• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peratusan Sampel Kajian Mengikut Dimensi Gaya Pembelajaran

melalui laman adaptif. Gaya pembelajaran di dalam konteks kajian ini adalah dirujuk sebagai gaya pembelajaran multimedia memandangkan bagi keempat-empat dimensi gaya pembelajaran telah diaplikasikan secara multimedia. Kesemua sampel kajian adalah berbangsa Melayu yang mengikuti kursus kejuruteraan elektrik di 3 buah politeknik iaitu Politeknik Kota Bharu (PKB), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), dan Politeknik Sultanah Bahiyah (PTSB).

Rajah 6: Peratus Taburan Sampel Pelajar Kajian [Jumlah Sampel : 130 orang] Aktif; 85 Reflektif; 15 Pancaindera; 60 Intuitif; 40 Visual; 88 Verbal; 12 Berjujukan; 57 Global; 43

Peratusan Sampel Kajian Mengikut Dimensi

Gaya Pembelajaran

Kesan pembelajaran melalui kedua-dua laman adaptif dan laman statik diukur melalui dua pembolehubah iaitu tahap kepuasan dan tahap penguasaan. Untuk menyokong kedua-dua pembolehubah ini, kajian ini juga menyerapkan elemen mekanisma penjejak sepanjang sesi pembelajaran di mana dua pembolehubah iaitu tempoh pembelajaran dan tempoh menjawab soalan ujian pos digunakan untuk memastikan situasi pembelajaran berjalan seperti yang sepatutnya. Huraian di bawah akan menghuraikan tentang hasil ujian U Mann-Whitney sampel bebas telah dilakukan ke atas dua kumpulan sampel pelajar iaitu pelajar laman adaptif dan pelajar laman statik setelah proses saringan dilakukan. Selepas proses saringan, didapati di kalangan sampel pelajar, seramai 57 orang telah mengikuti sesi pembelajaran bagi Bahagian A melalui laman adaptif manakala seramai 59 orang lagi telah mengikutinya melalui laman statik. Hasil ujian ini adalah diberikan pada Jadual 1 di bawah.

Jadual 1 : Keputusan Ujian U Mann-Whitney Sampel Bebas Bagi Bahagian A

Item Diuji Jenis Laman Bil.

Sampel

Kedudukan

Min z p

Tahap Kepuasan Laman Adaptif 57 65.98 - 2.44 0.02

Laman Statik 59 51.27 Tahap Penguasaan Laman Adaptif 57 66.07 - 2.39 0.02 Laman Statik 59 51.19 Tempoh Pembelajaran Laman Adaptif 57 63.17 - 1.47 0.14 Laman Statik 59 53.99 Tempoh Menjawab Ujian 1 Laman Adaptif 57 47.84 -3.36 0.00 Laman Statik 59 68.80

Ujian U Mann-Whitney telah dikendalikan untuk menilai hipotesis bahawa tahap kepuasan bagi sampel pelajar laman adaptif adalah lebih tinggi berbanding dengan tahap kepuasan bagi sampel pelajar laman statik. Dapatan ujian telah menjurus ke arah yang sepatutnya dan ianya adalah signifikan, z = - 2.44, p < 0.05. Sampel pelajar adaptif mendapat taraf min 65.98, manakala sampel pelajar laman statik mendapat taraf min 51.27.

Hipotesis bahawa tahap penguasaan bagi sampel pelajar laman adaptif adalah lebih tinggi berbanding dengan tahap penguasaan bagi sampel pelajar laman statik juga telah diuji mengunakan Ujian U Mann-Whitney. Dapatan ujian telah menjurus ke arah yang sepatutnya dan ianya juga adalah signifikan memandangkan z = - 2.39, p < 0.05. Sampel pelajar adaptif mendapat kedudukan min 66.07, manakala sampel pelajar laman statik mendapat kedudukan min 51.19.

Hipotesis seterusnya adalah tempoh pembelajaran yang telah digunakan oleh sampel pelajar laman adaptif adalah lebih singkat berbanding dengan tempoh pembelajaran yang telah digunakan oleh sampel pelajar laman statik. Hasil Ujian U Mann-Whitney yang telah dikendalikan untuk menilai hipotesis mendapati dapatan adalah tidak menjurus ke arah yang sepatutnya tetapi ianya adalah tidak signifikan memandangkan z = - 1.47, p > 0.05. Sampel pelajar adaptif mendapat kedudukan min 63.17, manakala sampel pelajar laman statik mendapat kedudukan min 53.99.

