• Tidak ada hasil yang ditemukan

IJAZAH SARJANA MUDA PENULISAN DENGAN KEPUJIAN (PENULISAN FILEM DAN TELEVISYEN)

IJAZAH SARJANA MUDA PENULISAN DENGAN KEPUJIAN (PENULISAN KREATIF)

IJAZAH SARJANA MUDA PENULISAN DENGAN KEPUJIAN (PENULISAN FILEM DAN TELEVISYEN)

SEMESTER I SEMESTER II

Tahun Kod Kursus Kod Kursus

1

KUR 4011 Kokurikulum I KUR 4021 Kokurikulum II

AWA 4172 Kesenian Tradisional AWA 4222 Sejarah dan Falsafah Seni AWA 4182 Bahasa Inggeris AWA 4232 Pengajian Islam/Moral AWA 4192 Bahasa Melayu Gunaan AWA 4242 Bengkel Teater Tradisional I

APN 4213 Karya Agung Melayu APN 4263 Psikologi Watak

APN 4223 Pembangunan Idea APN 4303 Penulisan Drama Televisyen APN 4253 Teori Penulisan Filem dan

Televisyen APN 4313 Penulisan Filem Pendek

AFT 4113 Sejarah Filem Dunia APN 4323 Puisi Moden AFT 4013 Pengenalan kepada Filem

dan Televisyen AFT 4043 Penceritaan Sinematik

22 unit kredit 19 unit kredit

2

AWA 5172 Metodologi Penyelidikan AWA 5212 Hubungan Etnik

AWA 5192 Pemikiran Kreatif dan Kritis AWA 5232 Produksi Teater Tradisional AWA 5222 Bengkel Teater

Tradisional II APN 5403 Bengkel Terjemahan Naskhah APN 5313 Falsafah Penulisan Kreatif APN 5413 Desktop Publishing

APN 5363 Penulisan Dokumentari APN 5464 Penulisan Lakon Layar (Lanjutan)

APN 5373 Penulisan Lakon Layar APN 5473 Pemikiran P. Ramlee APN 5383 Penulisan Skrip Animasi APN 5483 Kritikan Filem

APN 5393 Sosiologi Filem AFT 5114 Penerbitan Filem Pendek

21 unit kredit 20 unit kredit

3

AWA 6082 Undang-undang dan

Keusahawan Seni APN 6476 Latihan Industri AWA 6092 Tamadun Islam dan

Tamadun Asia (TITAS) APN 6443 Penulisan Iklan dan Video

Korporat

APN 6454 Bengkel Lakon Layar Adaptasi

APN 6464 Seminar Lakon Layar APN 6983 Penulisan Ilmiah

APN 6996 Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

24 unit kredit 6 unit kredit

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 28

FAKULTI 84

ELEKTIF 12

124

| 81

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1. APN 4213

Karya Agung Melayu

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada karya-karya agung Melayu yang pernah diterbitkan, bagi memberikan gambaran menyeluruh kepada mereka tentang sejarah dan tamadun bangsa Melayu pada zaman silam. Di samping itu, nilai keintelektualan serta kearifan bangsa Melayu juga dapat dilihat serta dianalisis melalui karya-karya berkenaan, membuktikan ketinggian budaya serta peradaban Melayu sejak dahulu kala lagi. Naskhah-naskhah seperti Sulalatus As-Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa dan sebagainya itu jelas memperlihatkan kekayaan khazanah kesusasteraan Melayu sebagai warisan mutlak yang tidak ternilai harganya.

2. APN 4223

Pembangunan Idea

Melalui kursus ini pelajar terlebih dahulu didedahkan kepada seaneka idea, sebelum idea-idea itu disaring bagi mendapatkan idea terbaik bagi karya kreatifnya (cereka, drama dan lakon layar). Selepas itu pelajar didedahkan pula kepada teknik pembangunan idea. Gabungan idea yang baik dengan teknik yang sesuai akan dapat melahirkan karya yang bermutu dan berkesan.

3. APN 4253

Teori Penulisan Filem dan Televisyen

Kursus ini memperkenalkan genre penulisan lakon televisyen atau lakon layar untuk medium televisyen dan filem (untuk pawagam).

