• Tidak ada hasil yang ditemukan

Model Active Learning Dari Pandangan Holistik, Fink (2003 )

Dalam dokumen PELAKSANAAN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (1) (Halaman 156-160)

PEMBELAJARAN AKTIF DALAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KE ARAH MENJANA MODAL INSAN BERTARAF

Rajah 2 Model Active Learning Dari Pandangan Holistik, Fink (2003 )

5. PERBEZAAN PENGLIBATAN PELAJAR AKTIF DAN PASIF DALAM AKTIVITI

PEMBELAJARAN

Pelajar yang aktif dan pasif di dalam pembelajaran dibezakan melalui penglibatan ketika melakukan aktiviti (Edgar Dale, 1969). Melakukan sesuatu yang sebenar, simulasi terhadap pengalaman sebenar dan melakukan persembahan drama membolehkan pelajar mengingati sehingga 90% daripada apa yang dikata dan dilakukan berhubung dengan pembelajaran. Pelajar yang boleh memberikan penerangan dan melibatkan diri di dalam aktiviti perbincangan membolehkan mereka mengingati sehingga 70% daripada yang dipelajari. Menerima dan melibatkan diri di dalam aktiviti merupakan pembelajaran aktif, manakala menerima secara visual dan verbal adalah pembelajaran pasif. Kon Pembelajaran Aktif Dan Pasif menurut Edgar Dale (1969) adalah seperti Rajah 3 berikut:

Pengalaman (Experience) Membuat, Memerhatikan Nyata, Simulasi Pengalaman Pembelajaran Mendapatkan Maklumat dan Idea Primary/secondary Memperolehi dalam

kelas,

luar kelas, online

Refleksi Apa yang dipelajari Bagaimana ia dipelajari Bersendirian dan berkumpulan

How Much We Tend To Remember

Reading

Hearing Words

WatchingVideo

Looking A An Exhibit Looking A Pictures

Seeing It Done On Location Watching A Demonstration

Participation In A Discussion

Doing A Dramatic Presentation Give A Talk

Simulating A Real Experience

Doing The Real Thing

Verbal Receiving Visual Receiving Participating Doing P A S S I V E

Our Level Of Involvement

50% Of What We See And Read 20% Of What We Hear 30% Of What We See 10% Of What We Read 70 % Of What We Say 90% Of What We Say And Do A C T I V E

6. PERANAN DAN CABARAN PENSYARAH DALAM MELAKSANAKAN

PEMBELAJARAN AKTIF

Menurut Thomas (2000), pensyarah yang menggunakan pembelajaran aktif terhadap pelajar lebih mudah untuk melaksanakan pengajaran bagi pelajar yang berbeza tahap pencapaian dengan berkesan. Pensyarah yang berperanan sebagai fasilitator akan memberikan daya pengaktifan terhadap pelajar yang pasif untuk melibatkan diri secara langsung dalam pembelajaran dan melatih diri menjadi pemimpin (Rhodes and Garrick, 2003). Menurut Newby et. al (2000), pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar akan mengubah peranan pensyarah terhadap empat perkara, iaitu (i) Sentiasa dilihat sebagai pakar isi kandungan mata pelajaran dan sumber untuk semua jawapan bagi persoalan, kepada penglibatan dalam banyak masa sebagai seorang yang tidak tahu semua tetapi sanggup belajar; (ii) Dilihat sebagai sumber utama maklumat yang sentiasa menyampaikannya kepada pelajar, kepada dilihat sebagai penyokong, pemberi kerjasama, dan jurulatih di mana pelajar belajar bersama-sama dan menilai sendiri maklumat berkenaan; (iii) Sentiasa bertanyakan soalan dan mengawal fokus pembelajaran, kepada melatih pelajar membina dan mengeluarkan soalan dan mencari penyelesaian sendiri melalui pelbagai cara, dan (iv) Mengarahkan pelajar melakukan latihan langkah-demi-langkah supaya semua mencapai keputusan yang sama, kepada menggalakkan individu menggunakan pengetahuan dan kemahiran sendiri mencapai penyelesaian.

Bagi melaksanakan pembelajaran aktif bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya pelajar dan pensyarah masih dipengaruhi oleh persekitaran pembelajaran traditional yang pasif dan belum bersedia untuk menerima perubahan dalam melaksanakan proses pembelajaran aktif (Harold, 1996). Menurut beliau lagi, terdapat pensyarah yang berpendapat kaedah pembelajaran traditional lebih sesuai untuk pelajar disebabkan bilangan yang ramai di dalam kelas dan berorientasi peperiksaan. Oleh itu, menurut mereka lagi, pensyarah mudah mengajar dan melakukan pelbagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan. Menurut Grasha (1972), kaedah pembelajaran pasif iaitu traditional yang berpusatkan pensyarah serta mengutamakan pencapaian di dalam peperiksaan menimbulkan beberapa gejala kurang sihat seperti bosan dan kurang minat di kalangan pelajar. Terdapat tiga reaksi pelajar terhadap pembelajaran pasif ini, iaitu (i) Gaya Penghindaran – kelakuan seperti ponteng kelas, tidak mengambil peduli, tidak melibatkan diri dalam perbincangan, dan kurang berminat pada tanggungjawab kendiri; (ii) Gaya Pesaing – wujud tanggapan di kalangan pelajar bahawa tujuan utama pembelajaran adalah untuk mencapai gred yang baik dan menyebabkan mereka hanya menumpukan perhatian kepada peperiksaan; dan, (iii) Gaya Pergantungan – pelajar hanya melakukan perkara yang diarahkan oleh guru dan tidak mengambil inisiatif sendiri untuk mengembangkan pengetahuan mereka.

