• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEPERLUAN LATIHAN KEMAHIRAN PENGKHUSUSAN KERJA DALAM KALANGAN KONTRAKTOR KELAS F

Nurhaliza binti Abd Ghaffara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

PM Dr. Kamarolzaman bin Mohd Jidib Universiti Tun Hussein Onn Malaysia gb110228@siswa.uthm.edu.mya, kamarol@uthm.edu.myb

ABSTRAK

Keperluan latihan wujud apabila berlaku masalah kemahiran di tempat kerja, perubahan peraturan atau prosedur kerja, perubahan teknologi yang berkaitan dengan sesuatu kerja dan persekitaran global yang mempengaruhi persekitaran di tempat kerja. Industri pembinaan merupakan instrumen penting dalam pembangunan negara, oleh itu kontraktor Kelas F perlu mengadaptasi cabaran dalam industri pembinaan yang sentiasa berubah dengan mengikuti latihan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti latihan kemahiran pengkhususan kerja yang diperlukan oleh kontraktor Kelas F, mengenalpasti kekangan yang dihadapi oleh kontraktor Kelas F untuk mengikuti latihan dan mengenalpasti kaedah latihan yang menjadi pilihan utama kontraktor untuk mengikuti latihan. Kajian ini juga dilaksanakan untuk mengkaji perbezaan keperluan mengikuti latihan kemahiran pengkhususan kerja mengikut demografi kontraktor Kelas F. Sampel kajian untuk soal selidik adalah seramai 375 orang kontraktor Kelas F seluruh Malaysia dan sampel untuk temu bual adalah dua orang Pegawai Pusat Khidmat Kontraktor. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan IBM SPSS Statistics 21.0 dan data temubual digunakan untuk menyokong analisis data soal selidik. Hasil kajian menunjukkan kontraktor Kelas F memerlukan latihan dalam pengkhususan kerja terutamanya kerja cerucuk dan kontraktor Kelas F menghadapi kekangan untuk mengikuti latihan kerana tiada atau sukar mencari masa. Lawatan tapak merupakan pilihan utama kontraktor Kelas F sebagai kaedah paling efektif untuk mengikuti latihan. Kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaaan keperluan latihan mengikut faktor demografi kontraktor Kelas F iaitu perbezaan keperluan latihan kemahiran pengkhususan kerja mengikut umur, tahap pendidikan dan pengalaman sebagai kontraktor dalam industri pembinaan.

Kata kunci: Keperluan latihan; kontraktor; kekangan; kaedah; kemahiran

ABSTRACT

The construction industry is an important instrument in the development of the country; therefore Class F contractors should adopt challenges in the construction industry that is constantly changing by attending training. The aim of this study is to identify job-specific skills training; constraints faced for training and effective training method for Class F contractors. This study was also carried out to study the different needs of job-specific skills training by demographic factor of Class F contractors. The samples for the questionnaire were 375 of Class F contractors in Malaysia and the sample for an interview is two officers from Pusat Khidmat Kontraktor. The questionnaire data were analyzed using descriptive statistic using IBM SPSS Statistics 21.0 and the interview data was used to support the analysis of the questionnaire data. The results of the study revealed that Class F contractors require job-specific training and the main barrier for training is because they have no or hardly find time. Site visits are a top choice of Class F contractors as the most effective method for training. The study also shows that there are differences on job-specific training requirements based on demographic factor of Class F contractors.

1.0 PENGENALAN

Latihan adalah satu kaedah yang sistematik untuk mendapatkan kemahiran, peraturan, konsep dan sikap yang memberi kesan kepada penambahbaikan prestasi di dalam situasi yang berbeza (Goldstein, 1992). Latihan juga merupakan satu set aktiviti yang memberikan peluang untuk memperolehi dan meningkatkan kemahiran yang berkaitan dengan kerja (Schermerhorn, Hunt & Osborn, 2004). Latihan adalah satu proses terancang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap pekerja yang memberikan pengalaman belajar untuk membentuk keupayaan mereka dan meningkatkan pretasi kerja. Latihan membantu organisasi menyediakan kakitangan yang kompeten dan bermotivasi (Tapomoy, 2006).

