• Tidak ada hasil yang ditemukan

Min Markah bagi Ketiga-tiga Latihan

JESSICA JANNET ANAK AHI 1 SI TONG YONG2

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk membantu murid-murid Tahun 3 dalam meningkatkan pencapaian dalam kemahiran menolak dua nombor dengan pengumpulan semula. Penyelidikan tindakan ini menggunakan model kajian tindakan Kurt Lewin (1946). Tiga orang responden telah dipilih berdasarkan hasil kerja mereka. Kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah „Ladder Step

Subtraction‟. Pencapaian responden diukur menggunakan pemerhatian, lembaran

kerja dan penilaian pencapaian. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga responden mendapat markah melepasi tahap lulus yang telah ditetapkan.Terdapat lima kesilapan yang telah dilakukan oleh responden dan kesilapan tersebut disebabkan oleh kecuaian. Keputusan kajian ini menunjukkan kaedah „Ladder Step Subtraction‟ berkesan untuk membantu murid menguasai kemahiran menolak dua nombor dengan pengumpulan semula.

ABSTRACT

This action research was conducted to help Year 3 pupils to improve their achievement in subtracting two numbers with regrouping. The model used in this action research is Kurt Lewin (1946) action research model. Three respondents were selected based on their worksheet. This study was conducted using the Ladder Step Subtraction method. The respondent‟s achievement is measured using observation, worksheet and achievement evaluation. The data collected were analysed using percentage. The result of the study shows that all three respondents scored above a predetermined level pass. There were five mistakes done by the respondent and it is caused by their carelessness. The results showed an effective use of the Ladder Step Subtraction in improving their achievement in subtracting two numbers with regrouping.

PENDAHULUAN

Matematik merupakan salah satu daripada mata pelajaran teras yang penting dan harus dikuasai oleh murid terutamanya murid di sekolah rendah. Sekiranya murid tidak mempunyai asas yang kukuh dalam Matematik sejak dari sekolah rendah, impak yang negatif akan timbul apabila murid meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Beberapa perubahan dasar pendidikan telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memperkasakan lagi sistem pendidikan di Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020. Oleh itu, dapatlah kita lihat dengan jelas bahawa Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang penting dan mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan seharian manusia.

Sebelum murid mempelajari konsep-konsep lain yang terdapat dalam Matematik, murid haruslah menguasai 4 operasi asas Matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dengan baik. Setelah murid berjaya menguasai keempat-empat konsep operasi asas tersebut, barulah murid dapat menguasai konsep-konsep lain dengan mudah. Oleh itu, amalan pengajaran yang sering digunakan oleh guru dalam bilik darjah haruslah dapat membantu murid dalam memahami konsep-konsep Matematik yang dipelajari. Apabila murid berjaya menguasai konsep dengan baik, murid dapat mengaplikasikan konsep tersebut dalam kehidupan seharian mereka.

FOKUS KAJIAN

Kemahiran menolak merupakan salah satu kemahiran dalam operasi asas yang harus dikuasai oleh murid. Sekiranya murid gagal untuk memahami konsep yang terdapat di dalam penolakan, murid berkemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk mempelajari konsep dan kemahiran lain yang melibatkan penolakan. Kebanyakan murid yang masih belum faham akan konsep penolakan melibatkan pengumpulan semula mempunyai kecenderungan untuk menolak terus nombor tersebut tanpa membuat pengumpulan semula. Oleh itu, dengan kaedah „Ladder Step Subtraction‟ ini, murid dapat memahami dan melaksanakan penolakan dua nombor dengan pengumpulan semula.