Dapatan ujian U Mann-Whitney untuk menilai hipotesis bahawa tempoh yang diperlukan oleh sampel pelajar laman adaptif untuk menjawab soalan ujian adalah lebih singkat berbanding dengan tempoh menjawab soalan ujian yang diperlukan oleh sampel pelajar laman statik. Ianya telah menjurus ke arah yang sepatutnya dan ianya adalah signifikan, di mana z = -3.36, p < 0.05. Sampel pelajar adaptif mendapat kedudukan min47.84, manakala sampel pelajar laman statik mendapat kedukan min 68.80.

Huraian di bawah akan menghuraikan tentang hasil ujian-U Mann-Whitney yang telah dilakukan ke atas pelajar laman adaptif dan pelajar laman statik yang telah melayari kedua-dua Bahagian A dan Bahagian B. Selepas proses saringan, didapati di kalangan sampel pelajar, seramai 57 orang telah mengikuti sesi pembelajaran bagi Bahagian B melalui laman adaptif manakala seramai 59 orang lagi telah mengikutinya melalui laman statik.

Jadual 2 : Keputusan Ujian U Mann-Whitney Sampel Bebas Bagi Bahagian B

Item Diuji Jenis Laman Bil.

Sampel

Kedudukan

Min z p

Tahap Kepuasan Laman Adaptif 57 64.72 - 2.03 0.04

Laman Statik 59 52.49 Tahap Penguasaan Laman Adaptif 57 65.10 - 2.09 0.04 Laman Statik 59 52.13 Tempoh Pembelajaran Laman Adaptif 57 49.09 - 2.96 0.00 Laman Statik 59 67.59 Tempoh Menjawab Ujian 1 Laman Adaptif 57 48.66 - 3.14 0.00 Laman Statik 59 68.01

Ujian U Mann-Whitney telah dikendalikan untuk menilai hipotesis bahawa tahap kepuasan bagi sampel pelajar laman adaptif adalah lebih tinggi berbanding dengan tahap kepuasan bagi sampel pelajar laman statik. Dapatan ujian telah menjurus ke arah yang sepatutnya dan ianya adalah signifikan, z = - 2.03, p < 0.05. Sampel pelajar adaptif mendapat taraf min 64.72, manakala sampel pelajar laman statik mendapat taraf min 52.49.

Hipotesis bahawa tahap penguasaan bagi sampel pelajar laman adaptif adalah lebih tinggi berbanding dengan tahap penguasaan bagi sampel pelajar laman statik juga telah diuji mengunakan Ujian U Mann-Whitney. Dapatan ujian telah menjurus ke arah yang sepatutnya dan ianya adalah signifikan memandangkan z = - 2.09, p < 0.05. Sampel pelajar adaptif mendapat kedudukan min 65.10, manakala sampel pelajar laman statik mendapat kedudukan min 52.13.

Hipotesis seterusnya adalah tempoh pembelajaran yang telah digunakan oleh sampel pelajar laman adaptif adalah lebih singkat berbanding dengan tempoh pembelajaran yang telah digunakan oleh sampel pelajar laman statik. Hasil Ujian U Mann-Whitney yang telah dikendalikan untuk menilai hipotesis mendapati dapatan adalah menjurus ke arah yang sepatutnya dan ianya adalah signifikan memandangkan z = - 2.96, p < 0.05. Sampel pelajar adaptif mendapat kedudukan min 49.09, manakala sampel pelajar laman statik mendapat kedudukan min 67.59.

Dapatan ujian U Mann-Whitney untuk menilai hipotesis bahawa tempoh yang diperlukan oleh sampel pelajar laman adaptif untuk menjawab soalan ujian adalah lebih singkat berbanding dengan tempoh menjawab soalan ujian yang diperlukan oleh sampel pelajar laman statik. Ianya telah menjurus ke arah yang sepatutnya dan ianya juga adalah signifikan, di mana z = -3.14, p < 0.05. Sampel pelajar adaptif mendapat kedudukan min 48.66, manakala sampel pelajar laman statik mendapat kedudukan min=68.01.

Hasil maklumbalas pelajar terhadap media yang telah digunakan sepanjang sesi pembelajaran juga telah menghasilkan maklumat tentang rating media yang digemari oleh pelajar. Ianya diperolehi hasil dari soalselidik di mana sampel pelajar dikehendaki memberikan rating (skala likert : 1 hingga 5) terhadap media yang dirasakan berfaedah bagi mereka.

Rajah 7 di bawah menunjukkan bahawa rating media yang telah diberikan oleh sampel