Kepentingan latihan dalam mempengaruhi keberkesanan prestasi organisasi tidak dapat dinafikan dan pelaburan ke atas latihan secara berterusan merupakan keperluan untuk mengekalkan daya saing organisasi (Rossilah, 2008).Keperluan latihan wujud apabila ada jarak atau jurang antara apa yang diperlukan untuk melakukan tanggungjawab kerja secara kompeten dengan apa yang sebenarnya ada. Analisis keperluan latihan adalah satu metod untuk menentukan sekiranya keperluan latihan wujud, apakah latihan yang diperlukan untuk memenuhi jurang tersebut (Kroehnert, 1995). Keperluan latihan wujud apabila berlaku masalah kemahiran di tempat kerja dan pekerja cuba untuk memenuhi keperluan peraturan baru, mengadaptasi kepada perubahan teknologi atau prosedur dan mematuhi dasar-dasar yang direka untuk memajukan strategi korporat yang baru (Carnevale, Gainer & Meltzer, 1990).

2.0 PENYATAAN MASALAH

Kontraktor Kelas F berhadapan dengan persaingan yang sengit untuk terus bertahan dalam industri pembinaan apabila pendaftaran kontraktor Kelas F di buka semula di mana berlaku pertambahan kontraktor sedangkan projek pembinaan yang ditawarkan adalah terhad (Berita Harian, 2011). Adalah lebih wajar kerajaan mempertingkatkan kemahiran kontraktor sedia ada, bukannya menambah bilangan mereka (Fazli Abdulah, 2011).

Kreadibiliti kontraktor Kelas F juga terjejas apabila lewat menyiapkan projek pembinaan dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan (Samri, 2010) dan lebih mendukacitakan apabila terdapat kontraktor Kelas F yang disenaraihitamkan oleh JKR sejak 2006 sehingga 2011 seperti yang dilaporkan di dalam Berita Harian bertarikh 18 Februari 2011. Pada 2012 pula, kerajaan telah mengambil tindakan menamatkan 31 projek RMK – 10 kerana kontraktor terbabit memang tidak mampu lagi melaksanakan projek berkenaan (Utusan Malaysia, 2011).

Persaingan antara kontraktor juga wujud apabila pelanggan meletak penanda aras dalam kriteria pemilihan kontraktor Kelas F untuk melaksanakan projek pembinaan. Kontraktor yang dipilih biasanya kontraktor yang berkeupayaan, berkemahiran dan menjaga kualiti bahan binaan. Kontraktor Kelas F juga tidak boleh sewenang-wenangnya melaksanakan pembinaan tanpa mematuhi peraturan dan kod etika yang telah ditetapkan (Lembaga Pembangunan Industri Peminaan Malaysia, 2010).Permasalahannya adakah kontraktor Kelas F mengetahui secara teori dan teknikal dalam melaksanakan pengkhususan kerja bagi memastikan prinsip-prinsip dalam kod etika dan peraturan dipatuhi. Apabila berlaku perubahan teknologi pula, yang akan menggantikan cara tradisional, kontrakor Kelas F mesti mengadaptasinya supaya tidak ketinggalan zaman.

Kontraktor Kelas F perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tugas mereka untuk bersaing antara kontraktor dengan mengikuti latihan kemahiran. Latihan kemahiran dapat membantu kontraktor menyiapkan diri dalam menempuh cabaran dan masalah yang sedang melanda kontraktor Kelas F. Kajian ini wajar dilaksanakan bagi mengetahui keperluan latihan yang diperlukan dalam kalangan kontraktor Kelas F dan untuk mengenalpasti kekangan yang dihadapi oleh kontraktor dan kaedah pilihan mereka untuk mengikuti latihan. Ini bagi memudahkan pelaksanaan latihan kepada kontraktor.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini akan memberi tumpuan terhadap keperluan mengikuti latihan kemahiran dalam kalangan kontraktor Kelas F berdasarkan pengkhususan kerja kontraktor yang diwartakan oleh CIDB ( Construction Industry Development of Board ). Objektif kajian ini adalah untuk: i. Mengenalpasti latihan kemahiran pengkhususan kerja yang diperlukan oleh kontraktor

