• Tidak ada hasil yang ditemukan

Skor usaha mental fasa pembelajaran mengikut kumpulan rawatan

MENTAL PELAJAR TVE Noor Hisham Jalania

Jadual 7 Skor usaha mental fasa pembelajaran mengikut kumpulan rawatan

Kumpulan Min Sisihan Piawai

(SD) Nilai-t Nilai-p

Eksperimen 3.723 1.159 -4.197 .000

Kawalan 5.147 0.917

Merujuk Jadual 7, perbandingan skor min dan sisihan piawai bagi usaha mental semasa fasa pembelajaran menunjukkan bahawa skor min kumpulan eksperimen adalah lebih rendah berbanding skor min kumpulan kawalan dengan masing-masing 3.723 (SD = 1.159) dan 5.147 (SD = 0.917). Ujian-t menunjukkan usaha mental fasa pembelajaran adalah signifikan secara statistik, [t (36) = -4.197, p < 0.05]. Hipotesis nol ditolak; terdapat perbezaan signifikan secara statistik dalam skor min usaha mental fasa pembelajaran antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Saiz kesan (Cohen, 1992) adalah besar (d

Cohen = 1.363; korelasi saiz kesan r = 0.563).

Berdasarkan keputusan ini, ia boleh ditafsirkan bahawa pelajar yang diajar menggunakan kaedah PBCM memperoleh skor yang lebih tinggi terhadap ujian prestasi pencapaian berbanding kaedah PPG. Walaupun, kedua-dua kumpulan pelajar memperuntukkan usaha mental yang hampir sama semasa menyelesaikan tugasan dalam fasa ujian, namun pelajar yang menggunakan kaedah PBCM memperuntukkan usaha mental yang lebih rendah dalam fasa pembelajaran berbanding pelajar dalam kumpulan PPG.

4. PERBINCANGAN

Kesan PBCM Terhadap Prestasi Pencapaian

Dapatan kajian ini mengesahkan kajian sebelum ini, di mana contoh-kerja semasa pemerolehan skema awal menyumbang untuk meningkatkan pemerolehan pengetahuan pelajar (Lewis, 2008; Rourke & Sweller, 2009). Dapatan kajian ini juga selari dengan Teori Beban Kognitif yang dicadangkan oleh Sweller (1988) di mana pembelajaran berlaku dengan terbaik dalam keadaan yang setaraf dengan reka bentuk kognitif pelajar. PBCM menyediakan pelajar dengan pengetahuan domain dan menyusun maklumat dengan cara yang meningkatkan pembangunan skema (melalui contoh-kerja). Kaedah ini tidak memerlukan ingatan-kerja berlebihan dalam aktiviti pembelajaran seterusnya menghasilkan keputusan yang berkesan untuk meningkatkan pembangunan skema (Kirschner et al., 2006). Oleh itu, PBCM yang mengoptimumkan peruntukan sumber kognitif dengan mengurangkan beban extraneous dan memupuk beban germane atau pembentukan skema berupaya untuk mencapai pembelajaran yang berkesan. Pengupayaan kapasiti kognitif dengan mengurangkan beban kognitif extraneous, mampu menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada pembelajaran dan meningkatkan lagi pemindahan pembelajaran. Dengan itu, PBCM membolehkan pengetahuan yang diperoleh lebih kuat tersimpan dan automatik untuk digunakan pada masalah yang baru (Rourke & Sweller, 2009).

