• Tidak ada hasil yang ditemukan

IJAZAH SARJANA MUDA SENI PERMAINAN DIGITAL DENGAN KEPUJIAN

TAHUN SEMESTER I SEMESTER II

KOD KURSUS KOD KURSUS

1

KUR 4011 Kokurikulum I KUR 4021 Kokurikulum II AWA 4172 Kesenian Tradisional AWA 4222 Sejarah dan Falsafah

Seni

AWA 4182 Bahasa Inggeris AWA 4232 Pengajian Islam/Moral AWA 4192 Bahasa Melayu Gunaan AWA 4242 Bengkel Teater

Tradisional I

AAM 4013 Illustration AAM 4043 3D Modeling

AAM 4063 Moving Image and Sound AAM 4123 History of Video Games AAM 4214 Integrated Design Studio AAM 4083 3D Computer Animation

17 unit kredit 16 unit kredit

2

AWA 5172 Metodologi Penyelidikan AWA 5212 Hubungan Etnik AWA 5192 Pemikiran Kreatif dan

Kritis AWA 5232 Produksi Teater

Tradisional AWA 5222 Bengkel Teater

Tradisional II AAM 5033 Visual Effects for Animation AAM 5313 Advanced 3D Computer

Animation

AAM 5233 Motion Capture AAM 5113 Script and Storyboard AAM 5245 Game Art Studio AAM 5133 Technical Art

15 unit kredit 15 unit kredit

3

AWA 6082 Undang-undang dan

Keusahawan Seni AAM 6986 Projek PeTA AWA 6092 Tamadun Islam dan

Tamadun Asia (TITAS) AAM 6113 Professional Development and Employability

AAM 6133 Fundamental Research AAM 6123 Multimedia and Communication AAM 6165 Game Production AAM 6143 Practice as Research AAM 6173 Narrative Design AAM 6193 Games Quality Asessment AAM 6183 Digital Painting

18 unit kredit 18 unit kredit

4 AAM 7019 Latihan Industri 9 unit kredit

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 28

FAKULTI 80

ELEKTIF 12

120

| 109

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1. AAM 4013

Illustration

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang unsur seni (seperti garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna) dan prinsip rekaan (seperti harmoni, penegasan, imbangan, kontra, irama & pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan). Dengan pendedahan ini pelajar akan dapat mengaplikasikan unsur seni dan prinsip rekaan ketika menghasilkan karya seni. Sesi perbincangan dan kritikan juga diadakan untuk meningkatkan lagi kefahaman pelajar terhadap karya seni yang dihasilkan.

2. AAM 4063

Moving Image and Sound

Pembelajaran mengenai sejarah dan penghasilan imej bergerak dan bunyi bagi sesebuah produksi filem. Kaedah penyampaian di dalam kuliah dengan menonton dan mengkaji nilai artistik dan aestetika karya filem terlampau.

Pelajar juga akan didedahkan penggunaan perisian multimedia untuk menghasilkan karya video pendek.

3. AAM 4093

History of Games

Kursus ini menerangkan sejarah penghasilan permainan video terhadap penerimaan masyarakat. Kajian literatur yang berasaskan kaedah permainan, impak psikologi dan budaya permainan akan didedahkan dalam kursus ini.

TAHUN 1 SEMESTER II

1. AAM 4043

3D Modeling

Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dalam pengenalan kepada permodelan komputer 3D, terutamanya cara penggunaan dan penghasilan objek 3D bagi animasi dan juga permainan digital. Pelajar akan mempelajari cara penggunaan alat permodelan 3D untuk menghasilkan aset model 3D.

2. AAM 4214

Integrated Design Studio

Kursus ini melatih pelajar kaedah mengulas, mengaplikasi, menganalisa karya dan mencipta animasi secara media interaktif. Kaedah cara menganalisa data, cadangan projek, pembinaan projek dan kompilasi bagi animasi interaktif didedahkan. Pelajar akan dilatih untuk menghasilkan animasi yang berinovatif.

