• Tidak ada hasil yang ditemukan

Min Markah bagi Ketiga-tiga Latihan

TIONG KUNG LING 1 HU LAEY NEE2

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid Tahun 5 yang berpencapaian rendah dalam meningkatkan penguasaan kemahiran penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar dan sebaliknya dengan menggunakan „RoBoard Bentuk‟. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di kawasan Miri. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 5 orang murid yang berusia dalam lingkungan 11 tahun. 5 orang responden ini dipilih berdasarkan keputusan ujian diagnostik. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah lembaran kerja (latihan) dan ujian pencapaian. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan „RoBoard Bentuk‟ dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar dan sebaliknya. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat empat jenis kecuaian yang dilakukan oleh murid semasa melakukan operasi penukaran anatara nombor bercampur dan pecahan tak wajar. Empat kecuaian ini adalah kecuaian penulisan penyebut, kecuaian penambahan, kecuaian penolakan dan kecuaian pendaraban.

ABSTRACT

This action research was conducted to help low Year 5 achiever pupils to improve their mastery regarding conversion mixed number to improper fraction and vice versa using „Shape RoBoard‟. The research was carried out at an elementary school in Miri City. Respondents in this research consist of 5 pupils aged between 11 years old. These 5 respondents were chosen based on their diagnostic test results. Exercises and performance test were used as instruments for this research. The collected data were analyzed by using percentage. The results showed that the usage of „Shape RoBoard‟ helps the pupils to master skills of converting mixed number to improper fraction and vice versa. The results also showed that there are four types of careless mistakes made by the respondents while operating conversion between mixed number to improper fraction. These four careless mistakes are careless in writing the denominators, careless in addition, careless in subtraction and careless in multiplication.

PENDAHULUAN

Sistem pendidikan di Malaysia telah menempa banyak kemajuan sepanjang lebih lima dekad yang lalu dan telah mencatat beberapa kejayaan yang membanggakan. Tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha rakyat Malaysia untuk mencapai visi kudsi negara iaitu Wawasan 2020 yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia sebagai sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Jadi, demi memperkembangkan lagi potensi individu secara lebih menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial, usaha yang berterusnya harus dicurahkan dalam bidang pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Matlamat Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia ini tidak akan dicapai tanpa penglibatan insan-insan yang proaktif dan berilmu. Oleh yang demikian, masyarakat bukan sahaja mampu untuk memahami konsep-konsep dan idea Matematik, malah harus bijak untuk mengaplikasi ilmu tersebut dalam kehidupan seharian. Kurikulum Matematik Sekolah Rendah bertujuan untuk membina pemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Dengan itu, penguasaan ilmu Matematik perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan membentuk sebuah negara maju. Selaras dengan hasrat untuk mewujudkan sebuah negara yang berorientasikan ekonomi berasaskan pengetahuan, kemahiran penyelidikan dan pembangunan dalam bidang matematik perlu dibina dari peringkat sekolah.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penguasaan responden dalam kemahiran penukaran antara nombor bercampur dan pecahan tak wajar dengan menggunakan „RoBoard Bentuk‟ dan „RoBoard Bentuk‟ yang diubahsuai. Berdasarkan pengalaman pengkaji semasa praktikum fasa 3, murid-murid Tahun 5 tidak dapat menguasai kemahiran penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar seperti yang ditunjukkan oleh Mohamad Khairuddi et al.(2006) dalam Buku Teks Matematik Tahun 5. Murid mengalami masalah apabila mereka perlu menukarkan nombor bulat dalam nombor bercampur kepada pecahan yang sama penyebut dengan pecahan wajar yang diberikan. Oleh yang demikian, pengkaji memperkenalkan penggunaan „RoBoard Bentuk‟ untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran tersebut. Kajian ini hanya menggunakan teknik analisis dokumen iaitu latihan dan ujian pencapaian dalam pengumpulan data. Kajian ini juga tidak mengambil kira latar belakang murid dan hanya dijalankan di salah sebuah sekolah sahaja.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu:

a. Meningkatkan penguasaan responden dalam kemahiran penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar dengan menggunakan „RoBoard Bentuk‟ dan tanpa menggunakan „RoBoard Bentuk‟.

b. Meningkatkan penguasaan responden dalam kemahiran penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan menggunakan „RoBoard Bentuk‟ yang diubahsuai dan tanpa menggunakan „RoBoard Bentuk‟ yang diubahsuai.

c. Mengenal pasti kecuaian responden semasa melakukan operasi penukaran antara nombor bercampur dan pecahan tak wajar.

Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian berikut:

a. Adakah terdapat peningkatan penguasaan responden dalam kemahiran penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar dengan menggunakan „RoBoard Bentuk‟?

b. Adakah terdapat peningkatan penguasaan responden dalam kemahiran penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan menggunakan „RoBoard Bentuk‟ yang diubahsuai?

c. Apakah kecuaian responden yang dapat dikenal pasti semasa melakukan operasi penukaran antara nombor bercampur dan pecahan tak wajar?

TINJAUAN LITERATUR

Kajian ini memfokuskan masalah murid-murid Tahun 5 dalam kemahiran penukaran antara nombor bercampur dan pecahan tak wajar. Menurut Norhidayah Ismail (2012), „RoBoard‟ atau „Rotation Board‟ merupakan satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dicipta untuk membantu murid yang bermasalah dalam operasi penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar dengan mendorong mereka dalam setiap langkah kerjanya. Kajian beliau menunjukkan penggunaan „RoBoard‟ adalah berkesan untuk membantu dan meningkatkan kemahiran murid dalam penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar. Dengan penggunaan „RoBoard‟ yang disediakan, beliau menggunakan cara anak panah sebagai panduan murid untuk membuat langkah pengiraan dengan lebih bersistematik. Cara yang ingin disampaikan beliau adalah dengan mendarabkan penyebut dengan nombor bulat dan seterusnya ditambahkan dengan pengangka untuk mendapatkan pengangka bagi pecahan tak wajar nanti.

Menurut Gan et al. (2005), konsep darab bermaksud konsep tambah berulang-ulang. Sebagai contoh, 3 × 2 adalah bermaksud 2 + 2 + 2 manakala 2 × 3 pula menunjukkan 3 + 3.

Gan et al. (2005) turut mengatakan konsep bahagi bermaksud penolakan berulang (repeated subtraction) atau pengagihan sama rata (equal distribution). Harris (2001) mengatakan penolakan berulang adalah satu proses menolak pembahagi secara berulang-ulang daripada dividen sehingga tiada baki atau bakinya adalah terlalu kecil nilainya daripada pembahagi. Sebagai contoh, 8 ÷ 4 dalam konsep penolakan berulang bermaksud bilangan kali nilai 4 yang boleh ditolak daripada nilai 8. Jadi, 8 ÷ 4 dalam konsep penolakan berulang bermaksud 8 – 4 – 4 = 0. Memandangkan nilai 4 boleh ditolak sebanyak 2 kali daripada nilai 8, jadi maksudnya 8 ÷ 4 = 2. Dalam konsep pengagihan sama rata pula, 8 ÷ 4 boleh ditafsirkan sebagai mengagihkan 8 unit antara 4 kumpulan. Ini bermaksud sekiranya 8 unit diagihkan secara sama rata antara 4 kumpulan, setiap kumpulan akan mendapat 2 unit. Jadi, 8 ÷ 4 = 2.

Menurut Schiller dan Peterson (1997), mereka mendefinisikan pecahan sebagai “…parts of a whole. Learning about fractions teaches children the concept that things can be divided evenly…the concept that the same fractional parts are equivalent parts of a whole.”

John (2004) pula mengatakan bahawa pecahan merupakan bahagian yang sama atau bahagian pecahan yang sama saiz daripada satu keseluruhan atau unit. Justeru, pecahan boleh diringkaskan sebagai satu nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda.

KUMPULAN SASARAN

Pengkaji memilih lima orang murid Tahun 5 untuk dijadikan responden. Responden kajian dipilih berada dalam lingkungan umur 11 tahun yang terdiri daripada dua orang murid perempuan dan tiga orang murid lelaki.

Pemilihan responden ini adalah berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik yang telah dilakukan sebelum kajian dijalankan. Responden kajian yang dipilih adalah berdasarkan kepada masalah murid yang tidak berjaya menguasai kemahiran penukaran antara nombor bercampur dan pecahan tak wajar di mana mereka tidak berjaya untuk menjawab sekurang-kurangnya 2 daripada 6 soalan dengan tepat dalam lembaran ujian diagnostik. Jadual 1 menunjukkan profil responden kajian.

Jadual 1: Profil Responden Kajian

Sasaran Jantina Pencapaian dalam Ujian Diagnostik (daripada jumlah 6 soalan)

R1 Perempuan 0 R2 Perempuan 0 R3 Lelaki 0 R4 Lelaki 0 R5 Lelaki 0 PROSEDUR TINDAKAN

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji menjalankan kajian tindakan berdasarkan Model Stephen Kemmis yang terdiri daripada empat fasa utama, iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek dalam satu kitaran lengkap. Rajah 1 menunjukkan kitaran kajian tindakan berdasarkan model Stephen Kemmis.