• Tidak ada hasil yang ditemukan

Min Markah bagi Ketiga-tiga Latihan

Jadual 5: Respon responden dalam temu bual

Soalan Respon

Responden A Responden B Responden C

1 “…ya. Sebab

best…”

“…minat. Sebab senang…”

“…minat. Sebab boleh guna kawan nombor...” 2 “…guna kawan nombor…” “…guna kawan nombor. Kadang-kadang guna jari...” “…guna kawan nombor dan jari. Tapi guna kawan nombor senang lagi…” 3 Responden dapat menyatakan tetapi kurang lancar. Responden dapat menyatakan dengan lancar. “…kawan nombor mesti jadi 10…” Responden dapat menyatakan dengan lancar. 4 Kawan Nombor. “…sebab senang…” Kawan Nombor. “…senang…” Kawan Nombor. “…best cikgu…”

5 “…ya…” “…ya…” “…ya cikgu…”

6 “…faham…” “…mula-mula

tidak, sekarang faham…”

“…yang tolak ni faham. Tapi bahagi susah cikgu…”

7 “…ya…” “…seronok

cikgu…”

“…best cikgu…”

8 “…ya…” “…ya cikgu…” “…ya…”

Berdasarkan dapatan temu bual tersebut, pengkaji dapat mengkategorikan dapatan tersebut kepada dua iaitu dari aspek minat dan kefahaman. Melalui soalan 1, 2, 3, 7 dan 8 merujuk kepada aspek minat manakala soalan 4, 5 dan 6 merujuk kepada aspek kefahaman murid. Hasil dapatan pengkaji menunjukkan respon positif daripada murid sekali gus menunjukkan keberkesanan pengajaran guru dalam topik penolakan melibatkan pengumpulan semula ini.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

A. Penggunaan Kaedah ‘Kawan Nombor’ Membantu Murid Menguasai Kemahiran Asas Tolak Melibatkan Pengumpulan Semula

Kaedah „Kawan Nombor‟ telah membantu dalam meningkatkan penguasaan responden dalam topik penolakan yang melibatkan pengumpulan semula. Hal ini dapat dibuktikan melalui latihan-latihan yang diberikan kepada responden. Malah, peningkatan pencapaian responden dalam topik penolakan melibatkan pengumpulan semula ini juga diakui sendiri oleh responden kajian bahawa mereka berasa seronok dan suka untuk membuat latihan menggunakan kaedah „Kawan Nombor‟ tersebut. Di samping itu, penggunaan kaedah „Kawan Nombor‟ ini juga ternyata meningkatkan prestasi dan tingkah laku semasa menjawab soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula. Hal ini kerana, sebelum ini responden hanya pandai menolak nombor besar kepada nombor kecil tanpa mengira kedudukan nombor-nombor tersebut. Dengan menggunakan kaedah „Kawan Nombor‟ ini, mereka lebih yakin dan dapat menolak dengan tepat.

B. Mengenal pasti Persepsi Dan Minat Murid Terhadap Penggunaan Kaedah ‘Kawan Nombor’ Dalam Menyelesaikan Soalan Penolakan Melibatkan Pengumpulan Semula

Soal selidik dan temu bual dijalankan untuk mengenal pasti persepsi dan minat murid terhadap penggunaan kaedah „Kawan Nombor‟ dalam menyelesaikan soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula. Dapatan daripada soal selidik dan temu bual menunjukkan bahawa minat dan kefahaman serta sikap responden terhadap topik penolakan melibatkan pengumpulan semula dapat ditingkatkan dengan pengenalan kaedah „Kawan Nombor‟. Hal ini dinyatakan jelas daripada maklum balas responden bahawa kaedah „Kawan Nombor‟ sememangnya membantu mereka menyelesaikan soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula.

Dalam dapatan instrumen soal selidik, pengkaji dapat menilai dan menyatakan bahawa kaedah „Kawan Nombor‟ ini mengubah persepsi responden terhadap topik penolakan melibatkan pengumpulan semula. Hal ini kerana maklum balas responden menunjukkan mereka selesa dan yakin untuk menjawab soalan penolakan dengan mengumpul semula dengan kaedah yang diperkenalkan oleh pengkaji.

