• Tidak ada hasil yang ditemukan

Min Markah bagi Ketiga-tiga Latihan

Jadual 4: Jenis-jenis kesilapan responden

Jenis Kesilapan Contoh Kesilapan Frequensi Peratus (%)

Penyebut pecahan tidak

diperhatikan

Jawapan R1 dalam Latihan 1 (Soalan 1.6)

8 88.89

Tidak menyalin jawapan dengan

betul

Jawapan R4 dalam Latihan 2 (Soalan 1.2)

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan keputusan yang diperolehi dalam Jadual 3, penggunaan BBM Jadual Perbandingan dan Carta Nilai Tempat dapat meningkatkan penguasaan responden dalam kemahiran menukarkan pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya. Keputusan latihan 1, 2 dan 3 menunjukkan responden mempunyai penguasaan yang baik terhadap kemahiran penukaran pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya dengan menggunakan BBM. Mereka berjaya memperoleh markah menguasai iaitu markah melebihi 70%. Mereka juga telah menunjukkan peningkatan dan juga konsistensi dalam markah mereka bagi latihan yang diberikan. Perihal ini telah menunjukkan berlakunya peningkatan yang memberangsangkan pada pencapaian responden kajian. Namun, pada latihan 1, pencapaian Responden 1 tidak menunjukkan bahawa beliau berjaya menguasai kemahiran tersebut sepenuhnya. Namun setelah dilakukan temu bual berdasarkan prosedur Analisis Kesilapan Newman, kesilapan yang dilakukan adalah disebabkan oleh kecuaian responden sendiri. Kegagalan responden 1, 4 dan 5 untuk mendapatkan markah penuh dalam setiap latihan adalah disebabkan oleh kecuaian semasa menjawab soalan latihan tersebut. Dapatan kajian ini juga disokong oleh dapatan kajian Ting (2011) dan Siti Khatijah Parali (2012).

Peningkatan pencapaian responden dalam kemahiran penukaran pecahan kepada perpuluhan dan sebalikanya tanpa menggunakan BBM telah diperhatikan dan dianalisis dengan menggunakan lembaran latihan 4 dan ujian pencapaian. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa responden berupaya untuk melepasi sasaran lulus dan berupaya untuk menguasai kemahiran tersebut tanpa menggunakan BBM. Namun begitu, Responden 1 gagal dalam memperolehi markah penuh dan berlakunya penurunan dalam ujian pencapaian yang diberikan. Daripada hasil temu bual yang dilakukan, responden telah terkandas pada peringkat kesilapan dalam prosedur Analisis Kesilapan Newman. Oleh itu, Responden 1 boleh mendapat markah penuh sekiranya beliau tidak melakukan sebarang kesilapan ketika menjawab latihan 4 dan ujian pencapaian. Responden kajian telah berjaya menguasai kemahiran yang telah digunakan dengan berbantukan BBM sebelum ini dan mampu untuk menyelesaikan soalan latihan dan ujian pencapaian dengan baik.

Jenis-jenis kesilapan responden semasa menjawab soalan berkaitan kemahiran menukarkan pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya telah diperhatikan dan dianalisis dengan menggunakan instrumen temu bual dan analisis dokumen latihan dan ujian pencapaian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4. Setelah menjalankan temu bual Analisis Kesilapan Newman, ternyata kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh responden adalah berada di tahap kecuaian. Ini menunjukkan bahawa responden sememangnya sudah jelas dan memahami cara penggunaan BBM dan konsep perhubungan di antara pecahan dan perpuluhan. Pengkaji telah mengenal pasti jenis-jenis kesilapan utama yang dilakukan oleh responden semasa kajian ini dijalankan.

