• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kelemahan/kekurangan kursus GIS

Dalam dokumen PELAKSANAAN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (1) (Halaman 140-144)

SYSTEM (GIS) Noor Asilah binti Abu Haniffa a ,

Rajah 3: Kelemahan/kekurangan kursus GIS

Seramai 64% responden berminat untuk meneruskan pengajian GIS mereka ke peringkat yang lebih tinggi kerana menyedari kepentingan mempunyai kemahiran GIS dalam membantu mereka mendapatkan pekerjaaan. Bagi 36% reponden yang tidak berminat menruskan pengajian GIS mengatakan bahawa GIS adalah kursus yang

susah. Kemungkinan juga mereka ingin terus bekerja setalah menamatkan pegajian mereka di peringkat diploma.

Dapatan kajian menunjukkan 58% responden menyatakan kursus GIS perlu juga diajar kepada pelajar yang berada di luar bidang Geografi dan Ukur Tanah. Kebanyakan responden (66%) juga berpendapat seseorang yang mempunyai kemahiran GIS mempunyai peluang yang luas dalam teknologi maklumat digital dan 20% responden berpendapat GIS memudahkan mendapat pekerjaan. Ini menunjukkan responden sebenarnya sedar akan kepentingan GIS kerana GIS menawarkan kepada pelajar suatu kemahiran teknologi pengurusan maklumat yang berasaskan data keruangan yang tidak terdapat pada teknologi maklumat yang lain.

Secara umumnya setelah mengikuti kursus GIS, kebanyakan pelajar bersetuju bahawa GIS adalah kursus yang menarik (68%) dan hanya 28% mengatakan GIS kursus yang membebankan/sukar.

KESIMPULAN

Tahap pengetahuan pelajar sebelum mengikuti kursus GIS adalah rendah kerana walaupun ramai yang pernah mendengar tentang GIS tetapi tidak ramai yang tahu tentang teknologi ini dengan sebenarnya. Pengetahuan tentang teknologi ini meningkat setelah mengikuti kursus ini tetapi aplikasi GIS sebagai alat bantu penyelesaian masalah keruangan agak lambat dapat difahami mungkin disebabkan oleh silibus GIS itu sendiri yang meletakkan tajuk analisis spatial dan aplikasi GIS di bahagian akhir kursus.

Pengekalan penggunaan istilah dalam Bahasa Inggeris dan istilah-istilah baharu yang terdapat dalam kursus ini.seharusnya tidak membebankan malah harus dilihat sebagai memperkayakan pengetahuan pelajar terhadap istilah teknologi. Untuk mengatasi masalah kesukaran memahami istilah-istilah ini dicadangkan pelajar atau pensyarah membuat daftar kata atau glosari istilah-istilah tersebut supaya mudah untuk merujuk maksud istilah-istilah tersebut.

Dapatan utama tentang persepsi pelajar menunjukkan pelajar menyedari akan kepentingan GIS sebagai kursus kemahiran teknologi maklumat digital yang mempunyai pasaran kerja yang meluas. Namun begitu mereka mempersepsikan kursus GIS sebagai suatu kursus yang sukar diikuti. Ini dikaitkan dengan sifat kursus tersebut yang terlalu teoritikal dan peruntukan masa yang lama bagi menyelesaikan aktiviti makmal GIS. Untuk mengatasi masalah kursus yang terlalu teoritikal ini dicadangkan supaya pensyarah mempelbagaikan kaedah P&P dengan menggunakan multimedia dan pembelajaran bersasakan masalah (PBL). Penglibatan pelajar yang aktif dalam kelas teori dapat menghilangkan rasa bosan pelajar berbanding dengan kaedah konvensional iaitu pensyarah menyampaikan syarahan dan pelajar hanya mendengar. Persepsi pelajar tentang beban kerja makmal tidak harus dijadikan alasan untuk mengurangkan aktiviti makmal GIS. Ini kerana penggunaan GIS untuk menjana dan mengoperasikan data keruangan daripada pangkalan data GIS harus mengikuti prosedur tertentu. Data keruangan harus dikendalikan dengan tertib di dalam pangkalan data dan proses ini dilihat sebagai antara proses yang paling mengambil masa sebelum analisis keruangan dapat dilaksanakan (Mokhtar, 2012). Oleh itu masa dan aktiviti makmal yang secukupnya perlu diperuntukkan untuk memastikan kemahiran memasukkan data dan mendigit data dapat dikuasai dengan baik oleh mereka.