Kelas F .

ii. Mengenalpasti kekangan yang dihadapi oleh kontraktor kelas F untuk mengikuti latihan. iii. Mengenalpasti kaedah latihan yang menjadi pilihan utama kontraktor untuk mengikuti

latihan.

iv. Mengkaji perbezaan keperluan mengikuti latihan kemahiran pengkhususan kerja mengikut demografi kontraktor Kelas F

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan. Kaedah tinjauan bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai sesuatu fenomena yang sedang berlaku atau mendapat maklumat mengenai sesuatu peristiwa (Mertens, 2010). Tinjauan dalam kajian ini dilaksanakan dalam kalangan kontraktor Kelas F di Malaysia untuk mengetahui keperluan latihan kemhiran mereka. Selain daripada itu tinjauan juga dilakukan untuk mengkaji kekangan yang dihadapi oleh kontraktor Kelas F untuk mengikuti latihan kemahiran, kaedah latihan yang sesuai dan menjadi pilihan mereka untuk mengikuti latihan serta mengkaji perbezaan keperluan mengikuti latihan kemahiran pengkhususan kerja binaan yang ditetapkan oleh CIDB mengikut demografi kontraktor Kelas F iaitu jantina, umur, kelulusan akademik, dan pengalaman di dalam industri binaan.

Sampel kajian dipilih daripada populasi kontraktor Kelas F di Malaysia sebagai responden kajian. Responden adalah seramai 375 orang yang dipilih dari seluruh negeri di Malaysia yang dipilih secara persampelan rawak manakala responden untuk temu bual adalah terdiri daripada dua orang pegawai dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data daripada responden ialah borang soal selidik dan soalan untuk temu bual. Soalan temu bual dibuat secara semi struktur bagi memudahkan penganalisian data. Kaedah campuran iaitu gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif sangat sesuai dan ianya dapat memberi analisa yang bertepatan dengan persoalan kajian dan menilai lebih baik lagi sejauh mana dapatan kajian tersebut boleh dipercayai dan digunakan bagi membuat kesimpulan (Tashakkori & Teddlie, 2003).

Komponen soal selidik Soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian. Komponen bagi borang soal selidik kajian ini adalah seperti Jadual 1.

Jadual 1 Komponen soal selidik

Bil Bahagian Elemen Sub-elemen Bil Item

1 A Demografi

Jantina

4 Umur

Taraf pendidikan

Pengalaman sebagai kontraktor dalam industri binaan

2 B

Keperluan latihan kemahiran

Pengkhususan kerja pembinaan

bangunan 28 Lain-lain latihan 1 3 C Kekangan latihan Kekangan latihan 15 Lain-lain kekangan 1 4 D Kaedah Latihan Kaedah latihan 9 Lain-lain kaedah 1 Kombinasi kaedah 1 Jumlah 60

Analisis data soal selidik dan data temu bual adalah berdasarkan persoalan kajian seperti dalam Jadual 2. Data soal selidik yang diperolehi dianalisis berbantukan perisian IBM SPSS Statistic 21.0.

Jadual 2 Pembahagian Analisis Data Bil Persoalan Kajian

Bahagi an Soal

Selidik

Analisis Data

Data Kuantitatif Data kualitatif

1 Demografi responden A Deskriptif  Min  Kekerapan  Peratusan 2

Apakah latihan kemahiran berdasarkan pengkhususan kerja yang diperlukan oleh kontraktor Kelas F? B Deskriptif  Min  Kekerapan  Peratusan Analisis kandungan skrip temu bual.

3

Adakah kontraktor kelas F mempunyai kekangan untuk mengikuti latihan kemahiran ? C Deskriptif  Min  Kekerapan  Peratusan Analisis kandungan skrip temu bual.

4 Apakah kaedah latihan yang menjadi

pilihan kontraktor kelas F ? D

Deskriptif  Min  Kekerapan  Peratusan Analisis kandungan skrip temu bual.

5

Adakah terdapat perbezaan bagi keperluan mengikuti latihan kemahiran pengkhususan kerja berdasarkan demografi kontraktor Kelas F ?