RUMUSAN

Modal insan yang merupakan aset bernilai bagi pembangunan Negara perlu dibangunkan sehingga bertaraf dunia. Bagi mencapai matlamat ini, Pendidikan Teknik dan Vokasional yang mengaplikasikan pembelajaran aktif dapat menjana modal insan bertaraf dunia yang fleksibel, kreatif dan proaktif dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berfikir secara kritis, mampu menyampaikan idea dengan berkesan, dan kemampuan bekerja di dalam kumpulan.

RUJUKAN

Arthur, W. C. and Zelda, F. G. (1997). Seven Principles For Good Practice. AAHE Buletin 39 : 3-7.

Bonwell, C.C., dan Eison, J.A. (1991). Active Learning : Creating Excitement In The Classroom. ASHEERIC Higher Education Report 1. Washington, D.C. : George Washington University.

Brandes, D. dan Ginnis, P. (1986). A Guide To Student-Centred Learning. Oxford: Blackwell. Burden, P. R. dan Byrd, D.M. (1994). Methods Effective Teaching. Boston: Allyn and Bacon. Conford, I.R. (1999). Rediscovering The Importance Of Learning And Curriculum In

Vocational Education In Training In Australian. Journal Of Vocational Education And Training 51 (1). 93-13

Cullen, R.B. (1997). Work Skills In National Competitiveness: External Benchmarks. Report No. 2: Benchmarking Australian Qualification Profiles For The Australian National Training Authority. Flawthorn: Performance Management Solutions.

Dale, E. (1969). Audio-Visual Methods In Teaching. (3rd Ed). Holt, Tinehart and Winston. Fink, L. D. (2003). Creating Significant Learning Experiences. San Francisco: Jossey Bass. Graaff, E. dan Kolmos, A. (2003). Characteristics Of Problem-based Learning. International

Journal Of Engineering Education, 19 (5): 657-662.

Grasha, A. F. (1996). Teaching With Style. Pittsburgh, PA: Alliance.

Ivan Hanafi (2007). Pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal-Vokasional Di German-Malaysia Institute, German-Malaysia. Tesis Dr. Falsafah. Universiti Putra German-Malaysia.

Kember, D., Kwan, K-P. dan Ledesma, J. (2001). Conceptions Of Good Teaching And How They Influence The Way Adults And School Leavers Are Taught. International Journal Of Lifelong Education, 20(5), 393-404.

Mohamad Rizal Azman Rifin (2011). Wajah Baru Pendidikan Vokasional. Berita Harian. Bil. 58, 17-23 Februari 2011 (Varsiti)

Mohd Azlan Hussain (2009). Amalan Pembelajaran Aktif Dalam Kalangan Guru Pendidikan Vokasional Dan Pengaruhnya Terhadap Pembinaan Personaliti Pelajar. Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional. 96-105

Mohd Fuad Razali (2010). Teras Strategik RMK-10 Membangun Modal Insan Bertaraf Dunia. Pendidik (75): 52-55.

Newby, T. J., Stepich, D. A., Lehman, J. D. dan Russell, J. D. (2000). Instructional Technology For Teaching And Learning: Designing Instruction, Integrating Computers And Using. Media. Ed. ke-2. New Jersey: Merrill Prentice Hall.

Noraisah Tarni, Mohd Safarin Nordin dan Muhammad Sukri Saud (2011). Kurikulum Pendidikan Teknik Dan Vokasional Penuhi Keperluan Industri Menuju Modal Insan Bertaraf Dunia. EDUPRES Education Postgraduate Research Seminar. 594-602.

Nur Salihah Mohd Kahar, Rohana Hamzah dan Aede Hatib Musta’mal (2011). Tranformasi Pendidikan Teknik Dan Vokasional Berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. EDUPRES Education Postgraduate Research Seminar. 203-214.

Nurul Nadya Abu Bakar, Rohana Hamzah dan Amiruddin Udin (2011). Cabaran-cabaran Dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional Dalam Membangunkan Sumber Manusia. EDUPRES Education Postgraduate Research Seminar. 159-164.

Page, G. T., Thomas, J. B. dan Marshall, A. R. (1977). International Dictionary of Education. London, Kogan Page.

Rashid Ahmad (2006). Persepsi Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Zon Skudai, Johor Darul Takzim. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Rhodes, C. dan Garrick, J. (2003). Project-based Learning And The Limits Of Corporate Knowledge. Journal of Management Education27. 447-471.

Shahril@Charil Marzuki dan Habib Mat Som (1999). Isu Pendidikan Di Malaysia : Sorotan Dan Cabaran. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Sidek Baba (2009). Acuan Minda. Kuala Lumpur: Alaf 21.

Thomas, J. W. (2000). A Review Of Research On Project-based Learning. Retrieved 18 July 2005 from http://www.autodesk.com/foundation

Toh Wah Seng (2008). Pedagogi Pembelajaran Aktif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Ekonomi Ke arah Membangunkan Modal Insan. Buku Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL. 117 – 129.

Ummul Habibah Daud (2009). Peranan Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV) Dalam Pembangunan Sumber Manusia Di Malaysia. Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional. 112 – 123.

Yahaya Ibrahim dan Abd Hair Awang (2008). Pembangunan Modal Insan : Isu dan Cabaran, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

ANALISIS PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN KOMPONEN

Dalam dokumen PELAKSANAAN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (1) (Halaman 156-160)