Kesilapan yang pertama dilakukan oleh responden ialah tidak melihat nombor penyebut pecahan. Kesilapan ini timbul kerana responden mula rasa yakin dengan kebolehan mereka dalam menyelesaikan soalan penukaran pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya. Berdasarkan temu bual yang dijalankan, responden tidak memerhatikan penyebut pecahan dan dengan yakin terus menulis jawapan bagi soalan tersebut. Kesilapan ini adalah masalah yang sukar untuk dielakkan oleh responden walaupun mereka sudah memahami atau dapat menyelesaikan soalan-soalan tersebut. Kebarangkalian responden untuk melakukan kesilapan ini akan tetap

timbul dan pengkaji haruslah memberikan penekanan kepada responden untuk melihat penyebut bagi pecahan tersebut.

Kesilapan kedua yang wujud adalah tidak menyalin jawapan dengan betul. Kesilapan ini merupakan kecuaian responden sendiri. Ketika temu bual dijalankan, responden telah mengatakan bahawa dia tidak menyemak semula jawapan yang ditulis. Kesilapan ini boleh diatasi sekiranya responden lebih berhati-hati ketika mengisi jawapan akhir. Pengkaji haruslah menekankan agar jawapan perlu disemak semula agar kesilapan ini dapat diatasi.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Penggunaan BBM Jadual Perbandingan dan Carta Nilai Tempat ini amat meluas dan tidak terhad kepada penukaran pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya. Jadual Perbandingan misalnya boleh digunakan pada mana-mana topik yang mengajar mengenai kemahiran penukaran seperti panjang, isipadu cecair dan jisim. Manakala Carta Nilai Tempat pula boleh digunakan dalam penambahan, penolakan dan pendaraban nombor bulat mahupun perpuluhan dan lain-lain.

Dalam kajian ini, BBM yang telah dihasilkan adalah berbentuk bahan maujud. Bahan maujud adalah lebih mudah untuk digunakan dan dihasilkan. Namun begitu, bahan maujud ini mungkin tidak dapat menarik perhatian murid. Sebagai cadangan, BBM tersebut bolehlah dihasilkan dalam bentuk multimedia iaitu dengan menggunakan perisian mudah seperti Microsoft PowerPoint yang dapat memasukkan unsur animasi yang lebih menarik dan dapat diperhatikan oleh murid dengan lebih jelas melalui paparan skrin LCD. Unsur animasi yang menarik akan dapat menarik minat murid untuk menumpukan perhatian mereka dengan lebih baik ketika mereka berada di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Bahkan juga, BBM tersebut akan mudah untuk disimpan dan boleh digunakan oleh guru-guru lain pada masa akan datang.

Selain itu, cadangan kajian lanjutan dicadangkan kepada pengkaji untuk melakukan penambahbaikan ke atas BBM yang pertama iaitu Jadual Perbandingan. Untuk mengelakkan murid keliru dengan nilai nombor bulat dan pecahan, pengkaji seterusnya dicadangkan untuk meletakkan garis pemisah di antara nombor bulat dan pecahan. Selain itu, pengkaji akan datang disarankan juga untuk menyusun digit pengangka pecahan dan juga memisahkan digit sifar penyebut dan digit 1 dengan garis pemisah. Hal ini akan mengurangkan kekeliruan untuk murid.

RUMUSAN

Daripada hasil dapatan kajian ini, didapati kesemua responden berjaya untuk meningkatkan penguasaan dalam kemahiran penukaran pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya. Kajian ini telah menunjukkan bahawa penggunaan BBM dapat membantu murid dalam meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menukarkan pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya. Penerimaan responden yang baik terhadap BBM tersebut membantu mereka dalam menguasai kemahiran tersebut dan sekali gus dapat mengatasi masalah-masalah yang telah dinyatakan dalam fokus kajian. Kajian ini juga telah mengesan beberapa kesilapan yang dilakukan oleh responden dalam menyelesaikan latihan dan ujian pencapaian. Beberapa kajian lanjutan juga telah dicadangkan dalam kajian ini.

