• Tidak ada hasil yang ditemukan

Min Markah bagi Ketiga-tiga Latihan

KELVIN ANDREAS ANAK APAW 1 HU LAEY NEE2

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk membantu murid Tahun 5 dalam meningkatkan penguasaan dalam kemahiran penukaran pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya. Penyelidikan tindakan ini menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Lima responden telah dipilih menggunakan Ujian Diagnostik yang dijalankan dalam kalangan murid di sebuah sekolah di Daerah Subis. Kajian ini memfokuskan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) iaitu Jadual Perbandingan dan Carta Nilai Tempat dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran penukaran pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya. Pencapaian responden diukur menggunakan ujian pencapaian, lembaran latihan dan temu bual. Data yang dikumpul, dianalisis dengan menggunakan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kelima-lima responden mendapat markah melepasi tahap menguasai yang telah ditetapkan. Keputusan kajian ini menunjukkan penggunaan BBM dapat membantu murid menguasai kemahiran penukaran antara pecahan dan perpuluhan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat dua jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam menyelesaikan latihan dan ujian pencapaian iaitu penyebut pecahan tidak diperhatikan dan tidak menulis jawapan dengan betul.

ABSTRACT

This action research was conducted to help Year 5 pupils to improve their mastery skill for the conversion fraction to decimal and vice versa skills. This action research uses the Kemmis and McTaggart (1988) Action Research Model. Five respondents were selected using a Diagnostic Tests conducted among pupils at a school in Subis‟s District. This study focuses on the use of teaching aids (BBM), a Comparative Table and Place Value Chart of the conversion fraction to decimal and vice versa in teaching and learning process. Respondents‟ achievement is measured by using performance test, exercises and interview. Data were analyzed by using percentage. The results showed that all five respondents scored above a predetermined level of mastery. The results showed that the used of teaching aids helps pupils master the conversions of fraction and decimal and vice versa skills. The results also showed that there are two types of mistakes made by the respondents in solving the exercises and performance test which are the denominator of the fraction is not observed and do not write the answers correctly.

PENDAHULUAN

Kurikulum Matematik Sekolah Rendah adalah bertujuan untuk membina pemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Keupayaan murid menguasai konsep dan kemahiran tersebut mampu membantu murid dalam jangka masa panjang (Bahagian Perkembangan Kurikulum, 2003). Oleh itu, konsep dan kemahiran asas Matematik perlu dikuasai bagi memastikan seseorang individu

itu boleh menyelesaikan masalah Matematik. Namun begitu, penguasaan murid terhadap Matematik kini semakin membimbangkan dan merosot yang berpunca daripada anggapan murid yang menganggap Matematik suatu mata pelajaran yang sukar dan menjemukan seperti yang dinyatakan oleh Kamaluddin Ahmad (1996) dan Noraini Idris (2001). Topik Matematik Sekolah Rendah yang dianggap paling sukar dikuasai oleh murid adalah topik perpuluhan yang diakui oleh para penyelidik dari RECSAM menerusi Teaching-Learning Project (1989) dalam Ting (2011). Murid-murid mengalami kesukaran dalam menguasai penukaran pecahan dan perpuluhan adalah disebabkan kurangnya pemahaman konsep mengenai pecahan dan hubungannya dengan perpuluhan. Sekiranya murid gagal untuk menguasai kemahiran tersebut, maka lebih sukarlah bagi murid untuk menguasai konsep pecahan dan perpuluhan yang lebih tinggi.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran penukaran pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya menggunakan BBM iaitu Jadual Perbandingan dan Carta Nilai Tempat. Pengkaji mendapati bahawa murid-murid Tahun 5 menghadapi masalah dalam penukaran pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya setelah kaedah memindahkan titik perpuluhan digunakan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ketidakfahaman murid terhadap soalan menyebabkan jawapan yang diberikan tidak tepat dan tidak memenuhi kehendak soalan iaitu menunjukkan penguasaan yang lemah dalam kemahiran ini.

Kajian ini hanya menggunakan teknik analisis dokumen dan temu bual iaitu latihan dan ujian pencapaian serta temu bual Analisis Kesilapan Newman (1977) dalam pengumpulan data. Kajian ini juga tidak mengambilkira latar belakang murid dan hanya dijalankan di salah sebuah sekolah sahaja. Oleh yang demikian, pengkaji menyarankan penggunaan BBM dalam meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran tersebut. Di peringkat akhir, penggunaan BBM tersebut diberhentikan dan latihan berterusan diberikan sebagai peneguhan kepada murid.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu:

a. meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran penukaran pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya dengan menggunakan BBM.

b. meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran penukaran pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya tanpa menggunakan BBM.

c. mengenal pasti jenis-jenis kesilapan murid-murid semasa menjawab soalan kemahiran penukaran pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya.

Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab soalan-soalan kajian berikut:

a. Adakah terdapat peningkatan penguasaan murid dalam kemahiran penukaran pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya dengan menggunakan BBM? b. Adakah terdapat peningkatan penguasaan murid dalam kemahiran penukaran

pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya tanpa menggunakan BBM? c. Apakah jenis-jenis kesilapan murid semasa menjawab soalan berkaitan

TINJAUAN LITERATUR

Kajian ini memfokuskan kepada masalah murid-murid Tahun 5 dalam kemahiran penukaran pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya. Menurut Azizi Hj. Yahaya dan Savarimuthu (2008), kesilapan kepada tafsiran dalam konsep akan memberikan gambaran yang berlainan terhadap makna sebenar. Kesilapan murid yang berterusan tanpa pembetulan biasanya berkaitan dengan pemahaman dan kaedah penyelesaian akan menjadikan murid-muridberkenaan akan gagal memahami konsep sebenar perkara yang diajar.

Menurut McLeod dan Newmarch (2006), “fractions can also be thought of as proportions/parts of a whole, (e.g. 2/3 of the people in this group wear glasses).” Mooney et al. (2003) menyatakan bahawa terdapat lima maksud pecahan iaitu sebahagian daripada keseluruhan, perbezaan antara subset dan keseluruhan set, satu nombor di atas garis nombor di antara dua nombor bulat, hasil daripada pembahagian nombor bulat dan perbezaan saiz antara dua ukuran atau dua set benda. Justeru itu, pecahan boleh ditakrifkan sebagai bahagian-bahagian yang serupa dari segi saiznya daripada satu satu keseluruhan atau unit.

Nombor pecahan dan perpuluhan mempunyai perkaitan yang signifikan. Menurut Hopkins et al. (1999) dan Wan Yusuf et al. (2005), “decimals are a special type of fraction in which the whole is divided into ten parts.” Menurut Mooney et al. (2003), nombor perpuluhan adalah satu lanjutan daripada nilai tempat dan bukanlah satu set numbor yang baru. Dalam nombor perpuluhan, terdapat titik yang memisahkan antara nombor bulat dan nombor yang kurang daripada 1.

Bahan Bantu Mengajar merupakan bahan atau alat kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam menyampaikan dan meningkatkan tahap keberkesanan proses pengajaran serta menjadi sumber untuk pembelajaran murid. Jadi peranan BBM ialah untuk memenuhi kedua-dua proses ini bagi meningkatkan proses komunikasi, menyediakan pelbagai kaedah atau teknik mengajar bagi meningkatkan motivasi pelajar seperti yang dinyatakan oleh Yusuf Hashim (1998) dalam Abu Safian Amir (2010).

Kajian terhadap Carta Nilai Tempat sememangnya digunakan secara meluas. Kajiannya tidak hanya tertumpu kepada operasi seperti tambah, tolak dan darab, bahkan juga dalam topik lain. Dalam kajian Hamden Gani (2006) turut membuktikan bahawa penggunaan Carta Nilai Tempat secara sistematik amat berkesan dalam membantu murid menguasai kemahiran menolak nombor satu digit daripada dua digit dengan pengumpulan semula.

Siti Khatijah Parali (2012) membuat kajian mengenai kemahiran menukarkan pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya untuk murid Tahun 4. Namun begitu, kajian tersebut menggunakan Carta Nilai Tempat. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa pengaplikasian Carta Nilai Tempat dapat membantu murid Tahun 4 menguasai kemahiran penukaran pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya.

Ting (2011) menggunakan Jadual Perbandingan untuk mengajar kemahiran menukarkan pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya bagi murid Tahun 4. Dalam Jadual Perbandingan tersebut, terdapat gambar rajah, nombor pecahan dan nombor perpuluhan yang diletakkan bersama. Kajian beliau menunjukkan bahawa murid-murid didapati telah menguasai dan memahami konsep perpuluhan dalam pertukaran pecahan ke nombor perpuluhan dan sebaliknya.

KUMPULAN SASARAN

Pengkaji telah memilih lima orang untuk dijadikan responden. Responden yang dipilih adalah berada dalam lingkungan 11 tahun yang terdiri daripada seorang lelaki dan empat orang perempuan. Pemilihan responden ini adalah berdasarkan keputusan ujian diagnostik yang telah dilakukan sebelum kajian dijalankan. Responden yang dipilih adalah berdasarkan kepada masalah murid yang tidak menguasai penukaran pecahan dan perpuluhan daripada hasil ujian diagnostik namun mengetahui asas matematik yang lain. Prosedur lain yang digunakan untuk memilih responden adalah berdasarkan kebolehan murid dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, kehadiran ke sekolah sewaktu sesi P&P dijalankan dan menghantar semua lembaran kerja yang diberikan. Profil responden kajian ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Profil responden kajian

Responden Jantina Kaum Pencapaian dalam Ujian Diagnostik (%) R1 Lelaki Melayu 0 R2 Perempuan Melayu 0 R3 Perempuan Melayu 0 R4 Perempuan Melayu 0 R5 Perempuan Melayu 0 PROSEDUR TINDAKAN

Kajian tindakan ini mengkaji peningkatan penguasaan murid-murid dalam kemahiran menukarkan pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya dengan penggunaan BBM. Kajian tindakan ini melibatkan kitaran untuk memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran pengkaji. Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) dalam Fisher (2006) dan Koshy (2010) dengan menggunakan satu kitaran. Rajah 1 menunjukkan kitaran bagi Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988).