Pelajar antara lainnya akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai kedua-dua medium tersebut sebagai wahana hiburan yang terpenting. Seterusnya kursus ini akan memperkenalkan asas-asas penulisan lakon televisyen/lakon layar (filem cereka), termasuk kaedah, teknik, pendekatan dan format penulisan. Selain itu, kursus ini juga memperkenalkan beberapa jenis atau genre lain yang biasa disiarkan melalui medium televisyen, seperti dokumentari, majalah dan seumpamanya.

4. AFT 4113

Sejarah Filem Dunia

Kursus ini mengkaji dan menggalur sejarah perkembangan perfileman antarabangsa dan tempatan. Pelajar akan didedahkan dengan filem-filem dari Eropah, Amerika dan Asia dan menganalisis konsep, penceritaan pengarah dan asal usul serta genre filem mengikut perkembangan sejarah dan politik sesuatu negara.

TAHUN 1 SEMESTER II

1. APN 4263 Psikologi Watak

Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada ilmu dan teori psikologi dalam hubungannya dengan watak manusia yang menjadi bahan utama dalam setiap genre penulisan kreatif (naratif dan dramatik). Manusia sebagai watak dalam penulisan akan dikaji dan difahami sifat-sifat serta masalahnya serta dikaitkan dengan tindak-tanduk yang dilakukannya. Aspek kejiwaan manusia diteliti dengan lebih mendalam bagi memberikan kefahaman kepada pelajar akan faktor-faktor yang mendorong ke arah timbulnya masalah yang berkaitan itu. Watak-watak manusia terpilih, sama ada daripada karya kreatif (cereka, drama pentas, televisyen dan filem) atau daripada kehidupan seharian akan dijadikan kes kajian dalam membantu memperjelaskan aspek psikologi yang berkenaan.

| 82

2. APN 4303

Penulisan Drama Televisyen

Lanjutan daripada kursus APN4122 Teori Penulisan Filem dan Televisyen. Melalui kursus ini, pelajar akan diperkenalkan dengan lebih lanjut mengenai bentuk-bentuk atau jenis/genre drama televisyen yang utama, iaitu drama bersiri (serial), komedi situasi (situational comedy) dan cereka televisyen (telemovie / made for tv movie). Pelajar turut meneliti beberapa skrip/lakon televisyen atau video contoh sebagai bahan perbincangan dan perbandingan. Akhirnya pelajar akan didedahkan dengan teori, kaedah, pendekatan, teknik dan format penulisan lakon televisyen/lakon layar drama televisyen yang betul bagi menghasilkan karya sendiri..

3. APN 4313

Penulisan Filem Pendek

Lanjutan daripada kursus APN 4253 Teori Penulisan Filem dan Televisyen. Kursus ini akan memperkenalkan satu lagi bentuk penulisan lakon layar untuk medium filem, iaitu filem pendek. Berbeza dengan filem cereka yang durasinya antara 90 - 120 minit, filem pendek hanya di sekitar 1 - 30 minit. Pelajar akan dibimbing khusus untuk memahami dan memahirkan diri dalam penulisan genre ini meskipun mereka juga mengikuti kursus penulisan lakon layar (filem cereka).

Filem pendek dikenali sebagai genre yang mempunyai hanya satu plot, dengan watak yang terhad dan konsep ‘akhiran terbuka’. Genre ini dapat diklasifikasikan kepada empat bentuk, iaitu realis, formalis, klasisis dan eksperimental.

4. AFT 4323 Puisi Moden

Tradisi penciptaan puisi sudah berakar umbi dalam sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu sejak dahulu kala lagi. Puisi tradisional Melayu seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan teromba telah tercipta dan berkembang secara lisan dalam kalangan orang Melayu, sebelum terciptanya puisi moden. Melalui kursus ini, pelajar seterusnya akan didedahkan kepada puisi moden (sajak) dari aspek sejarah pertumbuhan dan perkembangan, di samping meneliti ciri-ciri, sifat, bentuk dan struktur puisi moden. Aspek gaya bahasa dan pemikiran penulis akan turut diberikan tumpuan. Pelajar juga akan diperkenalkan dengan puisi moden terpilih dari Barat dan Asia, selain mengenali tokoh-tokoh yang bersangkut dengannya.

