Min Markah bagi Ketiga-tiga Latihan
REFLEKSI DAPATAN KAJIAN Persoalan Kajian 1
Daripada hasil dapatan kajian, terdapat peningkatan yang berlaku pada setiap latihan yang diberikan. Secara puratanya, min markah bagi ketiga-tiga latihan ialah 20% pada Latihan 1, 60% pada Latihan 2 dan 96.6% pada Latihan 3. Peningkatan min yang positif ini jelas memenuhi kriteria soalan kajian pertama. Hasil dapatan ini juga disokong oleh kajian Mohd Sabri Mura (2012) dan kajian Musfirah (2010).
Apabila kitaran kedua diberikan, kesemua responden berjaya menunjukkan perubahan positif dan peningkatan mendadak. Ini dapat ditunjukkan melalui perbandingan keputusan Latihan 2 dan Latihan 3. Empat daripada lima responden mendapat markah penuh dalam latihan 3. Mereka semakin mahir membaca Petak Sifir dan semakin yakin menjawab soalan. Tambahan pula, mereka tidak lagi terikat dengan kaedah tradisional.
Persoalan Kajian 2
Hasil daripada hasil Temu Bual I dan Temu Bual II, bilangan responden yang memberi respon positif semasa Temu Bual I semakin bertambah pada sesi Temu Bual II. Peningkatan respon positif yang ditunjukkan telah menjawab soalan kajian kedua. Dapatan temu bual ini selaras dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Mohd Sabri Mura (2012) dan kajian Sharinie Penie (2011).
Walaupun majoriti responden meminati subjek Matematik, tetapi hanya seorang sahaja yang meminati topik Pecahan. Ada juga responden yang menyatakan dalam topik Pecahan, ada subtopik yang susah dan ada juga yang senang. Selain itu, sebanyak empat daripada lima responden masih kabur dengan konsep pecahan. Ada yang tidak tahu akan keperluan pecahan dan hanya mempelajarinya kerana diajar di sekolah. Hasil dapatan ini disokong kajian lepas oleh Sandra William Sair (2012).
Dengan penggunaan pen atau pensel berwarna, responden berjaya membezakan setiap langkah penyelesaian berdasarkan warna yang dipilih. Kesan pengubahsuaian ini juga disokong oleh kajian Mohd Sabri Mura (2012). Begitu juga dengan kemahiran komunikasi pengkaji, arahan yang diberikan lebih jelas, perlahan dan mudah difahami. Hal ini telah memudahkan responden mengikuti dengan yakin dan jelas daripada satu langkah kepada langkah yang lain. Jelaslah di sini bahawa pengkaji berjaya menambah baik serta meningkatkan amalan sebagai guru matematik dalam pengajaran pecahan.
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Untuk kajian lanjutan, beberapa cadangan telah disarankan seperti pertamanya, kajian ini boleh dilanjutkan dengan masa yang lebih panjang agar keberkesanan Petak Sifir dapat dilihat dengan lebih jelas dan nyata dalam topik-topik lain selain topik yang dikaji ini. Contohnya seperti subtopik penambahan pecahan dan penolakan pecahan bagi penyebut yang berlainan. Selain itu, kajian boleh dilanjutkan dengan melibatkan lebih ramai responden termasuklah murid berpencapaian lemah, sederhana dan tinggi untuk menghasilkan hasil dapatan yang
lebih spesifik dan tepat. Kajian ini juga boleh diperkenalkan kepada murid Tahun 5, Tahun 6 dan seterusnya sekolah menengah. Hal ini disebabkan topik ini masih mempunyai kesinambungannya, malah lebih mencabar. Di samping itu, kajian ini boleh juga dilanjutkan dengan mengaplikasikan kaedah Petak Sifir dalam bentuk permainan. Ini adalah kerana permainan merupakan satu cara yang menarik dan menyeronokkan dalam mempelajari Matematik.