Kesan PBCM Terhadap Usaha Mental

Fasa Ujian: Keputusan ini adalah selari dengan dapatan Nievelstein et al., (2013) yang mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan dalam usaha mental yang dilaburkan semasa fasa ujian. Satu penjelasan mengapa tiada perbezaan antara kedua-dua kumpulan mungkin boleh dikaitkan dengan kesan lantai (floor effect). Kebanyakan pelajar, jika tidak semua, mungkin menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan tugasan yang terdapat pada sesuatu topik (Wouters, Paas, & Van Merriënboer, 2010). Dalam kes ini, topik-topik di dalam domain Teori Litar terdiri dari gabungan formula matematik dan teori elektrik menyebabkan tahap kandungan maklumat yang perlu dipelajari lebih mencabar dan mendorong kepada

peningkatan beban kognitif intrinsic (Van Gog et al., 2006). Seperti yang diterangkan dalam bahagian metodologi, para peserta kajian ini adalah pelajar aliran vokasional yang kebanyakannya hanya lulus mata pelajaran matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Ketidakupayaan pelajar dalam tugasan berasaskan matematik mengakibatkan mereka menghadapi kesukaran dalam memahami makna pemboleh ubah dan prinsip-prinsip yang berkaitan pengiraan (Stark, 2004).

Fasa Pembelajaran: Bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor usaha mental fasa pembelajaran antara pelajar yang menggunakan kaedah PBCM dengan pelajar yang menggunakan kaedah PPG. Keputusan kajian ini menyokong kenyataan Sweller (1988) di mana pembelajaran melalui contoh-kerja dan disusuli dengan penyelesaian-masalah dapat memberikan sebahagian daripada kapasiti ingatan-kerja kerana pelajar tidak perlu untuk mencari penyelesaian dengan menggunakan cara yang tidak berkesan. Prinsip asas beban kognitif adalah pembelajaran terhalang apabila kognitif lampau berlaku, dalam kata lain apabila beban kognitif melebihi kapasiti ingatan-kerja (De Jong, 2010). Melalui contoh-kerja, penggunaan means-ends analysis yang menjana beban

extraneous dapat dielakkan (Van Gog et al., 2006). Kadar beban extraneous dikurangkan dengan menghalang pelajar daripada proses carian yang tidak relevan dan pelajar boleh menumpukan kesemua kapasiti ingatan-kerja untuk mengkaji penyelesaian masalah dan membina skema dalam ingatan jangka-panjang (Van Gog, Paas, & Van Merriënboer, 2006; Kirschner et al., 2006). Selain itu beban extraneous daripada proses “mencari-dan-memadankan” yang menyebabkan split-attention effect turut dikurangkan dengan mengintegrasikan maklumat-maklumat pembelajaran (Yeung et al., 1998; Hsu, Chang, & Yu, 2012). Dalam kajian ini teks dan gambar rajah dalam bahan pengajaran dibentangkan dalam format bersepadu bertujuan untuk menghalang pelajar dari membahagikan perhatian dan mental mereka dalam menggandingkan maklumat-maklumat tersebut. Ini melegakan sumber kognitif yang kemudiannya boleh digunakan untuk mengkaji langkah-langkah penyelesaian (Booth et al., 2013) secara kendiri, yang mungkin menjana beban kognitif

germane semasa proses pembelajaran, dan dengan itu memudahkan pembelajaran (Lai et al., 2011).

Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Kajian ini adalah terhad kepada satu item tunggal pengukuran beban kognitif yang mengukur jumlah usaha mental yang dilaburkan pada satu-satu tugasan yang diterima pelajar semasa fasa pembelajaran. Bagaimanapun, item tunggal tersebut tidak mengukur setiap tiga sumber beban kognitif, iaitu, extraneous, germane dan intrinsic. Sebagai contoh, jika dua orang pelajar, masing-masing dari kaedah pengajaran yang berbeza menunjukkan penilaian yang sama (contohnya, 8 mewakili sangat tinggi) pada skala, adalah mustahil untuk menentukan sama ada beban tersebut adalah dari jenis yang sama (sama ada,

extraneous, germane atau intrinsic). Untuk kajian seterusnya, beberapa item yang mengukur sumber setiap beban kognitif mungkin diperlukan.

5. KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kesan PBCM dan PPG terhadap prestasi pencapaian dan usaha mental, terutamanya di kalangan pelajar DEM di ADTEC dalam domain Teori Litar. Kesimpulannya, pelajar sepatutnya tidak perlu menghabiskan masa dan sumber kognitif mereka terhadap proses yang tidak relevan dengan pembelajaran dengan mengurangkan proses extraneous, dan pada masa yang sama, merangsang proses

germane. Pembelajaran perlu dilaksanakan dengan cara yang memudahkan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran menyelesaikan masalah di samping mengurangkan beban kognitif extraneous yang tidak perlu kepada ingatan-kerja. Walaupun kami tidak menemui perbezaan yang signifikan terhadap usaha mental yang dilaburkan semasa fasa ujian, namun dapatan kajian ini mengesahkan kajian terdahulu bahawa gandingan contoh-kerja dan penyelesaian-masalah terbukti lebih berkesan terhadap prestasi pencapaian dan usaha mental semasa fasa pembelajaran.

RUJUKAN

Agodini, R., Uhl, S., & Novak, T. (2004). Factors that influence participation in secondary vocational education. Mathematica Policy Research Inc., 0039(0001).

Al-Zu’be, A. F. M. (2013). The difference between the learner-centred approach and the teacher-centred approach in teaching English as a foreign language. Educational Research International, 2(2), 24–31.

Anderson, R., Anderson, R., Davis, K. M., Linnell, N., Prince, C., & Razmov, V. (2007). Supporting active learning and example based instruction with classroom technology.

ACM SIGCSE Bulletin, 39(1), 69. doi:10.1145/1227504.1227338

Ary, D., Jacobs, L. C., & Sorensen, C. (2010). Introduction to research in education. 8th Edition. Wadswoth, USA: Cencage Learning. Pp. 249.

Ashwin, P. (2003). Peer support : Relations between the context , process and outcomes for the students who are supported. Instructional Science, 31, 159–173.

Booth, J. L., Lange, K. E., Koedinger, K. R., & Newton, K. J. (2013). Using example problems to improve student learning in algebra: Differentiating between correct and incorrect examples. Learning and Instruction, 25, 24–34.

Brooks, C. D. (2009). Effects of process-oriented and product-oriented worked examples and prior knowledge on learner problem solving and attitude: A study in the domain of microeconomics. PhD Thesis, The Florida State University.

Campbell, D. T., & Stanley, J. C. (1963). Experimental and quasi-experimental designs for research. Houghton Mifflin Company: Boston.

Cohen, J. (1992). Quantitative methods in psychology. Psychological Bulletin, 112(1), 155– 159.

Crippen, K. J., & Earl, B. L. (2007). The impact of web-based worked examples and self-explanation on performance, problem solving, and self-efficacy. Computers & Education, 49(3), 809–821. doi:10.1016/j.compedu.2005.11.018

Darabi, A. A., Sikorski, E. G., Nelson, D. W., & Palanki, S. (2006). Efficient, motivational, and effective strategies for complex learning: Computer-based simulation. Tech. Inst.

Cognition and Learning, 3, 233–247.

De Jong, T. (2010). Cognitive load theory, educational research, and instructional design: Some food for thought. Instructional Science, 38(2), 105–134.

Field, A. P. (2009). Discovering statistics using SPSS: and sex and drugs and rock “n” roll

(3rd ed.). London: Sage Publication Ltd.

Hsu, J.-M., Chang, T.-W., & Yu, P.-T. (2012). Learning effectiveness and cognitive loads in instructional materials of programming language on single and dual. The Turkish Online Jurnal of Educational Technology, 11(2), 156–166.

JTM. (2006). Laporan Prestasi (KPI) ILJTM. Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

JTM. (2009a). Buku panduan latihan dan penilaian ILJTM. Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

JTM. (2009b). Meeting skills workforce demand. Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

JTM. (2013). Iklan pengambilan pelajar baru sesi Januari ke Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia.

