• Tidak ada hasil yang ditemukan

Min Markah bagi Ketiga-tiga Latihan

Jadual 6: Analisis kesilapan responden

Kod Dokumen

Responden Lembaran Kerja Penilaian Pencapaian

A 0 0 - B 0 0 - C 0 0 - D 1 0 R2 E 0 1 R1 F 0 1 R3 G 0 1 R3 H 0 1 R1

Berdasarkan Jadual 6, terdapat 5 kesilapan yang dilakukan oleh responden yang telah dikenalpasti. R2 telah melakukan kesilapan semasa menyiapkan lembaran kerja iaitu tidak menolak nombor pada nilai tempat yang betul. Kesilapan ini telah menyebabkan R2 gagal mendapat markah penuh untuk Lembaran Kerja. R1 pula

telah melakukan dua kesilapan semasa menjawab soalan Penilaian Pencapaian iaitu kecuaian semasa operasi tolak dan tidak menulis „tangga‟ dengan kemas. Dua kesilapan yang dilakukan oleh R3 semasa menjawab soalan Penilaian Pencapaian ialah kesalahan dalam menyalin soalan dan tidak menulis angka dengan betul. Kesilapan yang telah dilakukan oleh ketiga-tiga responden ini adalah disebabkan kecuaian dan menyebabkan mereka gagal mendapat markah penuh bagi Lembaran Kerja bagi R2 dan Penilaian Pencapaian bagi R1 dan R3.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Kaedah ‘Ladder Step Subtraction’ Dalam Membantu Murid Menguasai Kemahiran Penolakan Dua Nombor Dengan Pengumpulan Semula

Setelah saya meneliti keputusan yang diperoleh setelah menjalankan interaksi, saya mendapati bahawa responden telah mencapai sasaran lulus selepas menjalani Penilaian Pencapaian berdasarkan analisis dapatan kajian.

Daripada dapatan kajian yang boleh dirujuk pada Jadual 3, dapat dilihat dengan jelas bahawa ketiga-tiga responden dapat menguasai kemahiran menolak dua nombor dengan pengumpulan semula walaupun terdapat kecuaian dalam melakukan pengiraan. Oleh itu, kajian ini menunjukkan bahawa kaedah „Ladder Step Subtraction‟ membantu murid dalam menguasai kemahiran penolakan dua nombor dengan pengumpulan semula. Dapatan ini disokong oleh Mohd Hadhri Mohd. Noor dan Norlia Abd. Aziz (2012) yang menunjukkan bahawa penggunaan kaedah „Ladder Step Subtraction‟ dalam meningkatkan kemahiran menolak dengan pengumpulan semula dan telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian.

Kesilapan Yang Dilakukan Oleh Responden Dalam Pengaplikasian Kaedah ‘Ladder Step Subtraction’ Dalam Menyelesaikan Soalan Penolakan Dua Nombor Dengan Pengumpulan Semula

Saya telah mengenalpasti lima kesilapan yang dilakukan oleh responden semasa kajian ini dijalankan. Kesilapan ini dikenalpasti melalui pemerhatian yang dijalankan dan analisis dokumen seperti lembaran kerja yang diedarkan serta penilaian pencapaian.

Kesilapan pertama ialah responden tidak menolak nombor pada nilai tempat yang betul. Apabila nilai tempat tidak ditolak dengan betul, responden tidak dapat menjawab soalan dengan betul.

Kesilapan yang kedua ialah kecuaian semasa operasi tolak. Walaupun responden telah menggunakan kaedah „Ladder Step Subtraction‟ dengan betul, tetapi disebabkan kecuaian semasa operasi tolak, responden telah mendapat jawapan yang salah.

Kesilapan ketiga yang dilakukan oleh responden ialah kesalahan semasa menyalin soalan. Responden telah menggunakan kaedah „Ladder Step Subtraction‟ dengan betul dan mendapat jawapan yang betul tetapi disebabkan oleh kesalahan semasa menyalin soalan, responden telah mendapat jawapan yang salah.

Kesilapan yang keempat ialah responden tidak menulis angka dengan betul. Angka „9‟ yang ditulis oleh responden kelihatan seperti angka „4‟. Penulisan angka yang tidak betul boleh menyebabkan kesilapan dalam pengiraan.

Kesilapan kelima yang dilakukan oleh responden ialah tidak menulis „tangga‟ dengan kemas. Walaupun jawapan yang diberi adalah betul, tetapi disebabkan

„tangga‟ tidak ditulis dengan kemas, kemungkinan untuk berlakunya kesilapan dalam pengiraan adalah tinggi. Oleh itu, penulisan „tangga‟ yang kemas adalah penting.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Terdapat tiga cadangan untuk kajian lanjutan bagi kajian ini. Cadangan yang pertama ialah bagi pengkaji yang ingin menjalankan kajian ini, semasa pengkaji ingin menjalankan kajian, pengkaji boleh memperkenalkan kaedah ini dengan cara penulisan yang bersesuaian agar kecuaian dan kekeliruan boleh dikurangkan. Contohnya, menggunakan garis pemisah menggunakan pembaris bagi mengelakkan kecuaian. Setiap kali pengumpulan semula dilakukan, lukis garis lurus sebelum menulis nilai yang telah dikumpul semula.

