• Tidak ada hasil yang ditemukan

penyebut selepas cikgu mengajar dengan menggunakan teknik Petak Petam?

Subjek Kajian

Respon Kod

1 Saya rasa saya tak keliru lagi. 2

2 Dah faham dah. Jadi tak keliru lagi sekarang. 2

3 Selepas saya belajar cara cikgu, jarang saya keliru lagi. 2

4 Tak. Saya boleh buat. 2

5 Selalunya saya dah tak keliru. 2

Penentuan kod

1: Masih Keliru 2: Tidak Keliru

 Tak keliru  Saya boleh buat  Dah tak keliru

Berdasarkan analisis untuk soalan 4, menunjukkan bahawa kesemua respon subjek kajian menyatakan mereka tidak lagi keliru dalam menyelesaikan masalah penambahan pecahan berlainan penyebut setelah pengkaji mengajar dengan menggunakan teknik Petak Petam.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Pencapaian Murid Dalam Menyelesaikan Masalah Penambahan Pecahan Berlainan Penyebut

Bagi menjawab soalan kajian yang pertama, pengkaji telah menggunakan data daripada analisis dokumen dan pemerhatian. Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi, pengkaji telah membuat perbezaan markah antara Latihan 1, Latihan 2 dan ujian pencapaian. Pengkaji juga telah merekod tempoh masa yang diperlukan oleh subjek kajian dalam menyelesaikan masalah latihan penambahan pecahan berlainan penyebut.

Berdasarkan analisis data yang telah dibuat, terdapat peningkatan yang positif dari segi pencapaian markah subjek kajian dimana subjek kajian berjaya menjawab lebih banyak soalan penambahan pecahan berlainan penyebut dengan betul. Empat daripada lima subjek kajian pada awalnya tidak berjaya menjawab satu soalan pun dengan betul. Namun setelah diperkenalkan dengan teknik Petak Petam, didapati bahawa tiada lagi subjek kajian yang mendapat markah 0% seperti yang ditunjukkan dalam dapatan kajian.

Selain itu, pengkaji juga telah membuat pemerhatian dengan mencatat tempoh masa subjek kajian menyiapkan latihan tersebut. Analisis tempoh masa subjek kajian menyiapkan latihan ditunjukkan dalam dapatan kajian. Berdasarkan analisis yang telah dibuat, terdapat penurunan yang ketara dari segi tempoh masa subjek kajian menjawab latihan. Subjek kajian mengambil masa yang lebih singkat untuk menyiapkan latihan selepas diajar menggunakan teknik Petak Petam.

Selain itu, berdasarkan jumlah soalan yang dijawab dengan betul dan tempoh masa menjawab soalan penambahan pecahan berlainan penyebut, pengkaji telah mengira kadar kecekapan subjek kajian menjawab soalan. Berdasarkan data dalam dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dari segi kadar kecekapan subjek kajian menjawab soalan.

Berdasarkan peningkatan markah yang ketara, penurunan tempoh masa subjek kajian menyelesaikan soalan dan peningkatan kadar kecekapan subjek kajian menyelesaikan masalah penambahan pecahan berlainan penyebut, dapat disimpulkan bahawa penggunaan teknik Petak Petam membantu subjek kajian menyelesaikan masalah penambahan pecahan berlainan penyebut.

Menambahbaik Amalan Pengajaran Pengkaji Dalam Topik Penambahan Pecahan Berlainan Penyebut

Bagi menjawab soalan kajian yang kedua, pengkaji telah menggunakan teknik temu bual untuk mendapatkan jawapan. Sesi temu bual telah dijalankan dengan subjek kajian. Hal ini dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menjawab soalan kajian yang kedua.

Berdasarkan analisis pengkaji, terhadap transkrip jawapan temubual seperti yang ditunjukkan dalam dapatan kajian yang menunjukkan maklum balas positif daripada subjek kajian berkaitan dengan soalan temubual yang diajukan. Soalan yang pertama bertanyakan mengenai minat subjek kajian terhadap teknik Petak Petam setelah pengkaji mengajar cara menggunakan tekik Petak Petam. Berdasarkan analisis yang telah dibuat, pengkaji mendapati bahawa kesemua subjek kajian suka menggunakan teknik Petak Petam.

Soalan kedua pula, bertanyakan tentang kefahaman mereka setelah pengkaji menggunakan teknik Petak petam untuk mengajar penambahan pecahan berlainan

penyebut. Respon dari subjek kajian menunjukkan bahawa subjek kajian lebih faham setelah diperkenalkan dengan teknik Petak Petam.

Soalan ketiga pengkaji bertanyakan tentang keyakinan subjek kajian menjawab soalan penambahan pecahan berlainan penyebut setelah pengkaji mengajar menggunakan teknik Petak petam untuk menyelesaikan masalah penambahan berlainan penyebut. Kesemua subjek kajian menyatakan bahawa mereka lebih yakin menjawab soalan penambahan pecahan berlainan penyebut setelah menggunakan dengan teknik Petak Petam.

