulus AMZ 51024 Alat Muzik Utama I dan AMZ 5271 Lyric Diction - Perancis (major vokal klasikal dan vokal moden sahaja)
Kelas persendirian mingguan bersama pensyarah diteruskan dengan berfokuskan penyediaan pelajar ke arah Projek Tahun Akhir. Matlamat dan objektif kursus diteruskan untuk memperkukuhkan lagi kemahiran pelajar di dalam permainan alat muzik utama pilihan mereka dari segi teknik permainan dan persembahan. Penekanan diberikan kepada persembahan yang lebih terperinci dari segi teknik, penghasilan ton, dinamik dan juga ‘musicality ‘.
Seminar Persembahan / Resital ( Alat Muzik Klasikal )
Pelajar diwajibkan menganjur dan memberi satu persembahan secara solo dengan iringan atau secara berkumpulan. Persembahan ini akan dinilai oleh pensyarah alat muzik masing-masing.
3. AMZ 51172
Alat Muzik Minor II
Pra-syarat Lulus AMZ 51052 Alat Muzik Minor I
Lanjutan kepada kursus Alat Muzik Minor l. Kelas boleh diadakan secara individu atau secara berkumpulan dengan memberi penekanan kepada peningkatan tahap repertoire yang di pelajari.
4. AMZ 51182
Ensembel Major IV
Pra-syarat Lulus AMZ 51042 Ensembel Major III
Menerusi pengaplikasian praktikal dan teori yang telah dipelajari, pelajar akan berupaya untuk memainkan repertoire setaraf dengan yang dimainkan oleh pemuzik professional dengan mengamalkan disiplin dan etika persembahan yang betul.
| 28
5. AMZ 51193Orkestra/Koir IV
Pra-syarat Lulus AMZ 51063 Orkestra / Koir III Orkestra IV
Proses pembelajaran di dalam kelas orchestra selama empat semester sedikit sebanyak dapat mendedahkan pelajar kepada keperluan kemahiran yang minimum untuk menjadi seorang pemuzik orchestra yang professional.
Koir IV
Para pelajar koir pula akan dinilai menerusi keupayaan untuk mempraktikkan teknik vokal, mampu membezakan tingkat suara (Bass, Tenor, Alto dan Soprano), menyanyi secara solfege dan rote, mengawal dinamik dan ekspresi mengikut arahan konduktor - menerusi repertoire yang lebih kompleks dari segi ritma, notasi dan penghayatan.
6. AMZ 51203 Solfeggio II
Pra-syarat Lulus AMZ 51073 Solfeggio I
Lanjutan kepada kursus Solfeggio I. Penekanan dibuat terutamanya terhadap tahap kesukaran latihan di mana kepelbagaian nota, skala dan ritma diterapkan.
Latihan Pendengaran
Pengenalan skala ‘MODES’ iaitu Lydian, Mixolyidian dan Locrian di dalam skil nyanyian semerta. Peningkatan kefahaman terhadap nilai ritma, jeda dan nada serta kod-kod major dan minor yang mengandungi tambahan ‘tension 9th and 11th’.
TAHUN 3 SEMESTER I
1. AMZ 61053Penulisan Ilmiah
Kursus ini membolehkan para pelajar menggunakan kefahaman kelas metadologi di dalam penghasilan sesuatu penyelidikan secara teratur dan terancang bermula dari awal. Penumpuan dibuat kepada kemahiran menulis, menyelidik dan menyampaikan cadangan dan laporan ilmiah di dalam bidang muzik. Pelajar akan mempelajari kaedah dan prinsip-prinsip penulisan, laporan karya seni, metadologi penyelidikan dan kegunaan teknologi untuk penyampaian laporan akademik dan hasil-hasil kreatif.
Selain itu, pelajar juga dapat memperkembangkan potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu (intelek, rohani, Emosi dan jasmani) kerana ketelusan penyelidik, keaslian dan kekritisan pengolahan data dititikberatkan.
2. AMZ 61014
Alat Muzik Utama III
Pra-syarat Lulus AMZ 51154 Alat Muzik Utama II dan AMZ 5281 Lyric Diction - English/ Indonesia/ Malaysia (major vokal klasikal dan vokal moden sahaja)
Lanjutan kepada kursus Alat Muzik Utama II. Peningkatan dari satu tahap ke tahap yang lain bergantung kepada pra-syarat lulus yang telah ditetapkan bersesuaian dengan perkembangan dan peningkatan pengajaran per semester.
3. AMZ 6996
Penilaian Tahun Akhir (PeTA)
Pra-syarat Lulus semua subjek (Wajib Akademi dan Teras Fakulti) Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3, Semester 1
Pelajar perlu mengembangkan proses penghasilan projek tersebut secara mendalam dan seterusnya menghasilkan sebuah Buku Laporan PeTA yang akan digunakan sebagai bahan rujukan semasa persembahan PeTA dibuat.
| 29
Di dalam projek akhir ini, pelajar akan dinilai oleh panel penilai dalaman dan luaran secara holistik iaitu menerusi
i. Persembahan Projek Akhir
ii. Penulisan Buku Laporan
iii. Viva Voce (Ujian Lisan)
Penekanan dibuat terutamanya pada pengaplikasian:
• Kemahiran dan Teknik
• Kreativiti dan Berfikiran Kritis
• Penelitian (dan Penganalisaan)
• Kemahiran Mengurus dan Memimpin
• Keterampilan Diri
TAHUN 3 SEMESTER II
1. AMZ 61046Latihan Industri
Setiap pelajar wajib menjalani Latihan Industri selama satu semester iaitu minima 4 bulan. Pelajar akan mendapat pendedahan melalui pengalaman bekerja di luar kampus. Secara amnya, pelajar akan didedahkan kepada cara persekitaran bekerja yang sebenar di dalam industri seni. Pelajar perlu mencari sendiri penempatan untuk Latihan Industri. Pihak fakulti akan memantau dengan setiap pelajar akan diselia oleh seorang penyelia.
| 30
STRUKTUR KURIKULUM
IJAZAH SARJANA MUDA MUZIK DENGAN KEPUJIAN (KOMPOSISI DAN GUBAHAN)
TAHUN SEMESTER I SEMESTER II
KOD KURSUS KOD KURSUS
1
KUR 4011 Kokurikulum I KUR 4021 Kokurikulum II
AWA 4172 Kesenian Tradisional AWA 4222 Sejarah dan Falsafah Seni AWA 4182 Bahasa Inggeris AWA 4232 Pengajian Islam/Moral
AWA 4192 Bahasa Melayu Gunaan AWA 4242 Bengkel Teater Tradisional I AMZ 41013 Alat Muzik Major I AMZ 41063 Alat Muzik Major II
AMZ 41023 Teori Muzik & Aplikasi I AMZ 41073 Teori Muzik & Aplikasi II
AMZ 41033 Ensembel Major I AMZ 41083 Sejarah Muzik
AMZ 41053 Orkestra / Koir I AMZ 41093 Ensembel Major II
AMZ 41103 Orkestra / Koir II
19 unit kredit 22 unit kredit
2
AWA 5172 Metodologi
Penyelidikan AWA 5212 Hubungan Etnik AWA 5222 Bengkel Teater
Tradisional II AWA 5232 Produksi Teater Tradisional