Cadangan yang kedua ialah bagi pengkaji yang berminat untuk menjalankan kajian ini, pengkaji tersebut boleh meluaskan skop kajian dengan menggunakan kaedah ini untuk topik lain seperti penolakan perpuluhan dan wang. Pengkaji boleh mencuba kaedah ini untuk melihat sama ada kaedah tersebut sesuai untuk digunakan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran murid dalam topik lain.

Cadangan yang ketiga ialah pengkaji boleh menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah „tangga‟ untuk operasi tambah dengan pengumpulan semula. Pengkaji boleh mencuba kaedah ini untuk melihat sama ada kaedah ini boleh digunakan untuk operasi asas yang lain seperti operasi tambah.

RUMUSAN

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menilai sama ada Kaedah „Ladder Step Subtraction‟ dapat meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai kemahiran penolakan dua nombor dengan pengumpulan semula. Kajian ini telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Ini dapat dilihat daripada kekerapan responden menggunakan kaedah ini dan peningkatan pencapaian mereka melalui lembaran kerja dan penilaian pencapaian yang telah diberi.

Selain itu, kesilapan yang dilakukan oleh responden dalam pengaplikasian kaedah ini juga telah dikenalpasti. Kaedah ini boleh digunakan sebagai alternatif lain sekiranya murid sukar untuk memahami konsep penolakan dua nombor dengan pengumpulan semula.

RUJUKAN

Chieng, Leh Hui. (2011). Penggunaan kaedah jari dalam membantu murid tahun dua menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Prosiding Seminar Penyelidikan

Tindakan IPG KBL Tahun 2011. 4 dan 5 Oktober. Kuching, Sarawak: Institut Pendidikan Guru

Kampus Batu Lintang, ms 137 – 149.

Fadzli Ali Karim dan Lee, Chuo Hiong. (2010). Meningkatkan pencapaian murid tahun 4 dalam penolakan dua nombor empat digit melibatkan pengumpulan semula dengan hands-on kit.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010). Miri, Sarawak: Jabatan Matematik

IPG Kampus Sarawak Miri, ms 104 – 113.

Gan, Teck Hock., Wong, Woy Chun., Mohd Nordin Abdullah., Lau, Tun Kong., Haslan Manja., Maimunah Mohd Tahir., ... Teh, Kim Hong., (2005). The teaching of primary Mathematics. Maktab Perguruan Sarawak. Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Kennedy, L.M., Tipps, S., and Johnson A. (2004). Guiding Children's Learning of Mathematics Tenth Edition. Belmont: Thomson Learning.

Math Is Fun. (n.d). Subtraction Diperoleh daripada http://www.mathsisfun.com/ definitions/subtraction.html

Mohd Hadhri Mohd Noor dan Norlia Abd. Aziz. (2012). Meningkatkan penguasaan kemahiran menolak dengan mengumpul semula menggunakan ladder step dalam kalangan murid Tahun 3. Diperoleh daripada http://ojs.cakna.net/index.php/ar

Nurain Dolhan dan Balkisnah Shaharuddin. (2012). Keberkesanan teknik bercerita berbantukan carta nilai tempat bagi membantu murid menyelesaikan penolakan dengan pengumpulan semula.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2012). Miri, Sarawak: Jabatan Matematik

IPG Kampus Sarawak Miri, ms 30 – 40.

Saiful Azali Hamdan dan Habibah Marzuki.(2012). Penggunaan kaedah jari dalam penolakan dengan pengumpulan semula bagi murid Tahun tiga. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan

(SPTMTE 2012). Miri, Sarawak: Jabatan Matematik IPG Kampus Sarawak Miri, ms 129 - 137.

Suggate, J., Davis, A., and Goulding M. (1998). Mathematics knowledge for primary teachers. Great Britain: David Fulton Publishers.

Zuraidah Jamahari dan Mohamad Zailani Haji Jaya.(2011). Membantu murid Tahun tiga meningkatkan kemahiran menolak melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik “counting up”. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011). Miri, Sarawak: Jabatan Matematik IPG Kampus Sarawak Miri, ms 72 - 83.

Jabatan Matematik

Institut Pendidikan GuruKampus Sarawak, Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak.

PENGGUNAAN KAEDAH ‘PISTOL, TUKUL DAN TANGGA’ DALAM