• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kerangka konsep kajian

Dalam dokumen PELAKSANAAN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (1) (Halaman 130-134)

VOKASIONAL Mohamad Zhurad Haron

Rajah 1 Kerangka konsep kajian

6. METODOLOGI

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kaedah gabungan (mixed methods). Menurut Slavin (2007), reka bentuk kajian kaedah gabungan merupakan kombinasi di antara kaedah kuantitatif dan kualitatif. Gabungan ini membolehkan sesuatu fenomena itu difahami dengan lebih mendalam berbanding menggunakan salah satu kaedah sahaja samada kuantitatif atau kualitatif (Gay, Mills dan Airasian, 2006). Pengumpulan bagi kedua-dua data adalah menggunakan pendekatan gabungan serentak atau ‘concurrent embedded mixed methods’. Pengumpulan data dilakukan secara serentak tanpa wujud pemberatan atau keutamaan pada kedua-dua data tersebut. Tujuan utama pendekatan ini digunakan adalah untuk mendapatkan data kuantitatif dan kualitatif bagi menjawab persoalan kajian yang berbeza (Creswell, 2009). Di samping itu, pendekatan ini juga

Keadaan Fisiologi Pujukan Verbal Pengalaman Vikarius Pengalaman Masteri Pendekatan Pengajaran Penjujukan Kandungan Komponen Pengajaran Kaedah Pengajaran Bahan Bercetak Bahan Latihan Bahan Media Bahan Instruksional Sumber-Sumber Efikasi-Kendiri Pelajar KSKV SKPK Kompetensi Amali Tahap Efikasi-Kendiri Rendah Tinggi Efikasi-Kendiri Menservis Automotif Pelajar

digunakan kerana kajian ini melibatkan dua kumpulan responden yang berbeza iaitu pelajar (data kuantitatif dan kualitatif) dan guru (data kualitatif sahaja).

6.1 Data Kuantitatif

Dalam kajian ini, pelajar rintis program Diploma Vokasional Malaysia yang mengikuti kursus Teknologi Automotif di kolej-kolej vokasional rintis (KPM) dipilih sebagai populasi kajian. Daripada 15 buah KV rintis, hanya 8 buah sahaja KV yang menawarkan kursus Teknologi Automotif dan terlibat secara langsung dalam kajian ini. Saiz sampel adalah ditentukan berdasarkan kepada jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Bagi keseluruhan populasi yang berjumlah 346 orang, saiz sampel adalah lebih kurang 185 orang. Walaubagaimanapun, jika populasi kajian ini dibahagikan mengikut zon, saiz sampel adalah berjumlah 288 orang. Dalam kajian ini, populasi pelajar dari 8 buah KV yang terlibat dibahagikan mengikut zon iaitu Zon Utara, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak. Pemilihan sampel pelajar menggunakan teknik persampelan rawak mudah atau simple random sampling.

Satu set soal selidik yang dibangunkan sendiri oleh pengkaji digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Soal selidik adalah terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi maklumat tentang demografi pelajar dan bahagian B pula mengandungi maklumat mengenai tahap efikasi-kendiri pelajar dalam kerja-kerja menservis automotif dan kaedah pengajaran guru serta bahan instruksional yang kerap digunakan guru dalam pembelajaran subjek Teknologi Automotif di KV. Respon pelajar diukur dengan mengunakan skala 5 mata Likert. Bagi tujuan kesahan kandungan, soal selidik akan diserahkan kepada dua orang pakar pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang pengajaran dan pembelajaran subjek Teknologi Automotif. Pakar pertama terdiri daripada seorang pensyarah dari Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Alor Gajah, Melaka manakala pakar kedua pula terdiri daripada seorang pensyarah dari Kolej Vokasional Taiping, Perak.