Kalyuga, S. (2011). Informing : A cognitive load perspective. Informing Science: The International Journal of an Emerging Transdiscipline, 14.

Kalyuga, S., Ayres, P., Chandler, P., & Sweller, J. (2003). The expertise reversal effect.

Educational Psychologist, 38(1), 23–31.

Kalyuga, S., Chandler, P., Tuovinen, J. E., & Sweller, J. (2001). When problem solving is superior to studying worked examples. Journal of Educational Psychology, 93(3), 579– 588.

Kirschner, F., Paas, F., & Kirschner, P. A. (2009). Individual and group-based learning from complex cognitive tasks: Effects on retention and transfer efficiency. Computers in Human Behavior, 25(2), 306–314.

Kirschner, F., Paas, F., Kirschner, P. A., & Janssen, J. (2011). Differential effects of

problem-solving demands on individual and collaborative learning outcomes. Learning and Instruction, 21(4), 587–599.

Kirschner, P. A., Sweller, J., & Clark, R. E. (2006). Why minimal guidance during instruction does not work: An analysis of the failure of constructivist, discovery, problem-based, experiential, and inquiry-based teaching. Educational Psychologist, 41(2), 75–86. Klein, H. J., Noe, R. A., & Wang, C. (2006). Motivation to learn and course outcomes: the

impact of delivery mode, learning goal orientation, and perceived barriers and enablers.

Personnel Psychology, 59(3), 665–702. doi:10.1111/j.1744-6570.2006.00050.x Lai, C. S., Spöttl, G., & Straka, G. A. (2011). Learning with worked-out problems in

manufacturing technology: The effects of instructional explanations and self-explanation prompts on acquired knowledge,. Universitat Bremen.

Lewis, D. (2008). The acquisition of procedural skills: An analysis of the worked-example effect using animated demonstrations. PhD Thesis, University of South Florida. Mertler, C. A., & Charles, C. M. (2008). Introduction to educational research. 6th Edition,

Pearson Education, Inc.

Nievelstein, F., Van Gog, T., Van Dijck, G., & Boshuizen, H. P. a. (2013). The worked

example and expertise reversal effect in less structured tasks: Learning to reason about legal cases. Contemporary Educational Psychology, 38(2), 118–125.

doi:10.1016/j.cedpsych.2012.12.004

Paas, F. (1992). Training strategies for attaining transfer of problem-solving skill in statistics: A cognitive-load approach. Journal of Educational Psychology, 84, 429–434.

Paas, F., Renkl, A., & Sweller, J. (2003). Cognitive load theory and instructional design: Recent developments. Educational Psychologist, 38(1), 1–4.

Paas, F., Tuovinen, J. E., Tabbers, H., & Van Gerven, P. W. M. (2003). Cognitive load measurement as a means to advance cognitive load theory. Educational Psychologist,

38(1), 63–71.

Padzil, A. S. N. A., Hamzah, R., & Udin, A. (2011). Pendidikan PTV dalam membangunkan tenaga manusia berminda kelas pertama. Journal of Edupres, 1(September), 279–286. Regmi, K. (2012). A review of teaching methods - Lecturing and facilitation in higher

education (HE): A summary of the published evidence. The Journal of Effective Teaching, 12(3), 61–76.

Renkl, A. (2005). The worked-out-example principle in multimedia learning. In R. Mayer (Ed.), Cambridge Handbook of Multimedia Learning . Cambridge, UK: Cambridge University.

Renkl, A., & Atkinson, R. K. (2003). Structuring the transition from example study to problem solving in cognitive skill acquisition: A cognitive load respective. Educational

Psychologist, 38(1), 15–22.

Rourke, A., & Sweller, J. (2009). The worked-example effect using ill-defined problems: Learning to recognise designers’ styles. Learning and Instruction, 19(2), 185–199. doi:10.1016/j.learninstruc.2008.03.006

Shaddock, A. J. (2007). Improving learning outcomes for all students: Strategies for teachers who don’t claim to be super heroes. Keynote Address to the University of Sydney “Successful Learning Conference”.