Inferensi

Kolerasi Pearson (r) Inferensi

Analisis Varian (ANOVA) dan Ujian Tukey

Analisis kandungan skrip temu bual.

4.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

4.1 Keperluan Latihan Kemahiran Pengkhususan Kerja

Keperluan latihan kemahiran pengkhususan kerja dalam kalangan kontraktor Kelas F adalah berada di tahap sederhana dengan nilai min keseluruhan ialah 3.54. Jadual 3 menunjukkan keperluan latihan kemahiran pengkhususan kerja yang mempunyai nilai min yang tinggi.

Jadual 3 Keperluan Latihan Kemahiran Pengkhususan Kerja

Bil

Pengkhususan Kerja Min

Tahap Keperluan

1 Kerja cerucuk 3.83 Tinggi

2 Kerja am bangunan 3.81 Tinggi

3 IBS: Sistem Kerangka keluli 3.75 Tinggi 4 Pemasangan paip air dalaman 3.74 Tinggi 5 IBS: Sistem konkrit pasang siap 3.73 Tinggi 6 Pemasangan bahan kalis air 3.71 Tinggi 7 Kerja pembaikan konkrit 3.70 Tinggi

Pengkhususan kerja yang mempunyai nilai min yang berada di tahap tinggi iaitu latihan kemahiran pengkhususan kerja yang sangat diperlukan oleh kontraktor Kelas F. Ini menunjukkan kontraktor memerlukan latihan kemahiran pengkhususan kerja untuk meningkatkan kemahiran mereka bagi memastikan pembinaan negara tidak mengalami masalah. Berdasarkan analisis temubual, kontraktor perlu mengikuti latihan untuk memastikan kontraktor sentiasa bersedia dengan teknologi baru dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini industri pembinaan. Latihan juga adalah perlu untuk kontraktor Kelas F bagi pembaharuan lesen pembinaan. Mengikuti latihan adalah kritikal untuk apa jua industri yang perlu kekal berdayasaing dalam perubahan dunia dan perubahan teknologi yang kompleks. Apabila berlaku perubahan teknologi, kemahiran pekerja pembinaan akan tidak sesuai dalam lingkungan tiga tahun tanpa mengikuti latihan secara berterusan (Odusami, Oyediran & Oseni 2007). Latihan adalah sangat penting kepada pengurus tapak kerana ia dapat membantu mereka menghadapi perubahan global yang pantas (Farr & Sullivan, 1996).

4.2 Kekangan Yang Dihadapi Oleh Kontraktor Kelas F Untuk Mengikuti Latihan

Jadual 4 menunjukkan nilai min bagi setiap kekangan untuk mengikuti latihan dan nilai min keseluruhan.

Jadual 4 Kekangan untuk Mengikuti Latihan

Bil Kekangan Min Tahap

Kekangan 1 Tiada / Kesukaran mencari masa 3.12 Sederhana

2 Kos latihan yang mahal 3.10 Sederhana

3 Kekurangan pengetahuan mengenai peluang

latihan atau kursus-kursus yang sesuai 3.09 Sederhana 4 Tiada penajaan

3.02 Sederhana 5 Kesukaran mencari penganjur latihan pada masa

dan tempat latihan diperlukan 2.99 Sederhana 6 Tiada / kekurangan bajet / dana

2.98 Sederhana 7 Tempoh masa latihan yang tidak sesuai

2.89 Sederhana 8 Waktu latihan yang tidak sesuai

2.89 Sederhana 9. Tiada / kekurangan penganjur latihan yang baik

dan sesuai 2.88 Sederhana

10. Latihan tidak menyelesaikan masalah kerja saya 2.61 Sederhana 11. Latihan tidak membantu meningkatkan mutu kerja

saya 2.59 Sederhana

12. Kaedah latihan yang tidak sesuai

2.57 Sederhana

13. Sudah mahir 2.26 Rendah

14. Tidak memerlukan latihan lagi

2.13 Rendah

15 Tidak berminat 2.00 Rendah

Min Keseluruhan 2.74 Sederhana

Kekangan utama kontraktor untuk mengikuti latihan ialah kerana tiada/kesukaran mencari masa diikuti dengan kekurangan pengetahuan mengenai peluang latihan atau kursus-kursus yang sesuai dan kos latihan yang mahal. Ini bertepatan dengan dapatan dari analisis temubual yang dijalankan iaitu didapati kontraktor tidak mempunyai masa untuk mengikuti latihan kerana waktu yang tidak sesuai dan apabila tempat diadakan kursus jauh

untuk mengetahui latihan-latihan yang akan dijalankan di dalam portal PKK dan di pejabat negeri.

