seminggu (Jam)
SP
1 Terlibat dalam urusan penyenggaraan kemudahan fizikal sekolah (contohnya pendawaian elektrikal, bangunan, paip, perabot dan perparitan dan lain-lain).
0.02 .051
JUMLAH 0.02 .051
6. PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Dapatan kajian menunjukkan purata jumlah beban tugas guru berdasarkan 4 aspek yang dikaji ialah 47.86 jam secara keseluruhan. Perincian mengikut setiap aspek pula ialah aspek kurikulum mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 37.87 jam seminggu, pengurusan dan pentadbiran 8.76 jam seminggu, kewangan 1.21 jam seminggu dan pembangunan fizikal sekolah sebanyak 0.02 jam seminggu. Dapatan ini hampir sama dengan dapatan kajian Kementerian Pelajaran Malaysia (2007) yang menunjukkan jumlah beban tugas bagi aspek kurikulum ialah 48.32 jam seminggu, pengurusan dan pentadbiran 2.3 jam seminggu, kewangan 1.56 jam seminggu dan pembangunan fizikal sekolah 0.04 jam seminggu. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan jumlah masa yang digunakan oleh guru KHB dalam aspek pengurusan dan pentadbiran, kewangan dan pembangunan fizikal sekolah adalah melebihi dapatan kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2007). Dapatan ini adalah munasabah kerana guru-guru KHB memang memperuntukkan masa yang banyak dalam kerja dan tugasan berkaitan pengurusan dan pentadbiran iaitu dalam mengurus bengkel yang menjadi sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab mereka.
Dalam aktiviti pengurusan bengkel guru-guru KHB terlibat dengan penyediaan bahan-bahan untuk amali pelajar, menyelenggara mesin-mesin di bengkel serta membaiki kerosakan alatan tangan di dalam bengkel. Manakala bagi tugas berkaitan kewangan pula, guru-guru KHB terlibat dalam merekod stok peralatan serta mesin yang dibeli daripada pembekal atau yang dibekalkan oleh pihak kerajaan. Pada akhir penggal persekolahan pula, guru-guru KHB terlibat dengan aktiviti pemeriksaan stok akhir di bengkel. Di samping itu, urusan pembelian peralatan seperti menyemak baki peruntukan panitia, pembelian bahan dan peralatan semuanya dilakukan oleh guru KHB. Oleh itu masa yang diperuntukkan oleh guru KHB dalam mengendalikan urusan berkaitan kewangan adalah lebih. Semua tugasan ini terkandung di dalam surat pekeliling tentang Peruntukan Waktu Penyenggaraan Makmal.
Dapatan menunjukkan beban tugas yang dipikul oleh guru KHB berada ditahap yang tinggi. Ini kerana jumlah masa yang digunakan oleh guru-guru KHB dalam
melaksanakan ke empat-empat aspek telah mencapai 47.86 jam seminggu. Jumlah keempat aspek ini belum meliputi keseluruhan tugas guru di sekolah. Terdapat lima lagi aspek yang belum diambil kira iaitu jumlah masa dalam aktiviti kokurikulum, tugasan berkaitan hal ehwal murid, pembangunan staf, komuniti dan juga pengurusan asrama. Dalam melaksanakan tugas di sekolah, guru-guru KHB juga tidak terlepas daripada terlibat dalam kelima-lima aspek ini. Dalam melaksanakan tugas berkaitan kokurikulum, guru-guru juga terlibat dalam melatih dan membimbing murid dalam aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan sama ada di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Kadangkala guru-guru juga terlibat mengiring dan menyelia pelajar dalam aktiviti kokurikulum di luar sekolah seperti pertandingan bola sepak, perkhemahan atau pertandingan ko-akademik. Bagi tugas berkaitan hal ehwal murid, guru-guru juga terlibat dalam pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), bantuan kewangan seperti Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), kawalan disiplin pelajar, program pembinaan sahsiah dan motivasi pelajar, mengurus kes salah laku pelajar, terlibat dengan jawatankuasa kantin sekolah, mengurus data pelajar dalam Sistem Maklumat Murid (SMM), bertugas sebagai guru bertugas mingguan dan lain-lain lagi. Guru juga tidak terlepas daripada aspek berkaitan pembangunan staf seperti menghadiri kursus atau bengkel peningkatan profesionalisme sama ada di peringkat sekolah, PPD atau JPN. Selain itu guru juga terlibat dengan aktiviti komuniti seperti aktiviti anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau anjuran agensi swasta. Bagi sekolah yang mempunyai asrama, terdapat juga guru-guru yang terlibat dengan pengurusan asrama seperti menjadi warden asrama atau menguruskan kemasukan murid ke asrama.