3. AAM 4083 3D Computer Animation

Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dalam memahami dan memahirkan diri di dalam menyediakan watak dan aset 3D sebelum proses

“animate”. Pelajar juga akan didedahkan dengan teknik-teknik 3D animasi yang digunakan bagi situasi yang berbeza.

TAHUN 2 SEMESTER I

1. AAM 4073

Technical Art

Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dalam mengetahui penggunaan game engine menghasilkan permainan digital mengikut had kemampuan platform teknologi mobile dan komputer. Pelajar akan mempelajari keseimbangan artistik kesenian dan pengoptimuman dalam menghasilkan aset digital.

2. AAM 4033

Script and Storyboard

Kursus ini melatih pelajar bagaimana untuk mencetuskan idea dalam bentuk treatment untuk membentuk cerita. Setelah idea terbentuk, barulah diajar bagaimana menyediakan senaskhah skrip mengikut format yang ditentukan. Pelajar juga diajar untuk membuat satu papan cerita yang lengkap mengikut skrip yang telah dibangunkan itu.

| 110

3. AAM 5313

Advanced 3D Computer Animation

Kursus ini bertujuan untuk memahirkan pelajar di dalam pergerakan watak untuk kegunaan penceritaan animasi dan juga permainan digital. Prinsip-prinsip animasi akan diberi tekanan dalam kursus ini. Pelajar juga akan didedahkan dengan teknik penghasilan emosi dan ekspresi wajah pada watak animasi. Kursus ini juga akan menyentuh berkenaan rendering dan compositing bagi penghasilan animasi lengkap.

TAHUN 2 SEMESTER II

1. AAM 5033

Visual Effects for Animation

Kursus ini melatih pelajar memahami tentang kesan khas visual serta cara pengaplikasian dalam karya animasi. Para pelajar juga didedahkan dengan teknik suntingan, penceritaan melalui lensa kamera, penggunaan kamera dan carta aliran kerja sesebuah pasca produksi yang di dalamnya mengandungi kesan khas visual seperti tracking dan match perspective.

2. AAM 5225 Game Art Studio

Mempelajari proses menghasilkan aplikasi permainan yang mengutamakan kesenian. Pelajar akan dilatih gaya menganalisa dan mengaplikasikan kajian permainan dalam produksi permainan ini.

3. AAM 5233 Motion Capture

Kursus ini melatih pelajar mengendalikan sesebuah Motion Capture dalam pembuatan setiap animasi 3D yang mempunyai pergerakan kompleks untuk dipindahkan terus ke dalam perisian animasi 3D. Pelajar akan diedahkan dengan kaedah merekod, manipulasi, clean-up, dan pemindahan aset dalam kursus ini.

TAHUN 3 SEMESTER I

1. AAM 6133

Fundamental Research

Kursus ini melatih pelajar kemahiran asas penyelidikan berteraskan penulisan akademik dalam industri animasi dan seni permainan digital dengan menggunakan pelbagai sumber maklumat menyokong kajian menerusi penulisan esei yang mengikuti keperluan analisa akademik.

2. AAM 5043 Digital Painting

Kursus ini mengajar pelajar menghasilkan karya dan lukisan menggunakan perisian digital. Kursus ini juga menekankan kepada komposisi warna, pencahayaan dan kewajaran konsep dalam rekaan. Pelajar juga akan didedahkan kepada cara mereka watak. Melalui pendedahan ini pelajar akan dapat mengaplikasikan pengatahuannya dalam bidang pra-produksi sebuah karya animasi.

3. AAM 5083 Level Design

Kursus ini melatih pelajar kaedah menganalisa, mencipta dan mengaplikasi rekaan aras dalam pembangunan permainan. Penekanan kursus untuk membina model aras dan erti estetika kesenian dalam sesuatu rekaan.

Kaedah pembelajaran secara projek rekaan, mengaplikasi, kompilasi dan penerbitan di dedahkan dalam kursus ini.

4. AAM 5063 Narrative Design

Kursus ini melatih pelajar bagaimana untuk mencetuskan idea untuk membentuk cerita secara non-linear dengan menerusi rekaan pada setiap aras permainan. Mod kelas menggalakkan pelajar bermain permainan untuk memahami keberkesanan penceritaan yang berkesan.

| 111