Shadish, W. R., Cook, T. D., & Campbell, D. T. (2002). Experimental and quasi-experimental designs for generalized causal inference. Boston: Houghton Mifflin.

Stark, R. (2004). Implementing example-based learning and teaching in the context of vocational school education in business administration. Learning Environments Research, 7(December 2003), 143–163.

Streveler, R., Geist, M., Ammerman, R., Sulzbach, C., Miller, R., Olds, B., & Nelson, M. (2006). Identifying and investigating difficult concepts in engineering mechanics and electric circuits. American Society for Engineering Education.

Sweller, J. (1988). Cognitive load during problem solving: Effects on learning. Cognitive Science, 12(2), 257–285.

Sweller, J. (1994). Cognitice load theory, learning difficulty, and instructional design.

Tarmizi, R. A., & Bayat, S. (2012). Collaborative problem-based learning in mathematics: A cognitive load perspective. Procedia Social and Behavioral Sciences, 32(2011), 344– 350.

Tuckman, B. W., & Kennedy, G. J. (2011). Teaching learning strategies to increase success of first-term college students. The Journal of Experimental Education, 79(4), 478–504. doi:10.1080/00220973.2010.512318

Tulbure, C. (2012). Tailoring instruction according to students’ learning styles. Bulletin of the Transilvania University of Brasov, 5(1).

Van Gog, T., Kester, L., & Paas, F. (2011). Effects of worked examples, example-problem, and problem-example pairs on novices’ learning. Contemporary Educational

Psychology, 36(3), 212–218.

Van Gog, T., & Paas, F. (2008). Instructional efficiency: Revisiting the original construct in educational research. Educational Psychologist, 43(1), 16–26.

Van Gog, T., Paas, F., & Van Merriënboer, J. J. G. (2004). Process-oriented worked examples: Improving transfer performance through enhanced understanding.

Instructional Science, (32), 83–98.

Van Gog, T., Paas, F., & Van Merriënboer, J. J. G. (2006). Effects of process-oriented worked examples on troubleshooting transfer performance. Learning and Instruction,

16, 154–164.

Van Gog, T., Paas, F., & Van Merriënboer, J. J. G. (2008). Effects of studying sequences of process-oriented and product-oriented worked examples on troubleshooting transfer efficiency. Learning and Instruction, 18, 211–222.

Van Merriënboer, J. J. G., & Sweller, J. (2005). Cognitive load theory and complex learning: Recent developments and future directions. Educational Psychology Review, 17(2), 147–177.

Wittwer, J., & Renkl, A. (2010). How effective are instructional explanations in example-based learning? A meta-analytic review. Educational Psychology Review, 22(4), 393– 409.

Wouters, P., Paas, F., & Van Merriënboer, J. J. . (2010). Observational learning from animated models: Effects of studying-practicing alternation and illusion of control on transfer. Instructional Science, 38, 89–104. doi:10.1007/s11251-008-9079-0

Yeung, A. S., Jin, P., & Sweller, J. (1998). Cognitive load and learner expertise: Split-attention and redundancy effects in reading with explanatory notes. Contemporary Educational Psychology, 23(1), 1–21.

I-DIGIWEB: FROM CONCEPTUAL FRAMEWORK INTO THE DEVEPLOPEMENT

OF ADAPTIVE EDUCATIONAL HYPERMEDIA SYSTEM

Jeffri Amran bin Ibrahima Politeknik Kota Bharu Jailani Bin Md Yunosc Universiti Tun Hussein Onn

