• Tidak ada hasil yang ditemukan

Aktiviti Berkongsi Pendapat

Dalam dokumen PROSES PEMBELAJARAN BERTERUSAN DALAM PEN (Halaman 184-189)

Deskripsi Bilangan Peratus

Penggunaan aktiviti pembelajaran berkongsi pendapat - Kadang-kadang 19 52.8 - Kerap 13 36.1 - Tidak pernah 4 11.1 - Sangat kerap - - Jumlah 36 100

Kajian mendapati kebanyakan responden mengakui berkongsi pendapat merupakan aktiviti pembelajaran yang dilalui guru pada masa menjumpai masalah dalam pengajaran dan pembelajaran atau hasil penilaian yang diberikan oleh rakan guru menerusi aktiviti lesson study ataupun mentoring. Aktiviti berkongsi pendapat boleh dijalankan responden bersama rakan sekerja seperti guru kanan yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan lebih. Responden GF/I-02 dan GF/I-03 mengiktiraf satu cara yang kerap mereka jalankan ketika menjumpai masalah dalam pengajaran dan pembelajaran adalah melaksanakan perbincangan dengan rakan sekerja sesama guru fizik. Mereka meyakini aktiviti ini boleh membantu guru menyelesaikan masalah-masalah yang dijumpai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dijelaskan pula oleh GF/I-04 aktiviti pembelajaran yang dilalui dengan cara mendekati pakar atau rakan guru yang memiliki pengalaman dan kemampuan lebih menerusi mentoring, boleh mendapatkan apa yang diinginkan. Pernyataan responden GF/I-04 turut disokong oleh responden GF/Q-32. Beliau berkata,

Hal yang saya lakukan untuk meningkatkan pengetahuan saya iaitu

dengan melakukan sharing pendapat dengan rakan seprofesion,

bertanya kepada rakan yang boleh atau saling bertukar pendapat dengan guru atau pakar yang berpengalaman.

Pernyataan yang sama pula disampaikan oleh reponden GF/Q-04, GF/Q-05 dan GF/Q-22. Mereka menjelaskan aktiviti pembelajaran dilalui dengan cara bertanya, berkongsi pendapat dan bertukar pikiran kepada sesama rakan sekerja yang lebih berpengalaman atau yang mempunyai pengetahuan lebih atau kepada guru kanan menerusi mentoring dalam bidang pengajian fizik atau pelbagai kes dalam pengajaran dan pembelajaran fizik.

Analisis temu bual mendapati terdapat lima daripada sembilan responden (56 peratus) mengisytiharkan penyeliaan rakan sekerja merupakan aktiviti penyeliaan yang paling berkesan dalam meningkatkan prestasi guru dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, sokongan dan semangat kesejawatan daripada rakan sekerja sesama guru fizik menjadi faktor penting dalam kejayaan proses pembelajaran berterusan dalam peningkatan kompetensi guru.

4.3.2.1Aktiviti mentoring

Dalam kajian ini, mentoring ditakrifkan sebagai aktiviti yang dijalankan seseorang guru kanan atau guru berpengalaman kepada guru lain yang tidak melalui arahan daripada pengetua (informal) untuk membantu guru tersebut dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan/atau untuk kejayaan proses pembelajaran berterusan dan kerjaya guru. Responden GF/I-02 menyatakan berkongsi pendapat menerusi mentoring yang dijalankan oleh rakan- rakan guru boleh memberi motivasi kerana berlaku interaksi antara sesama rakan guru. Pada satu sisi yang lain, GF/I-08 menyatakan mentoring dikatakan secara rasmi berkesan mungkin tidak, namun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran daripada rakan guru boleh diwujudkan. Pandangan GF/I-02 dan GF/I-08 turut pula disokong oleh GF/I-02, GF/I-03, GF/I-05, dan GF/I-06. Mereka merasa senang kerana mereka menganggap semua aktiviti pembelajaran guru sebenarnya baik dan semua pernah mereka lakukan. Sebagai contohnya jika ada perkara yang mereka tidak ketahui, maka mereka bertanya kepada rakan sekerja yang berpengalaman atau guru kanan menerusi mentoring.