Satu kajian rintis menggunakan kaedah uji–ulang uji akan dijalankan ke atas 20 orang pelajar rintis program DVM yang mengikuti kursus Teknologi Automotif di KV Kluang, Johor bagi menguji kekonsistenan dalaman soal selidik kajian ini. Selang masa yang diambil pengkaji untuk menjalankan kajian rintis kedua selepas kajian rintis pertama adalah dua minggu. Program SPSS versi 16.0 digunakan dalam menentukan tahap kebolehpercayaan soal selidik berdasarkan kepada nilai alpha Cronbach yang diperolehi. Nilai pekali kebolehpercayaan yang menghampiri nilai 1.0 dianggap terbaik. Secara umumnya, nilai kebolehpercayaan yang kurang dari 0.60 dianggap lemah, nilai yang melebihi had 0.70 adalah diterima, dan nilai yang melebihi had 0.80 dianggap baik. Dalam kajian ini, statistik diskriptif dan inferensi digunakan dalam proses penganalisian data kuantitatif. Statistik diskriptif yang melibatkan pengiraan min dan sisihan piawai digunakan bagi (i) menentukan tahap efikasi-kendiri menservis automotif pelajar dan (ii) mengenalpasti kaedah pengajaran dan bahan instruksional yang paling kerap digunakan guru dalam pembelajaran subjek Teknologi Automotif pelajar. Statistik inferensi yang melibatkan korelasi Pearson digunakan bagi menguji hipotesis kajian iaitu untuk menentukan sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah pengajaran dan bahan instruksional yang paling kerap digunakan guru dengan tahap efikasi-kendiri menservis automotif pelajar. Menurut Sekaran (2003), pekali korelasi Pearson (Pearson’s product moment correlation coefficient) digunakan untuk mengukur kekuatan hubungan di antara dua pembolehubah kuantitatif.

6.2 Data Kualitatif

Proses pengumpulan data kualitatif melibatkan responden pelajar dan guru. Responden pelajar terdiri daripada 5 orang pelajar KV Kluang dan 5 orang lagi pelajar KV Datuk Seri Mohd Zin. Kesemua 10 orang pelajar yang terlibat dalam pengumpulan data kualitatif ini dipilih dari kalangan pelajar yang terlibat sama dalam proses pengumpulan data menerusi soal selidik. Dalam kajian ini, hanya pelajar-pelajar dari KV zon selatan sahaja yang terlibat. Usaha untuk melibatkan pelajar-pelajar dari setiap zon bagi mendapatkan data yang lebih konklusif terbatas disebabkan kekangan kewangan dan masa.

Populasi guru pula melibatkan semua guru yang mengajar subjek Teknologi Automotif di KV (KPM). Pemilihan responden dilakukan dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan dan responden yang dipilih adalah terdiri daripada guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar subjek Teknologi Automotif lebih dari sepuluh tahun dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia sekurang-kurangnya pada Tahap Empat.

Pengumpulan data kualitatif bagi kajian ini diperolehi menerusi temubual jenis tidak berstruktur. Soalan hujung terbuka atau open ended questions digunakan dalam proses temubual bagi mengenal pasti: (i) cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran subjek Teknologi Automotif dan (ii) kaedah pengajaran dan bahan instruksional yang dianggap penting oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Teknologi Automotif.

Analisis data kualitatif dimulakan dengan penyediaan transkripsi. Penyediaan transkripsi ini melibatkan proses penukaran data daripada bentuk rakaman audio kepada data dalam bentuk teks. Dalam menyediakan transkripsi, rakaman audio didengar semula dan segala maklumat yang terkandung dalam percakapan tersebut disalin ke dalam bentuk teks. Transkripsi tersebut kemudiannya dibaca dengan teliti bagi mendapat gambaran secara umum atau makna tentang perkara yang dikaji.

Kaedah analisis kandungan (content analysis) yang melibatkan proses pengekodan digunakan bagi analisis data kualitatif kajian ini. Dalam proses ini, pengkaji membaca transkripsi, menanda, membahagikan kepada beberapa bahagian, dan seterusnya membuat nota ke atas maklumat yang dibaca bagi memberi makna. Dalam proses menganalisis data kualitatif ini juga, satu ringkasan jadual disediakan bagi menunjukkan kekerapan kepada setiap kata kunci yang dapat menggambarkan fenomena kajian.

