• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kerangka Konsep Kajian

Dalam dokumen PELAKSANAAN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (1) (Halaman 164-167)

TEKNIK DAN VOKASIONAL Dalilah Mohd Rubi a

Rajah 1: Kerangka Konsep Kajian

Adaptasi daripada sumber Pengetahuan Profesionalime Guru Shulman (1986) dan model Penaakulan dan Tindakan Guru oleh Shulman (1987)

5. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian adalah untuk menganalisis dan mengenalpasti tahap pengetahuan isi kandungan (PK) bidang ERT komponen Pakaian dan Jahitan dalam kalangan guru pelatih UPSI.

Objektif khusus kajian adalah untuk:

i. Mengenal pasti tahap PK komponen Pakaian dan Jahitan dalam kalangan guru pelatih UPSI.

ii. Menganalisis tahap PK bab pakaian dalam kalangan guru pelatih UPSI. iii. Menganalisis tahap PK bab jahitan dalam kalangan guru pelatih UPSI.

iv. Mengenalpasti tahap penerimaan guru pelatih UPSI terhadap PK bidang ERT dalam pengajaran dan pembelajaran yang diperolehi sepanjang pengajian di UPSI.

6. PERSOALAN KAJIAN

Untuk mencapai objektif kajian, terdapat beberapa persoalan kajian yang dijawab melalui kajian ini, iaitu:

i. Apakah tahap PK komponen Pakaian dan Jahitan dalam kalangan guru pelatih UPSI?

iii. Apakah tahap PK bab jahitan dalam kalangan guru pelatih UPSI?

iv. Apakah tahap penerimaan guru pelatih UPSI terhadap PK bidang ERT dalam pengajaran dan pembelajaran yang diperolehi sepanjang pengajian di UPSI? v. Apakah tahap penerimaan guru pelatih UPSI terhadap PK bidang ERT dalam

pengajaran dan pembelajaran yang diperolehi sepanjang pengajian di UPSI?

7. BATASAN KAJIAN

Kajian ini adalah bersifat kajian tinjauan dan bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan dalam kalangan guru pelatih dengan cara yang sesuai seterusnya dapat memanafaatkan hasil kajian secara praktis dan efektif. Pendekatan secara kuantitatif digunakan bertujaun untuk menjelaskan secara generalisasi berhubung dengan pembolehubah yang terlibat. Meninjau beberapa aspek pertalian ciri-ciri latarbelakang, pengetahuan, kemahiran dan proses pengintergrasian P&P guru pelatih melalui tindakan pengajaran dan hasil yang diperolhi bangi menentukan pencapaian ciri Pengetahuan Profesionalisme Guru Pelatih ERT tercapai. Populasi sampel adalah dari kalangan guru-guru pelatih tahun akhir dari program ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi Rumah Tangga) di UPSI yang telah menjalani Latihan Praktikum pada semester tujuh atau semester lapan pengajian mereka

.

8. KAJIAN LITERATUR

8.1 Pengenalan

Ilmu pengetahuan terhadap isi kandungan subjek yang hendak di ajar dan kemahiran menyampaikan ilmu tersebut merupakan perkara penting yang perlu seseorang guru pelatih kuasai. Bermula dari kajian-kajian oleh Shulman (1986, 1987), ramai pendidik hari ini tertanya-tanya apakah sebenarnya yang paling penting dalam pengajaran. Kajian-kajian yang dilakukan di Stanford (Marks 1990, Shulman & Grossman 1987) dan Michigan State University (Ball & McDiarmid 1990, Feiman-Nemser & Parker 1990) mengenai pemerolehan serta pengaplikasian ilmu pengetahuan guru menunjukkan banyak lagi yang perlu diterokai dalam bidang ini.

8.2 Pengetahuan Guru

Dapatan kajian Mohamad Bilal Ali (2011) mendapati bahawa semua pelatih daripada kursus Teknologi dan Pendidikan (Kemahiran Hidup) telah mencapai nilai keseluruhan yang melebihi nilai 0.70 seperti yang ditetapkan bagi tujuk elemen penilaian utama ia itu penulisan Rancangan Mengajar, pelaksanaan hasil pembelajaran, penulisan refleksi kendiri, keyakinan dan kematangan, pengurusan pembelajaran dan keperibadian dan iktisas terhadap guru pelatih bagi mematuhi ciri profesionalisme keguruan dan mencerminkan kesesuaian pelatih sebagai guru pra-perkhidmatan atau bakal guru. Dapatan ini membuktikan bahawa guru pelatih yang dinilai telah dapat mengaplikasikan elemen teoritikal yang dipelajari ke dalam aspek praktikaliti ketika peroses latihan mengajar diadakan.

Dapatan kajian Noor Shah Saad (2006) mendapati tahap pengetahuan pedagogi am dan khusus adalah ditahap baik (min 4.0) dan perbezaan persepsi hanya wujud bagi komponen pengetahuan isi kandungan di kalangan guru matematik baru (kurang 5tahun) dan guru matematik berpengalaman (melebihi 5tahun) dengan min 3.95 dan min 4.12. perbezaan ketara yang dilihat menunjukkan guru pelatih memerlukan satu

mekanisma yang berkesan bagi meningkatkan pengetahuan isi kandungan subjek dengan cara yang kongkrit.