5. AFT 4043

Penceritaan Sinematik

Kursus ini akan memberi penekanan terhadap penggunaan kamera filem16/ 35mm dan digital serta pencahayaan untuk filem. Tumpuan yang sama akan diberi kepada aspek-aspek teknikal dan kreatif di mana pendedahan secara teori akan disusuli dengan praktikal. Ini untuk menentukan supaya para pelajar akan mahir dengan pengendalian kamera dan dapat mengaplikasi dan melihat hasil teori dan teknik.

Fahaman tentang kamera sebagai alat perakam imej bergerak dan penggunaan lensa secara betul, berkesan dan kreatif akan menjadi asas pembelajaran. Penggunaan filter dan alat-alat pencahayaan yang akan menentukan rupa bentuk imej juga akan diutamakan. Pelajar juga akan didedahkan kepada teknik-teknik kawalan contrast semasa penggambaran dan pada peringkat proses filem di makmal / post production.

TAHUN 2 SEMESTER I

1. APN 5313

Falsafah Penulisan Kreatif

Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada nilai-nilai falsafah di dalam penulisan kreatif. Melalui kursus ini, para pelajar akan didedahkan dengan nilai-nilai falsafah yang dipelopori oleh tokoh-tokoh tertentu dalam bidang falsafahdan penulisan, seperti Aristotle dan Plato, Horace, Shakespeare, tokoh-tokoh dalam tradisi persuratan Islam, tradisi Sanskrit, China dan tokoh-tokoh serantau. Pelajar akan memahami dan menghayati setiap nilai falsafah berkenaan bagi diterapkan di dalam karya mereka di mana sesuai, dalam apa juga genre. Ini bagi memastikan setiap karya yang dihasilkan tidak sekadar sarat dengan cerita dan lontaran emosi semata-mata, tanpa memberikan sesuatu pemikiran yang bermakna kepada khalayak.

| 83

2. APN 5363

Penulisan Dokumentari

Kursus ini memberi penekanan terhadap teknik dan norma penulisan skrip program dokumentari di samping memberikan pendedahan teori terhadap elemen-elemen penerbitan program dokumentari untuk televisyen secara menyeluruh. Pembelajaran bermula dengan kefahaman terhadap aspek cambah idea (brainstorm), olahan skrip (treatment) lakaran papan cerita (story board), skrip separa (draft script) dan akhir sekali skrip penuh (full script). Pelajar dikehendaki menghasilkan projek skrip akhir termasuk kertas cadangan dan penyelidikan.

3. APN 5373

Penulisan Lakon Layar

Lanjutan daripada kursus APN 4253 Teori Penulisan Filem dan Televisyen, tetapi tumpuan kepada filem cereka. Pada tahap ini pelajar akan dibimbing untuk mencetus dan melontarkan idea (pitching ideas), mengembangkan idea, cerita serta watak dan perwatakan (termasuk menyediakan biografi atau latar watak). Berdasarkan teori asas penulisan lakon layar yang telah dipelajari sebelum ini, pelajar akhirnya akan dilatih untuk menulis satu sinopsis dan treatment lengkap, sebelum menghasilkan beberapa scene lakon layar sebenar. Dari semasa ke semasa pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa melontarkan idea (pitching ideas), mengembangkan cerita serta watak dan perwatakan (termasuk menyediakan biografi atau latar watak) yang sesuai untuk satu siri animasi televisyen. Pelajar akhirnya akan dibimbing untuk menulis satu sinopsis dan treatment lengkap, sebelum menghasilkan skrip untuk siri animasi sebenar. Dari semasa ke semasa pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa skrip dan siri/ filem animasi yang baik sebagai contoh, panduan dan perbandingan.

5. APN 5393 Sosiologi Filem

Filem dikenalpasti sebagai medium hiburan popular yang sangat berpengaruh dalam kalangan masyarakat di mana sekalipun. Filem bukan sahaja merakamkan dan menggambarkan realiti kehidupan manusia, tetapi termasuk juga permasalahan manusia serta tafsiran dan kritikan karyawannya terhadap sesuatu isu sosial. Melalui kursus ini, pelajar akan meneliti dan mengkaji isu-isu sosial yang dominan dalam filem-filem terpilih, sama ada filem Barat, Asia atau tempatan, termasuk melihat pengaruh dan kesannya terhadap kehidupan masyarakat.