7. KESIMPULAN

Pelajar bidang teknologi automotif merupakan modal insan negara atau bakal tenaga kerja pada masa hadapan yang bakal bersaing dalam industri automotif yang semakin canggih dan rumit serta sentiasa mengalami perubahan teknologi dengan pantas. Cabaran-cabaran yang bakal dihadapi ini menuntut efikasi-kendiri pelajar yang tinggi agar mereka dapat bersaing dan kekal dalam industri yang mencabar ini. Menyedari hakikat ini, pertimbangan terhadap faktor-faktor dan cabaran-cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran yang mempengaruhi efikasi-kendiri menservis automotif pelajar perlu dikaji secara mendalam agar efikasi-kendiri mereka dapat dipertingkatkan. Kajian ini diharap dapat membantu meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan kemahiran bidang teknologi automotif dan seterusnya meningkatkan kualiti pelajar dalam kerja-kerja menservis automotif. Hasil kajian ini juga diharap dapat mengembangkan pengetahuan teoritikal pensyarah-pensyarah mengenai efikasi-kendiri dan dapat menyumbang kepada ilmu pengetahuan baharu khususnya dalam penyelidikan pendidikan teknikal dan vokasional.

RUJUKAN

Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The Exercise of Control. New York: W.H. Freeman and Company.

Bandura, A. (2001). Social cognitive theory: An agentic perceptive. Annual Review of Psychology, 52, 1-26.

Creswell, J.W. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches. (3rd edition). California: SAGE Publications, Inc.

Erjavec, Jack (2010). Automotive Technology: A System Approach. (5th edition). USA: Delmar, Cengage Learning.

Feltz, D.L.; Short, S.E.; and Sullivan, P.J. (2008) Self-Efficacy in Sport. USA: Human Kinetics.

Gay, L.R.; Mills, G.E.; and Airasian, P. (2006). Educational Research: Competencies for Analysis and Applications. (8th edition). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education Inc.

Gilles, T. (2004). Automotive Service: Inspection, Maintenance, and Repair. (2nd edition). USA: Delmar Learning.

Martin, A. J.; & Marsh, H. W. (2006). Academic resilience and its psychological and educational correlates: A construct validity approach. Psychology in the Schools, 43, 267–281.

Masitah Mohd Yusof, Azizi Muda, Ahmad Makmom, Bahaman Abu Samah, Ramli Basri, Noriati A. Rashid & Mohammed Khaidir Alias (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Efikasi-Kendiri Guru Sekolah Menengah di Malaysia Dalam Pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar. Malaysian Journal Of Environment Management, 12(2)(2011):91-111.

Pajares, F. (1996). Self-efficacy beliefs in achievement settings. Review of Educational Research, 66, 543-578.

Phillips, J. and Gully, S. (1997). Role of goal orientation, ability, need for achievement, and locus of control in the self-efficacy and goal-setting process. Journal of Applied Psychology, 82(5), 792-802.

Rezin, A. (2009). Automotive Service Management: Principles into Practice. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Schunk, D.H., and Pajares, F. (2005). Competence perceptions and academic functioning. In A.J. Elliot and C.S. Dweck (Eds.), Handbook of Competence and Motivation (85-104). New York: Guilford Press.

Schunk, D.H.; Pintrich, P.R.; and Meece, J.L. (2008). Motivation in Education: Theory, Research, and Applications. (3rd edition). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education Inc.

Sekaran, U. (2003). Research Methods for Business: A Skill Building Approach. (4th edition). New York: John Wiley & Sons, Inc.

Sewell, A. and St George, A. (2000). Developing efficacy beliefs in the classroom.

Journal of Educational Enquiry, 1(2), 58-71.

Sharf, Richard S. (2010). Applying Career Development Theory to Counseling. (5th edition). USA: Cencage Learning.

Siegle, D. and McCoach, D.B. (2007). Increasing student mathematics self-efficacy through teacher training. Journal of Advanced Academics, 18(2), 278–312.

Skaalvik, E. M.; & Skaalvik, S. (2004). Self-concept and self-efficacy: A test of the internal/external frame of reference model and predictions of subsequent motivation and achievement. Psychological Reports, 95, 1187–1202.

Slavin, R.E. (2007). Educational Research in an Age of Accountability. USA: Pearson Education, Inc.

Swanson, R.A. and Holton, E.F. (2009). Foundations of Human Resource Development. (2nd edition). San Francisco, CA: Berrett-Koehler Publishers, Inc.

TAHAP PENGETAHUAN DAN PERSEPSI PELAJAR UKUR

Dalam dokumen PELAKSANAAN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (1) (Halaman 130-134)