Berdasarkan dapatan dari instrumen temu bual pula, pengkaji berpendapat responden sebenarnya berminat dengan subjek Matematik namun disebabkan ketidakfahaman dan masalah yang dihadapi menyebabkan mereka hilang tumpuan dan semangat untuk mempelajari. Hal ini kerana setelah kaedah „Kawan Nombor‟ diperkenalkan, responden telah menunjukkan tingkah laku positif terhadap topik penolakan.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Pada kajian lanjutan kelak, pengkaji merasakan bahawa kaedah ini perlu diperkenalkan dari peringkat awal lagi iaitu bermula dari murid Tahun 1 sehinggalah Tahun 6. Hal ini kerana, pengajaran yang bermula dari peringkat awal akan dapat membina pengetahuan sedia ada murid dari awal lagi dan seterusnya dapat mengukuhkan lagi pencapaian mereka apabila bergerak ke tahun-tahun seterusnya. Namun begitu, pelaksanaan atau persediaan soalan yang diberikan pada setiap tahun

hendaklah mengikut tahap penguasaan dan kefahaman murid dalam subjek tersebut bagi melihat perubahan yang baik daripada murid-murid.

Di samping itu, pengkaji turut mencadangkan agar kajian ini digabung jalinkan dengan kajian lain yang melibatkan proses pengumpulan semula di mana ianya antara permasalahan yang sering dihadapi oleh murid-murid. Sebagai contoh, kajian berkenaan penggunaan teknik „Re-First‟ dalam topik penolakan dengan mengumpul semula dalam lingkungan 10 000 bagi murid Tahun 3 Amal oleh Siti Rabiatuladawiyah dan Nik Mohamad (2010). Pengkaji berpendapat dengan mengabung jalinkan dua kajian yang membantu menyelesaikan dua permasalahan utama yang sering di hadapi oleh murid dalam topik penolakan melibatkan pengumpulan semula mampu membantu murid untuk menguasai topik tersebut dengan lebih baik lagi.

Pengkaji turut mencadangkan agar kaedah ini turut didedahkan kepada guru pemulihan Matematik khususnya untuk diajar kepada murid-murid yang lemah atau mereka yang memerlukan pemulihan dalam topik penolakan yang melibatkan pengumpulan semula ini.

RUMUSAN

Pengkaji mengharapkan murid-murid dapat mengaplikasikan kaedah ini di dalam mana-mana latihan mahupun di dalam peperiksaan khususnya soalan yang melibatkan pengumpulan semula bagi memastikan soalan yang dijawab ada betul sekali gus meningkatkan penguasaan dalam topik penolakan tersebut. Justeru, hal ini dapat membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian akademik dari semasa ke semasa khususnya bagi subjek Matematik.

Kajian ini menunjukkan bahawa kaedah „Kawan Nombor‟ ini terbukti berkesan keran berlakunya peningkatan terhadap pencapaian murid-murid pada markah lembaran kerja yang dijalankan. Ini juga menunjukkan bahawa kaedah ini berkesan dalam meningkatkan penguasaan murid dalam topik penolakan melibatkan pengumpulan semula. Justeru itu, semoga kaedah „Kawan Nombor‟ ini dapat membantu murid meningkatkan penguasaan mereka dalam topik Matematik terutamanya penolakan dengan pengumpulan semula.

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2010). Modul Abakus dan Aritmetik Mental.Kementerian Pelajaran Malaysia.

Chieng, L.H. (2011). Penggunaan Kaedah Jari dalam Membantu Murid Tahun Dua Menyelesaikan Operasi Tolak yang Melibatkan Pengumpulan Semula. Prosiding Seminar Pengkajian Tindakan IPG KBL Tahun 2011. 4 dan 5 Oktober. Kuching, Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, ms 137 – 149.

Gan, T. H. et al. (2005). The Teaching of Primary Mathematics. Miri, Sarawak: Maktab Perguruan Sarawak.

Greg Cruey. (2008). Teaching Subtraction: Base Ten Blocks Help Make Subtraction Concrete. Diperoleh daripada http://www.suite101.com/content/teaching-subtraction-a38822#ixzz10ti UqcmU

Gardner, H. (1993). Multiple intelligences: The theory in practice. New york: Basic Books.

Mohd Hanis Mohd Ramly & Samsiah Hassan. (2010). Penggunaan Garis Nombor dalam Kemahiran Menolak Dua Nombor Sehingga Empat Digit Dengan Mengumpul Semula Dalam Kalangan Murid Tahun 3.Seminar Penyelidikan PISMP 2010. Kuala Terengganu,Terengganu: Institut Pendidikan Guru Kampus Dato‟ Razali Ismail, ms 31-79

Nurain Dolhan dan Balkisnah Shaharuddin.(2012). Keberkesanan Teknik Bercerita Berbantukan Carta Nilai Tempat Bagi Membantu Murid Menyelesaikan Penolakan Dengan Pengumpulan Semula. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2012). Miri, Sarawak: Jabatan Matematik IPG Kampus Sarawak Miri, ms 30 – 40.

Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Jalan Bakam 98009 Miri, Sarawak,

PENGGUNAAN KAEDAH ‘LADDER STEP SUBTRACTION’ DALAM