Satu lagi dapatan yang perlukan penambahbaikan ialah tentang peralatan di makmal GIS yang selalu tidak berfungsi contohnya tetikus dan papan kekunci yang menimbulkan rasa tidak seronok pelajar untuk melakukan kerja-kerja makmal GIS. Perkara ini

seharusnya diambil tindakan segera oleh pihak pentadbiran kerana ia boleh menjejaskan keupayaan pelajar untuk menyiapkan tugasan makmal mereka di samping terpaksa berkongsi komputer dengan rakan mereka yang mengurangkan masa “hands-on” mereka dan penguasaan kemahiran mengendali perisian GIS.

Langkah mewajibkan pelajar Program Ukur Tanah Semester 6 mengambil Kursus CG606 Topical Studies empat semester yang lalu harus dipuji kerana melalui kursus ini pelajar dapat mengaplikasikan segala teori dan kemahiran kursus-kursus yang telah mereka pelajari, termasuk GIS dalam bentuk projek pelajar. Oleh yang demikian pelajar akan lebih menghargai ilmu yang mereka pelajari kerana mengetahui bahawa ilmu tersebut boleh digunakan dalam projek penyelidikan mereka nanti. Dengan itu diharapkan persepsi negatif terhadap GIS dapat di atasi di masa-masa akan datang. Sebagai kesimpulannya, persepsi negatif dalam kalangan pelajar Ukur Tanah tentang GIS perlu ditangani dengan mengadakan penambahbaikan untuk menjadikan proses penyampaian kandungan kursus secara teoritikal dan praktikal terkesan kepada pelajar. Antara lainnya, penambahbaikan harus mengambil kira aspek masa dan aktiviti makmal, peralatan makmal, penggunaan istilah dan aplikasi ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian atau akan datang contohnya untuk kegunaan projek penyelidikan pelajar.

RUJUKAN

Abler, R.F. (1988). Awards, rewards and excellence: keeping geography alive and well.

Professional Geographer,40, 135-40.

Albert WS, Golledge RG. (1999). The use of spatial cognitive abilities in geographic information systems: The map overlay operation. Transactions in GIS, 3(1), 7-21. Anthamatten P. (2010). Spatial thinking concepts in early grade-level geography

standards. Journal of Geography, 109(5), 169-180.

Bednarz R, Lee J. (2009). Effects of GIS learning on spatial thinking. Journal of Geography in Higher Education, 33(2), 183-198.

DeMers, Michael N. (2009). Fundamentals of Geographic Information System, 4th. ed. NJ: John Wiley & Sons

Derby, W.F. (2008). Is surveying a dying profession?. Retrieved from http://mycoordinates.org/is-surveying-a-dying-profession

Jackson, Janet and Latil, Byron, (2012)Intersect:How Much GIS Should Be Taught in Surveying Classes?. Retrieved from http://www.prosurv.com/magazine/

Article.aspx?i=71064

Longley PA. (2000). The academic success of GIS in geography: Problems and prospects. Journal of Geographical Systems, 2, 37-42.

Madsen L.M. (2006). Informing teaching practice: Using knowledge of students‟ perception of GIS and their GIS-learning strategies. Papers of the Applied Geography

Conferences, 29, 360-369.

Mohd. Hasmadi Ismail, Farah Dayana Sulaiman. (2000). Geographical

Information System (GIS) knowledge among UPM‟s student. A case study. Bulletin GIS, 2, 1-10.

Mokhtar Jaafar. (2012). Persepsi Pelajar Geografi Terhadap GIS. GEOGRAFIA Online -Malaysian Journal of Society and Space, 8(9), 97-109. Retrieved from

http://www.ukm.my/geografia/images/upload/10ok-geografia-dis%202012-mokhtar-edam.pdf

National Research Council. (2006). Learning to think spatially: GIS as a support system in the K-12curriculum. National Academies Press, Washingston DC.

Tuna, Fikret. (2012). An Analysis of Students‟ Knowledge and Perceptions of Geographic Information Systems (GIS) In Turkey. Ozean Journal of Applied Sciences , 5(3), 2012. Retrieved from http://ozelacademy.com/ojas%205.3-3.pdf

West B.A. (2003). Student attitudes and the impact of GIS on thinking skills and motivation. Journal of Geography, 102 (6), 267-274.

Wakabayashi Y, Ishikawa T. (2011). Spatial thinking in geographic information science: A review of past studies and prospects for the future. Procedia: Social and

Behavioral Sciences, 21, 304-313.

Young Garfield, Murphy Roger, Smith Martin (2010). Investigating how

education is shaping the modern Surveyor/Geomatic Engineer, FIG Congress 2010, Sydney, Australia. Retrieved from

https://www.fig.net/pub/fig2010/papers/ts08g%5Cts08g_young_murphy_et_al_406 2.pdf

THE EFFECTS OF SCAFFOLDING STRATEGY IN ONLINE

Dalam dokumen PELAKSANAAN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (1) (Halaman 140-144)