TAHUN 2 SEMESTER II

1. APN 5403

Bengkel Terjemahan Naskhah

Banyak naskhah drama pentas dan lakon layar filem cereka dari luar Negara yang bermutu tidak mampu dibaca dan dinikmati oleh khalayak tempatan kerana faktor bahasa. Berkait dengan hal ini, calon-calon penulis (termasuk pelajar) juga menghadapi masalah untuk merujuk kepada naskhah-naskhah yang baik apabila mereka mahu menghasilkan karya. Justeru itu, melalui kursus ini, para pelajar akan dibimbing secara berkumpulan untuk melakukan terjemahan karya-karya terpilih (terutamanya skrip drama pentas dan lakon layar filem cereka), yang akan memberika manfaat bukan sahaja kepada mereka sebagai penulis, tetapi juga kepada khalayak yang lebih besar, apabila naskhah terjemahan itu dicetak atau dipentaskan.

2. APN 5413

Desktop Publishing

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada dunia penerbitan dan percetakan pada peringkat asas melalui teknologi komputer. Melalui kursus ini, antara lain pelajar akan didedahkan kepada pengaplikasian perisian (software, antaranya InDesign, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator) yang berkaitan dengan penerbitan dan percetakan, rekaan grafik dan ilustrasi serta rekaletak untuk buku, majalah dan akhbar serta bahan-bahan bercetak lain, termasuk brosur, poster, buku program dan sebagainya. Kursus ini penting untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai asas dunia penerbitan dan keusahawanan buku.

| 84

3. APN 5464

Penulisan Lakon Layar (Lanjutan)

Lanjutan daripada kursus APN 5373 Penulisan Lakon Layar . Pada tahap ini pelajar akan dibimbing dan dilatih untuk menulis lakon layar, berdasarkan treatment dan beberapa scene yang telah dihasilkan melalui kursus APN 5373 hingga siap draf pertama. Dari semasa ke semasa pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa lakon layar dan filem cereka yang baik sebagai contoh, panduan dan perbandingan.

4. APN 5473

Pemikiran Filem P.Ramlee

Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee telah diterima oleh masyarakat Malaysia sebagai seorang karyawan filem Melayu yang sangat berbakat, kreatif dan sekaligus genius. Beliau bukan sekadar mampu menghasilkan filem-filem yang menarik dan menghiburkan, tetapi turut menerapkan pemikirannya yang tajam, kritis serta mencabar minda, mencakupi segala aspek sosio-budaya orang Melayu. Melalui kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada pemikiran P. Ramlee melalui filem-filem arahannya, meski pun tidak semua skrip atau lakon layarnya ditulis oleh beliau. Namun, sebagai pengarah, pastilah pemikiran beliau banyak diterapkan dalam setiap karya berkenaan. Hal inilah yang akan didedahkan untuk diteliti oleh para pelajar.

5. APN 5483 Kritikan Filem

Kursus ini memperkenalkan teori asas kritikan filem berdasarkan ahli teori, pemikir, pembikin dan pengkritik filem yang sudah terkenal di Barat, serantau dan tempatan. Pelajar akan dipertontonkan filem-filem cereka pilihan, tempatan dan luar negeri, serta diperlukan membaca lakon layar filem berkenaan, sekiranya ada, sebelum menilai dan membuat kritikan terhadap karya filem cereka tersebut.

TAHUN 3 SEMESTER I

1. APN 6243

Penulisan Iklan Dan Video Korporat

Bidang pengiklanan melalui medium elektronik terutamanya membuka ruang yang sangat besar dan lumayan bagi mereka yang terbabit di dalamnya. Penulis yang baik dan kreatif turut berpeluang meneroka bidang ini sekiranya mereka berhasrat untuk mengembangkan kebolehan, dengan syarat mereka memiliki kreativiti dan mempunyai ilmu serta pengetahuan tentang penulisan kedua-dua bahan komersial ini. Kursus ini menyediakan peluang kepada para pelajar untuk menjadi penulis iklan dan video korporat yang kreatif, mampu berdaya saing dan merebut peluang yang ditawarkan.