Soalan terakhir pula, bertanyakan tentang sama ada subjek kajian masih keliru ketika menjawab soalan penambahan pecahan berlainan penyebut setelah pengkaji mengajar dengan menggunakan teknik Petak petam. Berdasarkan daripada respon subjek kajian menunjukkan subjek kajian tidak lagi keliru untuk menyelesaikan masalah penambahan pecahan berlainan penyebut.

Berdasarkan soalan-soalan yang ditanyakan kepada subjek kajian, pengkaji telah membuat kesimpulan bahawa penggunaan teknik Petak Petam dapat menambahbaik amalan pengajaran pengkaji dalam topik menambah pecahan berlainan penyebut.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Untuk kajian masa hadapan pengkaji ingin mencadangkan agar kajian bagi teknik Petak petam dapat dilakukan untuk menyelesaikan masalah penolakan pecahan berlainan penyebut. Kajian yang dilakukan pengkaji hanya terhad kepada penambahan sahaja. Penolakan pecahan berlainan penyebut juga merupakan masalah kepada murid-murid kerana mereka perlu menyamakan penyebut sebelum menyelesaikan soalan. Kedua-dua kemahiran ini saling berkait rapat. Oleh itu pengkaji ingin mencadangkan agar kajian penggunaan teknik Petak Petam diteruskan bagi masalah penolakan.

Selain itu, fokus kajian ini terhad kepada membantu murid menyelesaikan masalah berkaitan penambahan pecahan berlainan penyebut. Namun demikian, pengkaji telah mendapati teknik ini mempunyai kelemahan. Penggunaan teknik ini hanya membantu murid untuk menambah pecahan berlainan penyebut. Teknik ini memberikan jawapan bukan dalam bentuk yang termudah. Oleh itu, pengkaji berharap agar pengkaji-pengkaji lain dapat memikirkan penyelesaian dan dapat mengubahsuai teknik yang sedia ada supaya lebih sesuai digunakan oleh para murid dalam menyelesaikan soalan penambahan atau penolakan pecahan berlainan penyebut.

Diharapkan agar cadangan yang diberikan dapat diguna pakai oleh pengkaji pada masa akan datang untuk mendapatkan hasil yang lebih berkualiti dan dapat membantu para guru dalam mempelbagaikan teknik pengajaran agar murid yang mempunyai masalah dalam topik pecahan dapat dibantu.

RUMUSAN

Secara kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan bahawa penggunaan teknik Petak Petam dapat membantu murid menyelesaikan masalah penambahan pecahan berlainan penyebut dan sekaligus dapat membantu pengkaji menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran dalam topik penambahan pecahan.

RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Guru. (1998). Konsep pengajaran pembelajaran matematik: Pecahan untuk

sekolah rendah. Kuala lumpur: Dewan bahasa dan pustaka.

Betty, Chiew Mee Hui.(2008). Pengenalan “fraction computer” dalam membantu murid tahun lima menguasai pecahan berbeza penyebut. Koleksi Penyelidikan Tindakan PISMP MT Ambilan

Januari 2008. Hlm 70-83

Cathcart, W., Pothier, Y., Vance, J. dan Bezuk, N. (2006). Learning mathematics in elementary and

middle schools: A learner-centered approach (4th ed.). New Jersey: Merrill Prentice Hall.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025.

Kemmis, S. dan McTaggart, R. (ed). (1988). The action research planner (3rd Edition). Deakin University, Australia: Deakin University Press.

Mooney, C., Ferrie L., Fox, S., Hansen, A. and Wrathmell, R. (2003). Primary mathematics:

knowledge and understanding.(Second Edition). Great Britain: Bell&Bain Ltd, Glasgow.

Rays, R.E., Lindquist, M. M., Lambdin, D.V., Smith, N. L. and Suydam, M. N. (2004). Helping

children learn mathematics. 7th edition. USA: John Wiley

Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal and Aziz Omar (2006). Isu-isu dalam pendidikan

matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.

Suzieyana Mohamad dan Sapiah Yusoff (2012). Keberkesanan penggunaan trans100 dalam membantu murid menyelesaikan masalah penambahan pecahan tidak sama penyebut bagi murid lemah tahun 5 pintar. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP, 3(1). Diperolehi daripada http://ojs.cakna.net/index.php/ar/article/view/719

Tong, Koh Juh (2008). Penggunaan fraction bar dalam membantu tiga orang murid tahun empat

dalam penguasaan penambahan pecahan wajar yang tidak sama penyebut. Koleksi Penyelidikan Tindakan PISMP MT Ambilan Januari 2008. Hlm 84-96

Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak,

MEMBANTU MURID MENYELESAIKAN SOALAN BAHAGI DENGAN