Wahid Razzalyb Universiti Tun Hussein Onn

Maizam Bt Aliasd Universiti Tun Hussein Onn jeffriamran@gmail.com a, wahid@uthm.edu b, jailani@uthm.edu..my c,

maizam@uthm,edu.my d ABSTRAK

Sistem hipermedia pendidikan adaptif adalah salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran baru yang muncul hasil dari teknologi internet. Ia diperlukan memandangkan pendekatan pembelajaran kini telah berubah dari berpusat guru kepada berpusatkan pelajar. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesan pemadanan di antara persembahan multimedia dengan gaya pembelajaran di dalam pembangunan sistem hipermedia pendidikan adaptif terhadap tahap kepuasan dan tahap penguasaan pelajar kejuruteraan elektrik. Kajian yang dijalankan secara eksperimental ini adalah melibatkan dua fasa iaitu fasa pembangunan instrumen dan fasa pengumpulan data. Laman kajian i-Digiweb adalah merupakan instrumen yang telah dibangunkan. Ia adalah terdiri dari dua jenis laman pembelajaran. Laman adaptif adalah laman yang diuji sementara laman statik adalah merupakan laman kawalan. Laman pembelajaran adaptif adalah terdiri dari bahan pembelajaran, kaedah navigasi, dan juga alatan pembelajaran. Laman pembelajaran ini telah direkabentuk dengan berasaskan kepada kerangka konseptual kajian dan dipersembahkan di dalam bentuk multimedia interaktif. Laman statik adalah terdiri bahan pembelajaran yang berbentuk teks tanpa kawalan audio. Keberkesanan proses pembelajaran adalah diukur melalui dua pembolehubah iaitu tahap kepuasan dan tahap penguasaan. Tahap kepuasan bagi sampel pelajar adaptif didapati adalah lebih tinggi berbanding dengan tahap kepuasan bagi pelajar statik. Tahap penguasaan bagi sampel pelajar adaptif juga adalah lebih tinggi berbanding dengan tahap penguasaan bagi pelajar statik. Seterusnya adalah didapati tempoh menjawab soalan ujian-pos bagi pelajar adaptif adalah lebih singkat berbanding dengan kumpulan pelajar statik. Kajian juga telah dapat mengenalpasti media pembelajaran yang paling digemari oleh pelajar Melayu yang mengambil program kejuruteraan elektrik di politeknik. Akhir sekali dapatan-dapatan kajian ini telah dapat membuktikan tentang betapa perlunya laman web yang dibina menggunakan teknik-teknik hipermedia adaptif dibangunkan bagi mempertingkatkan keberkesanan proses pembelajaran melalui web.

Katakunci: Hipermedia pendidikan adaptif, gaya pembelajaran, tahap kepuasan, tahap penguasaan

ABSTRACT

Adaptive educational hypermedia system is one of the new teaching and learning approach that emerged as a result of internet technology. It is needed because the learning approach has now changed from teacher centered to student-centered. This study was carried out to identify the effect of matching between a multimedia presentation with the learning styles on the levels of satisfaction and achievement of electrical engineering students in the development of adaptive educational hypermedia system. This experimental approach study was conducted in two phases: the development phase of the instrument and the data collection phase. The studied homepage; i-Digiweb is the instrument that has been developed. It is composed of two types of learning pages. An adaptive and a static web pages are tested and a control web page respectively. Adaptive learning web page is comprised of learning materials, methods of navigation, as well as learning tools. This learning web page was designed based on the conceptual framework presented in the form of interactive multimedia. The static pages are made up of text-based learning material without audio controls. The effectiveness of the learning process is measured by two variables: the levels of satisfaction and achievement. The level of satisfaction of the adaptive students was found to be higher than the level of satisfaction of the static students. The level of achievement of the adaptive student is also higher than the level of achievement of the static student. It is also shown that the answering period during the post-test for the adaptive student is much shorter than a static group. The

study has also identified the most preferred learning media by a Malay students that taking electrical engineering program at the polytechnic. Finally, the findings of this study were able to demonstrate the relevance of a website built using adaptive hypermedia techniques developed to enhance the effectiveness of the learning process through the web.