Tujuan utama kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk membantu murid-murid yang masih lemah dalam menyelesaikan soalan penolakan dua nombor yang melibatkan pengumpulan semula. Kajian ini dijalankan ke atas responden yang lemah dalam kemahiran penolakan Matematik dengan menggunakan kaedah „Ladder Step Subtraction‟. Pelaksanaan kajian ini adalah untuk membantu murid yang lemah dalam penolakan dua nombor yang melibatkan pengumpulan semula. Kajian ini hanya menggunakan teknik pemerhatian dan analisis dokumen iaitu lembaran kerja dan penilaian pencapaian dalam pengumpulan data. Kajian ini juga tidak mengambil kira latar belakang murid dan dijalankan di sebuah sekolah sahaja.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif untuk kajian ini ialah:

a. Menilai sama ada Kaedah „Ladder Step Subtraction‟ dapat meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai kemahiran menolak dua nombor dengan pengumpulan semula.

b. Mengenalpasti kesilapan yang dilakukan oleh responden dalam pengaplikasian Kaedah „Ladder Step Subtraction‟ dalam menyelesaikan soalan penolakan dua nombor dengan pengumpulan semula.

Persoalanan untuk kajian ini ialah:

a. Adakah kaedah „Ladder Step Subtraction‟ dapat meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai kemahiran menolak dua nombor dengan pengumpulan semula?

b. Apakah kesilapan yang dilakukan oleh responden dalam pengaplikasian Kaedah „Ladder Step Subtraction‟ dalam menyelesaikan soalan penolakan dua nombor dengan pengumpulan semula?

TINJAUAN LITERATUR

Gan et al. (2005) mendefinisikan penolakan seperti berikut:

“... we start with the sum and take away one of the addends to find the other addend. The original sum is called the minuend; the addend that is being subtracted, the subtrahend; and the remaining addend, the remainder or the difference.”

Dalam laman „Math Is Fun‟ (n.d.), tolak ialah mengambil satu nombor dari yang lain. Contohnya, sekiranya anda mempunyai lima biji epal dan anda menolak dua, baki yang tinggal adalah tiga.

Menurut Kennedy et al. (2004), penolakan boleh digunakan untuk menyelesaikan empat situasi masalah yang berbeza. Masalah yang pertama ialah „take-away‟ iaitu apabila sebahagian daripada set yang sebenar diambil, hilang, dimakan atau digunakan. Masalah yang kedua ialah „whole/part/part‟ yang digunakan untuk mencari saiz sesebuah kumpulan di dalam sebuah kumpulan yang besar. Masalah yang ketiga ialah perbandingan atau „comparison‟ yang digunakan untuk membanding di antara dua set dari segi saiz atau ukuran. Masalah yang keempat ialah pelengkap atau „completion‟. Penolakan jenis ini adalah lebih kurang sama dengan perbandingan tetapi di dalam situasi pelengkap, perbandingan adalah di antara set yang wujud dan set yang tidak lengkap atau set „imaginary‟.

Suggate et al. (1998) mendapati bahawa kanak-kanak lebih sukar untuk mengembangkan pemikiran mental mengenai penolakan dua digit berbanding penambahan. Kesukaran dalam memahami penolakan yang asas akan membawa kekeliruan apabila murid mula mempelajari mengenai penolakan dengan pengumpulan semula.

Fadzli Ali Karim dan Lee (2010) pernah menjalankan satu kajian mengenai penolakan dua nombor dengan pengumpulan semula. Di dalam kajian beliau, Hands-On Kit telah digunakan untuk meningkatkan pencapaian murid Tahun 4 dalam penolakan dua nombor empat digit melibatkan pengumpulan semula. Daripada hasil analisis kajian, didapati bahawa Hands-On Kit ini telah membantu murid dalam operasi penolakan dua nombor yang melibatkan pengumpulan semula.

Chieng (2011) telah menjalankan kajian mengenai penggunaan kaedah jari untuk menyelesaikan soalan penolakan dengan pengumpulan semula. Berdasarkan dapatan kajian beliau, murid menunjukkan peningkatan dalam pencapaian dan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dirancang kerana mereka berasa seronok melakukan penolakan dengan pengumpulan semula menggunakan jari.