Didapati terdapat enam daripada sembilan (67 peratus) responden temu bual memberikan pandangan model mentoring boleh menambah masukan terhadap sikap, pola tingkah laku, dan pengetahuan seseorang guru daripada apa yang akan diajarkan. Sesetengah responden mengakui kadang-kadang dijalankan berkongsi pendapat menerusi mentoring dengan rakan guru kanan memberi cadangan kepada guru novis mengenai bagaimana menilai pelajar dengan baik dan benar. Oleh itu, aktiviti pembelajaran mentoring boleh memberi masukan kepada guru. Responden

GF/Q-04 misalnya mengiktiraf aktiviti pembelajaran ini boleh menambah masukan, sahsiah, pola tingkah laku pengetahuan kepada guru. Ujar GF/Q-04,

… karena dengan metode pembelajaran sedemikian, boleh menambah

masukan terhadap sikap pola tingkah laku dan pengetahuan yang

akan diajarkan.

Bagi responden GF/Q-26 pula, secara kebetulan sebagai pengerusi MGMP di sekolahnya menyatakan beliau kerap memberikan masukan kepada rakan sekerja menerusi mentoring. GF/Q-26 berkata,

Saya kebetulan sebagai penanggungjawab, sebagai pengerusi MGMP

di sekolah maka saya kadang-kadang sharing/memberi masukan

kepada rakan sekerja bagaimana mengilai pelajar dengan baik dan benar.

Seterusnya, hanya terdapat tiga daripada 36 (lapan peratus) responden soal selidik sahaja yang percaya aktiviti pembelajaran mentoring boleh menyelesaikan masalah yang di alami guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Responden GF/Q- 10 menyatakan pengalamannya pada masa menjumpai kes dalam pengajaran dan pembelajaran. Ujar GF/Q-10,

... apabila ada masalah yang kami dapatkan di lapangan, maka segera kami bincangkan kepada sesama guru fizik di sekolah untuk menuntaskan dan menyelesaikan masalah tersebut.

Pengalaman responden GF/Q-10 turut disokong oleh responden GF/Q-07 dan GF/Q-22. Mereka menjelaskan berkongsi pendapat menerusi mentoring boleh memudahkan penyelesaian sesuatu masalah yang dialami guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Malah responden GF/Q-22 menegaskan,

Untuk pengajaran fizik di persekitaran sekolah, kami terdiri dari beberapa guru fizik ada senior dan junior kita kerap bertukar pikiran

terutama kalau menjumpai kes dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pandangan responden GF/Q-10, GF/Q-07, dan GF/Q-22 tersebut di atas menyatakan apabila mereka menjumpai kes dalam amalan pengajaran dan pembelajaran fizik, maka dilakukan perbincangan antara sesama rakan guru fizik menerusi mentoring

bagi menyelesaikan masalah berkenaan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran mentoring boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dialami guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam kes yang sama, responden GF/Q-25 menegaskan perlunya berkongsi pendapat menerusi mentoring kepada rakan guru.Hal ini kerana responden GF/Q-25 secara kebetulan adalah seorang guru fizik yang menjadi pengerusi pasukan rumpun bidang pengajian sains di sekolahnya. GF/Q-25 meneruskan penjelasannya,

Tanggungjawab sebagai tim dirumpun mata pelajaran maka kita

harus sharing tentang kaedah, model pembelajaran atau bagaimana

strategi mengajar sehingga peserta didik kita ke depannya lebih baik.

Responden GF/Q-08 turut bersetuju dengan pandangan responden lain dan kemudian menegaskan berkongsi pendapat antara rakan sekerja sangat penting untuk saling berkongsi pengalaman dan maklumat, terutamanya aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, aktiviti pembelajaran mentoring boleh diwujudkan dengan cara berkongsi pendapat antara sesama rakan guru.

Akhir sekali, pada dasarnya pengetua adalah seorang guru dan seorang pemimpin pengajaran di sekolah, sehingga tidak menolak kemungkinan pengetua mentadbir mata pelajaran yang sama dengan guru. Justeru itu, kenyataan ini boleh memberi kesan yang baik kepada guru. Apabila guru menjumpai masalah sama ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran mahupun masalah profesion, sewajarnya pengetua sebagai orang yang tepat untuk berkongsi pendapat menerusi mentoring dan memberikan solusi ke atas masalah yang dialami oleh guru.