RUJUKAN

Abu Safian Amir. (2010). Perhubungan antara alat bantu mengajar dengan sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Diperoleh daripada http://images.abusafianamir.multiply.multiply content.com/attachment/0/TMmcagooCysAAHRF1U1/Jurnal%20ilmiah.pdf?key=abusafiana mir:journal:13&nmid=379026446

Azizi Hj Yahaya dan Savarimuthu, E. M. (2008). Bab 2: Kepentingan kefahaman konsep dalam

matematik. In: Sains Sosial. Universiti Teknologi Malaysia. Diperoleh daripada http://eprints.

utm.my /10413/1/1.10_Bab2.pdf

Fisher R.J. (2006). What is action research? An introduction to action research for community development. Working Party Meeting on Action Research for Integrated Community

Development, 5-8 April 2004, Tehran, Islamic Republic of Iran. Diperoleh daripada

http://www.cifor.org/livesinforests/publications/pdf_files/Action%20Research%20_APO%20 2004.pdf

Hamden Gani. (2006). Membantu murid Penan Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Long Pelutan untuk menguasai kemahiran menolak dengan mengumpul semula. Prosiding Seminar Penyelidikan

Tindakan 2006. 8-9 Ogos 2006. Miri: Pencetakan Nasional Malaysia Berhad. 5:1-10.

Hopkins, C., Gifford, S. and Pepperell, S. (1996). Mathemamatics in the primary: A sense of

progression. London: David Fulton Publishers Ltd

Kamaluddin Ahmad. (1996). Model pengajaran Matematik sekolah rendah: Pengajaran pemusatan murid dan berasaskan konstruktivime. Diperoleh daripada http://www.kamaludin.net /sumber/Model%20Konstruktif.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Falsafah pendidikan kebangsaan, matlamat dan visi. Diperoleh daripada http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/ bpanduan/fpk.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Matematik (2003). Diperoleh daripada http://www.moe.gov.my/bpk/va2/index2.php ?option=com_docman&task=doc_view&gid=649&Itemid=71

Kemmis, S. and McTaggart, R. (ed). (1988). The action research planner (3rd Ed.). Deakin University, Australia: Deakin University Press.

Koshy, V. (2010). Action research for improving educational practice. (2nd Ed.). London, England: Sage Publications Ltd. Diperoleh daripada http://books.google.com.my/books?hl=en&lr= &id=53zLazswjQkC&oi=fnd&pg=PP2&dq=kemmis and mctaggart 1988 action research koshy 2010&ots=fdXLKvj-2u&sig=bEpT0UGhoQeNwEFqRlb0JcjvXas

McLeod, R. and Newmarch, B. (2006). Fractions. Diperoleh daripada https://www.ncetm.org.uk /public/files/257666/fractions_booklet.pdf

Mooney, C., Ferrie, L., Fox, S., Hansen, A. and Wrathmell, R. (2003). Primary Mathematics:

knowledge and understanding. (2nd Ed.). Great Britain: Bell&Bain Ltd, Glasgow

Newman, M. A. (1977). An analysis of sixth-grade pupils‟ errors on written mathematical tasks.

Victorian Institute for Educational Research Bulletin, 39, 31-43.

Noraini Idris. (2001). Pedagogi dalam pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Siti Khatijah Parali. (2012). Penggunaan Carta Nilai Tempat Dalam Meningkatkan Pencapaian

Murid-Murid Tahun 4 Bagi Kemahiran Penukaran Pecahan Dan Perpuluhan. Pelaporan

Ijazah Sarjana Muda. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. Oktober 2012.

Ting, Dick Seng. (2011). Membantu murid tahun empat memahami konsep pertukaran “pecahan” ke “perpuluhan” dan sebaliknya melalui “jadual perbandingan”. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP MT amb. Januari 2008, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun

2011, ms 110-122. Diperolehi daripada http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/Buku

Koleksi/Buku%20Koleksi%20PT%20MT%202011.pdf

Jabatan Matematik

Institut Pendidikan GuruKampus Sarawak, Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak.

PENGGUNAAN BENTUK LAZIM DENGAN GARIS PEMISAH NILAI