Kajian Norlena Salamuddin & Mohd Taib Harun (2003) menunjukkan peningkatan dalam penguasaan isi kandungan subjek di kalangan guru pelatih UKM, walaupun masih di tahap sederhana dan tidak banyak perbezaan antara tahun-tahun pengajian. Faktor pengalaman lepas dalam subjek-subjek hanya mirip dengan disisplin ilmu dalam pendidikan jasmani tidak diambil kira, atau pelatih tdak mempunyai ingatan jangka panjang yang tinggi menghakibatkan mereka gagal dalam menguasai kemahiran baru. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Zamri & Magdaline (2012) mengenai penguasaan pengetahuan pedagogi kandungan Bahasa Iban yang dijalankan di Sarawak, dapatan menunjukkan pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK), guru-guru Bahasa Iban tersebut dipengaruhi oleh disiplin ilmu masing-masing kerana mereka mempunyai latar belakang dan pengkhususan yang berbeza-beza. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak ada perbezaan PPIK yang ketara antara guru yang berpengalaman dengan guru yang baru. Sebaliknya, faktor pengalaman guru hanya menjadi faktor sampingan sahaja. Jadi dapat disimpulkan bahawa guru-guru bahasa Iban ini banyak dipengaruhi oleh latar belakang pengkhususan mereka.

Menurut Abd Aziz (2012), perkara yang dilihat semasa melakukan penyeliaan oleh pensyarah semasa latihan praktikum adalah permasalahan dari segi penguasaan dalam menguasai kemahiran pengajaran. Segala permasalahan ini dapat dilihat daripada buku rekod pengajaran guru-guru pelatih yang berkenaan dalam bahagian refleksi pengajaran.

Maizura (2010) ini juga mendapati terdapatnya perbezaan yang signifikan bagi tahap kesediaan guru terhadap pengetahuan kandungan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan antara guru yang telah mengikuti latihan dan tanpa latihan. Selain itu juga, dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kesediaan guru terhadap pengetahuan kandungan pedagogi berdasarkan tempoh pengalaman mengajar Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dengan ujian F.

Kesediaan bagi seseorang guru pelatih untuk mengajar sama ada di dalam kelas mahupun di bengkel adalah sangat penting kepada mereka kerana ia akan memberikan kesan dalam mempengaruhi keberkesanan pengajaran tersebut. Menurut Mohd Nor & Ismail (2007), oleh sebab kurangnya pengalaman mengajar, maka guru pelatih banyak melakukan kesilapan kerana mengalami perasaan gementar. Guru pelatih ini juga berasa kurang yakin semasa menjalani praktikum kerana mereka sedar bahawa mereka akan diselia oleh guru dan pensyarah pembimbing.

8.3 Kesimpulan

Persoalan mengenai penguasaan isi kandungan subjek guru-guru adalah andaian yang menyatakan bahawa guru-guru yang lebih berpengalaman mampu mengajar lebih baik. Namun pengetahuan kandungan yang tinggi dapat meningkatkan keyakiran guru pelatih disamping sikap dan motivasi dalaman yang teguh diyakini dapat menjadikan seseorang bakal guru cemerlang dan profesion keguruan.

9. METODOLOGI

Metodologi kajian yang dijalankan adalah penting untuk mendapatkan hasil kajian yang baik. Hal ini dapat memastikan kaedah yang digunakan di dalam proses penyelidikan ini

adalah bersesuaian.

Reka bentuk kajian berbentuk deskriptif melalui tinjauan. Pendekatan Kuantitatif digunakan untuk menggunakan analisis kandungan (Content Analysis). Menurut Azizi, Shahrin, Jamaludin, Yusof & Abd Rahim (2009), melalui penggunaan kaedah statistik deskriptif, penyelidik dapat menghuraikan ataupun membuat suatu ringkasan pada maklumat ataupun data yang telah diperoleh bagi populasi ataupun sampel. Dalam kajian ini, borang soal selidik digunapakai untuk memperoleh maklumat yang dikehendaki dengan mengedarkan borang soal selidik untuk membuat penilaian terhadap pengetahuan isi kandungan bidang ERT komponen Pakaian dan Jahitan. Menurut Mohd Najib (2003), menggunakan teknik penyelidikan melalui kaedah tinjauan adalah satu kaedah yang mudah iaitu sampel diberikan alat untuk dipenuhkan maklumat dan maklumat tersebut diproses mengikut kaedah analisis seperti mana yang telah dirancang oleh penyelidik. Oleh sebab itu, penggunaan borang soal selidik adalah merupakan cara yang berkesan dan praktikal untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki oleh seseorang penyelidik. Kajian ini dianalisis berdasarkan dapatan min dan sisihan piawai. Menurut Mohd Najib (2003), min adalah merupakan purata skor untuk beberapa skor dan sisihan piawai adalah merupakan sebaran skor berdasarkan kekerapan. Nilai sisihan piawai dikira untuk setiap pemboleh ubah dan digunakan untuk melihat perbezaan taburan antara pemboleh ubah tersebut.

Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada keseluruhan guru-guru pelatih tahun akhir dari program ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi Rumah Tangga). Populasi adalah terdiri daripada 103 orang guru pelatih tahun akhir dari program ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi Rumah Tangga) dan yang akan menjalani Latihan Praktikum pada semester tujuh atau semester lapan pengajian mereka.

Oleh sebab populasi tidak terlalu ramai, maka penyelidik telah memilihnya sebagai sampel secara persampelan bertujuan.

Taburan responden yang terlibat dalam kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1..

Jadual 1: Taburan Sampel Kajian

Dalam dokumen PELAKSANAAN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (1) (Halaman 164-167)