4.3.2.2Aktiviti lesson study

Aktiviti pembelajaran ini berdasarkan maklum balas yang guru perolehi daripada pemerhatian rakan guru seperti melalui pemerhatian klinikal atau melalui penyeliaan sekerja. Analisis mendapati sebahagian kecil sahaja responden (13 daripada 36 responden atau 36 peratus) kerap menjalankan aktiviti pembelajaran

lesson study. Adapun tema-tema yang muncul berkaitan dengan aktiviti lesson study seperti kritikal rakan guru sebagai bahan masukan, aktiviti menyelesaikan masalah yang dialami guru dalam pengajaran dan pembelajaran, pengaturan semula jadual pengajaran, dan halangan akibat terhad masa kerana aktiviti lain.

Responden GF/I-01 berkata aktiviti pembelajaran lesson study secara rasmi belum terlaksana di sekolah, namun rakan guru pernah melakukannya. Pernyataan ini disokong oleh responden GF/I-06 yang mengiktiraf aktiviti lesson study kerap dijalankan pada masa mengikuti program latihan MGMP. Responden GF/I-08 menjelaskan dalam pelaksanaan aktiviti lesson study, guru mendapat kritikal daripada rakan, sama ada mengenai kadungan isi pengajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran dan lainnya, walaupun mungkin sahaja ada rakan guru yang tidak berpuas hati, manakala perlu disedari hal ini merupakan upaya penambahbaikan. Pandangan GF/I-08 turut disokong oleh GF/I-04. Beliau memberi hujah,

... sharing pendapat tetap dilakukan meskipun saya menyedari bahawa kritikal rakan itu bersifat membangun, meskipun belum tentu cara mengajarnya juga baik atau dia menguasai penuh bidangnya.

Oleh itu, berdasarkan pandangan GF/I-08 dan GF/I-04 didapati aktiviti pembelajaran lesson study boleh diwujudkan dengan cara saling menilai antara sesama rakan guru pada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, responden GF/Q-21 mengiktiraf ilmu pengetahuan yang dipunyai guru itu bersifat relatif, sehingganya diperlukan upaya untuk saling berbagi ilmu di antara sesama rakan guru. GF/Q-21 berkata,

... tidak semua ilmu pengetahuan itu kita ketahui, ada yang diketahui oleh orang lain kita tidak ketahui, sehingga dengan menerusi aktiviti lesson study ini kita boleh berbagi ilmu.

Akhir sekali, berdasarkan analisis data di atas sehingga penyelidik mendapati empat perkara mengenai pelaksanaan aktiviti pembelajaran lesson study di Makassar iaitu (1) kritikal rakan guru dalam pelaksanaan aktiviti boleh dijadikan sebagai bahan masukan, (2) aktiviti pembelajaran lesson study adalah aktiviti menyelesaikan masalah guru sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran mahupun masalah penilaian pelajar, (3) aktiviti pembelajaran lesson study secara rasmi belum

terlaksana di sekolah, dan (4) aktiviti pembelajaran lesson study dijalankan pada aktiviti pembelajaran program latihan MGMP sahaja.

4.3.3 Aktiviti Penambahbaikan di Sekolah

Dalam kajian ini, aktiviti pembangunan dan penambahbaikan ditakrifkan sebagai aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh responden apabila terbabit dalam struktur pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Beberapa pandangan responden mengenai aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan, seperti responden GF/I-01 yang mengiktiraf aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan tetap dilalui kerana beliau sebagai guru penolong kanan hal ehwal kurikulum di sekolahnya. Pernyataan ini turut disokong oleh responden GF/I-06, di mana beliau menggunakan aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan kerana beliau terbabit dalam pasukan pembangun kurikulum di sekolah. Berdasarkan pernyataan responden GF/I-01 dan GF/I-06, aktiviti pembelajaran pembangunan dan penambahbaikan mereka lakukan kerana terbabit dalam pasukan pembangunan dan sebagai guru penolong kanan di sekolahnya. Oleh itu, aktiviti ini dilalui apabila seseorang guru terbabit dalam struktur pengurusan dan pentadbiran di sekolah.

Dalam dokumen PROSES PEMBELAJARAN BERTERUSAN DALAM PEN (Halaman 184-189)