Kedua-dua responden yang ditemubual juga bersetuju bahawa kos merupakan kekangan kontraktor Kelas F untuk mengikuti latihan.Antara kekangan pekerja pembinaan mengikuti latihan ialah kos latihan pembinaan yang tinggi, kekurangan dana dalam syarikat untuk latihan dan kekurangan masa (Tabassi, Ramli & Bakar, 2011).Masa merupakan faktor yang signifikan untuk menghadkan jumlah latihan dan kekurangan dana untuk menyediakan latihan juga adalah halangan. Perbelanjaan latihan mempunyai hubungan yang signifikan dengan saiz syarikat dimana syarikat yang lebih kecil lebih cenderung merasakan kos sebagai penghalang (Alliance Sector Skill Council, 2011).

4.3 Kaedah latihan yang menjadi pilihan utama kontraktor untuk mengikuti latihan Jadual 5 menunjukkan nilai min bagi setiap kaedah bagi perlaksanaan latihan.

Jadual 5 Kaedah Latihan

Bil Kaedah latihan Min Tahap Pilihan

1 Lawatan tapak 4.06 Tinggi

2 Main peranan / Bengkel 3.85 Tinggi 3 Syarahan / Kuliah / Taklimat /

Seminar 3.75 Tinggi 4 Filem / Video 3.73 Tinggi 5 Perbincangan 3.69 Tinggi 6 Persidangan 3.66 Sederhana

7 Kajian kes 3.44 Sederhana

8 Arahan berprogram 3.27 Sederhana 9 Latihan jarak jauh / telesidang 2.93 Sederhana

Kaedah yang menjadi pilihan utama kontraktor ialah lawatan tapak diikuti dengan main peranan atau bengkel dan syarahan/kuliah/taklimat/seminar untuk mengikuti latihan. Ada juga responden yang mencadangkan kaedah latihan secara maya iaitu e-learning. Dalam analisis temubual pula responden bersetuju bahawa kontraktor lebih suka lawatan tapak daripada berada di dalam kelas. Hasil kajian ini sama dengan kajian terdahulu yang menyatakan kaedah yang menjadi pilihan pengurus tapak ialah lawatan tapak.14

4.4 Perbezaan keperluan mengikuti latihan kemahiran pengkhususan kerja mengikut demografi kontraktor Kelas F

Jadual 6 menunjukkan perbezaan keperluan latihan kemahiran pengkhususan kerja mengikut demografi kontraktor Kelas F.

Berdasarkan Jadual 6 dapat dirumuskan terdapat perbezaaan keperluan latihan mengikut faktor demografi kontraktor Kelas F iaitu perbezaan keperluan latihan kemahiran

pengkhususan kerja mengikut umur, tahap pendidikan dan pengalaman sebagai kontraktor dalam industri pembinaan. Ini selari dengan dapatan temubual dimana pendapat responden bahawa apabila meningkat peringkat umur seseorang kontraktor maka mereka kurang memilih untuk mengikuti latihan. Setiap kumpulan generasi mempunyai nilai, keperluan, aspirasi, matlamat, pengalaman hidup dan sikap terhadap kerja yang berbeza antara satu sama lain.4

Jadual 6 Perbezaan Keperluan Latihan Mengikut Demografi Faktor

demografi

Keperluan latihan

Ujian ANOVA Ujian Tukey

F p Kategori yang berbeza Beza min

Jantina 3.487 0.063

Umur 9.301 0.000*

Lebih dari 60 tahun dengan ≤30 tahun 25.21* Lebih dari 60 tahun dengan 31 – 40 15.24* Lebih dari 60 tahun dengan 41 – 50 tahun 16.47* Lebih dari 60 tahun dengan 51 – 60 tahun 15.77 Tahap

pendidikan 3.066 0.010* Diploma dan lain-lain 13.37* Pengalaman sebagai kontraktor dalam industri pembinaan 8.841 0.000*