Oleh itu dapat dibuat kesimpulan bahawa jumlah masa guru KHB dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab adalah di tahap yang tinggi jika dibandingkan dengan penjawat awam lain yang melaksanakan tugas sebanyak 40 jam seminggu (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007).
PENGHARGAAN
Kajian ini dibiayai sepenuhnya oleh Geran Putra – Inisiatif Putra Siswazah (GP-IPS) Universiti Putra Malaysia. Jutaan penghargaan kepada Universiti Putra Malaysia dalam menyediakan peruntukan dan membolehkan kajian ini dijalankan dengan jayanya.
RUJUKAN
Adam, B. (2002). Beban Tugas Guru Sekolah Rendah Aliran Bahasa Melayu Di Kawasan Perbandaran Bahagian Sibu, Sarawak. Tesis Master, Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor.
Angle, H., Gilby, N., Fearn, A., Bassett, C., Elston, D., & Mcginigal, S. (2008). Teachers’ Workloads Diary Survey.
Azita, A. R. (2012). Beban Tugas Guru Sekolah Menengah di Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Tesis Master, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.
Azrul Hisham, A. M. (2009). Faktor-faktor Tekanan Dan Kesannya Kepada Guru Sekolah Menengah Kebangsaan : Satu Kajian Di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Tesis Master, Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.
Bridges, S., & Searle, A. (2011). Changing workloads of primary school teachers : “ I seem to live on the edge of chaos .” School Leadership & Management, 31(5), 413– 433.
Bubb, S., & Earley, P. (2004). Managing Teacher Workload Work-Life Banlance and Wellbeing (First Edit.). Paul Chapman Publishing A SAGE Publications Company. Chan, A. H. S., Chen, K., & Chong, E. Y. L. (2010). Work Stress of Teachers from
Primary and Secondary Schools in Hong Kong. In Proceeding of the International MultiConference of Engineers and Computer Scientists (Vol. III, pp. 17–20). Deakin, G., James, N., Tickner, M., & Tidswell, J. (2010). Teachers ’ workload diary
survey 2010.
Habibah, M. S. (1995). Hubungan Latar Belakang Guru Dengan Persepsi Terhadap Mata Pelajaran KHB. Tesis Master, Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor. Harold, E. Y. (1984). Faculty Workload: Research, Theory and Interpretation.
Ingvarson, L., Kleinbenz, E., Adrian, B., Barwick, H., Carthy, I., & Wilkinson, J. (2005).
Secondary Teacher Workload Study Report (pp. 1–192).
Kalsom, A. (1997). Tekanan Kerja Di Kalangan Guru Ekonomi Rumah Tangga. Tesis Master, Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Kajian Tugas Dan Tanggungjawab Guru. Liu, S., & Onwuegbuzie, A. J. (2012). Chinese teachers ’ work stress and their turnover
intention. International Journal of Educational Research, 53, 160–170. doi:10.1016/j.ijer.2012.03.006
Lukman, M. (2008). Tekanan Kerja Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Dua Buah Daerah Di Negeri Kedah. Tesis Master, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Mohamad Yazi, K. (2005). Beban Tugas Dan Perlakuan Mengajar Guru Sekolah
Rendah. Tesis Master, Universiti Utara Malaysia.
Mohd Saudi, A. R. (1998). Beban Tugas Di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Tesis Master, Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.
Muhammad Shukri, S. (1998). Beban Tugas Di Kalangan Guru Sekolah Rendah. Tesis Master, Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.
Norlida, A. W., Fatimah, T., & Mohd. Nasrudin, B. (2011a). Kajian Eksperimental
Menangani Beban Tugas Perkeranian Guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru, (Jilid 6).
Norlida, A. W., Fatimah, T., & Mohd. Nasrudin, B. (2011b). Kajian Eksperimental Menangani Beban Tugas Perkeranian Guru 2011. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru, 6.
Rohani, C. (1991). Beban Tugas Guru Dalam Pelaksanaan KBSM. Tesis Master, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Vardi, I. (2008). The impacts of different types of workload allocation models on academic satisfaction and working life. Higher Education, 57(4), 499–508. doi:10.1007/s10734-008-9159-8
Wan Roselinda, W. J. (2008). Kajian Mengenai Faktor Masa Dan Beban Tugas Guru Serta Hubungannya Dengan Tahap Stres Di Sebuah Sekolah Premier Di Daerah Johor Bahru. Tesis Master, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Wang, P., Lin, P., & Cao, H. (2009). The Sources Of Work Stress For Chinese High School Teachers. Social Behavior And Personality, 37(4), 459–466.