Keywords: Adaptive educational hypermedia, learning styles, level of satisfaction, level of achievement

1. PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tidak dapat dinafikan telah memberi impak yang besar kepada semua aspek kehidupan. Salah satu teknologi yang tergolong di dalam ICT adalah teknologi internet.

Satu kaedah pembelajaran baru telah dihasilkan di dalam bidang pendidikan dengan sokongan internet. Kaedah pembelajaran ini dinamakan e-pembelajaran. Secara umumnya e-pembelajaran adalah kaedah pembelajaran yang menggunakan segala kemudahan yang ada di dalam ICT di dalam mendapatkan maklumat yang baru atau menambahkan ilmu pengetahuan yang sediada. Kaedah pembelajaran ini mempunyai banyak kelebihan dan telah menarik ramai penyelidik terdahulu untuk membuat penyelidikan mengenainya.

Salah satu dari cabang pembelajaran yang mengaplikasikan sepenuhnya kelebihan e-pembelajaran terutamanya kesesuaian untuk e-pembelajaran individu adalah sistem perisian adaptif-penguna. Di peringkat global, bidang ini telah menjadi bidang yang semakin berkembang dan banyak penyelidikan telah dilakukan. Secara amnya bidang ini adalah bidang yang melibat proses personalisasi di mana kandungan dan strategi pembelajaran dipadan dengan data pengguna individu.

Ia juga penting dijadikan bidang kajian kerana persembahan multimedia yang sedia ada didapati masih berasaskan pergabungan elemen-elemen multimedia semata-mata dan hanya boleh menarik perhatian untuk seketika dan statik. Kajian mengenai penyerapan teori mengenai gaya pembelajaran pula di dapati hanya tertumpu kepada menyediakan bahan pembelajaran bagi sesuatu gaya pembelajaran tertentu sahaja. Ini menjadikan kajian perlu dilakukan untuk menyediakan persekitaran yang dinamik dimana persembahan multimedia dapat dipadan secara dengan perubahan di dalam kecenderungan individu contohnya gaya pembelajaran. Ini akan dapat direalisasikan dengan menggabungkan teknologi kecerdasan buatan, pendidikan hipermedia, dan model gaya pembelajaran di dalam merekabentuk persekitaran pembelajaran tersebut.

2. MATLAMAT KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan pemadanan di antara persembahan multimedia dengan gaya pembelajaran di dalam pembangunan laman web adaptif terhadap tahap kepuasan dan tahap penguasaan pelajar kejuruteraan elektrik. Sasaran kajian ini adalah untuk mencari mekanisma bagi merealiasasikan tujuan kajian di atas di mana persembahan multimedia bagi Persekitaran Pembelajaran Adaptif dapat dipadankan secara pintar mengikut profil gaya pembelajaran seseorang pengguna.

3. PERSOALAN KAJIAN

Kajian yang ditumpukan kepada proses meneroka dan menyelidik bagi membangunkan satu persekitaran pembelajaran adaptif berasaskan web ini dilaksanakan adalah bagi menjawab keempat-empat persoalan kajian seperti berikut:

(a) Persembahan multimedia yang bagaimanakah yang sesuai dengan sesuatu dimensi bagi gaya pembelajaran (aktif-reflektif, pancaindera-intuitif, visual-verbal, berjujukan-global) di dalam pembangunan laman web adaptif?

(b) Apakah mekanisma-mekanisma yang dapat mengadaptasikan persembahan multimedia dengan profil gaya pembelajaran seseorang pelajar?

(c) Sejauh manakah kesan pembangunan laman web adaptif terhadap tahap kepuasan pelajar?

(d) Sejauh manakah kesan pembangunan laman web adaptif terhadap tahap penguasaan pelajar?

4. RANGKA KERJA KONSEPTUAL KAJIAN

Kerangka utama projek bagi kajian ini adalah diasaskan kepada kenyataan dan hasil kerja