Zuraidah Jamahari dan Mohamad Zailani Haji Jaya (2011) juga telah menjalankan satu kajian mengenai penolakan dengan pengumpulan semula. Di dalam kajian tersebut, teknik „counting up‟ telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran menolak dengan pengumpulan semula. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat peningkatan dalam pencapaian dan minat responden serta responden lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Nurain Dolhan dan Balkisnah Shaharuddin (2012) telah menjalankan kajian dengan menggunakan teknik bercerita dengan berbantukan carta nilai tempat bagi membantu murid menyelesaikan penolakan dengan pengumpulan semula. Berdasarkan dapatan kajian, penggunaan teknik ini berupaya membantu murid memahami konsep penolakan dengan pengumpulan semula secara mendalam. Selain

itu, murid juga berubah menjadi lebih aktif dan positif semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Selain itu, Saiful Azali Hamdan dan Habibah Marzuki (2012) juga telah menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah jari dalam penolakan dengan pengumpulan semula. Berdasarkan dapatan kajian, responden telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menjawab soalan penolakan dengan pengumpulan semula.

Mohd Hadhri Mohd Noor dan Norlia Abd. Aziz (2012) telah menjalankan satu kajian mengenai Kaedah „Ladder Step Subtraction‟ untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menolak dengan mengumpul semula dalam kalangan murid Tahun 3. Di dalam kajian beliau, pengkaji ini telah melibatkan responden seramai 4 orang murid yang lemah dan tidak dapat menguasai kemahiran menolak dengan mengumpul semula. Berdasarkan hasil analisis beliau, penggunaan kaedah ini terbukti sangat membantu murid-murid dalam menjawab soalan berkaitan kemahiran menolak dengan mengumpul semula. Hal ini kerana peningkatan yang ketara dalam pencapaian murid dapat dilihat dan ini sekaligus menyokong kepada keberkesanan penggunaan Kaedah „Ladder Step Subtraction‟ dalam menyelesaikan soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula.

KUMPULAN SASARAN

Saya telah menjalankan kajian di sebuah sekolah rendah di bahagian Miri. 3 orang responden yang telah dipilih berada daripada lingkungan 9 tahun dan terdiri daripada seorang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Pemilihan responden adalah berdasarkan hasil kerja murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Responden yang dipilih adalah berdasarkan kepada masalah murid yang kurang menguasai penolakan dengan pengumpulan semula.

Kriteria lain yang digunakan untuk pemilihan responden saya adalah seperti yang berikut:

a. Murid telah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). b. Murid tidak mempunyai masalah kehadiran iaitu murid mampu untuk

menghadirkan diri untuk sesi rawatan.

c. Murid komited sepanjang sesi rawatan di mana murid menumpukan perhatian sepenuhnya semasa menerima rawatan serta melengkapkan dan menghantar lembaran kerja yang telah diedarkan.

Jadual 1: Profil Responden Kajian

Responden Jantina Umur Kaum

R1 Lelaki 9 Tahun Kelabit

R1 Perempuan 9 Tahun Melayu

R3 Perempuan 9 Tahun Iban

PROSEDUR TINDAKAN

Prosedur kajian tindakan ini dilaksanakan berdasarkan Model Kurt Lewin (1946). Terdapat lima peringkat yang dilaksanakan dengan model ini iaitu

mengenalpasti aspek amalan, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, melihat kesan tindakan dan membuat refleksi.

Peringkat yang pertama ialah mengenalpasti aspek amalan. Di dalam peringkat ini, pemerhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh murid-murid dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya telah memerhatikan penglibatan dan tingkah laku murid semasa menyampaikan konsep mengenai penolakan melibatkan pengumpulan semula. Selain itu, saya juga menganalisis lembaran kerja yang telah disiapkan oleh murid. Berdasarkan pemerhatian dan analisis lembaran kerja, saya mendapati murid cenderung untuk melakukan kesilapan seperti berikut.