16 – 25 tahun dengan ≤5 tahun 11.87* 26 – 35 tahun dengan ≤5 tahun 15.43* ˃ 35 tahun dengan ≤5 tahun 31.20* 16 – 25 tahun dengan 6 – 15 tahun 9.64* 26 – 35 tahun dengan 6 – 15 tahun 13.20* ˃ 35 tahun dengan 6 – 15 tahun 28.97*

*signifikan pada aras 0.05

KESIMPULAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keperluan latihan kemahiran pengkhususan kerja dalam kalangan kontraktor Kelas F di Malaysia. Melalui kajian, dapat dikenapasti keperluan latihan, kekangan mengikuti latihan dan kaedah latihan yang sesuai bagi kontraktor Kelas F. Bedasarkan hasil kajian, pelaksanaan yang kerap bagi latihan kemahiran kontraktor perlu dilihat sebagai sangat penting dan perlu diketengahkan untuk kerjasama dengan institusi pendidikan bagi menyelesaikan masalah kekurangan kemahiran dan kelapukan kemahiran. Lawatan tapak adalah pilihan kaedah latihan oleh kontraktor, oleh itu dokumentari di tapak pembinaan boleh dilaksanakan oleh institusi pendidikan untuk dijadikan satu sumber rujukan bagi pembelajaran berterusan.

RUJUKAN

Goldstein, I. L. (1992). Training in an Organization: Needs Assessment, Development, and Evaluation. (3rd, Ed.) Pacific Grove, California: Brooks/Cole.c Chemistry. New York: Wiley.

Schermerhorn, J. R., Hunt, J. G., & Osborn, R. (2004). Core Concepts of Organizational.

Hoboken, New Jersey: John Wiley & Sons.

Tapomoy, D. (2006). Training & Development : Concepts & Applications. New Delhi: Ane Books India.

Rossilah, J. (2008). Analisis Keperluan Latihan (1st ed.). (K. Thukiman, Ed.) Skudai, Johor, Malaysia: Universiti Teknologi Malaysia.

Kroehnert, G. (1995). Basic Training for Trainers (2nd ed.). Australia: McGraw Hill.B. Notari. 1993. Catalysis Today. 18: 163.

Carnevale, A. P., Gainer, L., & Meltzer, A. S. (1990). Workplace Basics Training Manual (1 ed.). San Francisco: Jossey-Bass Inc.

Berita Harian (2011, 16 September). Pendaftaran Lesen Kelas F Dibuka Semula. Fazli Abdulah (2011, 30 Disember). Kontraktor Kelas F Boleh Terjejas. Berita Harian

Samri, E. (2010). Faktor-faktor Kritikal Yang Mempengaruhi Tempoh Penyiapan Projek-Projek Jabatan Kerja Raya. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Utusan Malaysia (2011, 17 Februari). SPNB Senarai Hitam 140 Kontraktor.

Lembaga Pembangunan Industri Peminaan Malaysia (2010). Kod Etika Kontraktor Mertens, D. M. (2010). Research and Evaluation in Education and Psychology (3rd ed.).

United States of America: SAGE Publications Inc.

Tashakkori, A., & Teddlie, C. (2003). Handbook of Mixed Methods in Social & Behavioral Research. USA: Sage Publications Inc.

Odusami, K., Oyediran, O., & Oseni, A. (2007). Training Needs of Construction Site Managers. Emirates Journal for Engineering Research, 12 (1), 73-81.

Farr, J. and Sullivan Jr, J (1996). ‘Rethinking Training in the 1990s”. J.Manage. Engineering, 12(30), 29-33

Tabassi, A. A., Ramli, M., & Bakar, A. H. A. (2011). Training, motivation and teamwork improvement: The case of construction firms. Afr. J. Bus. Manag,5(14), 5627-5636. Alliance Sector Skill Council, (2011). Training and Skills on the Construction Sector

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN PEMINDAHAN