2. APN 6454

Bengkel Lakon Layar Adaptasi

Kursus ini menawarkan para pelajar peluang menghasilkan naskhah lakon layar berdasarkan genre sastera seperti novel, cerpen, biografi, autobiografi dan memoir. Kaedah menulis semula teks kepada bentuk lakon layar memerlukan kepakaran dan ilmu bantu yang kuat supaya karya yang dihasilkan bermutu dan menarik. Kebanyakan filem cereka barat didasarkan daripada teks, sama ada novel, biografi, autobiografi mahupun memoir tokoh tertentu. Novel-novel Malaysia masa kini banyak yang sesuai dan boleh diadaptasikan untuk tujuan ini.

3. APN 6264

Seminar Lakon Layar

Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar untuk meneliti dan menilai naskhah lakon layar berdasarkan teori serta pelbagai pemikiran pengkritik/pengkaji lakon layar tempatan dan luar negeri. Lakon layar sebagai sebuah teks dianalisis dari segi struktur dan aspek naratifnya. Dengan cara itu, pelajar juga turut memahami kaedah menganalisis teks berdasarkan teori dan aspek penting kritikan untuk dibentangkan dalam seminar terbuka.

| 85

4. APN 6983

Penulisan Ilmiah

Kursus ini merupakan persediaan bagi pelajar untuk membuat penyelidikan berkait dengan penulisan kreatif dan penulisan filem dan televisyen berdasarkan pendekatan-pendekatan pelbagai disiplin dan teori dalam kaedah penyelidikan. Kursus ini akan memberikan tumpuan kepada perbincangan teori asas bagi mendalami metodologi penyelidikan kualitatif dan amali yang boleh dipraktikkan oleh pelajar dalam mengkaji isu dan fenomena sosial, pendidikan, industri kreatif dan bidang-bidang lain yang menuntut pemahaman yang mendalam, signifikan serta holistik terutamanya di dalam bidang penulisan kreatif dan penulisan filem dan televisyen. Kursus ini akan menjadi platform yang berguna untuk pelajar memahami prosedur dan proses penyelidikan kualitatif serta mempraktikkannya berdasarkan pendekatan dan contoh-contoh yang relevan. Selain itu, ianya dapat membentuk pelajar menjadi matang melalui aspek pemikiran kreatif dan kritis yang menjadi wadah penyelidikan kualitatif dan bagaimana asas-asas tersebut digunakan dalam pengkonseptualan dan proses penulisan penyelidikan kualitatif.

5. APN 6996

Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

Melalui ‘kursus’ ini, pelajar wajib menulis sebuah karya kreatif sebagai projek akhir mereka, sebagai sebahagian daripada syarat bagi membolehkan mereka memperoleh Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Kreatif). Cadangan karya kreatif tersebut mestilah telah dibentangkan dan diluluskan melalui satu proposal dan pembentangan di hadapan panel yang diaturkan oleh Fakulti dalam Semester V. Sehingga kini hanya penulisan novel dewasa, skrip drama pentas dan kumpulan cerpen sahaja merupakan genre yang dibenarkan sebagai Projek Akhir. Seorang pensyarah akan dilantik sebagai Penyelia bagi setiap pelajar yang melaksanakan projek mereka. Pelajar kemudiannya wajib membentangkan projek mereka di hadapan Penilai Dalam dan Penilai Luar (jika perlu) dalam Seminar Akhir.

TAHUN 3 SEMESTER II

1. APN 6476

Latihan Industri

Setiap pelajar wajib menjalani Latihan Industri selama satu semester iaitu minima 4 bulan. Pelajar akan mendapat pendedahan melalui pengalaman bekerja di luar kampus. Secara amnya, pelajar akan didedahkan kepada cara persekitaran bekerja yang sebenar di dalam industri seni. Pelajar perlu mencari sendiri penempatan untuk Latihan Industri.Pihak fakulti akan memantau dengan setiap pelajar akan diselia oleh seorang penyelia.

| 86

STRUKTUR KURIKULUM