RUMUSAN
Dapatan kajian ini memberikan gambaran jelas bahawa kaedah yang bersifat fleksibel ini memberikan kesan positif terhadap pencapaian dan kemahiran murid terutamanya dalam subtopik pecahan setara dan pecahan dalam bentuk terendah. Murid tidak lagi terlalu terikat dengan amalan biasa atau kaedah tradisional. Dengan kata lain, kepelbagaian dalam kaedah pembelajaran, khususnya dalam mata pelajaran Matematik dapat meningkatkan minat dan sikap setiap murid. Justeru, para guru seharusnya terus berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan ini secara tidak langsung, menambah baik amalan pengajaran sebagai guru Matematik.
RUJUKAN
Bahagian Pendidikan Guru. (1998). Konsep dan aktiviti pengajaran pembelajaran matematik :
Pecahan untuk Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahagian Pendidikan Guru. Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4. Putrajaya: Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
Benjamin Kibong. (2006). Cartamu. Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2006, Jilid 1 Kerjasama IPBL dengan PPG Sri Aman dan PPDK Serian, JPN Sarawak di bawah KPKIPBL. Institut Perguruan Batu Lintang.
Brady, K. (2008). Using paper-folding in the primary years to promote student engagement in
Mathematical learning. Diperoleh daripada http://www.merga.net.au/documents/RP52008.pdf
Carraher, D. W. (1996) Learning about fractions. In L.P. Steffe, P. Nesher, P. Cobb, G. A. Goldin & B. Greer (Eds.), Theories of mathematical learning (241-266). Mahwah, NJ: Erlbaum.
Chang, Wei Song.(2011). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun Lima Dalam Mempermudahkan Pecahan Kepada Sebutan Terendah Dengan Menggunakan Pokok Pecahan. Koleksi
Penyelidikan Tindakan PISMP MT Ambilan Januari 2008. Institut Pendidikan Guru Batu
Lintang.
Mack, K.N. (1998). Building a foundation for understanding the multiplication of fraction, Teaching Children Mathematics, 5: 34-38.
Mohd Hafiz Hamdan. (2010). Menyelesaikan Masalah Murid Dalam Operasi Darab Melibatkan Menghafal Sifir Menggunakan Jadual Petak 100. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan
PISMP 2010. Terengganu: Institut Pendidikan Guru Kampus Dato‟ Razali Ismail. Kuala
Terengganu, Kuala Lumpur.
Mohd Sabri Mura. (2012). Meningkatkan Kemahiran Mempermudahkan Pecahan Kepada Bentuk Termudah Dengan Menggunakan Kotak Sifir di Kalangan Murid Tahun 4. Pelaporan Sarjana Muda, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.
Mooney, C. (2003). A-Z of key concept in Primary Mathematics. Sothhernhay East, Great Britain: Learning Matters.
Musfirah Almubarak. (2010). Meningkatkan Kemahiran Mempermudahkan Pecahan kepada Bentuk Termudah Menggunakan “Fraction Sticks” dan Kotak Sifir dalam Kalangan Murid Tahun 4.
Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2010, Institut Pendidikan Guru Kampus
Darul Aman.
Sandra William Sair dan Habibah Marzuki. (2011). Meneroka kesan penggunaan Fraction Bars dalam mengajar pecahan setara di kalangan murid Tahun 4. Prosiding Seminar Penyelidikan
Tindakan PISMP Matematik Pendidikan Rendah Ambilan Januari 2008. Institut Pendidikan
Seranie Ngaoh. (2012). Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat
Menguasai Pecahan Setara. Pelaporan Sarjana Muda, Institut Pendidikan Guru Kampus
Sarawak.
Sharinie Pelin. (2011). Kaedah Petak Sifir dalam penguasaan sifir 2 hingga sifir 9 bagi murid Tahun 4.
Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP MT Ambilan Januari 2008. Institut
Pendidikan Guru Kampus Sarawak Miri.
Zainudin Abu Bakar, M.R. (2007). Petak Sifir: Kajian perbandingan Matematik Tahun 4 dalam penguasaan fakta asas darab. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Jilid 12, 91-98.
Jabatan Matematik,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak,
PENGGUNAAN ‘ROBOARD BENTUK’ MENINGKATKAN PENGUASAAN